Wednesday, June 1, 2016

Berhujung Minggu di IKEM Kluang






Assalamualaikum 
n
 Selamat Sejahtera




Selasa 8 Mac 2011 . . . Lt Kol (B) Hj Basri Omar (mantan Komandan Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat [IKEM] Kluang, Johor) menelefon ringkas:

Basri: Uda weekend pi mana?
Uda: Tak mana. Kenapa?
Basri: Tak lah . . . Ingat nak ajak pi Kluang.
Uda: Bagi 5-6 minit OK.
Basri: K


Setelah berlalu 5-6 minit . . . penulis menelefon Basri balik.


Uda: OK Basri. Kita pi.
Basri: K.



Begitu sahaja situasinya. Tiada langsung penulis bertanyakan butir-butir lanjut tentang pelawaan itu. Berapa ramai yang hendak pergi, siapa yang hendak pergi, hendak duduk di mana, berapa lama, berapa bayaran, makan macam mana dsb. Waktu bertolak yang sebenar pun tidak penulis tanyakan.


Penulis sudah terlalu biasa dengan cara Basri menguruskan perjalanan berkumpulan seperti ini.

{Yeah man . . . after all this ex-Commandant is a qualified tourist guide . . . isn't he? - celah si omputih jiranku itu.}

Penulis sudah percaya akan kebolehan Basri mengelolakan event begini. Tak perlu diragui . . . segalanya akan terurus dengan baik. Demikian tebalnya keyakinan penulis dalam hal ini!







Tiba hari dijadualkan (Jumaat 12 Mac 2011) kami pun bertolak dari KL ke Kluang dengan dua buah kenderaan . . . sebuah saloon dan sebuah MPV. 

Waktu perjalanan bermula kira-kira jam 9.30 malam. Kami tiba di IKEM (Institut Kejuruteraan Medan TD) di Kem Mahkota, Kluang pada kira-kira jam 1:30 pagi Sabtu.










Basri terus membawa kami ke Stesen Kereta Api Ekspres Seleksi Jurutera. Katanya biar dapat kami berihat sebentar sebelum pergi ke tempat menginap yang disediakan.

Keadaan sekeliling amat sepi dan tenang. Kereta api tidak bergerak. Sudah tamat waktu perkhidmatannya. 

Stesen agak lengang. Tiada para penumpang yang bersesak-sesak atau berkerumun di situ. Lega. Keadaan terlalu lega.

Kami dua famili saja yang mengunjunginya pada ketika itu.











Namun kami berasa seronok dan teruja melihat betapa seninya kereta api itu diparkir di parkirannya. Keadaan sekitar stesen yang hening mengimbau seribu satu kenangan zaman kereta api berkuasa 'arang' dahulu.

Basri pula kelihatan amat nostalgik apabila berhadapan dengan segala perkembangan terbaru (keadaan dan suasana) di situ.









Nombor magis dua unit bilik koch Ekspres Seleksi Jurutera






























No. Tentera Brig Jen (B) Dato' Mohd Hashim bin Hj Abu
 dan 
No. Tentera Brig Jen (B) Dato' Pahlawan Tairobi bin Abdul Razak.














Ada pula railway shunters . . . yang dapat diperhatikan bertugas secara sukarela pada hari cuti di dataran Ekspres Seleksi Jurutera (bukan nama sebenar stesen).








Tukang loceng pun ada . . . good lad







Ha . . . mereka ni pulak dah ketinggalan kereta api agaknya . . .








 Ya lah tu . . . sampai dah duduk atas platform stesen . . . what a pity . . . :)



Kami sempat mengunjungi buat seketika mess pegawai Wisma Perwira RAJD Kluang sebelum bergerak ke rumah penginapan. Aku dapati Basri semakin teruja dengan keadaan terpulihara mess tersebut.

Dalam hatiku berkata . . . begitu sayangnya mantan komandan ini kepada tempat lama dia berkhidmat. Aku terfikir pula . . . apalah hendak dihairankan. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.
















Kemudian kami bergerak ke rumah penginapan yang tersedia. Setibanya kami di Rumah Sri Jurutera aku menikmati dengan penuh kekaguman akan keheningan dan kesyahduan keadaan sekitar banglo yang tersergam itu.


Suasana sekeliling amat nyaman dan menyentuh perasaan. Basri kelihatan bertambah nostalgik. Beliau sering ke mari walaupun telah lama bersara daripada perkhidmatannya.

Sebaik saja kami semua menjejakkan kaki ke dalam Rumah Sri Jurutera . . . kata-kata seru 'wah' dan 'amboi' dsb pun terloncat keluar daripada mulut masing-masing.


















Memang indah tempat ini. Tidaklah pelik sangat apabila aku sendiri (yang baru pertama kali sampai ke sini) berasa kagum. 

Apa yang lebih menyentuh perasaanku ialah apabila Basri & anggota keluarganya sendiri . . . yang pernah tinggal di dalam kawasan kem ini selama beberapa tahun . . . juga turut mengagumi keindahan Rumah Sri Jurutera ini!















Mengimbau masa lampau . . . Terkenang semasa dulu . . . Tiba-tiba timbul rindu

Ha . . . kata hati kecilku . . . mungkin sudah berlaku banyak perubahan dan kemajuan kepada pembangunan di daerah ini! Bukan setakat berada di takuk lama lagi!

Ya, sesungguhnya menurut Basri . . . "Sudah banyak kemajuan yang berlaku di sini . . . di sekitar IKEM dan Kem Mahkota ini!"

Sebentar kemudian kami semua merihatkan badan. Alhamdulillah.

Awal keesokan harinya . . . setelah bangun daripada tidur dan melakukan apa yang wajib dan biasa . . . aku keluar meninjau sekitar Rumah Sri Jurutera ini.

Ya Allah , maha hebat dan terindah hasil ciptaan-MU . . . Kawasan yang berkabut seperti di sekeliling ini pun kelihatan begitu syahdu dan menarik.



























Suasana pagi yang istimewa . . .



























. . . buat penghuni sementara . . .
 Rumah Sri Jurutera



Kami kemudiannya bersiap sedia untuk keluar bersarapan di bandar Kluang. Basri memberi tahu ada undangan daripada Mej Baharudin Noryat untuk kami semua bersarapan di Kluang Rail Coffee, sebuah restoran terkemuka di bandar itu. 

Alhamdulillah ada orang yang sudi 'belanja' kami sarapan. Terima kasih Mej Baharudin. Rezeki pantang ditolak kata orang tua-tua.








Dari kiri:
Pn Hjh Zawiyah, Pn Alimah, Cik Nazehah, Cik Afzan, Mej Baharudin,
Adik Afnan, Penulis, Lt Kol Fazillah, LT Kol (B) Basri & Mej Badrul





















































Terima kasih daun keladi Mej Baharudin . . .




Setelah bersarapan, kami balik ke IKEM untuk bersiar di IKEM Sentral yang menempatkan beberapa buah lot kedai dan pusat kemudahan untuk warga tentera di kem ini.









































Santai di IKEM Sentral

Kemudian penulis berkesempatan pula pergi melihat-lihat bangunan madrasah baru berdekatan dengan kawasan IKEM Sentral. Penulis mendapat tahu binaan madrasah baru itu berasaskan idea (brain child?) salah seorang pegawai di situ bernama Mej Khamis.

Malangnya penulis tidak dapat bertemu dengan beliau kerana beliau bertugas/ bercuti di luar tempat.

Andainya penulis dapat menemui beliau ketika itu . . . pasti penulis ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepadanya. Ikhlas daripada penulis . . . Madrasah Salman Al-Farisi ini amat indah seni binaan rekabentuk dan rekaletaknya.

Syabas Mej Khamis walaupun tuan belum sempat penulis kenali.







Pintu masuk utama madrasah ke ruang solat






























Foto kiri: Melihat ke ruang dalam madrasah. Foto kanan: Basri di hadapan pintu utama madrasah








Foto kiri: Ruang solat madrasah. Foto kanan: Penulis & Basri menikmati keindahan seni binaan madrasah.









Basri duduk berihat dengan penuh nostalgik.









 Penulis di luar madrasah 








Tabuh, beduk atau geduk yang terletak di perkarangan Madrasah Salman Al-Farisi.

10 Foto kenangan di Madrasah Salman Al-Farisi Ikem














Sepanjang jalan kenangan . . . Those were the days.




Setelah itu kami berkunjung ke Muzium RAJD yang terletak dalam kawasan Kem Mahkota. Mej Baharudin Noryat sebagai kurator (muzium yang telah dibina semula) mengiringi kami sepanjang waktu kunjungan. Banyak pengetahuan baru dapat penulis timba daripada kunjungan ini. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Mej Baharudin.







 Mej Baharudin Noryat





Dari kiri:
 Afnan, Mej Baharudin, Lt Kol Fazillah, Lt Kol (B) Basri, 
Pn Alimah, Penulis & Pn Zawiyah


















































































Ha ah . . . Itulah saya ketika bertugas dengan pasukan PBB . . .
















Macam-macam ada . . .

























Banyak perkara menarik sempat diperbincangkan . . .





























































Terima kasih, terima kasih





































Dua jam penuh pengetahuan di Muzium RAJD bersama kurator Mej Baharudin Noryat.

Komandan IKEM Lt Kol Fazillah Ibrahim (seorang pegawai tentera lulusan Royal Military Academy Sandhurst, Surrey, England) juga sudi melapangkan masa beliau untuk bersama kami melakukan kunjungan ke muzium tersebut. Setinggi-tinggi penghargaan kami kepada beliau.


{Serve To Lead}






Lt Kol Fazillah Ibrahim, Komandan IKEM







Royal Military Academy (RMA) Sandhurst



Pada tengah hari itu, Mej Baharudin sekali lagi 'membelanja' kami makan. Kali ini makan nasi beryani. Terima kasih daun keladi Mejar. Mudah-mudahan Tuhan memurahkan rezeki tuan.

Selepas itu kami ke Ayer Itam untuk berbelanja sedikit. Petang kami pulang ke Rumah Sri Jurutera untuk berihat sebentar.

Malamnya pula kami dipelawa ke Restoran Rong Seri. Menurut Basri dua orang 'anak buah' tenteranya dahulu (yang baru naik pangkat ?) . . . Mej Suraihan Md Lani & Mej Jais . . . ingin menjamu rombongan kami makan malam di restoran tersebut.








































Menjamu selera di Rong Seri


Kami bersyukur. Ada lagi orang sudi mengalu-alukan kehadiran kami di bandar ini. Alhamdulillah.


Selesai menjamu selera di restoran itu kami diiringi keluar oleh Wan Mustafa Kamal yang mengenali Mej Suraihan dan Mej Jais. Wan Mustafa ialah Chef di restoran tadi.

Sambil berjalan keluar kami terlihat sebuah kereta Mercedes Kompresor baru terletak di kawasan parkir tepi restoran. Kami diberi tahu kereta itu kepunyaan Chef Wan Mustafa. *Basri secara berseloroh mengusik Chef Wan Mustafa dengan kata-kata kononnya hendak meminjam kereta Mercedes itu.

Terisi sudah agenda malam itu. Penulis hanya terfikir yang kami akan tidur selesa di Rumah Sri Jurutera satu malam lagi. Penulis melakarkan agenda tersendiri untuk pulang esok . . .

Belum muktamad perancangan agenda untuk esok hari . . . penulis diberi tahu Basri bahawa Mej Jais mempelawa kami semua minum pagi di dataran kereta api Ekspres Seleksi Jurutera (ESJ) mulai jam 8:00 pagi. Penulis OK saja. Orang berbudi kita berbahasa.

Esok harinya, awal-awal lagi (belum jam 8:00 pagi) Mej Jais sudah menjenguk di pintu masuk Rumah Sri Jurutera. Beliau mengingatkan kami akan 'appointment' kami di Cafe Pesisiran Bentong dataran kereta api ESJ jam 8:00 pagi nanti. Penulis OK saja. Orang memberi kita merasa.

Setelah semua ahli rombongan (tak rasmi) kami siap untuk minum pagi . . . kami pun pergilah ke tempat yang dijanjikan untuk bersarapan. Wah . . . ada nasi lemak yang enak dan berbagai macam kuih muih tersaji.

Minuman kopi dan teh panas yang terhidang amat menyegarkan. Terima kasih Mej Jais dan semua anggota F&B pagi itu. Kami menghargai kepedulian tuan-tuan.

Apa yang lebih menarik ialah kehadiran beberapa orang pegawai kanan tentera (termasuk Komandan IKEM) bersarapan pagi juga di situ. Kami sampai ketika ada di antara mereka yang sedang menjamah makanan yang terhidang dan ada pula yang sudah selesai bersarapan.



















Bertemu ceria . . .












Berbual mesra . . .











Bila berpisah kenangan dibawa . . .










Santai di dataran stesen kereta api Ekspres Seleksi Jurutera










Tiada masalah. Kami dipelawa 'join' sama . . . dan kami dilayan mesra oleh mereka yang berada di meja sarapan itu. Terima kasih sahaja yang dapat kami ucapkan.

























Bersarapan pagi di stesen Pesisiran Bentong



Penulis khasnya dapat berkenalan, bersembang dan beramah tamah dengan Kol (B) Hj Alwi Yunos, Kol Nazari Abd Hadi, Kol Hj Abdul Rahman Ibrahim, Lt Kol Mohd Nordin Mohd Pilus, Lt Kol Sutimin Fashar, Lt Kol Fazillah Ibrahim dan tidak ketinggalan Mej Badrul Nizam Ismail, Mej Mohd Jais Mohd @ Mat Som serta semestinya Mej Suraihan Md Lani dan Mej Baharudin Noryat. Suatu pengalaman yang tidak ternilai.






Foto kiri: Kol (B) Hj Alwi Yunos. Foto kanan: Kol Nazari Abd Hadi.









Foto kiri: Kol Hj Abd Rahman Ibrahim. Foto kanan: Lt Kol Mohd Nordin Mohd Pilus.








Foto kiri: Lt Kol Sutimin Fashar. Foto kanan: Lt Kol Fazillah Ibrahim








Foto kiri: Mej Badrul Nizam Ismail. Foto kanan: Mej Mohd Jais Mohd @ Mat Som








Foto kiri: Mej Baharudin Noryat. Foto kanan: Mej Suraihan Md Lani




Pada hemat penulis mereka tergolong dalam kategori 'very knowledgeable and highly intelligent gentlemen'. Santai berbicara walaupun dengan orang yang belum pernah mereka kenali.

Penulis tiada melihat wujudnya sebarang 'socially negative drawbacks' yang lumrah dibuat kesimpulan oleh masyarakat awam bila bercakap tentang sikap pegawai tentera.

Sebaliknya penulis dapat memerhatikan beberapa kekuatan baru berkaitan dengan disiplin ketenteraan. Paling ketara sikap taat dan hormat individu terhadap ketua membawa kepada kebiasaan dalam diri individu itu menghormati orang yang lebih tua daripadanya.

Semangat kesetiakawanan juga terserlah di kalangan mereka.

Apabila penulis mengajukan beberapa pertanyaan (yang mungkin kepada anggota tentera merupakan sesuatu yang 'biasa') mereka akan memberikan jawapan yang jelas dan terperinci. Sebagai perbandingan . . . inilah sesuatu budaya yang jarang-jarang kedapatan di kalangan sebilangan ramai penjawat awam di luar sana.

Disiplin ketenteraan nyata membentuk peribadi dan hemah yang tinggi di kalangan para pegawai dan anggota mereka.

Seperkara yang menarik perhatian penulis ketika bertemu para pegawai tinggi tentera hari itu ialah pangkat mereka tidak lagi dipaparkan di atas bahu tetapi menurun dari leher ke paras dada.

Pangkat mereka itu sukar dilihat atau dipastikan dengan cepat atau jelas kerana uniform celorong-celoreng yang mereka kenakan menjadi 'tapak' camouflage yang amat 'menyembunyikan'!

Penulis tak pasti kalau lain-lain kategori pakaian seragam tentera juga mengenakan pangkat pegawai tingginya seperti pada uniform celorong-celoreng yang baru itu?

Penulis teringat suatu ketika dahulu pernah bertanya kepada seorang rakan yang berkhidmat sebagai pegawai tentera:

Penulis: Mengapa pangkat boss-boss askar terletak di atas bahu . . . bukan di lengan atau pada pergelangan tangan seperti askar 'other rank'?
Rakan Askar: Alah . . . simple aje . . . nak bezakan pegawai dengan bukan pegawai lah . . . tak kan kau tak tahu.

Penulis mendengar jawapan mudah dan bersahaja pegawai askar itu. Jauh dalam benak penulis terfikir . . . tak kan lah itu saja tujuannya. Mesti ada maksud yang lain lagi.

Bukankah perkataan 'tanggung' atau 'menanggung' itu bermaksud 'memikul' atau 'menggalas' (biasanya membawa sesuatu yang berat di atas bahu). Jadi . . . kepada penulis mungkin saja lebih relevan pangkat para pegawai itu berada di atas bahu masing-masing . . . membawa erti tanggungan atau tanggung jawab.

Para pegawai memang seharusnya 'menanggung' dan 'menjawab' . . . apa sahaja tindak tanduk atau tingkah laku atau perbuatan dan perlakuan mereka atau anak-anak buah mereka.

Anggota pangkat bawah pula tidaklah dibebankan tanggungjawab sesuatu 'military action' seberat yang ditetapkan ke atas diri para pegawai. Jadi agak relevan pangkat mereka dipaparkan pada lengan atau pergelangan tangan sahaja . . . 'jinjing' bukan 'pikul' tanggung jawab.

Sekarang dengan pangkat para pegawai terpapar di dada . . . bagaimana pula signifikan atau relevannya? Apakah ini akan membawa erti . . . 'Tepuk dada tanya selera!'

Apapun segala ini hanya pendapat dangkal penulis semata-mata. Terserahlah kepada masing-masing individu membawa pendapat tersendiri. Paling penting tentunya pihak atasan tentera lebih arif dalam soal remeh sebegini.

Hendak jadikan episod kami bercuti 'tidak rasmi' di IKEM lebih menarik . . . ketika bersarapan di Cafe Pesisiran Bentong . . . tiba-tiba Mej Suraihan memberi tahu bahawa sebentar nanti Chef Wan Mustafa Kamal bin Wan Mohamad akan datang untuk membawa kami semua minum pagi di bandar.

*Rupanya berkesan seloroh Lt Kol (B) Basri malam tadi. Nak pinjam Mercedes baru Chef wan . . . nah pagi ini Chef itu sendiri datang dengan Mercedesnya untuk menjemput Basri & Co minum-minum. Apa nak dikata lagi . . . Kalau rezeki tak ke mana.

Chef Wan Mustafa Kamal berasal daripada keluarga sederhana di Pasir Pekan, Kota Bharu. Bapa beliau Wan Mohamad seorang tukang perabot yang terkenal dengan panggilan nama Wan Mat Tukang Almari di daerahnya.

Setelah mencuba dalam berbagai jenis perniagaan di Selangor, Wan Mustafa Kamal mendapat tempat perniagaan makanan yang agak sesuai dan lumayan di Kluang.

Sebenarnya minatnya yang kuat dalam bidang masak-memasak yang mendorong Wan Mustafa Kamal berkecimpung dan berjaya dalam bidang perniagaan makanan ini hingga beliau mempunyai restorannya sendiri . . . Restoran Rong Seri.

Kini restoran ini adalah antara yang terbaik di Kluang.










































Berkenalan lebih dekat dengan Chef Wan Mustafa Kamal

Wan Mustafa Kamal juga memiliki sebuah agensi pelancongan diberi nama Rong Seri Travel & Tours Sdn Bhd (RS Travel) yang beroperasi di Kluang. Semoga Wan berjaya dalam apa yang Wan usahakan.











Terima kasih kepada semua yang telah menerima kehadiran kami di IKEM dan memberikan layanan yang begitu 'istimewa'. Budi tuan-tuan yang baik itu tidak terbalas oleh kami. Allah sahaja yang lebih mengetahui.

Akhir kata . . . andainya naik ke KL . . . sudilah menjejakkan kaki ke d'SUARANG . Kehadiran tuan-tuan sangat dialu-alukan.

{And, to Basri . . . our heartfelt appreciation for providing us with a top rate tour cum relaxation weekend.}


SALAM





Dapat sudah padi di bendang,
Tidaklah sempat dimamah unggas;
Tempat singgah lagi dikenang,
Mentelah tempat pernah bertugas.





Pantang tua sebelum waktu;
Kuat semangat suntikan wira,
Panjang usia kita bertemu;
Dapat pererat ikatan mesra.





Bamuda
dsuarang.blogspot.com