Wednesday, February 3, 2010

Pertemuan Empat Generasi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Tetamu Khas
Aii

Suatu sejarah tercipta bagi keluargaku di d'SUARANG pada hari Ahad 31 Januari 2010. Ahmad Iman Iskandar (AII) bin Mohd Rashidi dikunjungi moyangnya Tuan Hj Lokman bin Mohd Shariff dan Puan Hjh Mariam bt Yaakob dari Taman Sri Segambut. Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Illahi kerana masih memberi kesempatan kepada keluargaku untuk menyaksikan acara sebegini.





{Inilah 4 generasi dipertemukan Allah}



Tuan Hj Lokman sempat juga membacakan doa selamat untuk 'pendatang baru' ini (sah bukan PATI le!) pada pagi tersebut. Kami sama-sama mengaminkan. Semoga segalanya terlaksana lancar dan sempurna. Insya Allah.






AII (dan keluarga) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua-dua moyang. Cakap omputihnya, "Thank You Great Grands, Tuan Hj Lokman and Puan Hjh Mariam".

Suka hati kamu le Encik Ahmad. Dah nak style omputih sangat . . . ha lantok le!
















dsuarang.blogspot.com

0 comments:

Nuffnang Ads

Monday, February 1, 2010

Mencari Identiti


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Fenomena Gelaran

Kelahiran
AII ke dunia penuh 'pancaroba' ini tidak syak lagi telah menggembirakan ramai orang. Teristimewa ibu bapa dan kaum kerabat terdekat.


'Ahmad' sangat popular walaupun sebelum kemunculannya di alam nyata ini. Bagaimana tidak? Dari awal 'Ahmad' dalam kandungan dia memang sudah kami berikan nama itu. Apabila dia lahir nama 'Ahmad' terus melekat . Cuma ditambah dua kerat nama lagi iaitu 'Iman' dan 'Iskandar'. Tak payah tercari-cari nama yang glamour lagi!

Ahmad sudah tentulah tahu namanya sejak berada dalam kandungan ibunya Mazlyn Hanim. Apa yang hendak dikisahkan di sini ialah tentang pencarian identiti masing-masing oleh kerabat rapat anak kecil ini. Ia seolah-olah menjadi suatu fenomena di kalangan ibu dan bapa saudaranya, dan seterusnya membawa kepada nenek dan datuk saudaranya juga. Kelahiran Ahmad Iman Iskandar rupa-rupanya membawa bersamanya isu mencari identiti.


Tentang nama AII . . . Panggilan 'Ahmad' dikaitkan dengan salah satu nama ringkas Nabi Muhammad (SAW). 'Iman' membawa erti kepercayaan kepada Allah dan kesanggupan mematuhi segala perintah-NYA sambil menghindarkan segala larangannya. Ia juga berkaitan dengan ketabahan hati serta kekuatan batin berhubung dengan pegangan dan kepercayaan seseorang. Dalam hal ini pegangan dan kepercayaan yang dimaksudkan ialah kepada ajaran agama Islam. 'Iskandar' pula dikenali sebagai nama besar dalam banyak aspek kebudayaan dan ketamadunan manusia sejak zaman silam. Cukup kalau aku katakan 'Iskandar' sering disekutukan dengan Alexander (the Great). Nama hebat dalam sejarah kepahlawanan dan penaklukan dunia! Mudah-mudahan Ahmad Iman Iskandar akan mendapat segala kebaikan dan manfaat daripada nama yang telah dimasyhurkan untuknya itu.


Berbalik kepada pencarian gelaran yang hendak digunakan oleh kerabat terdekat Ahmad. Berbagai-bagai nama yang kedengaran disebut di telingaku. Macam-macam bunyi nama dicadangkan. 'Kontemporari' dan ala moden kononnya. Pelik-pelik pun ada. Gelaran pangkat kekeluargaan daripada merata dunia dicari, diselidiki dan hendak digunakan agaknya. Tetapi apa yang aku difahamkan sekarang ialah gelaran yang akan digunakan belum tetap . . . belum muktamad. Ada syaratnya lagi. Kata mereka yang terlibat, gelaran itu akan hanya boleh digunapakai apabila AII sudah boleh bercakap kelak. Pendeknya panggilan itu masing-masingnya bergantung kepada bagaimana cara sebutannya oleh AII nanti.

Contoh gelaran yang aku dengar disebut oleh kerabat terdekat AII setakat ini:

Nenek/Wan Saudara

ommadi; lala; yaya; ne na (belum decide yang mana satu -- Wan Bibiq tak mainlah) ; lola (ekslusif utk Wan Pay, kalau Wan Busu tu macam tak 'loklak' sangat); Wan Muda (best le Nor jadi sentiasa muda); Ha . . . iakah saya ni dah jadi opah? Yalah Opah Lin ... (kalau nak glam lagi pakai Granny Linda aje le ... { cousin
rapat aku ini rider tau}) Opah Idot camno? Ada gelaran 'ekslusif' selain daripada Mama Mil ... O ke? Pandai-pandai aje lah kome ...





Datuk Saudara

Tok Ngah (mula-mula nak pakai Tok Mike -- macam
microphone pulak); Tok Gat (bunyi macam bapa Pak guard pulak); Tok Ni (style sikit macam Toni); Tok Along Bas ok lagi ... kalau masuk Tok E habis cerita ...



Ibu/Bapa Saudara

Uncle Mei; Pak Mei (macam bas co. Park May pulak);


Umu (check sikit budak kat Dungunggg ni, takut-takut dah jadi Arab); nama apa ha? taktau la ... tak kan nak buh Mak Jan (lain macam bunyinya) . . . buh saja Mami Nash (tak glam kalu tukak lain . . .) Pak Long Bas kalu buh Mami Tanjung aje . . .



Mak Long Gawa (kurang glam le ... cari nama lain kot)
Busu Nisut (Ya Allah boleh ke)
Mek Su? Aunt Ira aka Aunt Twing? (cari le lagi ... sementara registration masih terbuka)
Mak 'kembar' (dua N) dan yang lain-lain . . . nak pakai gelaran apa? Nanti inform ya.


Yang pakai gelaran tradisi itu ... (Mak Long, Pak Long, Mak Ngah, Pak Ngah, Mak Lang, Pak Lang, Mak Uda, Pak Uda, Pak Teh, Mak Chu, Onyang Nana dan seterusnya hingga Onyang Uda atau Onyang Anjang) . . . aku ucapkan syabas aje . . . ada jati diri le macam tu. Yang lain-lain janganlah marah pula. Penulisan blog ini bertujuan sengaja nak usik sikit-sikit.

Demikian keadaannya setakat ini. Entah berapa kali lagi akan berlaku pertukaran pendaftaran gelaran ini Tuhan saja yang tahu. Aku OK aje ... Tok Aki Jade (oops ada pula pihak lain yang tak setuju ... kalau Grandpa Jade ... lagi teruk kena kutuk) Pakai Atuk aje le nampaknya ... senang cerita!










dsuarang.blogspot.com

Thursday, January 28, 2010

Experience: The Best Teacher


Assalamualaikum and Greetings


U Love Me U Love Me Not

The sequel I promised.

The reaction I noticed . . .

A day before Ahmad Iman Iskandar was scheduled to be discharged, I popped a simple question to his parents Mazlyn and Rashidi. That was while I was having a simple conversation with both of them in room 6H at PCMC. The couple looked very pleased with the outcome of the whole episode of having been blessed with a handsome kid, AII. Yes, Mazlyn and Rashidi were very happy when their son was born safe and complete. Praise be to The Almighty.










Well back to the simple question that I put forth to the couple:

"How do both of you feel right now?"
"Happy" was their one word answer.
"Do you love AII?"
There was no clearly heard response but I noticed a strong nod of the heads. The couple were just lost for words. Yes, I noticed they really adored and love Ahmad Iman Iskandar, their newly born son.







They looked blankly at me. They must be wondering why I asked such questions. I let them think for a short while. When they still looked at me I guessed it was time for me to explain.

"Both of you have answered my questions right?" I said.
"Both of you said you are happy with AII's Arrival. Both of you definitely love him, OK?"
"Well, that was exactly the way your parents felt too when you arrived. And, similarly there is no question of them not loving you. Even if they just did not show any sign of it . . . Their actions and body language will tell . . . "
"Just like the nods of your heads!"

Mazlyn and Rashidi smiled and looked at each other.

And . . . I added a reminder, " All reasonable and responsible parents will feel the way you felt. Please keep that in mind."




We went on chatting on other topics after that. Sure enough . . . I noticed . . . Experience is the best teacher!








dsuarang. blogspot. com


0 comments:

Nuffnang Ads