Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Sarapan Layan Diri
Suatu pagi di Kuala Lumpur . . . aku dan isteriku Alimah serta anak-anakku pergi ke sebuah kedai makan / restoran (sekarang mod sikit jadi 'kafe') untuk bersarapan.
Sebenarnya aku jarang-jarang melakukan perkara sebegini. Aku lebih gemar dan selesa bersarapan di rumah sahaja.
Tambahan pula setelah bersara ini. Aku lebih suka minum pagi bersama isteri dan ahli-ahli keluargaku . . . di rumah sendiri.
Mungkin kerana dahulu (ketika aku masih bekerja) aku kurang berkesempatan berbuat demikian. Setiap pagi aku sering 'berkejar' ke pejabat . . . seterusnya ke sana sini bagi memenuhi tuntutan tugas rasmiku. Sibuk tak menentu!
Paling baik aku akan meminum segelas air putih (kadang kala sambil berdiri) . . . dan berlalu pergi dari situ.
Si omputih (jiranku yang overly 'peramah' tetapi baik budi itu) pun dah pandai bergurau dengan menyatakan begini, "Trying to make up for lost time . . . yeah bro!"
Aku memang biasa dilayani isteriku Alimah apabila hendak makan dan minum. Aku tidak pandai mengambil makanan sendiri (walau di rumahku sekalipun!) Sebenarnya itulah kelemahanku sejak kecil hingga sekarang.
Sewaktu aku bersekolah dan tinggal di asrama dahulu . . . kami (murid) makan berhidang di meja masing-masing. Bukan beratur panjang (buffet style) dan mengambil makanan dan minuman sendiri!
Kemudian ketika aku bujang . . . opahku pula yang menjaga makan minumku kerana opah tinggal bersamaku. Segalanya teratur dan terurus.
Maka kebiasaan itu mungkin menyumbang kepada keadaanku sekarang. Aku dah 'lemak' (atau konon 'manja'?) jadinya . . .
Apabila makan di kedai / restoran / atau mana-mana outlet makan pun aku begitu. Ya lah . . . 'order' sahaja dari meja! 'Waiter' menguruskan segalanya!
Jadi kisah yang hendak aku paparkan di sini berkisar pada pengalamanku ketika hendak bersarapan di sebuah kafe di KL baru-baru ini.
Setelah masuk ke kafe yang berkenaan . . . aku terus sahaja duduk menantikan 'waiter' . . . seperti biasa menjangka 'waiter' akan menanyakan makanan dan minuman yang ingin aku pesan.
Lama sudah aku tunggu . . . tiada seorang 'waiter' pun muncul bertanyakan apa-apa kepadaku.
Aku kehairanan lantas berbisik kepada isteriku Alimah.
" Mana perginya 'waiter' ni . . . Tak nak 'serve' kita ke?"
" Takpe . . . ambil sendiri je lah," jawab Alimah.
"Eh melampau le ni . . . tak kan nak suruh aku ambil sendiri kat sini lak. Kat rumah pun dia yang ambilkan untukku," kataku di dalam hati.
"Ambil sendiri?" Tercetus pertanyaan daripada mulutku.
"Ha ah . . . ambil sendiri."
"Eh biar benar ni . . . mengapa tiba-tiba sahaja isteriku berkata begitu. Dah penat ambilkan makanan dan minuman untuk aku kot. Mungkin dia nak aku . . . dan nak aku . . . " fikirku.
Belum sempat aku berfikir panjang . . . anak-anakku datang dari bahagian dalam kafe itu lalu bertanya:
"Abah dan Mak nak makan apa? Nak minum apa?"
"Mengapa ni? Dah tak ada 'waiter' lagi ke di kafe ni? Kalau tak ada pun . . . mak korang kan boleh uruskan untuk abah!"
Kesemua mereka memandang kepadaku. Senyap seketika.
Tiba-tiba aku tertoleh dan terpandang ke arah sejalur tulisan di atas pintu besar kafe itu.
Fahamlah aku. Tadi aku kerisauan sejenak. Tak kan nak kena ambil sendiri makanan dan minuman kat sini. Di rumah pun aku tak buat!
Diam-diam di hati kecilku . . . tertanam suatu pengajaran.
Seseorang harus biasa melakukan perkara-perkara yang kelihatan amat lazim dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Harus mahu dan tahu melakukannya walaupun perkara-perkara itu nampak kecil atau remeh sahaja.
Allahuakbar. Insha Allah aku cubalah nanti . . .
Tetapi sebaliknya . . . seperti yang selalu aku katakan dalam gurauan dengan isteriku Alimah . . . seseorang isteri boleh secara mudah mendapat pahala (pahala free) setiap kali dia melakukan khidmat-khidmat kecil melayan suaminya . . . termasuk seperti dalam hal mengambilkan makanan dan minuman untuknya.
Jadi . . . kalau nanti aku sudah mula mengambil makanan dan minuman aku sendiri . . . bagaimana pula dengan peluang isteriku untuk mendapatkan pahala secara mudah itu lagi?
Jika tertutup peluangnya . . . tidakkah jadi kerugian . . . hmm?
Jika tertutup peluangnya . . . tidakkah jadi kerugian . . . hmm?
Apapun alasan pros & cons yang diberikan . . . cubalah fahami dan huraikan mesej (inti tersirat) yang hendak disampaikan melalui kisah ini?
Para pembaca tentu boleh membuat tafsiran masing-masing secara sendiri-sendiri. . . he, he, he.
Bamuda
dsuarang.blogspot.com