Friday, July 9, 2010

Sotong Tersohor

Friday, July 9, 2010



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Paul d' Selebriti 'Kurita'


Tak kiralah siapa yang akan menjulang Piala Dunia 2010. Tak kiralah siapa yang akan memenangi perlawanan akhir pada 11 Julai 2010 nanti. Sepanyol atau Jerman. Memang banyak yang diperkatakan tentang pertembungan dua pasukan gergasi bola sepak yang hebat itu .
Sehari dua ini ada tajuk yang lebih hangat dibincangkan oleh ramai peminat bola sepak. Mereka yang mengikuti rapat perkembangan pertandingan Piala Dunia 2010 teruja memperkatakan tentang si Paul sotong. Tentang kebijaksanaan Paul. Tentang ketepatannya membuat ramalan. Paul semakin tersohor setelah berjaya membuat ramalan tepat enam daripada enam. Markah penuh!


Markah Penuh
Keratan Akhbar
Utusan Malaysia Jumaat 9 Julai 2010


Mujurlah Paul diberitakan hanya membuat ramalan apabila pasukan Jerman turun bermain. Paul tidak meramalkan keputusan pelawanan di antara pasukan-pasukan lain. Pendeknya para peminat bolasepak Piala Dunia 2010 ini yang gemar membuat "pertaruhan" (berjudi le tu) tidak akan mendapat petunjuk atau "clue" untuk "bertaruh" dalam perlawanan akhir di antara Sepanyol dengan Belanda nanti.

Berbalik kepada kisah si Paul d' Selebriti 'Kurita'. Ada pula pihak yang tidak berpuas hati terhadap kebijaksanaannya. Khabarnya ada peminat fanatik bolasepak dan penyokong pasukan Argentina yang mengancam hendak membunuh si Paul. Hanya kerana si Paul meramalkan pasukan Jerman akan menewaskan Argentina. Dan, kebetulan pula Agentina tewas teruk 0 - 4 di tangan Jerman dalam perlawanan suku akhir itu!
Kasihan si Paul. Pandai-pandai menilik dah nak kena bunuh.


Keratan Akhbar
Utusan Malaysia Jumaat 9 Julai 2010



Keratan Akhbar
Utusan Malaysia Jumaat 9 Julai 2010


Keratan Akhbar
Utusan Malaysia Jumaat 9 Julai 2010


Macam senasib pula engkau Paul dengan kisah budak bijak di Singapura dahulu dalam cerita "Singapura Dilanggar Todak". Budak itu berakal cerdik membantu menyelamatkan rakyat Singapura daripada serangan ikan todak. Dah dia dicemburui pula oleh para pembesar Raja. Dan, akhirnya budak pintar itu dihukum bunuh jua. Kasihan, kasihan. Pandai pun salah bodoh lagi salah!

Iktibarnya, orang bijak pandai ni memang jadi perhatian . . . sama ada perhatian itu positif atau negatif bergantunglah kepada pandangan berbagai-bagai pihak berkenaan yang memberikan perhatian itu sendiri.


Dalm hal ini si Paul telah berlaku adil juga. Dia telah meramalkan Jerman (tempat dia dipelihara di sebuah zoo) akan kecundang dalam perlawanan separuh akhir. Dan, ini telah benar-benar terjadi. Tidak ada pula reaksi negatif daripada rakyat Jerman sendiri atau para peminat pasukan bola sepaknya. Tiba-tiba peminat fanatik Argentina pula yang begitu beremosi. Hingga tergamak mengugut membunuh. Marah sangat jadinya!


Keratan Akhbar
Utusan Malaysia Jumaat 9 Julai 2010


Apapun, orang Malaysia tak perlu susah payah nak tunjuk emosi dalam hal sebegini. Remeh sangat. Dan, rakyat Malaysia janganlah percaya habis kepada tilikan atau ramalan yang dibuat oleh sesiapa, termasuklah si sotong tu. Kita kan ada pegangan agama! Seronok-seronok bolehlah . . . Dan, sekiranya berlaku ketepatan dalam sesuatu ramalan janganlah pula beremosi sangat hingga hendak menghapuskan sumber ramalan itu. Kesian si sotong selebriti tu!

Jagalah diri baik-baik Paul. Kat Malaysia ini ada ramai penggemar mu. Penggemar makan sotong pun ramai!










dsuarang.blogspot.com

0 comments:

Nuffnang Ads

0 comments:


Post a Comment


Thursday, July 8, 2010

Paul d' Celebrity 'Kurita'


Thursday, July 8, 2010



Assalamualaikum and Greetings


He did what he did . . .



Sorry Germany's football fans (including those who must now be claiming to be 'not that fanatical lah') . . . But, Paul the Oracle Octopus did it again! He correctly predicted that the Germans will taste defeat at the hands of the Spaniards in the 2010 World Cup semi-final. (And, he did that in style after being accused of featuring in a superimposed shoot earlier.)

By now, the increasingly famous Octopus (even my mother-in-law has heard quite a bit about the celebrity and taken a liking to him!) defined as cephalopod mollusc of family Octopodidae, with eight suckered arms around mouth must have lost much affection and love from most if not all of Germany's fans.

Sorry too to those who wished to see a repeat of the 1974 World Cup final. Then it was between Germany and Netherlands. And Germany won. Enough is enough. Let us see some change now. Let us witness a new World Cup final match. And let us have a new champion. after all neither Spain nor Netherlands have had the honour of being Champion in the World Cup Football Competition. And, hopefully the World Cup Finals of 2010 will be remembered as one of the more exciting in the series . . . more so this is the first time the finals is being staged on the African continent.

Yes, no way Paul is to be blamed. Paul should not be put at fault. He is trying his best to redeem himself, he he. He just wanted to play fair and be non bias. Remember he did predicted wrongly at the Euro Cup Finals of 2008. Paul in that instance predicted victory for Germany against Spain in the final match. But the result went the other way round!


Newspaper Cutting 1
Utusan Malaysia Wednesday 7 July 2010

Newspaper Cutting 2
Utusan Malaysia Wednesday 7 July 2010


After having predicted correctly now, (what more if it is to be taken seriously that figuratively an octopus is emblematic of an organized and usually harmful ramified power or influence!), my only worry is . . . Paul ending up in the wrong hands, at the wrong end! In the hands of unscrupulous gamblers . . . or in the frying pan or the cooking pot, just like the fate which befell the six birds in a popular Malay nursery rhyme (and later song) "Lagu Tiga Kupang". That would be a shame . . . and of course . . . a waste of talent!

Who knows Paul could be put to better use . . . predicting success and peace in the Palestine cause for instance or forecasting a more peaceful situation and a better future for the world!


Happy forecasting Paul. Only God knows!




STOP PRESS



Aii's Very Own Kurita (SOTUN) At Work



Left: First SOTUN (Aii's Kurita) looked to the front. Right: Then SOTUN turned his head to look left


Left: Next SOTUN turned his head to the right. Right: SOTUN observed if everything is all right.




When the coast is clear . . .
SOTUN emulates Paul's feat using
4 global balls at one go

Predicted Results
Champion: Keramat FA
Runners-up: Selayang FA, Kg Pandan FA ,
Kuching FA & Kuala Ketil FA













dsuarang.blogspot.com

4 comments:


~LIZA~ said...
hahahahaha! saper yg belikan sotong tu utk ahmad?
Bamuda d' SUARANG said...
Liza FIFA le siapa lagi!
Rb@ssociat3S said...
"I will tell the truth the whole truth and nothing but the truth, German will lose in the semifinal" said Octopus Paul d'Kurita'III to the Germany Chancellor. "you have committed treason, therefore you will have to live in exile in Pulau Keramat, "said the disgusted chancellor. Dissapointed with the decision, Paul d'Kurita'III changed his name to SOTUN D' blue and refused to been interviewed further. but he did leave a message...Holland 2 Spain 1
Bamuda d' SUARANG said...
Yes I agree Holland 2 Spain 1 . . . first half score. Final score (as predicted by Paul d Oracle Octopus and supported by SOTUN) will be Holland 2 Spain 3. Should this prediction fail to materialise ... one sure solution is "Kendurikan saja itu Paul d' Kurita". As for SOTUN, we will just discard him (considered condemned product)... and let him cry his heart out (for Argentina?)... Whatever, still adamantly,yours sincerely say, "d Matador squad will emerge d Champs."
Nuffnang Ads

0 comments:


Post a Comment


Wednesday, July 7, 2010

Hendak Seribu Daya


Wednesday, July 7, 2010



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Bukan Payah Sangat 



Bukan payah sangat melaksanakan sesuatu. Syaratnya . . . kita mesti ikhlas dan gigih dalam melaksanakannya. Bukan susah sangat membiasakan diri melakukan sesuatu dengan teratur dan betul. Syaratnya . . . kita mesti bersungguh-sungguh dan cekal melakukannya. Kesungguhan dan kecekalan (melakukan sesuatu dengan penuh disiplin) pasti mendatangkan kesan yang amat positif terhadap matalamat yang ingin dicapai.

Amalan bila sebati akan menjadi kebiasaan. Kebiasaan yang sihat akan membawa faedah kepada semua. Segalanya dapat dilakukan apabila kata-kata 'hendak seribu daya' menjadi kunci pegangan hidup kita.

Sebaliknya sikap sambil lewa atau enggan bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu (yang sudah menjadi budaya hidup sehari-hari) terbit daripada pegangan kata-kata 'tak hendak seribu dalih'. Mungkin kita tidak mematuhi norma hidup harian ini kerana diulit penyakit "malas" atau kerana "keegoan" diri yang terlalu tinggi.

Jika inilah pegangannya, maka aku kira . . . tutup cerita, habis peranan.Tinggal sahaja bersendirian . . . di hutan, bukan di pekan!



BUKAN PAYAH SANGAT

Sebuah puisi lamaku . . . sekadar hiasan, bacaan atau renungan. Terpulang!

*{klik pada puisi untuk imej lebih besar}

















dsuarang.blogspot.com

Tuesday, July 6, 2010

Sudah Terang Lagi Bersuluh




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Fikir Fikirkan 


. . . Atau, (bak kata omputih lagi) . . . as the saying goes, "It goes without saying."


Apa yang nak aku nyatakan di sini ialah hakikat ini tidak perlu dipersoalkan lagi. Dah jelas. Dah wujud sejak azali. (Tetapi, janganlah jadi seperti mereka yang menyangka bahawa alam ini wujud sejak azali tanpa pencipta-NYA!) Begitulah kebenarannya dan begitulah kedudukannya sampai bila-bila. Tak payah dikupas, tak perlu dibahas.

Aku cuma hendak ingatkan diriku dan juga semua di luar sana (tidak kira mereka yang dah kaya-kaya, golongan yang dah berjaya, kelompok yang berkuasa atau 'geng' yang sentiasa mengundang bahaya!) bahawa kita adalah insan kerdil. Kita akan terus kerdil di sisi-NYA sampai bila-bila pun.


Namun, biarlah kerdil asalkan tidak jahil. Aku selalu teringat kata-kata (yang sejak kecil pernah aku dengari) mereka yang tua-tua serta para pengasuh dan pendidik yang bijaksana. Bunyinya lebih kurang begini, "Dah lah tak berapa pandai, degilnya macam keldai! Dah lah tak berapa bijak hidupnya penuh lagak! Orang begini memang tidak berapa cerdik, fikiran tak terbuka akal pula cetek."



Semoga kita tidak sedemikian. Maka fikir-fikirkan!



Petikan daripada koleksi puisi lamaku

*{klik pada puisi untuk imej lebih besar}














dsuarang.blogspot.com