Tuesday, December 17, 2013

Jauh Bukan Ukuran Pertalian






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Majlis Ringkas Penuh Ikhlas


Resepsi perkahwinan anak lelaki Tuan Rahim Adam dan Puan Maimon Zainal telah diadakan pada hari Ahad 15 Disember 2013 bersamaan 12 Safar 1435H di Dewan Serbaguna DBKL, Alam Damai, Cheras KL.





. . . suasana ringkas penuh ikhlas dalam dewan . . .



Penulis sekeluarga diundang ke majlis tersebut . . . majlis yang memasyhurkan ikatan perkahwinan antara Muzamir Rahim dengan Immillia Ibrahim.




Kad Undangan


Alhamdulillah penulis bersama isteri dan anak-anak dapat memenuhi undangan pihak keluarga pengantin lelaki.







Tuan Rahim Adam dan Pn Maimon Zainal

[Hati-hati apabila melihat foto ini. Memang pasangan ini nampak muda dan hebat. Tapi mereka bukan pasangan pengantin baru. Mereka ibu bapa pengantin lelaki . . .  penulis saja nak beri tahu . . . hehe ] 



Kami tiba di dewan ketika belum ramai lagi tetamu yang datang.

Maka mudahlah kami beramah mesra dengan pihak tuan rumah pada waktu itu.





isy, isy . . . marilah cepat 

[Alahai . . . sabar le  sikit . . . kalau ye pun . . . ]






Penulis n Tuan Razali (Pak Ngah Rashidi)

[Apa khabar Tuan? Kita nampak masih sama-sama handsome kan . . . hehehe]





 "Mari le ambil gambar kami . . . hero-hero lama ni ooi"

[Lebih tepat . . . Mat Belia dari zaman silam!]





Dari kiri:
Shidi, Jais , Hadi, penulis

[ Jais aka 'd sebarau man' . . . pernah membuktikan bahawa beliau lebih top drpd  si model iklan Scott Emulsion tu . . . teman respect le . . . sayang foto 'd sebarau man' tu tak ada dlm simpanan teman . . . kalau tidak . . . tentu boleh jadi exhibit terbaik . . . hmm ]






Dari kiri:
Fizal, Shidi, Jais, Hadi, penulis

Pose bergaya empat aktor sinetron terbaik dari kiri ke kanan dalam foto di atas. Orang ke-5 tu pelakon bangsawan di udara . . . jaman Tijah Din Bangsawan dulu . . . korang tak ingat kot . . . atau tak pernah tau pun . . . wkwkwkwk! ] 






Alimah n Tinie

Muuaah, Muuaah
[. . . bila wanita bertemu . . .] 






Alimah (kiri) n Tinie

Best gak orang ambil gambar kita . . . muuaah . . .  ye 
. . .  rasa macam selibriti lak . . . ]  






Penulis, Mohd Khasim* Kasi Abdullah n Firyal

 [ *Mohd Khasim seorang jurulatih bolasepak bertauliah. Penulis coach luar padang. ]



Seperti yang biasa terdapat di resepsi-resepsi perkahwinan lain . . . hidangan makanan tetap merupakan agenda penting.







Dari kiri:
Noraini, penulis, Jais, Alimah

[ Bukan selalu dapat bergambar begini . . . ]





Dari kiri:
Amad, Pn Norzila Mat Noor, Alyn

[ Mak Long si Alyn tu tak penat ke melayan kerenah anak serta cucu saudaranya? ]


Berbagai-bagai jenis makanan disediakan untuk para tetamu.






Alyn n Amad

[ . . . yang ni dah patah! Amad nak yang lain . . . mak . . . ] 






Dari kiri:
 Farah, Nana, Alyn

[ Wah . . . rajinnya tiga orang ni melayan tetamu di hadapan tu . . . ini kes tulen ke atau beraksi depan kamera aje . . . hmm? ]








Dari kiri:
Pn Napisah Mat Noor, Alimah, Norzila 

[ . . . stock take time? . . .  ]





Dari kiri:
Alimah, Amad, Napisah

[ Opah, apa lagi tu . . . ? ]


Kami sekeluarga dipelawa menjamu selera dengan makanan yang cukup lazat.





Afzan . . . buat apa tu? Cuci pinggan ye . . . OK le . . .





Best le makanan pemanis mulut ni (taufu fa?) . . . tak kisah le namanya . . . boleh tempah tak?





Dari kiri:
Apar, penulis, Alimah

[Boleh Pakcik . . . nak selori ke?]





Ahmad Iman Iskandar

[. . . manggel . . . manggel . . . manggel . . . ]





Alyn n Shidi

[. . . at your service . . . ma'am ]


Rezeki jangan ditolak . . . musuh jangan dicari . . . kata orang tua-tua.




Terus aje menjamu selera . . . penulis sekeluarga ni . . . 





Dari kiri:
Ileena Khasim, Alimah, Amad

[ . . . kita makan kuih lak . . . ]





. . . menjeling . . . menjeling . . . mata memandang . . . 





. . .  tersenyum . . . tersenyum . . .  perut dah kenyang!



Setelah makan dan minum dengan sepuas hati . . . kami memohon diri untuk pulang.

Ada pula buah tangan majlis perkahwinan itu diberikan kepada kami oleh tuan rumah. Terima kasih.






 Rahim Adam n penulis

Genggaman salam 'brotherhood' antara 'adik'  dan 'abang'. Tapi, bukan macam 'adik' n 'abang kawasan' dalam mana-mana adegan filem gangster . . .   ]


Apa yang penting . . . bukanlah makan dan minum itu semata-mata. Kesempatan kami beramah mesra dan mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain dalam majlis tersebut amat tinggi nilainya.


Kemesraan yang terjalin antara ahli-ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai dalam resepsi perkahwinan Muzamir dgn Immillia ini ternyata amat erat. 




[ Rombongan Mak Limah . . . Scene 1 Take 8 . . . ]

Dari kiri:

Amad, Shidi, Maimon, Rahim, penulis, Noraini, Adam, Alimah, Ileena, Firyal, Rashdan





[ Rombongan Mak Limah : Scene 2 Take 18! ]

Dari kiri:

Shidi, Amad, Alyn, Maimon, Rahim, penulis, Noraini, Adam, Alimah, Ileena, Firyal, Rashdan

[ Namun . . . Rombongan Mak Limah . . . tetap hebat! ]



Walaupun kami masing-masingnya tinggal berjauhan antara satu sama lain . . . namun ikatan persaudaraan antara kami tetap berdekatan. Jauh tapi dekat . . . kata orang! 






Dua Insan Berbesan

Pn Noraini Adam (kiri) dan Pn Hjh Alimah Yasin



Keikhlasan hati Rahim Adam* dan Maimon Zainal sekeluarga mengundang kami ke majlis mereka yang gilang gemilang ini amat kami hargai.


[*Rahim Adam adalah adik kpd Noraini Adam . . . besan penulis.]





bamuda
dsuarang.blogspot.com