Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Cerita Panjang Kisah Lama
Ahad 8 Disember 2013 bersamaan 5 Safar 1435H . . . Mi singgah ke rumahku.
Mi atau nama penuhnya Mohd Suhaimi bin Abdul Rahman tiba bersama anaknya Siti Hajar Izzati pada kira-kira jam 10:00 pagi.
Pose 1
Pose 2
Pose 3
Mohd Suhaimi bin Abdul Rahman
n
Siti Hajar bt Mohd Suhaimi
[Mereka pulang pada kira-kira jam 3:00 petang.]
Sekali sekala . . .
dapat menjamu selera . . .
bersama-sama . . .
sanak saudara . . .
gembiranya tak terhingga . . .
Tujuan Mi datang untuk menyampaikan kad jemputan ke majlis perkahwinan anak kakaknya Noor Siah bt Abdul Rahman.
Kad Undangan ke Walimatulurus Atirah & Rifa'ie
Mi ini adik sepupuku nasab ibu. Ibuku Allahyarhamah Zainab bt Mohd Taib adalah kakak kepada ayah Mi Allahyarham Abdul Rahman bin Mohd Taib.
Mi sekarang . . .
lebih handsome,lebih matang
Aku memanggil ayah Mi itu . . . Pak Chu. Allahyarhamah ibu Mi yang bernama Siti Mariam bt Hj Said aku panggil Mak Chu.
Aku lebih tua 17 tahun daripada Mi. Jadi . . . untuk tempoh yang agak lama juga sepanjang zaman kanak-kanaknya yang telah berlalu dahulu . . . aku dapat melihat Mi membesar bersama keluarganya.
Ketika itu Allahyarham Pak Cu dan Allahyarhamah Mak Chu tinggal di kuarters Pegawai Penjara di Alor Setar, Kedah . . . sekitar tahun-tahun 1970/1980-an.
Aku serta isteriku sering menziarahi Pak Chu dan Mak Chu ketika ada hayat mereka di kuarters tersebut.
Maka perhubungan antara kami pada waktu itu cukup rapat . . . termasuklah perhubungan dengan anak-anak mereka . . . Mi dan adik beradiknya semua.
Maka perhubungan antara kami pada waktu itu cukup rapat . . . termasuklah perhubungan dengan anak-anak mereka . . . Mi dan adik beradiknya semua.
Kini masa telah lama berlalu. Disebabkan kesibukan kami masing-masing mungkin . . . kami jarang-jarang dapat bersua muka walaupun kami semua tinggal di dalam suatu wilayah . . . Kuala Lumpur.
Maka tidaklah menghairankan apabila sesekali dapat bertemu . . . tentulah banyak info yang ingin kami kongsikan dan banyaklah pula perasaan yang hendak dicurahkan.
Kami bersembang panjang pada hari itu.
Kami bersembang panjang pada hari itu.
Cerita panjang . . . kisah lama. In Shaa Allah . . . nanti dapat jua penulis paparkan dalam episod ke hadapan andai cukup bahannya.
Buat masa ini . . . terima kasih penulis ucapkan kepada Mi kerana sudi mencari Abang Uda mu . . . walaupun sekadar untuk menyampaikan sekeping kad undangan.
Suhaimi n penulis
Siti Hajar n penulis
Dari kiri:
Suhaimi, Siti Hajar, Alimah, penulis
Demikianlah . . . kalau dalam hati masih ada keikhlasan bersaudara!
Hingga kita bersua lagi . . . salam takzim.
bamuda
dsuarang.blogspot.com