Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Jiwa Tetap Terusik
Apabila kita menatap foto lama . . . seribu satu macam kenangan akan terus menerjah ke benak . . . kenangan ini timbul dan bermain-main di minda kita tanpa dipaksa-paksa.
Penulis mengalami keadaan yang sedemikian ketika berada di rumah seorang ahli keluarga baru-baru ini . . . setelah membelek-belek dan melihat-lihat beberapa keping foto lama.
Dari Kiri:
Tuan Hj Ismail Baharom, Pn Hjh Zaleha Moid,
Hjh Alimah Md Yasin, penulis
Keterangan gambar seperti di atas
Pada hari Selasa 11 Jun 2013 penulis bersama isteri pergi ke rumah abang penulis (Bang Ngah). Tujuannya semata-mata untuk mengeratkan lagi silaturahim antara kami.
Sementelahan . . . kita sedang berada dalam bulan Ramadan al-mubarak 1434H . . . bulan yang dimuliakan Allah SWT dengan pembukaan setiap pintu syurga dan penutupan segala pintu neraka . . . serta bulan ketika mana iblis dan syaitan diikat dan dipenjarakan!
Mudahnya, Ramadan ini merupakan bulan yang lebih baik daripada seribu bulan dengan terdapatnya Hari Nuzul Quran pada 17 Ramadan (hari peringatan turunnya Quran) dan malam kemuliaan yakni Lailatul Qadar di dalamnya. Wallahuaklam.
Mudahnya, Ramadan ini merupakan bulan yang lebih baik daripada seribu bulan dengan terdapatnya Hari Nuzul Quran pada 17 Ramadan (hari peringatan turunnya Quran) dan malam kemuliaan yakni Lailatul Qadar di dalamnya. Wallahuaklam.
Berbalik kepada kisah petang hari yang berkenaan . . . ketika penulis dan isteri bersembang-sembang santai dengan abang penulis Tuan Hj Ismail Baharom, kakak ipar Pn Hjh Zaleha Moid dan anak kedua mereka Khairol Fahmi Ismail . . . tajuk perbualan kami tiba-tiba terarah kepada cerita-cerita lama.
Keterangan gambar seperti di atas
Keterangan gambar seperti di atas
Kisah-kisah silam keluarga dan sanak saudara tetap menarik dan menjadi ingatan kami bersama sehingga kini.
Ada yang lucu. Ada yang serius. Ada yang menggembirakan. Ada yang menyedihkan.
Pendeknya berbagai-bagai cerita lama terlintas di fikiran kami masing-masing pada ketika itu.
Dari kiri:
Zaleha (membelakang kamera), Alimah n penulis
Dari kiri:
Ismail, Zaleha, Akil, Alimah, penulis,
Kebetulan di sisi kami ketika berbual itu ada beberapa kotak album foto kepunyaan Fahmi . . . anak saudara penulis.
Foto perkahwinan (majlis persandingan) Khairol Fahmi Ismail dgn Noor Atikah Ahmad
Ahad 27 November 1998 di Kg Nakhoda
Foto kanan: Fahmi di zaman bayi. Foto kiri Fahmi dikelilingi dari kiri:
Zaleha, Khairol Anuar, Aishah Mohd Said ( Cik "Montel" . . . opah penulis)
[gambar dirakam pada 31 Ogos 1971]
Foto kiri: Zaleha mendukung Fahmi. Foto kanan dari kiri: Asmah Baharom, Aishah, Zaleha (memangku Fahmi). Depan: [?] memegang Khairol Anuar) [gambar 31 Ogos 1971]
Aishah Mohd Said
(opah penulis nasab ibu)
[gambar 31.8.1971]
Khairol Fahmi Ismail
(gambar tahun 1974)
Fahmi terus sahaja berkata," Ha, dalam ni pun ada bayak gambar lama . . . Pak Uda ".
"Elok juga kita tengok," kataku.
Hero & Heroine 1970-an
Foto kiri: Zaleha Moid . Foto kanan: Ismail Baharom.
Gambar 19.12. 1972 ketika menghadiri
majlis makan malam di AG's Office (Accountant General) KL.
Ismail (kiri) n Zaleha
Gambar 2 Feb 1970
Foto-foto dalam kelompok ini dirakam di Lorong Daud, Kg Baru, KL pada 6.3.1974
Foto kiri dari kiri: Ismail, Zaleha mendukung Khairol Nizam. Depan: Khairol Fahmi (kiri) n Khairol Anuar. Foto kanan dari kiri: Siti Hawa Nor (mendukung Nizam), Khairol Anuar, Alimah, Khairol Fahmi
Foto kiri: penulis (memegang Khairol Anuar), Siti Hawa Nor (memegang Khairol Fahmi). Foto kanan: Khairol Nizam (gambar tahun 1974)
Maka kami pun bersama-sama menatap gambar-gambar lama yang ada. Sambil melihat sambil ketawa riang dan membuat komen. Bermacam-macam komen keluar daripada mulut kami masing-masing . . . tetapi komen yang baik-baik dan positif sahaja!
. . . penulis bersama Bang Ngah Ismail dalam majlis perkahwinan Fahmi . . .
1998 [ Perhatian: waktu itu penulis kaki rokok!]
. . . penulis bersalaman dengan pengantin lelaki di pelamin . . .
. . . ahli-ahli keluarga dan sanak saudara yang turut meraikan . . .
Dari kiri:
Mazlyna Hanum, penulis, Khairol Fahmi , Alimah, Marlyana Haniz
Demikian penulisan ringkas tentang foto lama yang merakamkan kisah-kisah merangkumi kenangan penuh nostalgik yang dapat penulis turunkan buat kali ini.
Indah sekali perasaan yang berbangkit daripada peristiwa sebegini rupa. Jiwa kami tetap terusik!
Catatan:
Foto-foto yang tertera dalam siaran entri blog ini telah dirakamkan semula oleh Khairol Fahmi Ismail. Terima kasih diucapkan kepada Fahmi kerana sudi "memunggah" kotak album-album lama miliknya dalam usaha mencari dan mendapatkan foto-foto lama ini.
THANK YOU FAHMI
[pix of 1971]
bamuda
dsuarang.blogspot.com