Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Jodoh Pertemuan Siapa Tentukan?
Ikan di laut asam di darat . . . dalam periuk mungkin muafakat.
Demikian kata-kata yang diucapkan bagi pasangan yang bertemu dan berkenalan dalam keadaan yang tidak disangka-sangka tetapi akhirnya berjaya membawa pertemuan dan perkenalan mereka itu ke jinjang pelamin.
Ringkasnya mereka sempurna diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah.
Aku ingin mengaitkan peristiwa resepsi perkahwinan Isa-Alice ini dengan kata-kata magis di atas tadi.
Tadi aku sempat mendengar Emcee / Juruacara Majlis memperkatakan sesuatu tentang pertemuan, perkenalan dan perhubungan Isa-Alice. Aku tertarik kepada kisah cinta mereka ini.
Kerana teguhnya kasih Alice kepada Isa . . . Alice tidak ragu-ragu memeluk agama Islam , dan kerana tebalnya kasih Isa terhadap Alice . . . Isa tidak teragak-agak membimbing Alice mendalami selok-belok dan tuntutan agama Islam.
Semoga pasangan Alice-Isa kukuh pegangan dan keimanan mereka bagi merealisasikan Islam sebagai al-Din ini.

Aku tiba-tiba teringat akan nasihat ustaz di kampungku dulu. Kata ustaz kampungku itu jodoh dan pertemuan, ajal dan maut sudah ditentukan Allah di lohmahfuz*.
Ketika itu aku anak-anak lagi. Tak ambil hirau apa yang diperkatakan ustaz!
*(Suratan atau ketentuan nasib manusia; suratan loh Tuhan.)
Ketika itu aku anak-anak lagi. Tak ambil hirau apa yang diperkatakan ustaz!
Kata-kata omputih pula yang sering aku dengar berbunyi begini:
Bagiku, erti yang tersirat ialah segala apa yang terjadi sudah ditentukan. Sudah tertulis. Segalanya berlaku atas kehendak Allah SWT.
Marriages are made in heaven.
Maka di manakah pula letaknya kuasa perkataan 'kebetulan' yang sering dipakai orang dalam hal jodoh pertemuan dan ajal maut?
Jika seseorang berpegang kepada kepercayaan semuanya 'suratan' bukan 'kebetulan' . . . maka ke mana nanti perginya situasi coincidence dalam hal-hal sebegini.
Jawapannya . . . "Kalau dah semua 'suratan' mengapa perlu ada lagi istilah 'kebetulan'?"
Jawapannya . . . "Kalau dah semua 'suratan' mengapa perlu ada lagi istilah 'kebetulan'?"
Wallahuaklam. Tapi, apa pun, nak kata aku bias dalam soal ini . . . katalah. Aku lebih cenderung kepada 'suratan' berbanding 'kebetulan'. Orang lain boleh berfikir dengan cara mereka masing-masing.
Berbalik kepada hal perkahwinan Mr Isa bin Salleh dengan Ms Alice Yee aku memang tidak berganjak pendirian. Kepadaku ini 'suratan'.
Isa ialah anak ke-6 (anak lelaki ke-4) daripada 8 orang anak yang dikurniakan Allah SWT kepada pasangan suami isteri Tuan Hj Salleh Ibrahim dan Puan Hjh Juliah Partono.
Adik-beradik Isa yang lainnya mengikut urutan senioriti ialah . . . {Mohd Sufri, Alfaniza, Mohd Shaiful Joefri, Dewi Syuria, Mohd Firuz, Suriani, Mohd Amirul Razak}*.
*(Mereka memang anak yang baik-baik belaka. Good upbringing for sure! Congrats bro Hj Salleh n Hjh Juliah too . . . of course.)
Resepsi diadakan pada malam hari Jumaat 7 November 2014 bersamaan 14 Muharam 1436H di Ming Garden Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.
Ms Alice Yee

Aku sekeluarga mendapat undangan daripada Hj Salleh Ibrahim (sahabat sekamarku ketika menunaikan fardu haji di Mekah 2011) dan isterinya Hjh Juliah Partono (sahabat sekamar isteriku Alimah juga) ke majlis tersebut.
Untuk memudahkan keadaan . . . aku Alimah dan Lyana berserta sahabatku Hj Ghazali Kamaruddin dan isteri beliau Hjh Faizah Mohd Noor . . . menginap di Tkt 4 Ming Garden Hotel, Kota Kinabalu (resepsi diadakan di Tkt 2 hotel yang sama).
Kami hanya perlu turun ke Tkt 2 hotel tersebut untuk menghadiri majlis perkahwinan itu.
Kedatangan kami disambut mesra oleh Hj Salleh dan Hjh Juliah serta keluarga.
Aku dan Hjh Alimah diberikan tempat khas di meja utama bersama pasangan pengantin baru dengan ahli-ahli keluarga terdekat tuan rumah.
Hj Ghazali, Hjh Faizah dan Lyana pula ditempatkan di meja yang tidak kurang istimewanya bersebelahan meja kami. Terima kasih tuan rumah yang baik budi.
Kedatangan kami disambut mesra oleh Hj Salleh dan Hjh Juliah serta keluarga.
Tuan Rumah
Tuan Hj Salleh Ibrahim & Puan Hjh Juliah Partono
Aku dan Hjh Alimah diberikan tempat khas di meja utama bersama pasangan pengantin baru dengan ahli-ahli keluarga terdekat tuan rumah.
Hj Ghazali, Hjh Faizah dan Lyana pula ditempatkan di meja yang tidak kurang istimewanya bersebelahan meja kami. Terima kasih tuan rumah yang baik budi.
Belum puas aku menikmati keindahan suasana dan persekitaran (ambience) di dalam dewan yang terhias bergemerlapan . . . belum sempat aku habis melayan deria rasa estetika aku, kedengaran suara merdu emcee / juru acara majlis mengumumkan . . . "Ketibaan pasangan pengantin baru . . . dipersilakan naik ke pentas ".
Master of Ceremony
Datuk Gan Po Tiau
mengumumkan sesuatu yang menarik . . .
Pasangan pengantin baru duduk di pelamin untuk acara merenjis oleh ahli-ahli keluarga terdekat dan sanak saudara yang rapat. Ada juga sahabat handai yang diundang untuk merenjis.
Sebelum acara merenjis bermula . . . doa selamat dibacakan. Seperkara yang amat menarik perhatian penulis . . . pembaca doa itu tidak lain tidak bukan ialah bapa kepada pengantin lelaki sendiri.
Syabas Tuan Hj Salleh. Jarang-jarang sekali dapat kita saksikan perkara begini dilakukan.
Syabas Tuan Hj Salleh. Jarang-jarang sekali dapat kita saksikan perkara begini dilakukan.
Doa Seorang Ayah
Tuan Hj Salleh
membaca doa selamat dalam resepsi perkahwinan
Kemudian barulah dilaksanakan upacara merenjis pasangan 'Raja Sehari' hari ini. Isa dan Alice direnjis mesra oleh para hadirin yang dipilih oleh tuan rumah.
direnjis renjis dipilis,
ditepungilah tawar;
hai beras kunyit ditabur,
disiram si air mawar.
Penulis dan isteri juga bertuah diminta oleh tuan rumah untuk melakukan acara merenjis pasangan pengantin baru.
Kami berdua dengan rela hati dan berperasaan gembira menunaikan permintaan tuan rumah resepsi perkahwinan Isa-Alice ini.
(Penulis sempat secara berseloroh menanyakan Alice sama ada kos busana yang dipakainya itu terlalu mahal . . . penulis takut nanti pakaian pengantin perempuan rosak apabila basah direnjis . . . hehehe!)

Sesudah itu para hadirin dipersilakan menjamu selera. Menu jamuan makan malam itu istimewa sekali. Menu ala makanan Cina.
Sambil makan kami dihiburkan dengan berbagai lagu dan melodi yang menyenangkan oleh sekumpulan ahli muzik yang masih muda. Halwa telinga yang sesuai dengan majlis yang teratur lagi cukup berdisiplin!
Boy band ini pula berjaya menghasilkan persembahan yang cukup mantap bercorak profesional.
Boy band ini pula berjaya menghasilkan persembahan yang cukup mantap bercorak profesional.
Penulis dan ahli-ahli rombongan sempat juga beramah mesra dengan para tetamu di sekitar ruang makan . . . lebih-lebih lagi dengan mereka yang duduk semeja.
Penulis beruntung dapat mengenali dengan lebih dekat adik lelaki bongsu kepada Hj Salleh iaitu YBhg Datuk Dr Mohd Yusof Ibrahim.
Beliau ini mantan seorang Pengarah Kesihatan di Sabah dan setelah bersara menjadi Pakar Perubatan Kesihatan Awam.
Datuk Dr Mohd Yusof Ibrahim kini bertugas sebagai Ketua Jabatan (Jabatan Perubatan Komuniti & Keluarga) di Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Penulis dapat memerhatikan bahawa beliau seorang yang mesra, berbudi bahasa dan berhemah tinggi . . . serta cukup humble walaupun terpelajar dan berkedudukan tinggi.
A highly educated professional while still remaining an amiable gentleman . . . that's him.

Dari kiri:
Datuk Dr Mohd Yusof Ibrahim, Tuan Hj Salleh Ibrahim, Penulis
Di Meja Utama
Pasangan pengantin baru
Isa & Alice
Pertemuan Orang Lama
Datuk Dr Mohd Yusof bersalaman dengan
Tuan Hj Ghazali Kamaruddin
mantan Pengarah Buruh / Pengerusi Mahkamah Buruh
Berbahas / Berbicara?
Sudah menjadi trend berbagai kaum di Malaysia sekarang mengadakan acara memotong kek dalam resepsi perkahwinan.
Amalan memotong kek ini dilakukan oleh pasangan pengantin baru. Acara ini biasanya dianggap penutup / pelengkap sesuatu majlis perkahwinan.
[Dah lama penulis memikir-mikirkan:
Mengapa tidak dipotong pulut kuning atau wajik atau dodol atau bingka atau lemang atau ketupat atau tepung talam dll ke . . . sebagai ganti?
Mengapa mesti kek juga yang dipotong? Tentu ada alasan yang logik!
Nampaknya kena minta pandangan daripada orang yang lebih arif . . . Ketua pihak yang empunya majlis bagaimana? hehehe]

Fun & Laughter
Within Family Circle
A Sure Sign of Healthy
KINSHIP
KINSHIP
Pengambilan gambar keluarga bersama pasangan pengantin baru memang seperti suatu acara wajib pada akhir sesuatu majlis perkahwinan. Kalau tidak dilakukan . . . terasa semacam tidak sah majlis perkahwinan itu.
Maka sedikit waktu diluangkan ahli-ahli keluarga Hj Salleh dan Hjh Juliah untuk mengabadikan kenangan pada hari yang penuh erti bagi keluarga ini khususnya bagi Isa dan Alice.
Sesi photo shoot keluarga yang berlangsung dalam suasana penuh riang dan ceria pada malam itu . . . jelas menampakkan perhubungan kekeluargaan yang amat erat lagi penuh persefahaman.
Bersembang Santai Sebelum Berpisah
Penulis juga bernasib baik dapat bertemu dan berkenalan dengan seorang penyiar (broadcaster) veteran Datuk Gan Po Tiau. Beliau mantan Juruhebah / Pengacara / Deejay dll Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Datuk Gan telah berkhidmat di berbagai tempat di seluruh Malaysia dan merupakan seorang yang kaya dengan pengalaman dalam bidang penyiaran. Penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris beliau cukup mengagumkan. Fabulous!
Penulis gembira dapat mengenali seseorang yang amat profesional, kreatif serta ceria berkarya . . . dalam bentuk insan yang bernama Gan PoTiau.
Nice meeting you Datuk Gan . . .
Menghargai Penghibur Muda
. . . wah bagus sekali awak bernyanyi tadi . . .
Berbual lagi . . .
Berfoto lagi . . .
let's call it a day . . .
Sebagai akhiran kata buat entri kali ini . . . tahniah kepada sahabatku Tuan Hj Salleh sekeluarga kerana mendapat ahli keluarga terbaru pada hari ini.
Tidak lupa aku juga mengucapkan selamat menempuh hidup baru kepada pasangan pengantin dan mudah-mudahan kalian berbahagia senantiasa.
Tempatnya indah, situasinya indah, orangnya pun memang indah . . .
Hingga bertemu lagi . . . terima kasih daun keladi . . . yang baiknya daripada Allah . . . yang buruk itulah kami.
Tidak lupa aku juga mengucapkan selamat menempuh hidup baru kepada pasangan pengantin dan mudah-mudahan kalian berbahagia senantiasa.
Tempatnya indah, situasinya indah, orangnya pun memang indah . . .
All's well that ends well.
Hingga bertemu lagi . . . terima kasih daun keladi . . . yang baiknya daripada Allah . . . yang buruk itulah kami.
WASSALAM
Bamuda
dsuarang.blogspot.com