Assalamualaikum
Cerita sikit tentang penampilan diri. Memang penting dijaga pada setiap masa. Seseorang mungkin disalah anggap itu dan ini jika penampilan dirinya tidak kemas, tidak segak atau tidak bergaya senantiasa. Kisah agak lucu ini berlaku padaku suatu hari dua minggu lalu. Jam kira-kira 10:00 pagi.
Pada pagi hari yg berkenaan aku di rumah berihat-rihat sahaja. Aku berkain pelikat dan berbaju singlet pagoda putih lusuh ... pakaian kegemaranku bersantai di rumah. Sedang aku membaca 'paper' (istilah popular orang sezamanku untuk 'surat khabar') terdengar bunyi motosikal berhenti di hadapan get rumahku. Kuat derumannya.
Aku menjenguk ke luar dan ... ya benar ada sebuah motosikal di situ. Penunggangnya seorang pemuda Melayu beruniform Pos Laju Malaysia.
Pemuda Pos Laju: Ini utk Mazlyn.
{Tanpa memberi salam apa pun kepadaku terlebih dahulu!}
{Tanpa memberi salam apa pun kepadaku terlebih dahulu!}
Aku: Ya ada apa utk Mazlyn.
Pemuda Pos Laju: Ini sapa?
Aku: Saya bapa Mazlyn.
Pemuda Pos Laju: Ha... Nama apa?
{Aku terfikir budak ini tak ada budi bahasa. Tak belajar cara berkomunikasi dengan orang ke ...}
{Aku terfikir budak ini tak ada budi bahasa. Tak belajar cara berkomunikasi dengan orang ke ...}
Aku: Majid.
{Dia pun catat lagi pada HP-nya. Kemudian dia tanya no IC aku pula.}
Aku: 3304112.
Aku beri no lama IC aku. Aku lebih mudah ingat no lama IC aku berbanding no yg baru. Dia catat lagi pada HP-nya. Kemudian dia serah barang kiriman untuk Mazlyn kpd aku. Aku pun hendak melangkah masuk ke rumahku. Tiba-tiba terdengar suara pemuda Melayu Pos Laju Malaysia itu bertanya dengan suara yg agak kuat ...
Pemuda Pos Laju: Dulu pencen apa?
{Masih tak ada panggilan Pakcik atau Atuk atau apa2 sapaan terhadap diriku. Aku tersentak dan dengan spontan bertanya pula kepadanya ...}
{Masih tak ada panggilan Pakcik atau Atuk atau apa2 sapaan terhadap diriku. Aku tersentak dan dengan spontan bertanya pula kepadanya ...}
Aku: Mengapa ya?
Pemuda Pos Laju: Takdelah ... saja nak tanya ...
Aku: Editor ... Tahu ke?
Aku bertanya begitu kerana ketika aku bertugas sebagai Editor dulu ada beberapa orang guru sekolah anakku sering keliru apa jenis tugasku itu. Pemuda Pos Laju itu tahu pulak. Dia mengisyaratkan dengan tangannya seperti seseorang yang sedang menaip. Dia berkata lagi ...
Pemuda Pos Laju: Wah ... Dewan Bahasa?
Aku: Bukan. Oxford.
Pemuda Pos Laju: Wow ... Hebat tu! Buat buku?
Aku: Buat kamus. Mengapa pulak?
Pemuda Pos Laju: Takde apa-apalah ... PAKCIK ...
Pemuda Melayu Pos Laju Malaysia itu mengangguk-anggukkan sahaja kepalanya sambil bersiul-siul kecil memandang kepadaku dan kemudian terus berlalu pergi dgn motosikalnya.
Barulah sekali ini aku terdengar sapaan PAKCIK keluar drpd mulutnya sejak berurusan denganku tadi!
{Sebenarnya pemuda Melayu Pos Laju Malaysia tersebut memang selama ini pun tidak pernah menyapa aku dengan apa-apa panggilan nama khas PAKCIK ke Atuk ke dll ... apabila berurusan menyampaikan barang kiriman pos ke alamat rumah ku! Mungkin setiap kali dia tetap melihat aku memakai kain pelekat dan baju singlet Pagoda putih lusuh!}
Mungkin pada awal tadinya pemuda Melayu Pos Laju Malaysia itu terus beranggapan aku ini orang tua tukang kebun atau penjaga rumah atau apa-apa sahaja ... al maklum aku masih hanya berkain pelekat dan berbaju singlet Pagoda putih lusuh ketika dia menyampaikan barang kiriman itu! Atau, mungkin sahaja kepada budak itu penampilanku bawah 'standard' normal penampilan diri orang bandar! Wallahuaklam.
Bamuda
dsuarang.blogspot.com

No comments:
Post a Comment