Thursday, April 22, 2010

HZ & N Pentas 1: Raja Sehari di d'SUARANG



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Selamat Pengantin Baru



Hari: Sabtu.
Masa: 12:00 tgh hingga 4:00 ptg.
Tarikh: 20 Mac 2010.
Tempat: d'SUARANG Kuala Lumpur,


2 Pelaku Utama:



Halim Zaharyn bin Abdul Majid
&
Norshafini binti Abdul Hamid



Anakanda Halim Zaharyn
&
Anakanda Norshafini


Demikian butiran ringkas tentang apa yang hendak diterakan di dalam blog kali ini dengan segera ( kerana takut-takut kalau lewat ... nanti dak Aii tu mengambil alih semula
limelight yang dia bersetuju serahkan kepada Pak Lang & Mak Langnya buat seketika.)

Berbagai persediaan telah dilakukan oleh ahli-ahli keluarga dan sanak saudara yang tidak jemu-jemu membantu. Mereka semua dengan rela hati telah menyumbangkan sedikit sebanyak terhadap kejayaan Majlis. Setiap persiapan dilakukan dengan rapi dan disertakan dengan doa yang dipohon ke hadrat Allah swt. Doa yang terselit harapan bersamanya agar Majlis terpelihara daripada pembaziran dan kemudaratan . . . Alhamdulillah terkabul. Segalanya berjalan dengan baik dan lancar. "Yang dikendong tidak keciciran, yang dikejar kedapatan." Syukur kepada Yang Maha Mengasihani.

Majlis (Hari) Langsung Perkahwinan HZ & N di Kuala Lumpur terbahagi kepada dua sesi. Pada sebelah pagi telah diadakan upacara Pemasyhuran Nama, Berzanji, Marhaban dan Memotong Jambul si Aii. Pada tengah harinya barulah bermula sesi upacara untuk pasangan pengantin pula. Mujur yang tua-tua tu mahu beralah Aii. . . jadi tak kecohlah . . . (Aii pun nanti mesti ikuti contoh baik sebegini. . . beralah tidak bererti kalah!)

Kenangan indah pada majlis langsung perkahwinan HZ & N yang berkenaan dapatlah dirakamkan seperti yang berikut:


Persiapan pada malam 19 Mac 2010


Suasana di Luar



Apabila d'SUARANG diselubungi kegelapan malam . . .

Cahaya lampu saja yang menerangi ...



Suasana di Dalam



[Ahli keluarga, sanak saudara & sahabat handai
tetap bersemangat memberi sokongan]



Tuan Hj Lokman (Tok Anjang Pengantin) bersama Penulis meramaikan kumpulan keluarga yang hadir. Di suatu hujung Pn Alimah (Emak Pengantin) memangku cucunya Aii sambil berbual-bual dengan Hjh Maryam Yaakob (Opah Anjang Pengantin) dan sanak saudara yang hadir membantu.


Aii ... lena dalam dakapan Opah Alimah. Tak ambil pusing ke? Oh esok ada job nak buat ya. Tak pe ... nampaknya pekerja yang membuat pelamin pun dah sampai. Biarlah mereka uruskan.


Tin yang didatangkan khas sebagai pemberian pada para tetamu esok hari. "Sambil tu kami makan dulu ... " kata Pak Chu Megat. Pak Uda Zol dan Bang Ngah Rashidi pun makan le sama.


Kak Ngah Alyn sedang membincangkan sesuatu dengan Mak long Zawiyah. Apa agaknya muslihat orang dua beranak ni? "Suka hatilah ..." kata Pn. Hjh Siti Rogayah dan Bonda Alimah yang memerhati saja dari jauh.


Makan le Aie ... jangan segan-segan. Temankan Mama CT Rohani tu. Dah makan barulah buat kerja. "Hai . . . tak jemput ke orang jauh ni (Kak Meni, Kak Nani dan Kak Intan) makan sama?" tanya Bonda Alimah.


Penulis duduk sambil memandang ke arah pelamin yang dah siap terpasang. Alah ... boleh boleh ajelah . . . Taklah sehebat yang dijanjikan. "Apa dah jadi ni Pak Sheikh yang empunya pakej pelamin dll? Be better next time around ah ... should there be one, of course!"


"Apa lagi tu Mak Chu? Ha, buat kerja sambil pasang telinga pada gossip orang sebelah sana tu ya." Puan Alimah dengan anak-anak saudara dari Seberang tu baik-baik sikit ... nanti apa yang digosipkan itu ketahuan ...


Entah apa yang ditanya Hj Kamaruddin kapada Mak Chu Dylla... Tiba-tiba Fadelah (adik ipar Penulis) berkata,"Ha a ... kena pastikan bekalan telur cukup untuk semua esok, Pak Aji." Pembaca akhbar tu (Bang Ngah Rashidi) asyik sekali ... langsung tak perasan apa yang sedang dipertuturkan insan di sekelilingnya.


Kumpulan kerja memerhatikan progress. Dah banyak tugas asas yang selesai. Tinggal ada final touches yang perlu dibereskan. Itu group bersama Bonda Alimah ... Nani, Icah, Meni dan Intan. Kesian penat agaknya semua ya. Tak pe ... esok diberi upahnya ya.



Tersenyum sambil bercekak pinggang nampaknya. Bos India mana pulak ni. "Oh itulah bos baru kita, Mr Halmy," kata para pekerja projek Perkahwinan HZ & N ... Pengantin sendiri, Megat dan Hazry.






Perbincangan segera P&C (Pengantin dengan Penulis) Kiri: Gaya Awal. Kanan: Gaya Kedua


Kiri: Gaya Ketiga. Kanan: Gaya Akhir. Tercapai matalamat mempersendakan ... siapa ha? P&C le ... Tak boleh beri tahu ...


Penulis dengan cucu saudara ... Agil (dari Banda Aceh) bercerita tentang hobi. Rupanya si pelajar Agil ni juga berminat muzik dan anggota band sekali gus ... angkatan baru le ... Tak kan macam Atuk ... dah outdated ...ya kan. Hai tak habis-habis ke balut pentas tu Yana dan Mak Long Zawiyah?


"Belum le. Kerja remeh ni,"kata Yana. Mira sugul aje ... menyokong le tu. Kanan: "Ha ingat kami ni macam mana ... Tak buat kerja remeh ke?" tanya Anum. Asila (anak Pak Long Basri) setuju aje.


Lipat Na lipat ... asal siap (tapi mau cantik!) sudah le. Tekan Na ... tekan, biar Mak Long pegang.


"Oh, baru senang hati Mak Chu ni."
"Ya lah, dah empat jam bekerja ...", kata Yana.
Mira sonyum yo!


"Ke mana nak aku bawa 'natang ni ..." Begitu mungkin yang terfikir oleh Megat , Jurucakap kat SP hari tu, kini Juru Audio pula di KL. Boh la kat mana pun, Gat. Foto kanan: HZ menerangkan sesuatu tentang alat dan cara mudah berkomunikasi di sini . . . kepada 2nd cousin Intan (nama glamour) Ibrahim . . . yang datang dari Medan di Tanah Seberang.



Masih belum selesai hal alat komunikasi tu ke? Atau HZ nak tunjuk skill bermain silap mata sama Kak Intan dan yang lain juga [dalam foto kanan ] iaitu Kak Nani, Icah (anak Kak Nani > anak saudara HZ le) dan Kak Meni . . .


"Cucuk manik ke atau apa ke, Anum? Nenek Maimunah pun macam buek kojo yang samo. Apo bondo tu ha?"


Kiri: Pakcik Anor bersama Agil dan Penulis, meneliti dan memperkatakan tentang CD atau VCD kegemaran masing-masing. Kanan: Tuan Hj Kamaruddin tergelak terus melihat Anum, Pak Ngah Roslan & Induk Sapiah tak habis-habis kecoh menguruskan hal telur.


Hal telur mesti dibereskan. On with it Induk Sapiah & Pak Ngah Roslan. Biarkan saja Tuan Hj Kamaruddin tu bersendirian di hujung sana. Foto kanan: Halim masih ingin menyelesaikan sesuatu ... sekarang dah tak jelas ... hal komunikasi lagi ke atau eggs matters ... bersama Makcik CT Rohani dan Kak Nani, Kak Meni dan Kak Intan di sana tu.


Semua masih bekerja keras walaupun mata dah naik ngantuk . . . Induk Sapiah, Pak Ngah Roslan, Hj Kamaruddin dll di sebelah kiri. Di kanan pula: Makcik CT Rohani, Kak Nani, Icah, Kak Meni dan Kak Intan masih kelihatan cergas . . . walaupun sudah lama bertugas . . . Alahai nasib ...


Dah mula slow . . . Kok tak terdaya lagi . . . masuk je le tidur Kak Long Liza, Nenek Maimunah dan Siti Norasila . . . Kesian nampaknya macam dah laih bebeno . . . Kat kanan tu camna pulak?
Ia le ... Hj Kamaruddin Ok ke? Nampak macam Ok aje . . . siap tersenyum lagi . . .


Foto kiri: Intan masih steady memintal sarung pada bunga telur untuk pemberian esok. Foto kanan: Mak Chu Dylla pun tak mau kalah . . . selamba kerja ikut suka hati . . . "I'm my own boss, you know!"


Kiri: Kak Nani dan Icah dari Medan, Sumatera. Kanan: Makcik CT Rohani (isteri Pakcik Anor 2nd cousin Penulis) dan Agil dari Banda Aceh mempraktikkan senihias bunga telur (walaupun si Icah tu sebenarnya pelajar Universiti dalam bidang Hukum).


Halim ucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan dan taulan yang telah bersusah payah datang memeriahkan persiapan pada malam ini untuk majlis pada esok hari. Foto kiri: Kak Nani, Icah, Kak Meni. Foto kanan: Induk Sapiah, Pak Ngah Roslan, Pakcik Hj Kamaruddin.


Kebaikan budi anda semua ... Allah saja yang dapat membalasnya. Foto kiri: Makcik CT Rohani, Agil, Kak Nani. Foto kanan: Mira, Nazehah.



Foto kiri: Aiee, Makcik CT Rohani, Kak Nani, Icah, Agil, Kak Meni, Kak Intan. Latar: Bang Ngah Rashidi, Mira, Nazehah, Mak Chu Dylla, Asila, Kak Long Liza, Nenek Maimunah. Foto kanan: Anum, Aiee.


Foto kiri: Anum, Aiee, Makcik CT Rohani, Kak Nani, Emak Alimah, Mak Chu Dylla, Bang Ngah Rashidi, Roy, Along Halmy, Kak Long Liza, Anisa, Agil, Abah Majid, Kak Meni, Kak Intan . Foto kanan: Pak Chu Megat, Hazry, Pak Ngah Roslan, Bibiq G. Terima kasih semua.



Mira dan Asila yang rajin menolong . . . terima kasih daun pisang ... memberi kasih mendapat sayang ...


Thanks to U Mak Chu ... Budi anda segunung intan ... Semoga kebaikan jadi balasan ... Insya Allah. Anum dan Aiee juga diharap begitu, diberkati sentiasa Allah Yang Satu.


Bantuan semua Halim hargai. Terima kasih daun keladi. Foto kiri: Kak Long Liza, Nenek Maimunah, Abah Majid, Anisa, Kak Intan, Kak Meni. Foto kanan: Pak Uda Zol dan semua yang berada di situ ... di sepanjang malam membawa ke pagi ...






Kalau nak gugur , gugurlah nangka ... Jangan ditimpa si batang pauh; Kalau dah ngantuk tidurlah mata ... Esok kerja lagi bersungguh-sungguh.



Akhir kata dari HZ sebelum berjumpa semula esok pagi . . . love u all ...



Esok ajelah Nor ...

a a ah zzz zzzz zzzzz


Sudah Jam Berapa Sekarang?


Asyik sangat dengan tugas masing-masing di dalam . . . hingga tak sedar fajar telah menyinsing. Hai dah pagi rupanya. Dah nak kena buat persiapan lain pula . . . untuk acara pada pagi ini. Alhamdulillah yang diusahakan bersama malam tadi dah selesai dengan sempurnanya.

Terima kasih semua yang membantu. Budi anda segunung intan.

Sampai di sini dulu, Insya Allah kita sambung dalam (Babak 2) kelak. Jumpa lagi . . .












dsuarang.blogspot.com


0 comments:

Nuffnang Ads