Monday, January 4, 2010

Lagu Rasmi Imigresen Malaysia


Monday, January 4, 2010





Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Sumbangan Kecil

Kira-kira sebulan dua yang lalu aku tergerak ha
ti untuk melayari laman web Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Ada maklumat penting yang ingin aku cari. Aku nak tahu sesuatu tentang JIM. Cari punya cari aku telah membuka halaman Bahagian Komunikasi dan Khidmat Korporat JIM. Aku terlihat pada tanda 'lagu rasmi' (anthem) JIM. Bila aku tekan pada 'punat' tanda lagu itu keluarlah senikata lagu rasmi Jabatan Imigresen Malaysia. Tiada langsung catatan nama pencipta lagu atau nama penulis liriknya. Namun demikian aku terus meneliti senikata yang terpapar di situ. Rasa macam biasa sangat dengan lirik lagu itu. Sejurus kemudian aku sedari akulah yang telah menulis lirik lagu tersebut pada tahun 1980! Lagu itu masih ada dalam simpananku. Dalam buku skrap kerja seniku.



*{ Klik untuk imej lebih besar}

[Allahyarham Encik Hamid Baharudin dan Loh Wai Lan
memerhatikan Penulis bermain piano dalam sesi muzik
Kelab Muzik JNS,Kementerian Pelajaran Malaysia
sekitar tahun-tahun 1980-an]


Aku tidak berlengah lagi. Mesti cari siapa yang boleh aku hubungi untuk menjelaskan duduk perkara yang sebenar. Nak beritahu orang JIM siapa pencipta dan siapa penulis lirik lagu rasmi mereka. Aku bukan nak tuntut royalti. Aku cuma nak hasil karya kami d
iberikan sedikit akuan. Mungkin selama ini pihak pengurusan JIM sekarang tidak pernah mengetahui kami berdua yang terlibat dalam pembikinan lagu rasmi mereka. Maklum saja perkara itu telah berlalu begitu lama. Dan, rakan sejawat aku yang mencipta lagu itu pun sudah tiada.


*[Klik untuk imej lebih besar]

Aku terus melayari laman web yang memaparkan senarai terbaru nama para pegawai Jabatan Imigresen. Aku terlihat akan nama dan alamat email seorang Pegawai Imigresen Tinggi di Bahagian Komunikasi dan Khidmat Korporat (Unit Hubungan Luar). Pegawai itu bernama Lily Liew. Maka pada 18 Disember 2009 aku pun menghantar suatu email kepadanya dengan salinan kepada Ketua Pengarah Imigresen. Aku sertakan surat penghargaan yang aku terima daripada JIM sekitar tahun 1980 dahulu sebagai bukti.
*[Klik pada surat untuk imej lebih besar]


Aku menerima panggilan telefon daripada Sdri Lily Liew tiga empat hari selepas aku menghantar email kepadanya. Beliau menjelaskan bahawa (selepas berbincang sesama pegawai yang berwajib) telah dipersetujui nama kami berdua dicatatkan masing-masingnya sebagai pencipta dan penulis lirik yang terlibat dalam pembikinan lagu rasmi JIM. Aku bersyukur sekurang-kurangnya sumbangan kecil aku dan rakan sejawatku Allahyarham Abdul Hamid Baharudin diambil ingatan.Terima kasihlah Sdri Lily Liew dan terima kasih juga kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

Namun, alangkah baiknya kalau ada surat bertulis daripada golongan baru pihak pengurusan JIM dihantar kepada aku . . . menyatakan dengan ringkas akuan yang bersesuaian dengan gaya masa sekarang . . . (walaupun surat yang lama dahulu tentunya masih relevan !). Dapat juga aku simpan sebagai kenang-kenangan yang diperbarui.

Sambil itu ingatanku kembali pada kawan lamaku yang 'sempoi' dalam episod blog terdahulu "What's Your Contribution?". Bila dia bertanya apa sumbanganku kepada masyarakat . . . dan aku jawab tak ada apa-apa . . . kawanku itu lantas mengatakan aku warga yang baik . . . semata-mata kerana aku tak timbulkan apa-apa masalah kepada mana-mana pihak pun. Menurutnya dengan tidak menimbulkan apa-apa masalah itu aku sudah cukup menyumbangkan sesuatu yang baik kepada negara!

dan, ... ... ... agaknya kalau ketika itu dia tahu aku dan rakanku sama-sama berusaha sehingga wujudnya lagu rasmi JIM (walaupun kecil sangat sumbangan kami itu) apalah pula agaknya tindakan kawan lamaku yang 'sempoi' itu nanti. Aku yakin dia tidak akan teragak-agak memberikan aku penghargaan dalam bentuk yang sangat 'sempoi' juga tetapi berkesan!

Maka jika ada anggota pihak berwajib JIM terbaca akan tulisan dalam blog aku ini . . . haraplah mereka akan berfikir seperti kawan lamaku yang 'sempoi' itu juga.




Blog @: Bamuda d'SUARANG

0 comments:

Nuffnang Ads

0 comments:


Post a Comment