Showing posts with label Indonesia Medan. Show all posts
Showing posts with label Indonesia Medan. Show all posts

Friday, December 6, 2013

Restoran Medan Ala Jepun






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Gimik Pintar 


Salah satu daripada erti kata akar 'sila' ialah "duduk dengan kaki berlipat dan bersilang". 

Perbuatan 'bersila' pula membawa erti "duduk dengan melipatkan dan meyilangkan kaki."

Namun . . . bukan erti perkataan yang hendak penulis ketengahkan di sini. Bukan ketepatan makna kata-kata yang hendak penulis bahaskan. 

Apa yang ingin penulis nyatakan ialah kadang kala penggunaan kata-kata bukan semata-mata bertujuan untuk mengelirukan tetapi lebih merupakan suatu seni gimmickry.  

Sesungguhnya kata-kata yang digunakan menampakkan daya kreativiti pihak yang membuat gimik itu. 

Kata-kata begini boleh dianggapkan sebagai kata-kata gimik yang mudah tetapi pintar! 

Berikut ini kisah yang hendak penulis sampaikan:  


Penulis bersama dua orang sahabat singgah untuk makan tengah hari di sebuah restoran di Medan, Sumatera tidak berapa lama dahulu.














Restoran itu diberi nama Rumah Makan Simpang Tiga. Penulis mendapat tahu kemudiannya bahawa restoran itu agak terkenal di daerah sana. 
















Rumah makan yang berkenaan mempunyai dua bahagian ruang makan . . . satu di sebelah kiri (sayap kiri) dan satu lagi di sebelah kanan (sayap kanan) dari arah laluan masuk pintu hadapannya.  

Di sayap kiri restoran ini tersedia kerusi meja biasa seperti di rumah-rumah makan yang lain untuk para pengunjung duduk menjamu selera.



















Di sayap kanannya pula terdapat meja-meja rendah ala meja Jepun untuk kegunaan para pengunjung duduk makan. 

Penulis bertiga sahabat ingin menjamu selera ala di restoran Jepun. Jadi kami melangkah masuk ke ruang makan di sayap kanan rumah makan tadi. 

Ketika melangkahkan kaki masuk ke ruang makan itu perhatian penulis segera tertumpu kepada 'kata-kata aluan' yang terpapar di atas pintu gerbang (gapura) di situ. . . Selamat datang di ruangan bersila.

















Kata-kata ini ditujukan kepada para pengunjung yang mahu makan bersila seperti dilakukan orang Jepun atau para pelanggan yang makan di restoran Jepun.


Sebaik sahaja pelayan restoran menunjukkan kami meja tempat untuk menjamu selera . . . kami pun terus mahu bersila di sisi meja itu.



















Melihat kami mahu melakukan sedemikian, pelayan rumah makan terus berkata:

" Pak, gak perlu bersila benar-benaran . Cukup kakinya aja diunjurkan nanti."

Penulis agak kehairanan. Keliru. Penasaran


Tak sopan berlunjur kaki bermalas-malasan sambil makan!


Pelayan rumah makan kemudiannya menyingkap sedikit kain alas meja itu.

Terserlah lubang yang siap berkorek dan bersimen di bawah meja itu . . . sesuai dengan saiznya! 































Lubang itu cukup sahaja kedalamannya untuk kami menjuntaikan kaki sambil makan di meja rendah itu dengan selesa.


Maka jelaslah . . .  para pelanggan yang menjamu selera di ruang makan ini akan kelihatan seolah-olah bersila menghadap makanan yang terhidang. Sebenarnya mereka cuma duduk dengan berjuntai kaki sambil makan. 









Penulis terfikir sendiri. Bagus juga idea pihak pengurusan rumah makan ini. 


Dengan cara ini mereka berjaya mencapai dua tujuan sekali gus. Begitulah kecekapan mereka melaksanakan dasar serampang dua mata! 

Mereka tidak mengecewakan orang yang tidak mampu duduk bersila lama-lama untuk makan.

Pada waktu yang sama mereka memenuhi hasrat pelanggan yang mahu duduk bersila ketika makan ala di restoran Jepun.










Apa-apa pun, kalau di Malaysia "bersila" itu membawa erti "duduk dengan melipatkan dan menyilangkan kaki". 

Apakah mungkin di Medan erti "bersila" itu pula cukup sahaja dengan "menjuntaikan kaki" . . . dalam lubang yang dikorek bawah meja . . . hmm.

Tak apa-apa . . . pokoknya Perbaungan-Medan-Malaysia itu tetap mantap! 



bamuda
dsuarang.blogspot.com

Wednesday, December 4, 2013

Mana Lebih Enak?





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera






KL atau Medan?


Sup kambing banyak terjual di warung-warung dan restoran-restoran di Kuala Lumpur. 


Sup kambing ini pada umumnya merupakan makanan speciality . . . hidangan para peniaga kelompok etnik 'mamak' (India Muslim) . . . di merata tempat di Malaysia.


Sup kambing digemari ramai orang daripada segenap lapisan rakyat di sini. Mungkin kerana kelazatan rasa yang berbangkit daripada keharuman bau ramuan rempah ratusnya yang amat menyelerakan.


Tidak berapa lama dahulu . . . penulis bersama Jamil, Azizah dan Alimah berkesempatan pula mencuba rasa sup kambing made n prepared in Medan . . . di sebuah warung yang cukup simple kewujudannya. 











Penulis dapat memerhatikan warung yang tidak bertaraf 'bintang' itu berterusan dikunjungi ramai pelanggan.










Para pelanggan yang silih berganti berkunjung ke situ nampaknya tidak begitu menghiraukan gangguan kebisingan lalu lintas yang wujud akibat lokasi warung yang terlalu dekat dengan jalan raya.
   













Kalau seseorang hendakkan keheningan atau hendak mencari keselesaan sewaktu menjamu selera . . . warung ini bukanlah tempatnya!

Penulis yakin para pelanggan ke warung ini lebih mengharapkan dapat menikmati hidangan sup kambing yang 'berbintang-bintang' keenakannya.



Soalan: Sup kambing kat mana lebih enak? KL atau Medan (Sumatera)? 


Jawapan:  ???




















Andai kata beberapa foto yang tertera di atas mampu menggambarkan deria rasa sebenar penulis, Jamil, Azizah dan Alimah . . . berdasarkan raut wajah mereka dalam peristiwa mirip food testing itu . . . maka sudah terjawablah soalan tadi!   



bamuda
dsuarang.blogspot.com

Saturday, October 12, 2013

Bye Polonia, Hello Kuala Namu






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Airport Baru Medan



Wah . . . Medan ada airport baru! Tidak di Polonia lagi. Kini airport Medan di Kuala Namu. Airport baru ini menggantikan airport Polonia yang usianya sudah melebihi 70 tahun sekarang.

Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia terletak di tengah-tengah kota Medan. Para pengunjung ke Medan boleh dengan amat mudah dan cepat pergi ke pusat kota itu dari airport Polonia. Cuma kira-kira 10-15 minit waktu perjalanan diperlukan untuk sampai. 

Jika dibandingkan . . . jarak di antara airport baru di Kuala Namu dengan kota Medan pula lebih jauh . . . kira-kira 23 kilometer. Perjalanan dari airport baru ini ke kota Medan dijangka mengambil masa kira-kira setengah jam atau lebih. 


Jadi persoalannya . . . mengapa pindah? 


Penulis berusaha mendapatkan sedikit pandangan daripada beberapa orang warga tempatan biasa yang penulis temui ketika berkunjung ke Medan tidak berapa lama dahulu.

[Lebih tepat penulis ke tapak airport baru Medan di Kuala Namu itu pada Selasa 19 Mac 2013.]

Rata-rata jawapan standard yang penulis terima daripada mereka yang ditemui itu begini:


Pemindahan lapangan terbang dari Polonia ke luar kota Medan telah lama dirancangkan pihak berwajib demi keselamatan penerbangan dan para penduduk yang semakin padat di sekitar lokasi bandara (istilah dalam bahasa Indonesia untuk lapangan terbang).












































Walaupun pembinaan sebuah lapangan terbang baru di Kuala Namu telah dirancangkan sejak tahun 1997 lagi . . . namun banyak rintangan (terutamanya yang menyangkut kos / perbelanjaan ) telah dihadapi oleh pihak yang berwajib untuk melaksanakan rancangan itu . . . hingga ada banyak urusan yang telah tergendala atau terlewat. 

Bagaimana pun . . . peristiwa pesawat Mandala Airlines jatuh terhempas di sekitar daerah airport Polonia ketika baru berlepas dari airport itu pada bulan September 2005 mungkin merupakan antara faktor yang mempercepatkan keperluan pembinaan lapangan terbang baru yang lebih bersesuaian lokasinya! 

Nahas udara yang telah meragut banyak nyawa termasuk Gabenor Sumatra Utara Tengku Rizal Nurdin dan para penduduk yang tinggal di sekitar lokasi lapangan terbang Polonia itu . . . sesungguhnya membawa hikmah dan menjadi pemangkin dalam hal ini.   



























Maka terbinalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu (kini dikenali sebagai Lapangan Terbang Baru Antarabangsa Medan) yang berlokasi di Kuala Namu, Desa Beringin, Kecamatan Beringin, Kabupaten Deli Serdang.

Lapangan Terbang Kuala Namu ini dijangka menjadi lapangan terbang transit antarabangsa bagi rantau Sumatera yang kedua terbesar di Indonesia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta. 























Penulis difahamkan bahawa setelah selesai peringkat awalan pembinaannya lapangan terbang yang baru ini dijangka berkeupayaan menampung tujuh hingga 10 juta penumpang dan 10,000 pergerakan pesawat setahun.

Apabila selesai pula peringkat kedua pembinaannya nanti lapangan terbang ini dijangka boleh menampung 25 juta penumpang setahun.









































Luas terminal penumpang adalah sekitar 6.5 hektar. Luas kawasan komersilnya 3.5 hektar manakala keluasan kawasan kargonya 1.3 hektar.

Panjang landasan berlepas (runway) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu ini kira-kira 3,750 meter. Landasan ini mampu menampung pendaratan pesawat berbadan lebar (wide bodied aeroplanes).







Begitulah secara ringkas info yang penulis peroleh ketika menjenguk ke kawasan airport baru di Kuala Namu tempoh hari dengan keizinan dan bantuan pihak keselamatan pembinaan airport tersebut. 
































Penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan bantuan sepanjang kunjungan penulis ke airport Kuala Namu yang dalam pembinaan ketika itu. 




































































Menjelang petang . . . aku dan rombongan sudah bergerak semula ke arah kota Medan . . . setelah puas melihat-lihat pembinaan yang berlaku di tapak airport baru Kuala Namu. 

In Shaa Allah . . . ada kelapangan waktu nanti aku serombongan akan datang lagi ke sini . . . pada kala itu mengunjungi airport ini dalam bentuknya yang sudah siap terbina. Sehingga waktu itu . . . 



Bye Polonia, Hello Kuala Namu




bamuda
dsuarang.blogspot.com