Saturday, May 14, 2016

Resolusi Tinggal Resolusi?






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 




Tahun Demi Tahun
Hendak Berhenti Merokok? 





Tiba-tiba terlintas di benak ku . . . ramai yang masih belum berhenti merokok walaupun telah berulang tahun berhasrat menjadikan resolusi tahunan mereka itu suatu kenyataan!


Setiap kali bercakap tentang azam tahun baru, aku sebenarnya sudah jemu dan sesungguhnya hampir-hampir berada di tahap meluat dengan soalan klise:

"Dah tercapaikah azam tahun lepas? Apakah pula azam untuk tahun ini atau . . . untuk tahun-tahun yang akan datang ?" 

Penat sungguh memenatkan!

Aku bukan nak cakap sangat fasal azam tahun baru. Aku nak cerita saja. 

Nak cerita bagaimana dulu aku pernah berazam tahun demi tahun untuk berhenti merokok. 

Setiap awal tahun aku bina azam. Hujung tahun azam tak pernah tercapai.

Macam berniaga buluh kasap ... hujung lepas pangkal lesap! Tak tercapai apa pun.






























[Aksi-aksi seorang perokok tegar 
ketika berada di mana-mana sahaja ]





Aku memang perokok tegar. Sudah lebih daripada 30 tahun aku merokok. Setiap hari aku memerlukan paling kurang 4 kotak rokok . . . 20 batang rokok setiap kotak!

Ertinya aku menghisap tidak kurang daripada 80 batang rokok sehari!

Aku termasuk di dalam golongan 'chain smoker'

Aku menghisap rokok bertali arus . . . terutamanya apabila aku sedang melaksanakan tugas-tugas penerbitan . . . sebagai seorang editor.











[Lagi aksi penulis merokok di mana-mana pada zaman dahulu. Zaman sebelum "Tak Nak"]





Berakhir tahun 1999 . . . menjelang pula tahun 2000. Aku berasa amat gembira.

Aku gembira kerana sudah mula mendapat kekuatan diri untuk berhenti merokok. 

Alhamdulillah . . . Tuhan telah membukakan pintu hatiku untuk berbuat demikian pada ketika zaman sedang beralih ke alaf (milenium) baru.

Dan . . . akhirnya aku behenti merokok. STOP!

Aku bangga mampu tidak ketagihan rokok lagi . 

Signifikannya . . . tahun 2000 itulah juga merupakan tahun aku bebas daripada kongkongan pekerjaan rasmiku.

Aku sudah bersara daripada bekerja rasmi sehari-hari! 

Aku amat gembira berhenti merokok bertepatan pula waktunya dengan persaraan daripada  pekerjaan rasmiku. 

Alhamdulillah . . . nanti tak perlulah lagi aku membayar harga yang tinggi untuk berkotak-kotak rokok.

Paling penting tak perlu nanti kena bayar harga tertinggi untuk nyawaku!


Aku tidak malu menunjukkan perubahan pendirian secara mendadak. Aku juga tidak menyesal berbuat demikian.


Mengapa aku harus malu atau menyesal berubah pendirian dengan tiba-tiba?

Aku bukan ahli politik . . . atau wakil rakyat . . . yang berubah kem atau yang melompat parti. 

Aku bukan pemimpin yang menjual hak. AKU HANYA SEORANG PEROKOK yang mujur dapat insaf . 

Seorang Perokok tegar yang kini sedar diri dan amat inginkan suatu kehidupan yang sihat dan selamat. 

Kehidupan yang bebas daripada bahaya keracunan asap rokok. 

Asap rokok yang meracun rongga dan paru-paru . . . dan yang akhirnya nanti mengakibatkan komplikasi pernafasan dan penyakit jantung! 


Pesanku kepada yang masih merokok . . . ubahlah pendirian . . . kerana perubahan ini kena pada tempatnya!


Renung renungkan . . .











Bamuda
dsuarang.blogspot.com

No comments: