*{Berikut siaran ulangan terbitan 2011 dgn sedikit pengubahsuaian}
Assalamualaikum
Pagi Ahad 6 Januari 2011 penulis diajak Alimah Yasin (isteri) menemui salah seorang kawan sekelasnya ketika bersekolah di Swiss Cottage, Singapura pada tahun-tahun 1960-an.
Penulis ditemani Marlyana (anak) dan Norshafini (menantu) ke G Tower Hotel di Jalan Tun Razak , Kuala Lumpur untuk bertemu kawan lamanya sekeluarga di sana. Kata Alimah dia mesti menemui kawannya itu hari ini (Ahad) juga kerana kawannya sekeluarga akan pulang ke Singapura pada kira-kira jam 11:30 pagi nanti.
Pertemuan Alimah dengan Pn. Hjh Salehah Bte Karim (kawan lamanya itu) berlangsung di lounge G Tower Hotel pada jam 10:00 pagi. Bila kawan lama berjumpa, banyaklah cerita lama yang terjelma.
Alimah (kiri) dan Salehah
Penulis bersama Marlyana dan Norshafini juga turut berada di lounge Hotel G Tower pada ketika itu untuk menemani Alimah. Kami dapatlah bertemu dengan Pn. Hjh Salehah, suaminya Tuan Aeji Al-Haj Bin Karmak, anak perempuannya Pn. Nur Insyirah Bte Aeji dan menantunya. Kami bersembang-sembang kecil . . . bertanyakan khabar, hal keluarga dsb.
Berkenalan dengan kawan sekelas Alimah . . . Salehah.
Dari kiri:
Lyana, Majid, Alimah & Salehah.
Dari kiri: Majid, Alimah dan Salehah
Apa agaknya dikatakan Shafini kpd Salehah & Aeji tu . . .
Oleh kerana ini pertama kali penulis bertemu kawan lama Alimah di zaman persekolahannya di Singapura dahulu . . . rasanya tidak kena kalau pertemuan itu habis setakat di lounge hotel saja. Lagi pun penulis mahukan sedikit masa lagi untuk lebih mengenali para tetamu tersebut.
Majid, Aimah dan Aeji berbual mesra ...
Aeji . . . duduk relaks
Berbual di lounge . . . lain dulu lain sekarang he, he . . .
. . . dulu kat warung kopi aje . . .
Lantas penulis menyarankan kiranya dapat Aeji dan Salehah sekeluarga meluangkan sedikit waktu mereka untuk semua kami makan tengah hari bersama-sama sebelum mereka bertolak ke Singapura.
Penulis menyarankan demikian kerana mereka memandu kereta sendiri dan boleh bergerak mengikut waktu pilihan mereka sendiri. Para tetamu kami dari Singapura itu bersetuju.
Maka kami pun terus menuju ke Desa Pandan. Kami ke Sari Ratu sebuah restoran Nasi Padang yang terkenal di Kuala Lumpur. Sambil makan kami semua (khasnya penulis) berbual-bual untuk mengenali satu sama lain dengan lebih dekat.
Shafini, Majid, Aeji, Nur Insyirah . . .
sabar menunggu dihidangkan makanan.
Masih sabar menunggu . . . kata orang . . .
Sabar itu separuh daripada iman . . .
Walaupun penulis baru pertama kali bertemu dan mengenali para tetamu dari Singapura ini, penulis mendapati keluarga Aeji & Salehah peramah dan mudah mesra. Mereka sekeluarga kelihatan bersahaja dan 'simple'.
Alhamdulillah . . . begitulah kawan yang ingin kita cari dan dampingi. Mudah-mudahan tali silaturahim ini berpanjangan.
Majid, Alimah, Aeji & Salehah
Majid, Aeji & Salehah bersembang panjang selepas makan.
Ya . . . kami berempat lagi . . . masih banyak cerita ni . . .
Selesai makan dan berbual panjang . . . tibalah masa untuk berpisah. Jam sekarang menunjukkan pukul 1:30 petang. Aeji & Salehah sekeluarga perlu cepat bertolak ke Singapura untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas (traffic jam) di pintu masuk ke Singapura di Selatan nanti. Maklum hari ini hari terakhir setelah musim cuti panjang bersempena Tahun Baru Cina.
Dah kenyang . . . tapi belum habis cerita . . .
nanti sambung next session
nanti sambung next session
U tau tak gosip si polan tu. I betul2 fed up
dengan reporter yang nak cover line . . . heh heh
Alahai . . .
acah aje! Tak kan le baru 1x jumpa dah membawang!
Lyana, Nur Insyirah berbual mesra . . .
Kat sini senang cari makanan halal kan?
Tapi u kena hati-hati gak kat setengah-setengah
restoran atau hotel . . . bukan 'halal' cuma 'halala-a-a' saja!
Lyana & Nur Insyirah berbual selepas habis makan.
Apapun kami sempat mengiringi para tetamu dari Singapura itu hingga ke laluan keluar menuju Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Di situ kami semua saling melambaikan tangan daripada kereta masing-masing . . . tanda mengucapkan selamat jalan . . . hingga berjumpa lagi . . . ( and in the near future hopefully it would probably be many more stopovers at d'SUARANG . . .)
{... al-Fatihah buat Allahyarham Aeji Karmak yg telah kembali ke rahmatullah baru2 ini. Semoga roh beliau terpelihara di sisi Allah swt bersama golongan mereka yg beriman, Aamiin.}
Bamuda
dsuarang.blogspot.com