Tuesday, December 31, 2013

Ronda Cari Herba






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati


Berpunca daripada info yang diperoleh daripada Fahmy, anak saudara penulis, ketika kami bersua pada hari Sabtu 28 Disember 2013, dalam suatu majlis pernikahan ahli keluarga di Bidor . . . penulis teruja untuk pergi ke sebuah ladang herba di selatan tanah air.

Maka pada pagi hari berikutnya . . . Ahad 29 Disember 2014 . . . penulis melakukan perjalanan ke daerah yang berkenaan . . . bertujuan mendapatkan herba untuk menjaga kesihatan . . . kerana penulis percaya 'Mencegah itu lebih baik daripada mengubati'.  


Seperti diperkatakan Fahmy, ladang itu terletak kira-kira 3 kilometer sahaja daripada laluan keluar (exit) lebuhraya Lekas ke Jelebu . . . mengikut jalan persekutuan (jalan lama) yang menuju ke pekan Jelebu.







Ronda . . .





ronda . . . 





ronda . . . 




Lebih tepat lagi . . . ladang herba yang berkenaan terletak dalam Mukim Pantai . . . tidak jauh daripada jalan utama.






ke mana sahaja . . . 






kita cari ladang herba . . . 






. . . dah pun jumpa







Alimah dan Lyana . . . meneliti tumbuhan herba . . . 






Pauline menerangkan sesuatu kepada dua 'penyelidik' . . . Aimah n Lyana




Setelah tiba di situ . . . kami terus sahaja ke kaunter yang mempamerkan berbagai jenis barangan kesihatan berasaskan berbagai jenis herba.







Pengendali jualan di kaunter tersebut amat ramah dan sedia membantu para pelanggan memilih barangan herba yang sesuai dengan keperluan kesihatan setiap pelanggan yang datang berkunjung.






Lyana dan Alimah di kaunter produk herba





Pauline dan Mr Teoh . . . ramah dan berpengetahuan . . . melayani Lyana 






Pn Hjh Alimah . . . relaks aje le . . . sementara menunggu ditunjukkan produk herba  



Kami mendapatkan segala khidmat nasihat yang perlu . . . berkenaan herba yang sesuai dengan keperluan diri masing-masing. 

Banyak info yang berguna telah kami peroleh daripada penjaga kaunter jualan produk. 






Soalan-soalan diajukan penulis dan Alimah . . . 





Jawapan-jawapan diberikan Mr Teoh dan Pauline



Penulis sempat juga mendapat 'kawan' baru di ladang herba itu. Beliau dan anaknya adalah antara pelanggan produk herba keluaran ladang herba ini.












Kami saling berkenalan dan bertanyakan tentang diri dan keluarga masing-masing . . . dan terutama sekali tentang hal kesihatan.





Pauline menerangkan tentang 'keberkesanan' produk herba  






Penulis dengan 'kawan' baru Danny Then




Setelah dapat herba yang dicari . . . kami pun berangkat pulang ke KL dengan harapan usaha kami untuk menjaga kesihatan diri ini diberkati Allah SWT . . . 






Terima kasih Fahmi kerana memberitahu kami tempat ini. 




bamuda 
dsuarang.blogspot.com

Sunday, December 29, 2013

Pertunangan Arah






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Ikatan Awal 


Suatu majlis pertunangan antara Arah dan pasangannya telah diadakan di rumah ibu bapanya Encik Mohd Yazid (Kantan) dan Cik Yah di Bidor, Perak.















Majlis berkenaan berlangsung pada hari Sabtu 28 Disember 2013 bersamaan 25 Safar 1435H dan dihadiri oleh ramai ahli keluarga dan sahabat handai terdekat.


Alhamdulillah . . . penulis dan isteri (Alimah) serta anak (Lyana) sempat melapangkan waktu ke Bidor menghadiri majlis itu. 






Arah berpangkat anak saudara kepada penulis. Bapanya adik ipar* kepada abang penulis.


*[Sebenarnya keluarga bapa Arah memang sedia mempunyai pertalian saudara dengan keluarga penulis . . . walaupun seandainya tiada berlaku sebarang perkahwinan antara ahli daripada kedua-dua keluarga kami.]  

Penulis gembira dapat bertemu sanak saudara dan sahabat handai dalam majlis pertunangan anak saudara ini.


Sesungguhnya kegembiraan lebih-lebih lagi dirasai penulis kerana dapat bersua dengan abang sendiri . . . Tuan Hj Ismail Baharom . . . yang menjadi jurucakap (orang depan) pihak perempuan dalam majlis pertunangan pada hari itu. 




















Alhamdulillah . . . majlis pertunangan Arah berjaya dilangsungkan dengan teratur dan penuh meriah. 


Segala acara . . . menyambut para tetamu . . . 















. . . mengalu-alukan kedatangan rombongan pihak lelaki yang meminang . . .  












. . . perbincangan dua hala antara dua pihak . . . 










































. . . saling bertukar hadiah . . . 



















. . . bertahlil dan membaca doa . . .



















. . . upacara menyarung cincin . . . 





















. . . dan jamuan makan . . . 































. . . terlaksana dengan penuh semangat persaudaraan yang mesra.


Kepada Kantan dan Yah . . . terima kasih sudi mengundang kami ke majlis tuan dan puan yang penuh meriah itu. 


Kami doakan majlis kemudiannya sebagai kesinambungan kepada majlis yang dijalankan pada hari ini akan seterusnya juga berlangsung dalam suasana yang sebegini meriah atau lebih lagi. Amin.


Penulis sekeluarga bermohon diri untuk pulang ke KL setelah menjamu selera dan berbual-bual dengan sanak saudara pada penghujung majlis.


In shaa Allah . . . panjang umur kita berjumpa lagi.




bamuda
dsuarang.blogspot.com