Saturday, November 30, 2013

Rambutan Rumanissa






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Tak Kenal Maka Tak Cinta



Amad kelihatan resah setelah agak lama berehat dan 'bermalas-malas' di atas kerusi rotan jumpelang atau rattan rocker atau rattan rocking chair..


Majlis pertemuan sahabat di rumah Atuk Harun pada 23 November 2013 itu mungkin boring bagi Amad.

Maklum majlis dimonopoli oleh orang dewasa keseluruhannya!


Saat demi saat berlalu. Amad menjadi semakin boring.

Dia melihat-lihat sekeliling. Dia memandang ke arah laluan keluar masuk di perkarangan Rumanissa.







Tiba-tiba Amad turun daripada kerusi. Dia meluru ke halaman berumput yang dipenuhi tumbuh-tumbuhan kecil dan besar.






















Penulis berasa hairan memerhatikan telatah Amad. Mengapa dia berlari menuju ke daerah itu?

Ibu Amad, Mazlyn Hanim juga kehairanan.


Seketika kemudian . . . perasaan hairan yang bermain di benak kami sebentar tadi terurai.


Di hujung halaman sana terlihat kelibat seseorang 'berbaju biru'.




















Dia sedang melayan kerenah Amad. Amad pasti bertanyakan macam-macam kepadanya.

Rupa-rupanya Nadim yang berbaju biru itu. Nadim yang berada di situ. Nadim yang melayani ragam Amad. 

Nadim ialah anak sulung Harun sahabat penulis.

Penulis kemudiannya mendapat tahu bahawa Nadim  di rujuk Amad  sebagai 'orang biru'. 

Kelakar sungguh kelakar! 

Gaya pertuturan Amad siap dengan pelatnya sekali tentulah melucukan. Memang keliru jadinya sesiapa yang sanggup mendengar celotehnya.  

Entah macam mana komunikasi berlangsung . . . wallahuaklam!


Puas kami memberi tahu Amad bahawa dia harus memanggil 'orang biru' itu uncle atau pakcik Nadim.


Amad tetap bersahaja. Tetap dengan cara panggilannya yang tersendiri . . . 'oyang biyu'!








Tak mengapalah Nadim . . . dapat title baru buat sementara waktu.

Panggilan mesra 'persahabatan' daripada si Amad tu!








Amad terus sahaja merapati 'orang birunya'. 

Bila tiada rakan sebaya . . . orang dewasa pun jadilah dibuat kawan. Begitu agaknya yang terfikir oleh Amad . . . anak kecil yang sedang memasuki gerbang usia 4 tahun.


Maklum . . . bagi kanak-kanak semuda usia si Amad segalanya mungkin. Tambahan pula Nadim rajin melayan kerenahnya!


Terima kasih Nadim.

















Kisah selanjutnya . . . Amad pun terus-terusan bertanyakan itu dan ini kepada Nadim. 

Sesi ini berlanjutan . . . sehinggalah ibu dan bapa Amad mengambil alih tugas memberi info kepada Amad tentang susur galur rambutan . . . dan sejarah akar umbinya.

















Antara inti bicaranya . . . (penulis diberitahu kemudian) . . . membawa pengertian lebih kurang begini:



Ini rambutan empunya cerita, 
Belum kenal aku tak cinta;
Buah rambutan buah tempatan, 
Mudah ku beli di merata pasaran; 
Kini ku tahu rupa pokoknya, 
Tinggi berdiri rimbun daunnya;
Rambutan merah rambutan kuning,
Rambutan longkah rambutan gading;
Manis isinya enak dimakan,
Biji yang keras jangan ditelan;
Kulit rambutan tidak berduri,
Lembut terasa ku sentuh tadi;
Rambutan kecil digelar putik, 
Mudah gugur tersalah petik;  
Akan ku ingat pesanan Atuk,
 Makan rambutan . . . 
 jangan sampai batuk!   

























Alhamdulillah . . . buah rambutan yang masih bergayutan di pohonnya di perkarangan Rumanissa dapat dilihat dari dekat oleh Amad.

Situasi ini membolehkan Amad mengetahui bagaimana sebenarnya buah rambutan tumbuh dan subur di dahan/ranting pokoknya.  


Sekurang-kurangnya Amad mulai mengenali beberapa ciri khas yang berkaitan dengan 'rambutan'.



Paling penting . . . Amad dapat memetik sendiri dan kemudian terus merasai keenakan buah rambutan yang dipetiknya itu!


















Mudah-mudahan Amad akan sentiasa mensyukuri segala nikmat anugerah Allah SWT dan menginsafi betapa besar dan hebatnya ciptaan Ilahi buat sekalian hamba-NYA di alam yang fana ini.   








bamuda
dsuarang.blogspot.com


Thursday, November 28, 2013

Kanak-kanak Semurni-murni Ciptaan-NYA






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Rocker atau Rocking Chair


Orang panggil saya Amad. Nama penuh? Ahmad Iman Iskandar (Aii). Nama bapa? Mohd Rashidi.

Nama ibu saya Mazlyn Hanim . . .  { dgn suara perlahan . . .  Sebelum ditanya-tanya lagi, baik saya bagi tau!}

Ha . . . umur saya? Sekarang 3 . . . ha tak lama lagi 4 . . . tahun.

Hari ini, Sabtu 23 November 2013. Saya ikut mak, abah, atuk, opah pergi rumah kawan atuk. Rumah atuk Harun. Rumah nenek Madznah. Onyang Munah pun ikut.

Tak taulah apa pasal atuk pergi. Saya ikut naik kereta . . . seronok.

Ha dah sampai. Ada ramai orang kat situ. Makanan ada banyak. Macam-macam. Buah rambutan, dan apa tu ha . . . dokong . . . pun ada.


Saya nampak kawan atuk cakap-cakap. Atuk pun cakap-cakap. Orang lain pun cakap-cakap. 

Saya tak ada kawan. Boring.

Makan? Saya tak maulah. Minum sikit-sikit air sirap. Mak kata tak boleh banyak-banyak takut perut kembung. 

Minum susu dalam botol saya saja. . . ok (saya masih tiup trompet).

Tiba-tiba saya nampak benda ni. Kerusi . Boleh goyang-goyang. 


Apa nama kerusi ni ? Saya tahu sebut k-e-r-u-s-i aje. K-e-r-u-s-i apa . . . saya tak tahu. {Lagi pun saya pelat}. Nanti buat orang tak faham aje!

Ini mesti best. Boleh goyang-goyang. Ayun-ayun macam buai. Elok gak aku cuba-cuba duduk.






"Macam best gak k-e-r-u-s-i ni. Atuk kata k-e-r-u-s-i ni buat dengan rotan. Rotan bulat, kecil, besar. Jadi . . . atuk nama k-e-r-u-s-i ni mesti k-e-r-u-s-i rotan . . ."





"Tapi . . . k-e-r-u-s-i ni boleh gerak-gerak, ayun-ayun, goyang-goyang . . . atuk. Ha, namanya k-e-r-u-s-i rotan gerak, ayun, goyang . . ."






"Apa tu . . . menuju ke sini?  Aiskrim rupanya! Hmm . . . Ini le saya suka.  Relaks-relaks makan aiskrim." 

  



"Makan aiskrim camni sedapnya. Atuk kata ini makan cara santai-santai , malas-malas. Atuk , boleh le kita namakan k-e-r-u-s-i ni . . . k-e-r-u-s-i santai? . . .k-e-r-u-s-i malas?"






"Jap, jap atuk. Tadi . . .  Amad dengar pakcik-pakcik, atuk-atuk tu ada cakap apa ha . . . ada kayu melengkung jadi kaki k-e-r-u-s-i yang boleh buat k-e-r-u-s-i ni bergoyang-goyang ke depan ke belakang! Apa ha tadi . . . 'jumpelang' ha ah 'jumpelang'. Ha, ya lah . . .  dah tau dah atuk. Nama k-e-r-u-s-i ni k-e-r-u-s-i jumpelang atuk!"  






"Dah tau dah nama kerusi ni. Apa tadi atuk?"

"Entahlah Mad . . . Atuk pun dah confuse ni. Kalau atuk senang aje . . . nama kesrusi ini 'rocker' atau 'rocking chair'. Ringkas dan tepat!" 

"Ya lah atuk . . . itu nama omputih. Kata nak perkasakan  bahasa ibunda kita . . . hehe."

"Takpe le Mad. Nanti kalau ada lagi orang lain tanya nama kerusi ni . . . Amad aje le yang jawab . . . ok?"

"Ok atuk . . ."







"Apa tuan? Nama kerusi ni? Nak tau gak? Alah lupakan le. Biar orang tua-tua aje yang tentukan . . . hehehe . . . relaks bro!"


Oh ini rupanya yang selalu dengar abang-abang dan pakcik-pakcik cakap "relaks bro" tu! 


Kalau camtu k-e-r-u-s-i ni namakan saja 'kerusi relaks bro'.

Ha aha ... suka hati kau lah Mad!

Itulah yang dilakukan si Aii pada hari kami empat keluarga bersahabat berkumpul dan bersilaturahim di Rumanissa. 

Aii terus relaks dalam dunianya yang tersendiri .

Biarkan, biarkan . . . si Luncai terjun dengan labu-labunya. 

Dalam dunia fantasi atau imaginasi kanak-kanak segalanya mungkin! 


Wallahuaklam.



bamuda
dsuarang.blogspot.com

Tuesday, November 26, 2013

Kafe Rumanissa






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Bersantai di Hujung Minggu



Bermacam-macam cerita dapat didengar dan berbagai-bagai telatah dapat disaksikan di Kafe Rumanissa pada hari Sabtu 23 November 2013 lalu.





Hos @ Kafe Rumanissa

Tuan Hj Harun memastikan segalanya teratur 
. . . penempatan 




. . . mahupun bekalan 




Chef @ Kafe Rumanissa

Pn Hjh Madznah mesra melayan tetamu . . . 





. . . memastikan semuanya selesa . . .




. . . dan ceria . . . 




. . . serta sentiasa sejahtera



Suasana ceria ini dapat dirasakan apabila sahabat-sahabat berkumpul dalam keadaan yang amat santai. Perjumpaan berlangsung dengan cara yang sangat 'informal' atau dalam bahasa mudah secara 'bersahaja'.






Event n System Analyst? 

Tuan Hj Jamil . . . mendengar feedback . . . 



. . . daripada pengunjung ke Kafe Rumanissa . . . 



"Boleh jadi personel  promosi Tahun Melawat Malaysia ni!" 




Mood

. . . yang tidur . . . tidur . . . 



Pn Mariani Anas

. . .  yang jaga tetap bersemangat . . . 





Pn Hjh Sherry Sariah (kiri) n Pn Mazlyn Hanim

. . . dan tetap melangkah ke hadapan . . .
(dah lapar nak makan) 


Tiada sebarang agenda atau tujuan khas perjumpaan ini diadakan . . . melainkan untuk mengukuhkan tali ukhuwah antara kami yang telah terjalin lama.


Kafe Rumanissa menjadi rendezvous kami kali ini.





Dining Hall @ Kafe Rumanissa

Rumanissa bukanlah sebuah kafe. Rumanissa hanya berubah wajah menjadi sebuah kafe pada hari tersebut . . . selama waktu dari pagi hingga ke petang Sabtu yang gemilang itu.





Berjenis-jenis makanan . . . .  


. . . semuanya . . . 



. . . enak n lazat . . . 



termasuk pencuci mulut 'tempatan' dan yang 'diimport' 


RUMANISSA sebenarnya rumah kediaman Tuan Hj Harun dan Pn Hjh Madznah serta keluarga.






Silakan Jamu Selera

Dari kiri (hadapan):

Pn Haryati Harun, adik Humaira Safiyyah





Ketawa Tanda Gembira

Pn Hjh Maimunah, Tuan Hj Harun mentertawakan sesuatu




Dua Sahabat Rapat

Pn Hjh Sherry Sariah, Pn Hjh Madznah



Jom Makan

En Rashidi (kiri), Tuan Hj Harun



Jangan Ketinggalan

Dari kiri:
Pn Mazlyn Hanim, Pn Haryati Harun, adik Humaira Safiyyah



Begini kisahnya bagaimana dan mengapa RUMANISSA telah berperanan sebagai tempat kami berkumpul dan beracara pada hari itu . . . 





Tunggu Q Habis . . . 



 Ambil Giliran Sekarang



Relax . . . there's plenty to go around . . . .



. . .  banyaknya makanan ni Pakcik . . . 




. . . pilih pilih apa yang berkenan 



Penulis telah menelefon Harun pada hari Khamis 21 November 2013 memberitahu ingin singgah ke rumah beliau pada sebelah petang Sabtu 23 November selepas majlis (resepsi) perkahwinan anak seorang sahabat, Tuan Hj Mustafa Rahman, di Semenyih.





Suasana santai . . . 



Saling bertanya khabar . . . 



Bersembang-sembang . . . .



Sambil makan-makan . . . 



Dari kiri:

Tuan Hj Jamil, Tuan Hj Harun, Tuan Hj Kada,
 Pn Hjh Azizah, dik Na, penulis


Penulis 'mati-mati' ingatkan majlis di rumah Mustafa itu bakal berlangsung pada hujung minggu . . . Sabtu 23 November.




Mai Boh Nasi

Adik Humaira Safiyyah, Pn Mazlyn Hanim



Baca Doa

Dari kiri: 
Pn Hjh Maimunah (membelakangi kamera),
 Pn Hjh Alimah, Pn Mariani Anas, Pn Mazlyn Hanim




 Apa Lagi Tu . . . ?

Dari kiri:
Pn Hjh Maimunah, Pn Hjh Alimah,
 Pn Hjh Sherry Sariah, Pn Mariani Anas, Pn Mazlyn Hanim




Kita Makan Sajalah . . . 

Dari kiri:
Pn Hjh Maimunah, Pn Hjh Alimah, 
Pn Hjh Sherry Sariah, Pn Mariani Anas




Sambil tu kita gosip-gosip sikit . .





Sikit pun doso tau! 



Maka itulah yang menyebabkan penulis merancang pada awalnya untuk singgah di RUMANISSA selepas menghadiri acara di Semenyih tersebut! 

Namun sesungguhnya, kita hanya mampu merancang. Allah SWT jua yang menentukan . . .  




Apa rancangan kita selepas ni?




Pakcik ingat kita majukan lagi industri dokong . . . 




Biar senang geng dari jauh dan dekat 
menikmatinya . . . 




Mula-mula kita cari anak pokok yang sesuai.
Kemudian kita cantas sampai gondol . . . 





Macam perli member tu ooi . . . 





Tak Tuan . . .  
makan ajelah semua diam-diam! 
Ha, dah kena sergah . . . baru tau . . .  takuuuttt  





Hahaha. . . hehehe . . . 

Sebaik sahaja penulis selesai menelefon Harun, seorang sahabat yang lain pula menelefon penulis. 

Sahabat itu Tuan Hj Ahmad Joned.

Ahmad Joned berhasrat mengundang penulis ke majlis perkahwinan anakanda beliau yang bakal diadakan di Putrajaya pada bulan Januari akan datang.




 Nasihat Mahal

 Budak-budak zaman sekarang . . . kena ingat-ingatkan . . .  
hmm bagus tu Tuan



Tumpang Dengar 

Saya dengo-dengo je sambil lalu . . . 




Kongsi Pengalaman

Yang kat belakang pun boleh dengar sekali
 . . . . pengalaman menarik ni  . . . 




Hati ke Hati 

Ya, begitulah adanya . . . 


Sambil menyampaikan hasratnya itu, Ahmad Joned bertanya kenapa penulis tidak dapat hadir dalam majlis Mustafa "last Saturday".





Saya tidur gak . . . 
tak kisah ibu-ibu dan nenek-nenek yang makan ni . . . 




Kejap lagi saya bangun . . .
 nak survey perkarangan Kafe Rumanissa . . . 
ikuti aktiviti saya next entry ya . . . 



Astaghfirullah . . . terserlah ketuaan aku! 

Rupa-rupanya, penulis tersilap lihat tarikh majlis tersebut (mungkin kerana ada dua ruang yang berasingan tertulis dua tarikh yang berlainan pada kad undangan ke majlis Mustafa itu.) 

Walau apa pun alasan yang hendak diberi, hakikatnya penulis sudah ketinggalan kereta api!





Now let me tell you this my son . . . 

Dari kiri:
Nadim, Harun, Penulis, Rashidi
Membelakangi Kamera:
Jamil



 Perbincangan berterusan . . . 



. . . dengan topik demi topik . . . 



. . . dibahaskan . . . hangat . . . 
kalah persidangan Parlimen 



Penulis lantas menelefon Mustafa memohon maaf atas kesilapan melihat tarikh majlis beliau itu hingga mengakibatkan penulis tidak dapat menghadirinya pada Sabtu lepas!

Setelah itu penulis cepat-cepat pula menelefon Harun dan menceritakan keadaan yang telah berlaku. 





Persidangan Wanita

Dari kiri:
Pn Hjh Maimunah, Pn Hjh Alimah,Pn Hjh Sherry Sariah,
 Pn Hjh Madznah, dik Na, Pn Hjh Azizah





Persidangan Lelaki (Tak Cukup Kuorum)

Dari kiri:
Tuan Hj Jamil, Tuan Hj Kada Mohamad, Penulis


Penulis dengan tidak 'malu-malu' mengemukakan suatu cadangan baru kepada Harun. 

Penulis bertanyakan sama ada 'bos' dan 'chef' Kafe Rumanissa tidak keberatan menerima kedatangan kami untuk bersarapan di situ . . . menggantikan rancangan awal kami hendak singgah pada sebelah petang. 

Kedengaran di handphone, suara Madznah, 'chef' Kafe Rumanissa, menyetujui cadangan penulis.

Apabila 'bos' dan 'chef' Kafe Rumanissa sudah setuju . . . terlaksanalah pertemuan ini. 

Segalanya bersifat impromptu dan spontan.

[Malahan . . . Harun yang terkenal dengan sifat pemurahnya, mengundang kami untuk terus menikmati lunch di situ kelak.]

Wah . . . minta sejengkal, dapat sedepa ni . . . hehe.
  




Ambil Makanan

Tuan Hj Kada  Mohamad (kiri) bersama penulis 





Demikian dengan ringkas kisah bagaimana dan mengapa hingga kami berkenduri kecil di RUMANISSA . . . rumah Tuan Hj Harun dan Puan Hjh Madznah yang penuh keberkatan dan kesejahteraan itu.


Alhamdulillah . . . ahli-ahli keempat-empat keluarga yang hadir dalam perjumpaan ini . . . terdiri daripada keluarga Tuan Hj Harun, Tuan Hj Jamil, Tuan Hj Kada Mohamad dan penulis sendiri telah dapat berkomunikasi dan beriteraksi sesama kami dengan baik dalam keadaan yang ceria, ikhlas dan penuh semangat persaudaraan.

Kami juga bersyukur dapat solat berjemaah pada waktu zohor di RUMANISSA . . . setelah puas menikmati hidangan makanan yang lazat-lazat.





Sesi Rumusan



Aktiviti Cadangan

Nanti kita ke sana . . . petik rambutan



Cadangan Tambahan 

Kemudian kita ke sana . . . intai pulasan yang sedang meranum 




Penuh Kesyukuran  

Dari kiri:  
Penulis, Tuan Hj harun, En Rashidi, 
adik Ahmad Iman Iskandar, En Nadim Shah



Alhamdulillah



Kami berdoa . . . amalan dan semangat ini berterusan dengan menjadi semakin teguh dari masa ke masa. Amin.


Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Tuan Hj Harun dan Pn Hjh Madznah kerana telah menjadi hos yang amat budiman (very hospitable hosts) bagi kami semua. 

Lain kali . . . boleh jadi lagi ye . . . hehe. 

Penghargaan juga buat ahli-ahli keluarga mereka berdua ini . . . khasnya Nadim . . . yang telah berjaya memikat selera kami semua dengan hidangan lazat biri-biri panggangnya!

Kepada keluarga para sahabat yang hadir . . . 'terima kasih' jua menjadi ucapannya kerana sudi melapangkan waktu sama-sama memeriahkan perjumpaan kita ini. 


Mohon maaf andainya ada terkhilaf atau terkasar bahasa.






bamuda
dsuarang.blogspot.com