Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Fenomena Gelaran
Kelahiran AII ke dunia penuh 'pancaroba' ini tidak syak lagi telah menggembirakan ramai orang. Teristimewa ibu bapa dan kaum kerabat terdekat.
'Ahmad' sangat popular walaupun sebelum kemunculannya di alam nyata ini. Bagaimana tidak? Dari awal 'Ahmad' dalam kandungan dia memang sudah kami berikan nama itu. Apabila dia lahir nama 'Ahmad' terus melekat . Cuma ditambah dua kerat nama lagi iaitu 'Iman' dan 'Iskandar'. Tak payah tercari-cari nama yang glamour lagi!
Tentang nama AII . . . Panggilan 'Ahmad' dikaitkan dengan salah satu nama ringkas Nabi Muhammad (SAW). 'Iman' membawa erti kepercayaan kepada Allah dan kesanggupan mematuhi segala perintah-NYA sambil menghindarkan segala larangannya. Ia juga berkaitan dengan ketabahan hati serta kekuatan batin berhubung dengan pegangan dan kepercayaan seseorang. Dalam hal ini pegangan dan kepercayaan yang dimaksudkan ialah kepada ajaran agama Islam. 'Iskandar' pula dikenali sebagai nama besar dalam banyak aspek kebudayaan dan ketamadunan manusia sejak zaman silam. Cukup kalau aku katakan 'Iskandar' sering disekutukan dengan Alexander (the Great). Nama hebat dalam sejarah kepahlawanan dan penaklukan dunia! Mudah-mudahan Ahmad Iman Iskandar akan mendapat segala kebaikan dan manfaat daripada nama yang telah dimasyhurkan untuknya itu.
Contoh gelaran yang aku dengar disebut oleh kerabat terdekat AII setakat ini:
Nenek/Wan Saudara
ommadi; lala; yaya; ne na (belum decide yang mana satu -- Wan Bibiq tak mainlah) ; lola (ekslusif utk Wan Pay, kalau Wan Busu tu macam tak 'loklak' sangat); Wan Muda (best le Nor jadi sentiasa muda); Ha . . . iakah saya ni dah jadi opah? Yalah Opah Lin ... (kalau nak glam lagi pakai Granny Linda aje le ... { cousin rapat aku ini rider tau}) Opah Idot camno? Ada gelaran 'ekslusif' selain daripada Mama Mil ... O ke? Pandai-pandai aje lah kome ...
Datuk Saudara
Tok Ngah (mula-mula nak pakai Tok Mike -- macam microphone pulak); Tok Gat (bunyi macam bapa Pak guard pulak); Tok Ni (style sikit macam Toni); Tok Along Bas ok lagi ... kalau masuk Tok E habis cerita ...
Ibu/Bapa Saudara
Uncle Mei; Pak Mei (macam bas co. Park May pulak);
Umu (check sikit budak kat Dungunggg ni, takut-takut dah jadi Arab); nama apa ha? taktau la ... tak kan nak buh Mak Jan (lain macam bunyinya) . . . buh saja Mami Nash (tak glam kalu tukak lain . . .) Pak Long Bas kalu buh Mami Tanjung aje . . .
Mak Long Gawa (kurang glam le ... cari nama lain kot)
Busu Nisut (Ya Allah boleh ke)
Mek Su? Aunt Ira aka Aunt Twing? (cari le lagi ... sementara registration masih terbuka)
Mak 'kembar' (dua N) dan yang lain-lain . . . nak pakai gelaran apa? Nanti inform ya.
Demikian keadaannya setakat ini. Entah berapa kali lagi akan berlaku pertukaran pendaftaran gelaran ini Tuhan saja yang tahu. Aku OK aje ... Tok Aki Jade (oops ada pula pihak lain yang tak setuju ... kalau Grandpa Jade ... lagi teruk kena kutuk) Pakai Atuk aje le nampaknya ... senang cerita!
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment