Saturday, December 3, 2016

Semalam di Arafah












Assalamualaikum 
dan 
Selamat Sejahtera




Khutbah Arafah 
Mabit Muzdalifah




"Haji itu Arafah". "Wukuf itu Haji". Begitu yang lumrah dan banyak diperkatakan para ilmuan agama dan alim ulama Islam apabila berkisah tentang kerja haji.

Maka para Jemaah Haji KT 70 (Geng Bas 06 khususnya) pun dimestikan berada di khemah-khemah di Arafah pada 9 Zulhijah 1432H (Sabtu Nov 2011) untuk wukuf di Arafah. 

Sementelahan wukuf salah satu daripada rukun haji.







Sejurus tiba dari Makkah
 YM Hj Raja Aman Shah; Hj Wan Abu Bakar






 Hj Wan Abu Bakar; Penulis 






YM Hj Raja Aman Shah; Penulis 







 Penulis; Datuk Hj Khalid







Berehat di luar perkhemahan di Arafah 

 Hj Hedzir Kanan 






 Hj Wan Abu Bakar; Penulis


Kami bersyukur dapat berwukuf di Arafah dengan kehendak Allah swt. Kami bersyukur dapat beribadah sepanjang waktu berada di Arafah baik di dalam khemah mahupun di luar. 

Beberapa ceramah agama atau tazkirah keagamaan dapat kami ikuti di surau yang tersedia di pekarangan perkhemahan tempat kami menumpang sehari di Arafah.








Di hadapan surau . . . 






Pekarangan khemah-khemah di Arafah







 YM Hj Raja Aman Shah sibuk mengambil gambar ...






 Hjh Alimah sibuk bergambar?



Paling menyentuh perasaan, para jemaah haji dapat mendengar khutbah pagi hari wukuf, selepas subuh di surau Arafah, yang amat menyegarkan naluri lagi menginsafkan diri sesiapa sahaja yang mendengarnya. Istimewanya, khutbah disampaikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Aku masih ingat hampir semua jemaah haji mengalirkan air mata ketika mendengar khutbah tu. 

Jiranku si omputih Islam tu pula berkata: 
"Hope it's not crocodile tears . . . Bro!"
Teman pun berharap semoga tidak begitu.









Depan dari kiri: 
Datin Hjh Zabedah; Dato' Hj Muhammad Hatta

Belakang dari kiri: 
Hjh Juliah; Hj Salleh; Hjh Alimah; Penulis



Kami seterusnya berkesempatan berdoa kepada Allah swt dan memohon segala kebaikan serta kebahagiaan untuk ahli-ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. 

Alhamdulillah segalanya dapat dilaksanakan berkat tunjuk ajar para ustaz dan ustazah yang mahir dalam selok belok kerja haji dan hukum keagamaan.








Geng se KT 70, sebilik di Makkah, dan sebas 06 berdoa di pekarangan khemah













Hjh Juliah dan Hjh Alimah mendoakan segala yg terbaik
untuk ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai . . .




Menjelang malam selepas bersolat Maghrib dan Isyak, kami diarahkan bersiap sedia untuk menaiki bas ke Muzdalifah. Para jemaah haji akan mabit di Muzdalifah. Kutip anak-anak batu di sana untuk melontar di 3 jamrah di Mina sepanjang 3 hari tasyrik berikutnya.





Menunggu bas ke Muzdalifah : Kiri - Hjh Alimah; Datin Hjh Zabedah
Kanan - Hjh Juliah; Hjh Alimah


Apabila bas tiba maka para jemaah haji pun mengucapkan selamat tinggal kepada Arafah. Kenangan indah di Arafah kami bawa bersama. Harapan kami . . . segala apa yang didengari dalam ceramah dan tazkirah siang tadi dapat menjadi pedoman dan seterusnya pegangan kami dalam menempuh hidup di masa muka. Insya Allah.


Mabit di Muzdalifah

Kiri: Hjh Alimah dan Hjh Juliah Kanan: Dato' Hj Muhammad Hatta mengutip batu





Berehat di atas bukit batu
dari kiri: Hjh Alimah; Hjh Juliah; Hj Muhammad; Hj Salleh


Hjh Alimah dan para jemaah haji mabit di Muzdalifah





Pemandangan dari atas bukit di Muzdalifah. Jauh ke sana kelihatan jam besar Makkah




Para penghuni hotel seribu bintang . . . Dah subuh Hjh Alimah!





Suasana fajar di Muzdalifah
Hjh Alimah dan Hjh Saripah






Anak batu sudah dipungut,
Tugasan menunggu tiga hari berturut;
Ke Mina kini destinasi tujuan,
Melontar jamrah melempar syaitan!




Mina . . . kami datang . . .


dsuarang.blogspot.com



Lain Dulu Lain Sekarang





Assalamualaikum
 dan 
Selamat Sejahtera




Zaman Berubah




Sekali air bah sekali pasir berubah.

Begitu tepatnya gambaran maksud peribahasa Melayu apabila memperkatakan tentang perubahan yang berlaku sepanjang zaman atau dari zaman ke zaman.

Ada sahaja pembaharuan atau perubahan terjadi di sana sini mengiringi detik waktu yang pantas berlalu. 

Apa yang selama ini dianggap sebagai tradisi atau kebiasaan mungkin sudah tidak sedemikian lagi keadaan atau sifatnya!

Jadi kita kenalah bijak melaraskan tradisi atau kebiasaan yang kita anuti selama ini supaya bersesuaian dengan peredaran zaman.

"Adapting traditions to changing times," kata si jiran omputihku.

Aku tulis begini kali ini untuk menggambarkan setakat termampu betapa jauh berbezanya zaman aku dulu dengan zaman anak-anak dan cucu-cucuku sekarang. 

Dulu air di perigi. Kini air dalam besi. Dulu malam pakai pelita. Sekarang api dalam kaca. "Potik topi tongah menyalo!" kata orang di sanun tu. Tompek den bersemondo he, he!

Lain hulu lain parang. Lain dahulu lain sekarang. 

Mari kita saja sembang-sembang. Tentang dulu dan sekarang. 

Dulu warong kopi di sebelah bus stand atau tempat teksi. Sekarang ada Starbuck, Coffee Bean dan banyak lagi di KLCC.

Saja gebang-gebang. Fasal dulu dan sekarang. Dulu naik kereta api usang. Bakar arang. Sekarang kereta api automatik. Suis elektrik. Malah ada LRT atau monorail ke tempat-tempat strategik.

Saja ingat-ingat. Kisah dulu dan sekarang. 

Dulu di kedai mamak. Makan roti atau rojak. Sambil duduk borak-borak. Sekarang di lounge hotel. Makan sandwic atau sup. Sambil duduk bincang-bincang.


Saja kenang-kenang. Peristiwa dulu dan sekarang.

Dulu kabaret dan joget lambak. Pilihan top si kaki 'lepak'. Sekarang discotheque dan karaoke. Menarik si elite dan golongan 'tauke'.

Saja banding-banding. Cara dulu dan sekarang. 

Dulu di kedai apek. Orang beli barang runcit berdikit-dikit. Sekarang di mall ternama. Orang macam kaya sakan berbelanja.

Saja fikir-fikir. Beza dulu dan sekarang.

Dulu anak-anak menelaah sendiri. Sekarang mesti tuisyen saban hari. Sudah menjadi semacam ritual. Tuition centre mesti yang special. Mereka menggalas beban tambahan. Semata-mata untuk score dalam peperiksaan.

Saja timbang-timbang. Amalan dulu dan sekarang. 

DULU anak-anak galak mengaji al-Quran. Belajar tajwid, tauhid dan fikah. Malah semua ilmu KEAGAMAAN. SEKARANG kurangnya sedemikian. Mereka lebih disogokkan dengan kelas muzik dan tarian. Kelas nyanyian dan lakonan. Malah segala ilmu KEDUNIAAN.

Saja sinis sindir-sindir. Kata si kolot dah moden hidupnya. Si gagal pula dah mula berjaya. Si fakir dulu dah mewah segala. Si daif dulu dah jadi mulia.


Saja acah-acah. Patut semuanya semakin indah. Mengapa sebaliknya semakin parah? Ramai sangat menyanggah perintah!

Ramai sangat dah faham songsang. Suka berbuat perkara terlarang!




bamuda
dsuarang.blogspot.com