Wednesday, July 7, 2010

Hendak Seribu Daya


Wednesday, July 7, 2010



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Bukan Payah Sangat 



Bukan payah sangat melaksanakan sesuatu. Syaratnya . . . kita mesti ikhlas dan gigih dalam melaksanakannya. Bukan susah sangat membiasakan diri melakukan sesuatu dengan teratur dan betul. Syaratnya . . . kita mesti bersungguh-sungguh dan cekal melakukannya. Kesungguhan dan kecekalan (melakukan sesuatu dengan penuh disiplin) pasti mendatangkan kesan yang amat positif terhadap matalamat yang ingin dicapai.

Amalan bila sebati akan menjadi kebiasaan. Kebiasaan yang sihat akan membawa faedah kepada semua. Segalanya dapat dilakukan apabila kata-kata 'hendak seribu daya' menjadi kunci pegangan hidup kita.

Sebaliknya sikap sambil lewa atau enggan bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu (yang sudah menjadi budaya hidup sehari-hari) terbit daripada pegangan kata-kata 'tak hendak seribu dalih'. Mungkin kita tidak mematuhi norma hidup harian ini kerana diulit penyakit "malas" atau kerana "keegoan" diri yang terlalu tinggi.

Jika inilah pegangannya, maka aku kira . . . tutup cerita, habis peranan.Tinggal sahaja bersendirian . . . di hutan, bukan di pekan!



BUKAN PAYAH SANGAT

Sebuah puisi lamaku . . . sekadar hiasan, bacaan atau renungan. Terpulang!

*{klik pada puisi untuk imej lebih besar}

















dsuarang.blogspot.com