Tuesday, September 7, 2010

Gaya Pra Raya Aii



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Raptai Busana Raya?


Insya-Allah kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini dua tiga hari lagi. Lebih tepat mengikut kiraan lazim (takwim) 1 Syawal 1431 jatuh pada hari Jumaat ini bersamaan 10 September 2010.

Lazimnya juga menjelang ketibaan hari 'kemenangan' tersebut (setelah berjaya menunaikan ibadah puasa Ramadan selama sebulan), orang ramai khasnya yang beragama Islam akan sibuk dengan urusan menyediakan kuih muih yang bermacam jenis dan pakaian baru yang berbagai ragam. Ini sudah menjadi semacam adat atau kebiasaan bagi orang kita memuliakan hari raya yang merupakan acara yang selalunya meriah.

Kemeriahan ditunjukkan dengan ramai orang berbelanja sedikit sebanyak (mengikut kemampuan masing-masing hendaknya!) dalam membuat persediaan menyambut peristiwa ini. Maka demikianlah halnya . . . setiap kali menjelang datang Hari Raya Aidilfitri.

Ibu bapa Ahmad Iman Iskandar juga tidak dapat mengelakkan diri mereka daripada terlibat dalam urusan persediaan ala kadar untuk menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri nanti. Apatah lagi si Aii ni dah mula membesar . . . dah mula pandai nak pakai songkok baldu. Dah tahu baju tradisinya baju Melayu! Belikanlah saya . . . wahai abah dan emakku!

Mendengarkan kata-kata begitu le agaknya . . . maka Mazlyn dan Rashidi mencari songkok baldu dan baju Melayu untuk anak mereka si Aii di berbagai kedai dan gerai. Di beberapa gedung busana kanak-kanak juga. . . . pendeknya di serata KL.

Dah dapat (tak kira saiz tepat le kome . . .) bawa balik dan terus try (terei' le. . . kata orang Perak), dan hasilnya . . .


Wah, handsomenya cucu Opah . . .
Pakai le songkok sambil menjeling . . . sudah menjeling tersenyum le pulak


songkok baldu berkain samping . . . baju Melayu sepasang indah
elok aku bersongkok miring . . . kulup sedikit tak ambil kisah!


ha, apa lagi . . . jom le pegi sekarang . . . Amb & Uim dah lama tunggu tu!

Dengan tersedianya busana hari raya untuk si Aii ini (termasuk songkok baldu khas itu), ah . . . selamat le songkok baldu Atuk Majid. Kulup ke tak kulup apabila Aii memakainya, soal lain. Tetapi yang nyata . . . kurang le sikit kulupnya berbanding dengan apabila Aii memakai songkok baldu Atuk Majid dulu . . . Ingat tak?


pose dari depan lak . . . nampak kain samping yang melondeh tu . . .
takpe . . . ok aje bang long . . . senyum mesti selalu . . . ahai, ahai


relaks sat Opah . . . biar saya tarik nafas dan lepas nafas . . . lapan lagi
sekarang boleh pose lagi . . . ready for take . . . one . . . two . . . action


songkoknya miring bukan main bergaya . . . ahai, ahai ketawa la pula . . .
ha, ok dah . . . Take 5




Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
Semua ...










dsuarang.blogspot.com