Friday, January 7, 2011

Atuk Sarjan Plus . . .


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

ABC , ABC, ABC (3x)


Semalam teman berkisah tentang dapat title datuk . . . kerana dah ada cucu le. Tiga orang setakat ini. Semua hero. Hari ni kena le cerite sikit lagi . . . ada le tambahan detail tertentu. Baru betoi.
Hari ini teman nak paparkan sikit latar kisah hingga berkembangnya famili AMB (famili teman le tu) sekarang.

Dulu pada 31 Mei 2008 anak perempuan teman yang pertama (anak kedua dalam keluarga) si Alyn tu berkahwin dengan Shidi. Kemudian pada 8 November 2008 anak sulung teman pula (yang lelaki le ) turut berbuat demikian. Amy berkahwin dengan Liza. Anak perempuan teman yang kedua (anak keempat dalam keluarga), si Anum tu pun tak mahu kalah. Anum berkahwin dengan Roy pada 30 Mei 2009. Tak sudah dengan tu, pada 12 Mac 2010 si Halim pula yang turut berkahwin. Halim anak lelaki teman yang kedua tu (anak ketiga dalam keluarga) memilih Shafini sebagai isterinya.

Kahwin, kahwin dan kahwin. Teman pun tak menduga. Tiba-tiba saja anak-anak teman berturut-turut bernikah. Dalam jangka masa yang singkat pulak tu . . . Marriage galore kata omputih jiran teman tu . . . Ada teman kisah!


Apapun lantok le kome . . . pikio teman. Dah sampe masa kome nak nikah. Bagoih le. Lakukan yang baik-baik aje udah le.


Ate . . . apabila dah bernikah tu (berkahwin le . . .) ada pula rezeki dibagi Allah swt. Dapat pula zuriat dema tu . . . untuk menyambung keturunan keluarga teman. Alhamdulillah.


Atuk Sarjan & Opah Alimah dengan
cucu-cucu Atuk & 2P cucu Tok Wan


Sebelum teman meneroihkan kisah tentang cucu-cucu teman ni . . . bio le teman besoreh dulu . . . buka cerite sikit . . . macam apa kata dema tu . . . bagi mukadimah? Issyh, lantok le! Soenya macam mana bulih jadi lima cucu teman kesemuanya dalam gambo di ateh? Pada he awe tadi ikut ceritenye teman ade tiga cucu aje. . .


2P cucu Tok Wan dalam gambo tu sebenonya anak-anak saudara Opah Alimah. Emak budak-budak tu si Fadelah . . . dan bapa mereka Megat Husni juga . . . jauh bebeno beza umo dema dengan Opah Alimah . . . dan dengan teman dah tentu le!

Jadi dema 2P tu, Puteri Nur Najwa dan Puteri Ain Anisa, sering terasa macam lebih sesuai menjadi 'cucu' kepada kami kerana usia mereka yang jauh lebih rendah daripada kebiasaan pangkat 'anak saudara'. Tambahan pula 2P telah tinggal bersama kami sejak zaman mereka bayi lagi.

Dan . . . Najwa serta Anisa memang manja dengan kami begitu. Kami juga memanjakan mereka secara demikian. Maklum kami belum punya 'cucu' ketika itu!

Kami pula memang le selesa melayan 2P dengan cara kami yang tersendiri. 2P memanggil kami masing-masing dengan panggilan 'Abah' dan 'Emak' walaupun mereka itu lebih berperwatakan sebagai 'cucu'.


Dan . . . sesungguhnya
2P ni sendiri sering dengan selamba sahaja membahasakan diri mereka sebagai 'cucu Tok Wan' . . . he, he.

Gitu le lebih korang kisahnya. Sekarang mari kita berbalik kepada kisah mereka yang telah berkahwin tadi.
Pasangan Alyn dan Shidi yang mula-mula mendapat cahaya mata. Ya lah . . . katakan mereka yang mula-mula berkahwin . . . mestilah semuanya mereka hendak jadi yang mula-mula juga . . . baru nampak kelas! Cahaya mata mereka itu, Ahmad Iman Iskandar (Aii) namanya. Aii dilahirkan pada 21 Januari 2010.
ABC 1. Alhamdulillah. Ahmad juga merupakan nama bapa moyang Aii sebelah Opahnya Alimah . . . bapa moyang 'Tok Adat' . . . Yasin Ahmad le. Andainya moyang si Aii ni masih hidup . . . tentu dia tumpang gembira nama bapanya diperingati. Al-Fatehah untuk semua roh mereka yang telah tiada tu. Amin.

Alyn, Shidi & Aii

Kemudian pada 3 Ogos 2010 Azim Muqry Basrie (Amb) pula dilahirkan. Alhamdulillah ABC 2. Punya suka le ibu bapa si Amb tu . . . alah Anum dan Roy le kata kome . . . mendapat cahaya mata ni . . . sampe dema lupa . . . terambil initials teman dalam design nama anak mereka tu! Apapun terima kasih le kerana 'mengangkat' initials teman tu naik lagi. Nek E (Nek . . . I was told . . . digunakan untuk panggilan 'datuk' di Sarawak . . . ) nama sebenarnya Basri Samir . . . (besan lelaki teman di Bumi Kenyalang) . . . gembira sekali dengan kehadiran cucunya si Amb. Sementelahan namanya diambil pakai sebagai nama ketiga cucunya si Amb tu!


Anum, Roy & Amb

Umar Ilham Majid (Uim) . . . wah e wah . . . sedap nama tu . . . khususnya nama yang ketiga tu le. Alhamdulillah ABC 3 pulak. Cahaya mata ni dianugerahkan kepada pasangan Amy & Liza pada 13 Ogos 2010. Insya-Allah banyak le royalti yang kelak teman pungut daripada gunapakai nama mehe ni kata kome . . . weh! Uim lak kena le jadi hebat (eksen le sikit kome) macam yang empunya nama ase tu he, he . . . Usah biokan jatuh jata dan panji nama tu ha . . . "bio pape ase begaye" kata orang kampung teman. Tapi dalam he ini . . . teman harap "jangan pape bio begaye!" Thanks anyway for enlivening that name in particular!


Amy, Liza & Uim

Oh . . . pasangan yang tu pula bagaimana? Belum ada rezeki lagi. Bak kata Aii, Amb dan Uim . . .


Halim & Shafini


"Pak Lang & Mak Lang bersabar ya . . . Katakan sabar itu separuh daripada iman! Ikut turn lah never potong Q . . . he, he. Begitu pemandu yang baik. Berhati-hati di jalan raya".


Famili Atuk Sarjan Plus


Dan . . . teman pun kena le besabo nunggu untuk ngucap ABC 4 lak! Kome tahu ke apa tu ABC yang banyak kali teman tulih di ateh tadi? Alahai itu singkatan teriakan : Aku Beroleh Cucu . . . Macam teriakan Hip, Hip, Hore le!



Freestyle & Caught In The Act

Maka demikian le kiranya . . . cerite perkembangan famili Atuk Sarjan kini . . . sekarang dah Plus pun . . . (kemudian nanti mungkin Atuk Sarjan naik pangkat lagi . . . mungkin saja ke tahap Jeneral 4 Bintang atau Field Marshall.) Apa sahaja . . .


Alhamdulillah
Atas Segala Anugerah-Mu
Allah swt












dsuarang.blogspot.com


0 comments:

Nuffnang Ads