Saturday, May 7, 2016

Kisah di Gedung Muzik






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Silap Dengo 




Teman ingin menyambung ceghita tentang silap pendengaran atau 'silap dengo' (kata orang kampung teman) yang membawa kepada salah faham akan maksud orang lain.

Kisah ini dah bejaman lamanya. Kisah tahun-tahun 70-an. Tapi teman tetap ingat akannya kerana ada unsur lucu dan pengajaran terselit dalam kisah ini. 

Alahai ceghita orang Perak di sebuah gedung muzik di Kelumpor . . . kata kome.

Biarlah teman berceghita dalam bahasa yang mudah difahami semua. Begini kisahnya:

Seorang hamba Allah yang berasal daripada sebuah kampung terkenal di Perak telah membawa bapa saudaranya (Pak Ngah) bersiar-siar di Kuala Lumpur.

Hamba Allah ni memang tinggal dan bekerja di KL. 

Pak Ngah si hamba Allah ni pula tidak pernah ke KL sebelum ini. 

Jadi, si anak saudaranya beria-ialah hendak menunjukkan kepadanya apa yang terdapat di KL pada waktu itu.


Ketika itu belum ada kemudahan LRT. Belum ada LR SPRINT, AKLEH, DUKE, MRR 2 dsb. KL Tower tiada. KLCC pun belum ada. Shopping Complex yang hebat-hebat pun belum ada. 

Satu-satunya yang ada dan terkenal pada waktu itu ialah Ampang Park!


Lot 10, Sungai Wang Plaza, Imbi Plaza, Times Square, Star Hill dll. tidak pernah diketahui warga KL pada ketika itu.

Masa tu jalan dan tempat yang famous ialah Foch Avenue (sekarang Lebuh Foch), Petaling Street (sekarang Jalan Petaling), Batu Road (sekarang Jalan Tuanku Abdul Rahman), Campbell Road (sekarang Jalan Dang Wangi), Mountbatten Road (sekarang Jalan Tun Perak) dll. 

Cukup mungkin background untuk menggambarkan KL pada waktu itu!


Berbalik kepada cerita si hamba Allah yang membawa Pak Ngah bersiar-siar di KL tadi. 

Setelah makan mee goreng Hailam di Ipoh Hotel Restaurant di Bukit Bintang (amat famous sekitar KL ketika itu) dua orang anak beranak ini pun berlegar-legar di Bukit Bintang Road.

Mereka kemudiannya berhenti di hadapan sebuah gedung muzik. Gedung muzik itu sederet dengan tempat mereka makan tadi.


Pak Ngah tertarik kepada peralatan muzik yang dipamerkan dalam showroom gedung itu. 






Jadi Pak Ngah berhenti nak tengok-tengok sajalah. Alahai . . . window shopping.

Tiba-tiba towkay gedung muzik itu keluar berdiri di pintu masuk gedungnya lantas bertanya kepada Pak Ngah.


Towkay: {Menyapa dengan mesra} Apa mau Encik?

Pak Ngah: {Menjawab dengan loghat tebal orang kampung teman} Idak eh . . . teman nak ngita-ngita (mengintai-intai/melihat-lihat) aje.

Towkay: Oh, masuk Encik , ngitar (gitar) atak banyak. Ngitar lid (gitar utama), ngitar bes (gitar bass), ngitar lidem (gitar rhythm) semua atak. Encik moleh pilih mana suka.

PaK Ngah: {Suara perlahan} Bio le. Teman nak nengok-nengok je.

Towkay : Ya lah . . . miola (biola) pun atak . . . Tapi Encik kena masuk lulu.

Pak Ngah: {Bersungut} Geram teman dibuat kawan ni. Heboh nyuruh teman masuk. Geram, geram.

Towkay: {Dgn nada beria-ia sambil menarik tangan Pak Ngah} Masuk Encik . . . delam (drum) baik punya bangsa (jenis) suma atak.

Pak Ngah : { Dah naik angin!} Hey . . . Nak kena tabuh (pukul) gamaknye kome ni!


Towkay : {Syok sendiri} Apa pasat talak tanya itu tambour (drum) punya pasai . . .? Masuk lulu malu tau . . . Encik.

Pak Ngah : {Dah naik tak kuasa!) Sabo (sabar) aje le . . . peramah beno lak si dia ni.

Towkay : {Terus syok sendiri lagi} Ha Encik . . . itu delam menali punya nama apa ah . . . samba? Pakai conga delam (conga drum) pun OK ma . . .

Pak Ngah : {Betul-betul punya marah!} Conga deram tengkorak kamu! Nak penendang(nak kena tendang) juge dia ni . . .!

Towkay : { Selamba tak faham-faham} Hai ya, gua sutah cakap sama lu Encik . . . gendang punya hat (hal) suma atak dalam. Mali masuk tengok . . . 

Pak Ngah : {Terlalu tinggi anginnya sekarang} Tengin beno (bodoh sangat) ropanya mike ni. Dah dah . . . tak kosa teman nak layan lagi kerenah mike ni. Dah naik libang libu rasanya. Udah nak tekencin (terkencing) bebeno ni!

Towkay : { Memang tak akan faham} Ha, itu memang atak . . . kelincing (kerincing: sejenis alat bunyi-bunyian diperbuat daripada logam) ha . . . manyak olang mintak punya Encik. Kelincing atak laku.

Pak Ngah : {Dah sampai tahap fed up} Lantok le kerincing kome tu laku ke tidak! Jangan nak ngimpit (menghimpit)teman lagi!

Towkay : { Memang dasar peniaga tegar} Oh Encik mahu telompet (trumpet) ke? Nanti gua angkat sikijam dalipada itu gua punya setor ah . . .

Pak Ngah : {d last straw!!!} Mike diam leh tak weh! Teman nak belah dah. Jangan cakap apa-apa lagi. Nanti kena balon . . .

Towkay : { Semakin selamba atau buat bodoh?} Hai ya . . . Encik manyak pandai ma . . . itu kedai sebelah atak juat melon (belon) ma . . . sini tatak. Jumpa lagi ah . . .



*  Perkataan2 yg seakan-akan sama bunyi sebutannya pada pendengaran dua insan yg berdialog di atas tadi 






Sepanjang episod tadi . . . si hamba Allah (anak buah Pak Ngah) tidak campur 'mulut' kata orang. 

Eloklah dia berdiam diri saja sambil memerhatikan keadaan yang agak tegang bercampur lucu selamba itu.

Inilah akibatnya . . . dengo saje 'bunyi' seakan-akan sesuatu . . . udah jadi tak tentu arah fikiran . . . asyik fikir nak buat untung. 

Tak mahu paham ujung pangke sesuatu keadaan terlebih dahulu!

{Si omputih jiran teman masuk campor lagi weh, " Never jump to conclusion . . . that fast man!"}

Ini kisah tahun-tahun 70-an dahulu. Ketika tu kelemahan penguasaan BM oleh banyak pihak masih boleh diterima.

Sekarang macam mana situasinya? Agaknya ada sedikit perubahan . . .

Kalau masih kabur dengan pelat yang 'menyesatkan' seperti di takuk lama bagaimana? 

Tak gunalah mengaku rakyat 1 Malaysia! 

Jangan mendabik dada mengaku warga negara ini . . . andainya bahasa rasmi negara pun tidak dapat dikuasai dengan baik . . .

Sekarang . . . sibuk nak utamakan bahasa asing lak!

Dan . . . yang berbahasa tu pulak bio le sesuai pada level dan suasananya. Teman ni tak ngapa . . . lain kes le . . . he, he

Last but not least . . . para peserta Maharaja Lawak tak nak ke minta sedikit idea daripada 'orang luar' seperti Pak Ngah dan si Towkay tadi? 

Manalah tau kalau-kalau kome sendiri udah kekeringan idea untuk persembahan masing-masing. . .  

Usik-usik sikit tak ngapa le ye!










Bamuda

dsuarang.blogspot.com



Pros n Cons










Assalamualaikum and Greetings




A Brief Encounter






That . . .








Top of the world feeling


Yeah, when you have your grandchildren around you. When they are behaving ok, that is! 

You are happy. . . they are happy, everyone's happy.






Ahmad Iman Iskandar (Aii) 







Azim Muqry Basrie (Amb)




Umar Ilham Majid (Uim)








d proud n happy grans




Thank you Allah for allowing this . . . top of d world feeling . . . to bloom. 

Thanks too for presenting us (d grans) with these wonderful set of kids . . . who are capable of adding imaginative colours and flavours to the creation of an aesthetic feel in the mood of d grans life.


Summing up . . . simply fantastic!






{To be continued}
{Look out for d continuation to this entry . . .}





Assalamualaikum and Greetings




Another Brief Encounter




{A continuation to yesterday's brief encounter. The other side of 'Simply Fantastic', that is.}




Dwelling on the subject . . . d proud n happy grans supervising obedient and well-disciplined grandchildren. 

Oh yeah, everything is fine when everything goes according to what one wishes or according to things scheduled or planned.


But . . . when d chips are down . . .


Oh no! . . . What happens when these grandchildren start to 'misbehave' or go against d establishment's standard rules and procedures?

When they display mostly 'negative' skills and qualities . . . what will be d grans standard reaction to such actions? 

What stand would be taken and what would the approach be like?

What can d grans do to handle such a situation when it occurs? 

Run amok and create more havoc? No way!









Three at one go . . . Atuk with Ajim (left), Umar (centre) & Ahmad (right)







Three at one go . . . 






Three at one go . . . Atuk . . . 








. . . with Ajim (left), Umar (centre) & Ahmad (right)




Adopt a stand of avoiding more mayhem and start believing in d cliche . . . join em when you can't beat em! 

Boost d kids ego and (d grans) suffer in silence!

That was exactly what yours sincerely did on occasions more than once. And, and d outcome of those actions? 

We became d best of buddies (d grandchildren and d grans). Sharing common interests (of misbehaving at times) . . . he, he.
Purely pragmatic. Just being realistic.








Two at one go . . . Atuk . . . 








with Ajim (on Atuk's left)
 & Umar (on Atuk's right)



Like what d Northerners used to say: 

Small meta (matter). Toksah serabut kepala.

D weda (weather) is klia (clear). Sementara tak ubah cuaca . . . bulih kat hampa la (cucu-cucu Tok Wan) tugeda (together) dok panjat kepala! (ngada-ngada . . . le tu)!

And this omputih neighbour of mine pun tak mahu ketinggalan . . . Dia komen jugak: 

Take your pick. Nip in the bud, now . . . or . . . Stick-in-the-mud, later!

Gelak gelak teman pun . . . teman paham le . . . mike camna . . . ate, kome pulak bagi mana gamaknya?


Still . . . in whatever condition and for whatever reason . . . thank you Allah for your priceless bestowal.

Alhamdulillah.








Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Yang Kurik Itu Kundi . . .








Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Berebut Tempat Duduk?








Izinkan saya mengusik sedikit tentang soal budi pekerti khususnya di kalangan warga kota metropolitan Kuala Lumpur (dan kawasan sekitar yang mendapat tempiasnya.) 

Warga KL memang berbudi bahasa. Kita ‘kan orang Malaysia yang terkenal bersopan santun dan berhemah tinggi.

Ini ternyata sekali apabila kita melayani ‘kerenah’ orang luar atau orang asing yang datang ke negara kita!

Tak kiralah pelancong, pelawat, pelabur, pengunjung atau banyak ‘pe…’ ‘pe…’ lain lagi!

Cuma kadangkala (apabila berinteraksi sesama kita sendiri) ada di antara mereka yang bergelar warga KL terlepas pandang akan hal-hal bersangkutan budi bahasa. 

Mungkin mereka menganggap itu ‘remeh-temeh’! Maklum mereka warga maju di bandaraya yang serba moden pula! 

Mungkin nilai-nilai budi pekerti sudah berbeza pada pandangan mereka itu! Atau, mungkin juga mereka sudah menjadi pak turut (dan mak turut?) yang terikut-ikut dengan ‘trend’ hidup moden di bandar-bandar besar dan maju di seluruh dunia!

Apa yang dimaksudkan ialah sikap dan tindak-tanduk sebenar manusia (walau semaju mana pun mereka) yang dapat kita lihat jika kita prihatin. 

Sikap dan tindak-tanduk ini biasanya terserlah tiba-tiba dan dipertontonkan di khalayak ramai secara tidak diduga atau tidak disedari. 

Kita ambil contoh mudah:

Lokasi:
Di dalam bas atau tren atau di pejabat atau tempat-tempat awam yang penuh sesak dengan penumpang atau pelawat. 


Ada orang tua / warga emas/ orang yang keuzuran /sakit/ ibu mengandung atau OKU dsb terpaksa berdiri kerana tiada lagi tempat duduk yang kosong.






Peristiwa dan Aksi:
Penumpang atau pelawat yang duduk terus sahaja duduk. Mereka itu jelas kelihatan sihat walafiat (kadang-kadang tempat yang dikhaskan untuk OKU pun kena kebas oleh bukan OKU!) 

Tiada siapa yang sanggup bangun menawarkan tempat duduk kepada para penumpang atau pelawat yang tua atau uzur yang terpaksa berdiri.

Malah ada yang tidak menoleh langsung kepada penumpang atau pelawat yang berdiri itu. 







Buat tak tahu … engkau engkau, aku aku. Mungkin mereka itu berpendirian , “Aku pun bayar tambang … atau aku pun dah tunggu lama … tak kan nak beri tempat duduk ini pada orang lain pula!”

Pemerhatian dan Reaksi:
Mereka yang duduk sihat dan segar itu diperhatikan tidak langsung berasa bersalah ataupun segan membiarkan diri mereka ditonton sebagai golongan orang yang tidak punya perasaan kasihan terhadap warga yang lebih tua atau orang tak berdaya atau kurang upaya itu. 

Fikiran pemerhati yang melihat peristiwa begini tentu sahaja mengarah kepada kesimpulan bahawa mereka itu dari golongan yang tidak berbudi pekerti. Mereka pentingkan diri sendiri.

Mungkin mereka itu anak tunggal dalam sesebuah keluarga. Mungkin mereka tidak tahu berkongsi kemudahan sejak kecil. Mungkin ibu bapa mereka tidak mengajar atau menggalakkan mereka berbudi bahasa . 

Mungkin tiada contoh atau tauladan yang baik ditunjukkan kepada mereka dalam hal sebegini.

Atau, mungkin sahaja mereka itu tak ‘makan’ ajar (nanti ada pula ‘loyar’ yang kata mereka ‘makan’ nasi!) dan mungkin macam-macam lagi.

Ironinya, kadangkala terlihat kalau ada yang berbudi bahasa bangun memberi tempat duduk … dah pula dikatakan cuba menunjuk-nunjuk … baiklah konon.

Lebih teruk, dikatakan ada tujuanlah tu…macam ada udang di sebalik batu!

Diperhatikan, biasanya yang sanggup bangun dan ‘berbudi bahasa’ itu ialah golongan yang tak nampak ‘elit’. 

Maksudnya, budak-budak yang biasa-biasa aje … bukan mereka yang cukup bergaya (golongan atasan atau eksekutif?) yang berpakaian hebat (lengkap dengan jeket atau tali leher atau aksesori hiasan yang mahal-mahal.)

Diperhatikan juga ada di antara mereka yang kelihatan berpelajaran ‘tinggi’ (terus-terusan membelek-belek fail kerja pejabat atau dokumen perniagaan, membaca buku …novel percintaan?, majalah atau surat khabar dsb tanpa mengira keselesaan orang lain di sekeliling ruang yang sempit dan terhad). 







Atau mereka yang memang berpelajaran tinggi (dengan ego sendiri-sendiri) biasanya tidak sanggup berbudi pekerti dalam situasi ini.

Maka jelaslah bahawa mempunyai pelajaran tinggi sahaja tidak semestinya menjamin seseorang itu juga akan memiliki budi pekerti yang tinggi!


Pemerhatian khas: 

Dan … paling malang, ada pula mereka yang setelah ditawarkan tempat duduk (sama ada di dalam bas atau tren atau di pejabat atau tempat-tempat awam yang sentiasa sibuk dan sesak di Kuala Lumpur) tidak tahu mengucapkan ‘Terima Kasih’! (kepada pihak yang cuba menunjukkan sikap ‘berbudi bahasa’ atau mengamalkan didikan ‘berbudi pekerti’ yang semakin ‘menyusut’ di kalangan masyarakat moden kita sekarang.) 


Demikian pemerhatian ringkas penulis dalam hal yang biasa dianggap remeh ini. 

Mudah-mudahan masih ada lagi mereka yang percaya dan mengamalkan maksud yang tersirat dalam kata-kata pantun berikut:









Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa. 






Bamuda
dsuarang.blogspot.com



Cukup Sepetang Di Melaka









Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Bukit St John dan Zoo Melaka



"Melaka Bandar Bersejarah". Itu slogan yang dapat dilihat di merata tempat di bandar Melaka sekarang.

Dulu pada tahun-tahun 1970-an (sudah hampir 50 tahun sudah) jarang-jarang sekali atau boleh dikatakan tiada langsung kedengaran ucapan atau slogan sedemikian.

Kini sering didengarkan kembali alkisah Hang Tuah lima bersaudara, kisah kehebatan Istana Melaka, cerita kekebalan Kris Tamingsari.

Kisah Hang Tuah difitnah dan dibuang ke Hulu Melaka. Cerita keistimewaan perigi Hang Tuah. Kisah-kisah ngeri lanun mengamuk di perairan Melaka. Cerita setempat Sungai Duyung. Kehebatan pertarungan Hang Jebat dengan Hang Tuah. Kisah kedatangan Laksamana Cheng Hoe dan Puteri Hang Li Po.

Cerita penjajahan Belanda, Portugis dan Inggeris serta kisah-kisah para pedagang berbagai bangsa di Melaka memang banyak diperdengarkan juga.


Sebenarnya itu semua aku sudah tak berapa ambil pusing sangat. Aku sudah lama tahu tentang ceritera itu. Dunia pun tahu akan kisah-kisah itu. 

Apa yang aku hendak utarakan seringkasnya ialah sedikit tentang kesan perubahan dan kemajuan terhadap tempat-tempat pelancongan di Melaka. 

Tidak dinafikan kini industri pelancongan di Melaka telah berkembang dengan begitu meluas!

Dulu, amat kurang tempat dan kemudahan yang tersedia. Oleh itu cepat saja para pelawat atau pelancong dapat memutuskan tempat mana yang hendak dikunjungi (tak banyak pilihan), kadangkala cukup untuk tempoh masa sehari suntuk sahaja. 

Betapa senang dan tenangnya waktu itu bagi mereka yang ingin bersiar-siar di Melaka. Semuanya mudah dan murah. Ke sana sini tak melibatkan kos yang besar.







 St John's Hill, Melaka : Sept 2, 1973 
[Penulis dan isteri masing-masingnya
 memegang adn Fadelah dan Sapiah] 









  St John's Hill, Melaka : Sept 2, 1973 
[Penulis dan isteri masing-masingnya 
memegang adn Sapiah dan Fadelah] 





Aku masih ingat bagaimana aku bersama isteriku Alimah Yasin bersiar-siar seharian di St John's Hill, Melaka (bersebelahan Kota A Famosa) dan kemudiannya di Zoo Melaka pada 2 September 1973.

Tiga orang adik perempuan isteriku iaitu Foziah Yassin, Sapiah Yassin dan Fadelah Yassin turut bersama kami bersiar-siar. 

Belanja sekadar makan dan minum sahaja. Masuk ke Zoo Melaka pada waktu itu tidak dikenakan apa-apa bayaran. 

Haiwan yang terpelihara di dalamnya tetap dapat menarik perhatian para pengunjung. Mungkin orang dahulu tak banyak ragam!








 St John's Hill, Melaka : Sept 2, 1973 
[ Belakang dari kiri: Penulis, Foziah]
[ Depan dari kiri: Fadelah, Sapiah] 




Aktiviti seperti ini dapat dilakukan dengan tenang kerana tidak ramai orang berkunjung ke tempat-tempat seperti itu pada ketika itu. 

Pada waktu itu, selain daripada kurang mempunyai wang untuk berkunjung ke sana sini, tidak semua orang memiliki kereta (motokar). 

Jadi kadangkala halangan yang dihadapi ialah kesukaran mengatasi masalah pengangkutan. 

Ini banyak membantutkan kegiatan kunjungan ke tempat-tempat pelancongan.










[Penulis bersama adn Fadelah 
di Zoo Melaka : Sept 2, 1973]









[Penulis bersama adn Sapiah 
di Zoo Melaka : Sept 2, 1973]









[Penulis dan isteri bersama 
adn Fadelah dan Sapiah 
di Zoo Melaka : Sept 2, 1973]




Apapun begitulah perubahan suasana pelancongan di negara kita . . . sejak zaman itu. 

Senario sekarang berbeza sekali. Sangat merangsangkan!

Bersyukur negara kita indah dan menawan. Doaku supaya keadaan ini semakin meningkat maju! 









Bamuda
dsuarang.blogspot.com