Friday, May 18, 2012

Menziarahi Sepupu di Singapura






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Semangat Pertalian Keluarga



 Setelah mengunjungi Jurong Bird Park pada hari Sabtu 5 Mei 2012 . . . aku dan ahli-ahli keluarga serombongan . . . menuju ke kawasan perumahan di Clementi West.

Kami berhajat ke rumah adik sepupu Alimah . . . yang sudah agak lama juga tidak kami temui. Hasrat kami untuk mempereratkan silaturahim dengan keluarga Hjh Fauziah Saad.

Setibanya kami di rumah Fauziah . . . kami diberikan sambutan yang hangat . . . dengan menampakkan semangat persaudaraan yang begitu ketara. Fauziah sekeluarga mesra sekali.






Dua sepupu yang sudah lama tidak bertemu
kiri: Hjh Alimah . . .  kanan: Hjh Fauziah




Selang beberapa minit aku di situ . . . aku teringat akan Hj Yusof . . . suami Fauziah. Aku bertanya tentangnya. Aku bertanya tentang kesihatannya. 

Fauziah memberitahu bahawa Yusof  ada di bilik selari dengan ruang tamu itu. 

Fauziah menyatakan juga bahawa Yusof di situ kerana mesti mendapatkan bekalan oksigen daripada mesin yang tersedia di dalam bilik itu. Jarang-jarang sekali beliau keluar . . . melainkan jika sekali sekala pergi ke bandar.





Saling bertanyakan khabar . . . 
berbual mempereratkan silaturahim







Aku agak terkejut dengan info itu. Aku sebenarnya terkejut mengetahui keadaan kesihatan saudaraku itu. Selama ini aku sangkakan Yusof cuma menghidap asthma biasa . . . apabila beliau jarang dapat hadir dalam majlis-majlis keluarga di KL. 






Hidangan pun dijamah . . .



Walau bagaimana pun, setelah aku masuk ke bilik tempat Yusof  berehat . . . hatiku terasa sedikit lega. Yusof kelihatan sihat jua . . . cuma memerlukan bekalan oksigen dari masa ke masa.

Aku berbual dengan Yusof. Lama juga. Berbagai-bagai perkara kami bualkan. Aku perhatikan Yusof  bijak berbicara. Daya fikirnya tetap tajam.

Aku berdoa semoga keadaan sebegini terus berkekalan dan semoga kesihatan Yusof bertambah-tambah baik. Amin.





 Fauziah melayan anak-anak saudaranya
Alyn dan Halmy
sambil penulis bersembang dengan Yusof




Dari kiri: Shidi, penulis, Hj Yusof



Seperkara lagi yang menarik perhatianku . . . Yusof dapat bersama-sama kami di meja makan pada petang itu. Beliau bercerita dan mendengar cerita. Kisah demi kisah. Lama beliau melayan kami di meja makan itu. Sesuatu yang jarang-jarang dilakukannya . . . pada hari-hari biasa.





Penulis dan Yusof membincangkan sesuatu 
perkara mustahak nampaknya



Hidangan mee rebus
Singapore style . . . 




Terus berbual-bual selepas menikmati
 hidangan mee rebus buatan sendiri 
Chef Fauziah



Akhirnya . . . Yusof mengiringi kami ke pintu keluar rumahnya . . . menyebabkan aku sekeluarga berasa amat terharu. Kami terharu dengan semangatnya yang begitu kental menghadapi penyakit yang ditanggungnya.

Bak kata Yusof . . . " Ini sudah bahagian saya, bang. Mungkin ALLAH nak bagi uji supaya kita sedar dan  insaf."

Memang benar kata Yusof itu. ALLAH berkuasa ke atas segala-galanya. Kami cuma memohon kepada-NYA . . . Ya ALLAH apalah kiranya dapat ENGKAU mengabulkan doa hamba-hamba-Mu ini:

Pulihkanlah kesihatan Yusof . . . saudara kami ini . . . seperti sedia kala dan . . . bahagiakanlah beliau serta seluruh keluarganya yang baik budi ini. Amin.


Bamuda
dsuarang.blogspot.com