Thursday, December 3, 2015

Pernikahan Hazry-Syafiqah









Assalamualaikum 
dan
 Selamat Sejahtera





Selesai sahaja majlis pertunangan Hazry-Syafiqah pada jam 9:30 pagi Sabtu, 28 November 2015 bersamaan 16 Safar 1437H itu . . . menyusul pula suatu majlis yang lebih signifikan buat pasangan ini. 

Majlis pernikahan Hazry-Syafiqah bermula kira-kira pada jam 9:40 pagi.

Majlis berlangsung di rumah kediaman Tuan Azahar bin Husain dan Puan Wan Rosliha bt Wan Jusoh (ibu bapa pengantin perempuan) di Gong Badak, Kuala Terengganu di bawah pimpinan Ustaz Hj Khalib Husin, Jurunikah Mukim Batu Rakit. 
















































































































































































Dengan sekali lafaz, "Aku terima nikah Nur Syafiqah bt Azahar . . . " setelah bapa pengantin perempuan berwakil wali kepada juru nikah bertauliah  Ustaz Hj Khalib Husin dan bersaksikan dua saksi khas, Tuan Adam dan Tuan Hj Halim, serta semua yang hadir pada pagi itu . . . sempurnalah Hazry Zaharith bin Abdul Majid diijabkabulkan dengan pasangan beliau Nur Syafiqah bt Azahar. 












































































































































































Alhamdulillah . . . sah sudah Hazry dan Syafiqah dinikahkan dan layak sudah mereka kini bergelar suami isteri.




























































Tahniah . . . tahniah . . . dan tahniah.






Tahniah Hazry dan Syafiqah 


Semoga pertalian kalian sebagai suami isteri kini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dengan penuh kebahagiaan serta keberkatan . . . seterusnya sentiasa dilimpahi segala nikmat dan rahmat oleh Allah swt. Amin. 




ALHAMDULILLAH







bamuda
dsuarang.blogspot.com