Sunday, December 18, 2011

Mina Selepas Hari Tasyrik





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Mina Selepas Hari Tasyrik



Lengang seperti

hati orang ditinggal kekasih;
Sepi seperti
rumah usang ditinggal penghuni.
Mina tidak lagi sibuk
sehari-harian
seperti ketika kami menumpang berteduh
tempoh hari.



Khemah: Beramai-ramai di Mina

















Kesunyian melaung di merata-rata;
Kekosongan bergaung di mana-mana;
Kegersangan bergulung datang menerpa!
Tidak macam riang semalam,
girang kelmarin . . .
Terlihat pelosok negerinya,
ruang daerahnya:
terisi penuh sisa buangan.








Nyata sekali

kini Mina banyak menampung
longgokan sampah,
tinggalan ummah
yang datang atas nama ibadah!

Berakhir sahaja lontaran di kesemua jamrah,
berakhirlah juga resah debaran di dada;
Mina pula lantas
pantas memikul banyak beban;
Bergunung harapan
melalui doa berjuta insan . . .
meminta bahagia itu ini
memohon selesa begitu begini
memohon masa hadapan
yang jauh lebih bererti!


Selesai melontar 3 Jamrah
(Dari kiri): Dato' Hj Muhammad Hatta;
Datin Hjh Zabedah;
Hj Salleh; Hjh Juliah; Hjh Alimah; penulis




Semoga tiada sesiapa yang kerugian,

Semoga segala matlamat perbuatan kesampaian;
Semoga Tuhan tidak keberatan . . .
memakbulkan jua doa
sebanyak-banyaknya jumlah insan
yang datang ke Mina dengan penuh kesopanan
hendak merealisasikan segala impian . . .
tetapi tidak segan-segan pulang
seolah-olah tanpa sedikit pun perasaan
meninggalkan begitu sahaja . . .
pelbagai jenis 'kotoran'
dan bermacam sisa 'dosa'.

Ampuni kami Yang Maha Esa!



amb
disember 17, 2011




Tiba-tiba sahaja aku terasa perlu mencatatkan sesuatu tentang kehadiran ramai 'tetamu' jemputan Tuhan ke Mina. Selamat tinggal buat seketika Mina. Mudah-mudahan kita diizinkan Allah bersua dan bermesra lagi. Kami akan merinduimu.




dsuarang.blogspot.com