Thursday, July 31, 2014

Kunjungan Aidilfitri 1435H - Hakim n Saripah







Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Sahabat Haji 2011



Penulis dan isteri amat berbesar hati dengan kunjungan Aidilfitri sepasang suami isteri . . . Tuan Hj Hakim dan Pn Hjh Saripah . . . pada empat hari raya tahun ini. 


Kami terharu atas kesudian Hj Hakim dan Hjh Saripah datang ke d'SUARANG pada Khamis 4 Syawal 1435H bersamaan 31 Julai 2014 semata-mata untuk bertemu dan bersilaturahim dengan kami pada hari yang mulia ini.
















Hj Hakim dan Hjh Saripah adalah sahabat Haji kami pada tahun 2011. Kami menginap di hotel yang sama di Mekah dan Madinah. Pesawat kami pergi balik juga sama . . . KT 70.





















Alhamdulillah kami masih diizinkan Allah SWT untuk bertemu antara satu sama lain sehingga waktu ini. 


Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua orang sahabat kami . . . Hj Hakim dan Hjh Saripah . . . atas kunjungan yang sungguh bererti.












Insha-Allah . . . andai diberikan usia yang panjang dan kelapangan yang selesa oleh-NYA . . . dapatlah kami bersua dalam keadaan dan suasana yang menggembirakan seperti ini buat jangka waktu yang panjang lagi. Amin ya Rabbulalamin.






bamuda
dsuarang.blogspot.com


Kunjungan Aidilfitri 1435H : Asmah n Zaleha






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Dari Kelantan ke d'SUARANG





Butiran Kunjungan:

Tarikh: 
Rabu 30 Julai 2014 bersamaan 3 Syawal 1435H

Pengunjung:
Kakak penulis Hjh Asmah dan adik Hjh Zaleha / Hj Salleh sekeluarga 








































































Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin







bamuda
dsuarang.blogspot.com


Semangat Eid







Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Syawal 1435H


















































bamuda
dsuarang.blogspot.com



Aidilfitri di Rumah Jamil






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Erti Sebuah Persahabatan



Berpandukan semangat kemuliaan serta keriangan Aidilfitri dan berlandaskan semangat silaturahim serta kesetiakawanan sejak di zaman persekolahan  . . . penulis dan keluarga telah berkunjung ke rumah Tuan Hj Sani Saeran (Jamil) untuk sama-sama meraikan kehadiran Syawal 1435. 
































Peristiwa berlaku pada hari Selasa 29 Julai 2014 bersamaan hari kedua sambutan Aidilfitri. Kemeriahan terdapat di dalam dan di luar rumah.













Suasana di dalam rumah cukup selesa. Siap dengan hidangan kuih muih yang berbagai jenis dan rasa. Alhamdulillah dapatlah semua menjamu selera.  



























































































































































































Di pekarangan hadapan rumah situasi sedikit berbeza. Cucu-cucu penulis bergerak bebas dan berlari-lari ke sana ke mari sepuas hati.   











Ada pula aktiviti memetik buah pulasan yang dianjurkan tuan rumah.

















































































































































































Keriangan pada petang itu amat ketara. Apa tidaknya . . . segala kemahuan mereka dituruti dan dilayan sepenuhnya oleh Atuk Jamil dan Nenek Jijah. Apa lagi bak kata orang . . . naik pucuk le budak-budak tu! 
























Kemesraan yang terjalin adalah hasil daripada persahabatan yang terisi dengan rasa saling hormat menghormati dan sayang menyayangi antara dua sahabat . . . Jamil dan penulis . . . sejak di zaman persekolahan lagi dan tinggal bersama-sama di asrama tunjangan pemerintah dulu. 















Kesinambungan ikatan silaturahim di kalangan semua ahli kedua-dua keluarga ini sekarang melambangkan berkesannya persahabatan antara kedua-dua sahabat lama . . . dan memperkukuhkan erti sebuah persahabatan yang ikhlas.




















































Mudah-mudahan semangat persaudaraan sebegini antara kedua-dua keluarga Jamil dan penulis diizinkan kelangsungannya oleh Allah SWT sehingga akhir waktu. 







Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin. 







bamuda
dsuarang.blogspot.com