Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Renung-renungkan
Ketika membaca-baca entri dalam blog sendiri (dsuarang.blogspot.com) pada pagi ini . . . perhatian penulis tertarik kepada entri berjudul " Keturunan Tok Said, Tok Shariff, Onyang Konah " . . . (entri diterbitkan semula di bawah).
Setelah membaca entri tersebut . . . penulis tertanya-tanya apakah Pakatan Tubuh Sekeluarga (PTS) tidak mungkin dapat mengadakan pertemuan keluarga besar seperti di Rawang itu lagi pada masa yang mendatang?
Kalau mungkin . . . bila lagi agaknya?
Kalau mungkin . . . bila lagi agaknya?
Apakah 'golongan muda' kita dalam keluarga besar ini . . . masih sudi dan sedia berusaha mencari jalan . . . atau berikhtiar untuk meningkatkan semula semangat persaudaraan yang kental di kalangan ahli-ahli keluarga besar kita . . . seperti pada waktu dulu-dulu?
Barang diingat . . . berkat kebijaksanaan, pandangan jauh serta usaha para pengasas PTS . . . yakni orang tua-tua kita sendiri . . . sehingga kini kita berupaya saling mengenali antara sanak saudara kita melalui PTS.
Persoalannya . . . banyak keluarga di luar sana tidak berjaya / masih belum mampu menubuhkan 'persatuan' kekeluargaan (seperti yang kita sudah ada sekarang) walaupun mereka telah puas mencuba!
Mengapa pula kita mahu mempersia-siakan sahaja usaha yang telah lama dimulakan oleh orang tua-tua kita ke arah kebaikan atau kebajikan keluarga besar kita?
Apa pun jawapannya . . . terserah kepada kita sendiri . . . sama ada untuk mendokong PTS atau sebaliknya.
Janganlah biarkan PTS hidup segan mati tak mahu!
-----------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------
{Entri Ulang Terbit}:
SATURDAY, JANUARY 9, 2010
Keturunan Tok Said, Tok Shariff, Onyang Konah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pertemuan Keluarga Besar di Rawang
Aku ingin memaparkan suatu peristiwa kekeluargaan. Peristiwa yang besar ertinya buat diriku. Pasti juga buat ahli keluargaku dan semua anggota keluarga besar Mohd Said bin Hj Ismail, Mohd Shariff bin Hj Ismail dan Konah bt Wan Ali. Keturunan daripada Tok Said, Tok Shariff, Onyang Konah buat pertama kalinya dapat berkumpul beramai-ramai di Rawang, Selangor D.E. pada hari Ahad 6 Ogos 2000. Tujuan utamanya untuk mempereratkan tali silaturahim antara semua ahli keluarga besar.
Sedikit info tentang susur galur keluarga besar ini. Datuk saudaraku Mohd Said bin Hj Ismail @ Tok Said (abang Mohd Shariff bin Hj Ismail) datang ke Tanah Melayu dari tanah Seberang (Sumatera) kira-kira pada tahun 1918. Beliau bermastautin di Kg Melayu, Rawang, Selangor. Tok Said pertama kali berkahwin dengan Naemah (orang Gopeng), Perak. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Hafsah bt Mohd Said dan Esah (Montel) bt Mohd Said (masing-masingnya pangkat opah kepada penulis --> kerana perkahwinan bapa penulis dengan anak Esah (Montel) bt Mohd Taib yang bernama Zainab bt Mohd Taib --> tetapi pangkat Mak Wa dan Mak Ngah kepada saudara dua pupu penulis yang lainnya.) Panggilan nama ini mungkin mengelirukan sedikit bagi mereka yang kurang mengetahui susur galur keluarga besar ini.
Penulis sebenarnya kena mengena rapat dengan kedua-dua belah pihak keluarga Mohd Shariff (sebelah bapa) dan keluarga Mohd Said (sebelah ibu)!Tok Said kemudiannya berkahwin buat kali kedua dengan Teh Aishah (kakak Konah / emak saudara Aishah bt Long {opah penulis, sebelah bapa}) yang berasal dari Terengganu. Mereka menetap di Rawang dan dikurniakan lapan orang anak, 6 lelaki dan 2 perempuan. Anak-anak hasil perkongsian hidup mereka ialah Abdul Razak bin Mohd Said (Pak Yeop), Che Yah bt Mohd Said (Mak Ngah, Gombak), Che Yang (Mariam) bt Mohd Said (Mak Yang, Rawang), Abdul Malek bin Mohd Said (Pak Uda), Abdullah bin Mohd Said (Pak Andak), Tajudin bin Mohd Said (Pak Anjang), Idris bin Mohd Said (Pak Uteh) dan Osman bin Mohd Said (Pak Usu). Jadi sebenarnya Tok Said mempunyai 10 orang anak kesemuanya!
Tidak lama kemudian Mohd Shariff bin Hj Ismail @ Tok Shariff (datuk penulis / ayah kepada bapa penulis, Baharom bin Mohd Shariff) mengikuti jejak langkah abangnya Mohd Said bin Hj Ismail meninggalkan kampung halaman di Lubuk Sikaping, Sumatera berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu. Tok Shariff berkahwin (P2) dengan Aishah bt Long (anak saudara Teh Aishah / Konah) yang berasal dari Pulau Rusa, Terengganu. Mereka menetap di Tapah, Perak. Tok Shariff dan Opah Aishah (datuk dan nenek penulis sebelah ayah) dikurniakan 8 orang anak, 6 lelaki dan 2 perempuan. Anak-anak mereka itu ialah Baharom bin Mohd Shariff, Abdul Kamal bin Mohd Shariff, Zainal Abidin bin Mohd Shariff, Mohd Nadzar bin Mohd Shariff, Khusaini bin Mohd Shariff, Lokman bin Mohd Shariff, Aminah bt Mohd Shariff dan Nooraini bt Mohd Shariff.
{Foto keluarga Tok Shariff (P2) dirakam di Tapah, Perak 1950/1960an}
[Duduk dari kiri: Aminah bt Mohd Shariff (Wan Cik penulis), Mohd Shariff bin Ismail (Datuk penulis), Aishah bt Long (Opah penulis), Nooraini bt Mohd Shariff (Wan Chu penulis)]
[Berdiri dari kiri: Mohd Nadzar bin Mohd Shariff (Pak Uda penulis), Lokman bin Mohd Shariff (Pak Anjang penulis), Zainal Abidin bin Mohd Shariff (Pak Lang penulis), Baharom bin Mohd Shariff (Bapa penulis), Abdul Kamal bin Mohd Shariff (Pak Ngah penulis), Khusaini bin Mohd Shariff (Pak Andak penulis)]
Ketika Tok Shariff berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu pada awal tahun-tahun 1920an beliau meninggalkan seorang isteri di Sumatera. Isterinya bernama Ning Fatimah berasal dari Betawi. Dia tidak yakin hendak mengikut Tok Shariff ke Malaya pada waktu itu. Mereka ada dua orang anak perempuan yang bernama Norani bt Mohd Shariff dan Halimatus Sa'adiah bt Mohd Shariff. Keturunan daripada keluarga ini masih ada di Medan, Padang, Aceh dan Jakarta.
Tok Shariff (Hj Mohd Shariff bin Hj Ismail) bersama-sama dua orang puterinya Norani bt Mohd Shariff (kiri TS) dan Halimatus Sa'adiah bt Mohd Shariff (kanan TS). [Norani dan Halimatus Sa'adiah adalah ibu saudara kepada Penulis.]
Maka Tok Shariff sebenarnya mempunyai 10 orang anak kesemuanya.
Jadi terasnya, keturunan tiga keluarga besar Tok Said, Tok Shariff dan Onyang Konah inilah yang mengembangkan keluarga kami di sini. Kami juga masih ada ramai ahli keluarga di Tanah Seberang. Kami tetap berhubungan dan biasa berjumpa dari semasa ke semasa.
{Foto Keluarga Besar Mohd Shariff bin Hj Ismail}
{Semua posisi dari Kiri ke Kanan}
[Duduk atas padang: Khairuddin bin Baharom (pangku Lukman Hakim bin Khairol Anuar), Khaliq bin Khalim, Fauzana bt Ainuddin Ridzwan, Siti Sarah bt Wan Noor, Riduan bin Ruslan, Khidir bin Khalim, (anak Razif 1), (?), (?), (?), Muhammad Aizat Saiful Alif, (?), Ayesha Hanis bt Saiful Alif , Siti Sakinah bt Kamaruddin, ( ?), Mohd Iesniza bin Zainuddin (pangku ?), Mohd Izani bin Zainuddin pangku (?), (?), Aina Yasmin bt Hajaludin, Siti Nabilah bt Wan Noor, Amira bt Jalaluddin, Nordalila bt Rusilan, Nor Shahnaz bt Samad, Akila walid Salleh, Mohd Shahmi bin Khairuddin]
[Duduk/berdiri di barisan depan: Fauziah bt Abu Bakar, Norhaslinda bt Ibrahim, Mohd Juli bin Jaafar, Mohd Razif bin Lokman (pangku anak ?), Wan Noor bin Abdul Rahman, Mohd Azman bin Baharom, Jamaluddin bin Che Sab, Rusilan bin Yunus, Penulis, Salleh bin Shariff, Zainuddin bin (?), Nooraini bt Mohd Shariff, Mohd Nadzar bin Mohd Shariff, Zaleha bt Jamil, Mariam bt Yaakob, Lokman bin Mohd Shariff, Shamsidar bt Lokman, Siti Salmah bt Sadri ( pangku dua anak?), Che Haslinda bt Khusaini , Khusairi bin Khalim, Alimah bt Yasin, Salina bt Shamsuddin, Asmidar bt Lokman (dukung anak?), Hasmawati bt Mond Rasidi (dukung anak?), Zaleha bt Osman (dukung anak)]
[Berdiri di barisan ketiga: Kamaruddin bin Mohd Nadzar, Khairol Anuar bin Ismail (dukung Aida Natasha bt Khairol), Hajaludin bin Baharom (dukung Anis Sofea bt Hajaludin), Nor Arzlin Radzwan, Zam Hadila bt Mohd Aris, Zaleha bt Abdul Moid, Ismail bin Baharom, Muhamad Yusmaizi bin Yusof, Khairol Maslina bt Ismail, Nurul bt Nazri, Fuziah bt Mohd Nadzar, Annati bt Jamaluddin, Feridah bt Mohd Nadzar, Haleza bt Khusaini, Siti Hawa Noor bt Baharom, Asmah bt Baharom, Zaleha bt Baharom, Che Zahara bt Zainal Abidin, Halimaton bt Baharom, Nor Sharina bt Mohd Azman, 'Ain, Shariffudin bin Lokman, Khairul Anuar bin Baharudin (dukung 2 anak)]
[Berdiri di barisan keempat: Mohd Idzham bin Salleh, Hafiz bin Hashim, Wan Faiz bin Wan Noor, Abha bin Jamaluddin, Noreen bt Rusilan, (?), Nora bt Rusilan, Mazlyn Hanim bt Abdul Majid, Siti Farah bt Wan Noor, (anak Halimaton 2?), Mazlyna Hanum bt Abdul Majid, Marlyana Haniz bt Abdul majid, Irdawati bt Lokman, Che Zaimah bt Zainal Abidin, (anak Jamaluddin Che Sab), (anak Noor Rashid 3?), (anak Noor Rashid 1?), Aminah bt Abdul Rahman, Noor Rashid bin Abdul Kamal, Abdul Samad (Adam) bin Mat Som, Mohd Asraff bin Lokman]
[Berdiri di barisan belakang sekali: Halmy Zahari bin Abdul Majid, Mohd Azurin bin Mohd Azman, Halim Zaharyn bin Abdul Majid, Fahrul bin Ainuddin Ridzwan, Hazry Zaharith bin Abdul Majid, Mohd Izrul bin Zainuddin, Mohd Haffiz bin Lokman]
Berbalik kepada majlis pertemuan keluarga besar ini . . . semuanya terhasil daripada 'kata-kata' yang diucapkan secara bersahaja di antara beberapa orang ahli keluarga PTS dalam suatu majlis perkahwinan. Aku masih ingat waktu aku membantu Abang Arish Abdul Malek (Setiausaha merangkap Bendahari PTS ketika itu) menguruskan pungutan derma dalam majlis perkahwinan di rumah abangku Ismail Baharom di Kg Nakhoda Selayang pada tahun 1999/2000. Azimah Idris, Along Mokhtar Ramli Abdul Malek, Abang Shahrom Ariffin, Abang Shahrin Abdul Ghani serta Abang Shaari Abdullah juga berada di bawah khemah bersama kami.
(Bukan rakaman foto di Kg Nakhoda, Selayang tetapi di Taman Sri Kota,Taiping. Majlis perkahwinan Mohd Imran bin Zainuddin)
[Dari kiri: Mokhtar Ramli bin Abdul Malik, Mohd Arish bin Abdul Malik, Penulis, Rusilan bin Yunus]
[Dari kiri: Mokhtar Ramli bin Abdul Malik, Mohd Arish bin Abdul Malik, Penulis, Rusilan bin Yunus]
Kami memikirkan alangkah baiknya jika dapat diadakan satu majlis pertemuan keluarga seramai mungkin. Bincang punya bincang tercapai kata sepakat supaya diusahakan cara untuk mendapatkan tenaga kerja bantuan daripada ahli-ahli keluarga yang lain juga bagi merealisasikan hasrat itu. Alhamdulillah, setelah didayakan segala usaha yang perlu ke arah tujuan yang murni itu, tercapai juga hasrat keluarga besar Tok Said, Tok Shariff dan Onyang Konah mengadakan suatu perjumpaan yang amat bererti.
{Foto Keluarga Besar Tok Said, Tok Shariff dan Onyang Konah di rakam pada 6 Ogos 2000 di Rawang, Selangor Darul Ehsan}
Pada pagi hari Ahad di hujung minggu 6 Ogos 2000 yang istimewa itu, kami semua telah memenuhi Dewan Orang Ramai, Rawang untuk sama-sama meraikan majlis pertemuan keluarga besar yang julung-julung kali diadakan. Ramai ahli keluarga tidak kira 'senior' mahupun 'junior' turut serta dalam perjumpaan ini. Kami saling bertanyakan khabar, berkenalan lebih rapat dengan seramai mungkin ahli keluarga, menyertai acara beramah mesra sambil mempereratkan tali silaturahim di atas pentas, dan memeriahkan majlis makan dan minum bersama. Aku telah diminta oleh pihak yang menganjurkan pertemuan keluarga besar itu menjadi pengacara majlis (MC). Aku gembira melaksanakan tugas tersebut demi kebaikan bersama.
Gabungan Tiga Cabang Keluarga Besar Tok Said, Tok Shariff dan Onyang Konah
{Klik pada foto utk imej lebih besar}
(Foto dirakam di Rawang sekitar 1950/60an)
{Klik pada foto utk imej lebih besar}
(Foto dirakam di Rawang sekitar 1950/60an)
[Duduk kiri ke kanan: Khusaini bin Mohd Shariff (Pak Andak penulis - KTSh), Osman bin Mohd Said (Pak Usu penulis - KTSd),Mohd Nadzar bin Mohd Shariff (Pak Uda penulis - KTSh)]
[Berdiri kiri ke kanan: Shaari bin Abdullah (Abang Saudara penulis - KTSd), Baharuddin Osman (Tok Sulung penulis - KOK), Lokman Shariff (Pak Anjang penulis - KTSh)]
Terima kasih diucapkan kepada semua ahli keluarga yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut terutamanya kepada saudara mara yang bermurah hati menaja apa saja kemudahan untuk majlis dalam bentuk hadiah/sumbangan kebendaan dan juga wang ringgit. Tuhan sahaja yang dapat membalas budi baik anda sekalian. Sokongan daripada semua ahli keluarga dari segi tenaga, buah fikiran dan apa sahaja bentuk usaha sama ada secara bersendirian mahupun berkumpulan amat kami hargai. Tanpa sokongan dan persefahaman yang sedemikian tentu sukar hendak dicapai tujuan yang mulia itu. Diharap kita dapat lagi bertemu seperti yang telah kita lakukan pada 6 Ogos 2000 dahulu. Bila lagi agaknya ...
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Tuan Hj Mohd Nadzar bin Mohd Shariff (Pak Uda penulis), Tuan Hj Lokman bin Mohd Shariff (Pak Anjang penulis) dan Tuan Hj Baharudin bin Osman (Tok Sulung penulis) atas bantuan yang mereka berikan kepadaku dalam perkara menyentuh susur galur keluarga besar ini. Tanpa bantuan sedemikian rupa daripada ketiga-tiga mereka, tidak mungkin dapat aku tuliskan blog ini dengan sesempurnanya.
Hingga kita bertemu lagi seperti di Rawang pada 6 Ogos 2000 dahulu . . . . Hidup Keluarga Besar Tok Said, Tok Shariff dan Onyang Konah!
dsuarang.blogspot.com
*Maaf jika ada kesilapan fakta dsb. Sila berikan fakta/nama/ejaan nama yang betul di mana terdapat sebarang kesilapan. TQ