Wednesday, October 9, 2013

Agus Salim Dalam Kenangan




BELASUNGKAWA



Assalamualaikum . . .




Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un انا لله وانا اليه راجعون


Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un (انا لله وانا اليه راجعون)  Sura Al-Baqara, Verse 156. The full verse is as follows: الذين اذا اصابتهم مصيبة قالوا انا لله وانا اليه راجعون “Who, when a misfortune overtakes them, say: ‘Surely we belong to Allah and to Him shall we return’.”



Berdasarkan status fb Sham Lokman (PTS) hari ini :



Ucapan takziah daripada kami seluruh keluarga (Abdul Majid Baharom) kepada ahli-ahli keluarga Allahyarham abang Agus Salim atas kembalinya Allahyarham ke Rahmatullah pada jam 2 pagi tadi di Jakarta, Indonesia.

Al-Fatihah . . . marilah kita doakan segala yang terbaik buat roh Allahyarham . . . dianugerahkan Allah SWT tempat teristimewa di sisi-NYA. Amin.





Petikan kenangan sepanjang zaman . . . drpd dsuarang.blogspot.com



MONDAY, SEPTEMBER 23, 2013


Agus Salim ke Malaysia






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Nostalgia Semangat Bersilaturahim 1977

Silaturahim antara keluarga besar Tok Shariff di Indonesia dengan yang di Malaysia memang sudah terjalin lama . . . sejak tahun-tahun 40-an lagi.

Pada zaman itu kemudahan melakukan perjalanan di antara kedua-dua buah negara berjiran ini agak terbatas  . . . belum sehebat sekarang.

Walau pun perkhidmatan penerbangan pesawat penumpang / komersial sudah wujud ketika itu . . . tapi tidaklah sebebas dan sebanyak zaman ini. 






Lagi pun, kos atau tambang melakukan perjalanan dengan cara begini . . . di luar kemampuan banyak orang . . . MAHAL. 


Jadi ramai yang memilih alternatif jalan laut . . .  bertukar kepada cara perjalanan yang jauh lebih rendah kos atau tambangnya . . . dengan menaiki feri . . .  MURAH.  

Tak kiralah walau pun waktu tibanya akan berbeza menjadi lambat dan badan pula sudah tentu akan jadi penat-penat. Janji sampai dan dapat bertemu dengan ahli-ahli keluarga dan sanak saudara . . . di kedua-dua hala negara. 









Aku mula-mula mendengar cerita atau kisah tentang punya keluarga besar di Indonesia daripada Tok Shariff aku sendiri dan juga daripada bapak dan bapak-bapak saudara serta ibu-ibu saudaraku (nasab bapa).

Tetapi sekadar khabar sajalah . Berita yang tidak pernah ternyata kesahihannya . . . di kala itu! 

Tetapi sekarang zaman sudah berubah. Susah ke mudah. Sekali air bah, sekali pasir berubah . . . bak kata pepatah!





Dari kiri:
 Lokman Shariff, Nadzar Shariff, Baharom Shariff, 
Aminah Shariff, Agus Salim, Majid Baharom .
 Depan:
 Alis NoorShamsuddin (sepupu penulis anak kpd Aminah Shariff) 




Kalau kemudiannya keadaan di Malaysia menjadi semakin 'senang' . . . di Indonesia pula tentu juga bertambah 'gampang'!

Maka sejak tahun-tahun 70-an itu terbukalah pintu-pintu lawat-melawati, ziarah-menziarahi di kedua-dua belah pihak keluarga besar kami . . . baik di Malaysia mahu pun di Indonesia. 

Maka semakin erat dan mesralah kami rasakan pertalian persaudaraan antara kami. Alhamdulillah. 


Seingat aku . . . ahli keluarga / sanak saudara dari Indonesia yang awal sekali merintis jalan silaturahim kekeluargaan ke Malaysia ala zaman moden begini . . . selepas era Tok Shariff dan Tok Said sendiri . . . ialah Agus Salim anak lelaki kepada ibu saudaraku yang sulung (nasab bapa) bernama Norani bt Mohd Shariff.







Agus Salim



Abang Agus (panggilanku terhadapnya) mula datang mengunjungi sanak saudara di Malaysia pada pertengahan tahun-tahun 70-an. 








Selepas itu beliau lebih kerap singgah di sini dalam perjalanannya pergi balik ke atau dari negara-negara Barat khusunya Belanda dan Jerman . . . atas urusan rasmi mahu pun peribadi. 

Aku selalu juga bertemu beliau pada waktu-waktu itu . . . tetapi harus mengaku . . . kini sudah terlalu lama aku tidak lagi ketemu dengannya. 








Adik-adikku dan ahli-ahli keluarga yang lain masih ada juga berjumpa dengan Abang Agus di Jakarta . . . tempat beliau bermastautin.


In Sha Allah . . . andai diizinkan Allah SWT . . . kita pasti bertemu jua Abang Agus dan mudah-mudahan dapat berkumpul dalam keadaan dan suasana yang menggembirakan.

KAU laksanakanlah hasrat kami ini, Ya Allah . . .  Amin.

    



bamuda
dsuarang.blogspot.com








. . . entri ini baru sahaja disiarkan pada 23 September 2013 yang lalu , namun Allah SWT lebih mengetahui . . . 





bamuda
dsuarang.blogspot.com