Wednesday, May 9, 2012

Pemasyhuran Nama


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Dian Seri Aishah


Amalan atau perbuatan memberikan nama kepada keturunan kita . . . merupakan suatu tindakan yang digerakkan oleh Allah swt. Demikian kata ustaz aku di kampung dahulu.

Apa tidaknya . . . ilham yang terbit hingga terhasil sesuatu nama itu datangnya daripada Allah swt. Manusia yang terlibat dalam proses pemberian nama tersebut hanya sebagai pengantara. 





Pentas khas untuk Dian berehat




TKP Pemasyhuran Nama Dian




Peralatan biasa utk acara


Pada hari Sabtu 28 April 2012 . . . aku terdengar lagi ucapan serupa itu daripada mulut Ustaz Hassan . . . ketika beliau memimpin majlis pemasyhuran nama satu-satunya cucu perempuan aku setakat ini.









Warna-warni mengiringi acara yang berlangsung



Malah . . . Ustaz Hassan menambah," Baiknya nama ini . . . marilah kita sama-sama mendoakan agar anak yang baik namanya ini dijauhkan daripada sebarang fitnah dan maksiat sepanjang kehidupannya pada masa hadapan."






Acara pemasyhuran nama bermula . . . 






Acara dipimpin Yang Bhg Ustaz Hj Hassan 






Acara menyuapkan buah tamar selepas
mencecahkan madu lebah ke mulut Dian






Tamar disuapkan ke mulut Dian oleh Ustaz Hassan





Ha . . . kemudian meminum air zamzam pula . . .



Dah OK . . . selesai acara




Sah
saya bernama Dian Seri Aishah




Hj Mohd Isa, Imam Surau Ar-Raudah
membaca ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim


Aku sebagai datuknya pasti akan terus berdoa agar Dian Seri Aishah menjadi seorang anak yang solehah . . . berguna kepada ayah dan bondanya, keluarganya, masyarakatnya, bangsanya dan paling penting agamanya. Amin.





Penulis dan Dian Penulis dan Dian Penulis dan Dian Penulis dan Dian Penulis dan Dian 

 



Atuk tumpang glamour cucu atuk le hari ni . . . hmm


Dian Seri Aishah dimasyhurkan nama yang telah dikhaskan untuknya . . . nama yang diberikan kepadanya oleh kedua-dua orang tuanya . . . bapanya Halim Zaharyn bin Abdul Majid dan ibunya Noor Shafini bt Abdul Hamid . . . dalam majlis yang berlangsung mulai pada kira-kira jam 11:50 pagi.





Halim mendukung puteri lilinnya . . . Dian . . .
















Dian nampak anggun dengan mengenakan pakaian sebegini . . . putih bersih





Dian dengan ti-tingnya . . . 
 





. . . tercabut ti-ting hisap jari pula . . . hmm . . . mmm






Halim & Shafini 
memerhatikan telatah Dian yang diraikan dalam majlis ini




Beberapa pose istimewa Dian dengan ibu bapanya . . . tidak ketinggalan si ti-ting juga




Ustaz Hassan yang melaksanakan acara tersebut . . . bersekali dengan bacaan al-Quran dan doa selamat, tahlil arwah, acara berzanji dan marhaban oleh sahabat-sahabatku dari Masjid Al-Khairiah dan surau Al-Raudah AU3.






  
Ya, Ustaz . . . Dian satu-satunya cucu perempuan saya sekarang . . .






Antara banyak foto yang dirakamkan . . .






. . . dalam Majlis Pemasyhuran nama Dian Seri Aishah . . .







. . . senario yang amat menampakkan semangat kekeluargaan . . .






Hj Mohd Isa . . . dengan bacaan surah Al-Quran yang berkualiti . . .







Ustaz Hj Hassan dengan mukadimah tentang nama dan pemberian nama yang sangat informatif . . .






Para hadirin yang asyik mendengar dengan segala keinsafan . . .







Dian yang tidak tahu menahu apa sebenarnya sedang berlaku . . . namun tetap memberikan kerjasama yang cukup positif dalam menjayakan acara peribadinya ini . . .





Alhamdulillah . . .






Nama ini amat sesuai bagi dirimu cu . . .




Jagalah kebaikan ini sampai bila-bila . . . 





Insya Allah Tok saya akan berusaha ke arah itu . . . ke arah kebaikan dunia akhirat . . .






dan . . . Alhamdulillah . . . para hadirin dapat menghayati acara yang dijalankan dalam majlis ini dengan tenang dan penuh konsentrasi.







Terima kasih . . . Para hadirin yang sudi menyerikan majlis . . .






Terima kasih juga kerana . . . Terus sabar menantikan majlis bermula . . . 







Sabar itu separuh daripada iman . . . kata orang . . . yang beriman!








Bersiap sedia untuk permulaan acara





Acara baru saja bermula . . . 



  


 . . . dan diindahkan dengan bacaan surah Al-Quran 







serta aktiviti berzanji dan marhaban . . .






Acara marhaban berlangsung dengan penuh semangat . . .
cukup hebat tu Hj Human  & Hj Muhammad






Dari kiri: Hj Hamzah, Hj Ismail, Hj Ratham, Hj Yassin . . . Hj Human, Hj Halim (mendukung Dian), Ustaz Hj Hassan, Hj Wak







Dari kiri: Ustaz Hassan, Hj Isa, Wak, Hj Basri . . . Hj Idrus, Halim (dukung Dian)






Halim membawa Dian mengelilingi ruang di mana para hadirin sedang bermarhaban







Sedikit waktu lagi selesailah majlis ini . . . 







Saya nak duduk rehat kat situ lah . . . nanti



 


Alamak Atuk lak nak cukur jambul saya . . . camna ha . . .






Relakslah Dian . . . dah selesai pun . . . 







Apa tu ha?






Ni . . . lain-lain ahli keluarga lak nak cukurkan jambul Dian. Takpe nanti sama-sama dapat berkatnya.






Bapa-bapa saudara dulu . . . kemudian . . .







. . . Datuk Hj Abdul Rahman Khamis (Atuk juga pangkatnya kepada Dian . . . ) dan Atuk Hj Kamaruddin juga tidak ingin ketinggalan dalam acara memotong jambul ini. Terima kasih.







Tuan Hj Rais . . . Imam Masjid Al-Khairiah merangkap Juru Nikah bertauliah sudi juga menghadirkan diri dalam majlis ini dan menyertai acara potong jambul si cilik ini. (Bukan majlis pernikahan sesiapa!).




Hj Rais at work







Tok Along Basri dah bagi green light . . . pergi ke kelompok wanita lak!












Opah Hjh Alimah 
starts the ball rolling at the ladies end . . . 






Potong sikit . . . renjis sikit . . .





Renjis sedikit lagi . . . masukkan rambut yang dipotong ke dalam nyiur muda . . .



DONE







Onyang Hjh Maimunah
DONE TOO






Kemeriahan di d'SUARANG dapat dirasakan sepanjang hari pemasyhuran nama dan cukur jambul Dian . . . Alhamdulillah.



Buat kesekian kalinya majlis berteraskan semangat kekeluargaan diadakan di d'SUARANG. Aku hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu dalam menjayakan majlis ini. 






Meriah di mana-mana . . . begitu yang dirasakan KELUARGA ini . . .








Foto kiri: dari kiri - Hj Hamzah, Hj Ismail, Hj Ratham, Hj Yassin, penulis. Foto kanan: dari kiri - Hj Muhammad, Ustaz Hj Hassan, Hj Md Isa, Hj Wak






Kiri: Sembang-sembang sanak saudara . . . dah lama tak bersua . . . Kanan: WO 1 Hj Kamaruddin, Lt Kol (B) Hj Basri Omar, Mejar Jeneral (B) Datuk Hj Abdul Rahman Khamis.






Masih menantikan majlis bermula. E n Farhan kelihatan dalam foto kanan.


 




Kelompok wanita tetap mewarnakan majlis pada pagi ini . . . Terima kasih.




Dari kiri: Halmy, Amer, Rusilan






Relaks sambil menunggu sahabat-sahabat lain tiba . . .






Sahabatku Hj Ghazali Kamaruddin dah pun tiba dan duduk di tempat khas untuk beliau.





Bantuan di bahagian dapur juga amat dihargai . . . 






TQ to all . . . semua mereka yang ringan tangan menghulurkan bantuan tenaga . . .








. . . mereka yang membolehkan para tamu menjamu selera . . . 








. . . dengan selesa di bahagian hadapan . . .







Makan. Makan . . . janganlah segan




Terima kasih . . . tangan dihulurkan.
Makan dan minum . . . dipersilakan.




Ha . . . begitulah . . . baru bagus.






Baca doa makan atau serapah yang dihembus?




Tak kisahlah . . . apa-apa saja . . . asalkan semuanya . . .




. . . Gembira . . . 
[Liza n Umarnya]




. . . Gembira  . . .
[Lola dengan Aii, Amb n Uim . . . d 3 musketeers-nya]




d 3 Musketeers
Dari kiri: Azim Muqry Basrie, 
Ahmad Iman Iskandar, Umar Ilham Majid



Kalau anda gembira . . . tepuk tangan . . . ha, ha, ha



. . . Gembira . . . 
[Lyana n Afzan sidekick-nya] 




. . . Gembira . . . 
[Najwa dengan Mama Del, mentor-nya]




. . . Gembira . . .
 [Halim melayan kerenah anak . . . 
dan anak-anak buahnya]



Penghargaanku khasnya ditujukan kepada ahli-ahli keluarga aku sendiri . . . jiran tetangga tempat aku menginap . . . sanak saudara, sahabat handai, rakan dan taulan dan sesiapa sahaja yang turut hadir menyerikan majlis pemasyhuran nama dan cukur jambul cucuku Dian Seri Aishah. 






Moyang Hjh Maimunah . . . pun adalah Dian . . .
supervising the event . . . Terima kasih onyang.



 He ain't heavy . . . he's my brother
Penulis bersama Bang Ngah Hj Ismail Baharom



Apa bicara 2 Hajah tu . . . Zaleha n Alimah



Dian: "Wah! ada Bang Long Hakim, Pak Long Khairul . . .
ok lah . . . paling penting ada abah saya juga . . . hmm." 





"Silakan semua . . . masuklah tengok saya ni nak kena cukur jambul . . .," kata Dian.















Roy n Anum bersama siapa lagi . . . dak Ajim tu le . . . 






Umar dipangku Nena G,
Fateha, Mira





Bila kaum keluarga berjumpa . . . sambil saling bertanya khabar . . . bercerita mesra






Cerita-ceritalah sikit . . . sembang-sembang kata orang . . .





Ah Long? Bukan! Pak Long Ame . . . Tok Angah Man dah tiba . . . sambutlah Dian . . .





Halim menyerahkan Dian 
ke pangkuan Opah Hjh Zaleha Moid




Dari kiri: Hjh Siti Rogayah, Hjh Maimunah, 
Pn Siti Hawa Nor, Hjh Zaleha, Hjh Zahemah, Hjh Fatimah, Cik Aida

 







Dian didukung pembantu khasnya . . . Makcik Esah . . .  







Majlis dah berjalan lancar dengan acara berzanji dan doa selamat. Dengan izin . . . saya nak berehat sat . . . OK ya Ustaz. 



Dian Seri Aishah kini berusia sepuluh bulan. Pergerakan fizikalnya cergas dan kepintarannya dapat dilihat meningkat dengan teratur dan menggalakkan dari hari ke hari. Mudah-mudahan Dian akan terus berkemajuan sedemikian dalam kehidupannya pada masa hadapan. Amin.











Seorang bapa 
dengan anak yang menjadi harapannya . . . 




Dari kiri: Penulis, Shafini, 
Halim (mendukung Dian), Alimah




Shafini n Halim bersama cahaya mata mereka


Opah dengan cucunya






Kasihnya ibu membawa ke syurga . . .  kasih bapa berkorban raga . . .












Macam adegan dalam filem Hindustani lak . . . suka hati kome le . . .








Dian . . . semoga kau sentiasa bahagia . . .
demikian harapan seorang ibu bernama Shafini



Mudah-mudahan Dian . . . panggilan mesra untuknya di kalangan keluarga kami . . . diberikan taufik dan hidayah oleh Allah swt dan sentiasa dilindungi dengan penjagaan yang baik lagi sempurna oleh kedua-dua ibu dan bapanya.






Opah Hjh Fatimah di belakang Dian sabar memerhatikan acara mencukur jambul anak kecil itu.







 














Voice 1: Boleh ke cukur sikit rambut dak kecik ni? 
Voice 2: No problem . . . at the least . . . dapat save belanja hairdressing dak ni nanti . . . he, he . . . 




Dian ok . . . saya lagi ok . . . he, he



Yasmin n Sofia . . . baru tiba ke?




Nek Hjh Leha ambil giliran mencukur jambul Dian.
Nek Odah menyaksikan acara itu.
 



Lola n Ajim




Berbagai-bagai acara dijalankan dengan gaya tersendiri berbagai pelaku . . . hmm







Tok Mi sempat juga mencukur jambul Dian  di TKP




 

Beraksi di TKP
Dari kiri:
  Anum memangku Ajim & Shafini mendukung Dian





Teringat zaman di TKP yang sama?
[Halim n Shafini]




Ajim tumpang sekaki . . .





Segala acara sudah selamat dijalankan. Alhamdulillah kami semua ucapkan. Mudah-mudahan Allah memberkati segala yang telah kami usahakan.



Foto-foto yang tertera dalam ruang blog ini diharap dapat menceritakan peristiwa yang berlangsung itu secara lebih berkesan daripada apa yang dapat diungkapkan melalui seribu kata.  


 
Bamuda
dsuarang.blogspot.com