Kunjung Sahabat di Utara 2
Kami meninggalkan rumah Hj Mohd Rodzi
Abdul Rahman di Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh pada jam 12:00 tengah
hari. Penulis dan isteri Alimah, anak Mazlyna Hanum (Anum), menantu
Royhai'zam (Roy) dan cucu Azim Muqry Basrie (Ajim) meneruskan perjalanan
pulang ke KL.
Pada hari Sabtu 24 Mac 2012 itu kami
dengan tenang menelusuri Lebuhraya Utara-Selatan arah KL. Kami tidak
perlu bergegas atau tergesa-gesa dalam perjalanan ini kerana tiada apa
yang hendak dikejarkan di KL itu.
Sepanjang perjalanan . . . terasa wujud
suatu kepuasan kerana telah dapat menemui Hj Rodzi sekeluarga pagi
tadi. Kini aku berhasrat singgah di Ipoh pula untuk bertemu sahabat haji
kami yang tinggal di sana.
Sahabat haji kami kali ini ialah Tuan Hj
Abdul Halim bin Ahmad dan isteri beliau Puan Hjh Noral Saniah bt Mohd
Som. Mereka ini pernah menjadi teman sebilik kami masing-masing ketika
di Madinah. Hj Halim sebilik denganku manakala Hjh Noral sebilik dengan
isteriku Alimah. Aku dan Hj Halim juga tinggal sekhemah di Mina.
Pn Hjh Noral Saniah Mohd Som
Walaupun kami sebilik dan sekhemah selama lebih kurang 11 hari sahaja . . . waktu tersebut sudah mencukupi untuk kami menjalinkan persahabatan yang rapat dan penuh dengan persefahaman yang tulen. Tali silaturahim antara kami terikat erat. Alhamdulillah.
Pasangan suami isteri ini baik orangnya
dan berbudi tinggi. Penulis dapat memerhatikan bahawa mereka suka
menolong atau membantu sahabat-sahabat lain yang memerlukan pertolongan
atau bantuan ketika di Tanah Suci. Allah sahaja yang dapat membalas
segala keikhlasan hati mereka bertindak sedemikian itu.
Kami mengikuti rapat kereta Hj Halim
Penulis dan keluarga tiba di susur keluar Tambun pada lebih kurang jam 2:30petang. Ketibaan kami ditunggu Hj Halim di pekan Tambun berhampiran sebuah outlet 7-Eleven. Hj Halim 'terpaksa' menunggu kami di situ kerana kami tidak tahu lokasi rumah beliau di Taman Ampang Indah, Ipoh . . . walaupun rumah itu terletak selari bersebelahan Lebuhraya Utara-Selatan arah KL.
Ajim gembira macam di rumah sendiri saja . . . ok le Ajim . . .
Ajim bermain-main dengan abang-abang . . . 2 putera Hjh Noral dan Hj Halim
Apa mainan tu abang? Alah Ajim . . . kamu main aje le . . . sure best punya . . .
Tuan rumah melayan tetamu dengan mesra sekali . . . Terima kasih kami ucapkan
Hjh Noral tuang air hidangan . . . Anum tonton TV . . . Ajim simply not interested
Anum dan Ajim . . . Ajim asyik menoleh . . . nak join abang yang sedang relaks tu . . .
Di rumah Hj Halim dan Hjh Noral . . . kami memperkenalkan anak menantu dan cucu kami . . . dan mereka juga memperkenalkan anak-anak mereka.
Dari kiri: Hjh Noral Saniah, Royhai'zam,
Hjh Alimah, penulis, Hj Halim
Sembang-sembang Yeop . . . dah lama tak jumpa . . .
Tu le yang teman maleh . . .
dah dapat besembang payah beno nak ghentinya
Begambo le pulak . . . weh
Pose Istimewa Dua Sahabat
Dari kiri: Penulis, Hjh Alimah, Hjh Noral Saniah, Hj Halim
Dua sahabat yang bertemu di Tanah Suci . . . dan hari ini Alhamdulillah bertemu lagi
Sesi telefon menelefon . . . kat member haj lain . . . agenda berasingan tidak dirancang . . .
Pada kira-kira pukul 4:30 petang kami memohon diri untuk pulang ke KL dengan berjanji akan datang mengunjungi mereka lagi . . . andai diizinkan Allah swt kelak.
Hingga berjumpa lagi . . . semoga selamat sejahtera semuanya . . .
Tak habih-habih begambo kome . . .
Buat kenang-kenangan ye dak
Demikian adanya . . .
kunjungan yang sungguh menggembirakan
Bye
Mereka juga kami harapkan dapat ke rumah kami apabila ada kelapangan waktu. Insya-Allah niat yang baik itu . . . pasti ditunaikan oleh-NYA jua.
Sekian dulu secebis kisah pertemuan sahabat haji di Ipoh. Salam.
Bamuda
dsuarang.blogspot.com