Wednesday, September 30, 2009

Aku Harapkan Begitu!







Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera





Aku Harapkan Begitu!


Aku bangga mempunyai kalian sebagai ahli keluargaku
Aku tak tahulah kalau kalian pun bangga mempunyai
Aku sebagai ahli keluarga kalian
Aku harapkan begitu!

Aku bangga kalian berusaha mendaki tangga kejayaan
Aku tak kisah sekalipun langkah kalian perlahan
Aku rasa kalian tak keberatan sentiasa berdoa kepada
 Tuhan
Aku tak tahulah kalau kalian ada berbuat demikian
Aku harapkan begitu!

Aku bangga kalian sejahtera sebagai suatu entiti
 keluarga
Aku tentulah suka menjadi ketuanya
Aku tak tahulah kalau kalian mampu bertoleransi
 tinggi
Aku tak mahu ahli keluargaku menyimpan dendam
 dan iri
Aku tak mahu sesiapa pun berhasad dengki sesama
 sendiri
Aku malu jika ini berlaku
Aku tak rasakan budi pekerti kalian serendah itu
Aku harapkan begitu!

Aku bangga kalian bermuafakat membina hidup berkat 
lagi menyerlah
Aku tak tahulah apa cara yang nak kalian gunakan,
 semuanya terserah
Aku cuma nak sarankan sesuatu yang mudah,
Aku harap kalian banyak beramal ibadat dan sentiasa
 ingat akan Allah
Aku tahu, baik anak baik menantu, cukup dewasa
 sudah
Aku harap kalian semua memahami apa yang tersirat
 di kalbu seorang abah
Aku yakin kalian pun tahu
Aku harapkan begitu!



Seorang abah yang berharap
Amb
28 Julai 2009





Bamuda
dsuarang.blogspot.com 

Saturday, September 5, 2009

Budaya Bodoh






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera





Budaya Bodoh 


Buat bodoh 
Buat-buat bodoh
Buat bodoh-bodoh!
Bodoh-bodoh alang 

Bodoh tak matang
Bodoh alang kepalang 

Bodoh pagi bawa ke petang 
Bodoh tiarap bodoh terlentang!
Bodoh-bodoh sombong
Bodoh tinggi hidung
Bodoh tak sedar untung
Bodoh sampai tergadai kampung!
Bodoh suka-suka
Bodoh-bodoh selamba
Bodoh gila-gila
Bodoh tak ada makna!
Bodoh warisan budaya keluarga
Bukan bodoh sementara …
Bodoh ini perlu dikawal selia



jika tidak pasti akan . . . 

Bodoh sampai bila-bila! 





4 September 2009




Bamuda
dsuarang.blogspot.com