Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Janji Tapai
Khamis
21 janji tarikhnya
aku
kata aku jangka
doaku
hendaknya berkat
moga
Ahmad
kau
dapat kulihat
segar
bugar
bertelanjang
bulat
lahir
ke dunia ini
untuk
menambah angka famili.
Alhamdulillah
Ahmad
berjanji ‘tapai’
ala
politikus yang pandai
menjaga
kepentingan ramai
setelah
lama
berperangai
rencam
kerenah
bermacam ragam …
bondamu sahaja yang faham.
Kini
dengan penuh harapan
seorang
datuk anugerah Tuhan
mendoakan
agar
Ahmad sentiasa beriman
dan
pantas menjadi manusia pilihan
menyerlah
dan serba indah.
Kabulkanlah
... Ya Allah.
Tok
Majid
Khamis,
Januari 21, 2010
(sempena
kelahiran cucu pertama pada jam 7.20 pagi tadi)
Bamuda
dsuarang.blogspot.com