Thursday, December 30, 2010

Gila Sukan atau Gila Sakan











Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Gudel Jadi Bergedel?


Alahai . . . sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel penamat perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF antara pasukan bola sepak Indonesia dengan Malaysia . . . di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta hari ini (Rabu 29 Disember 2010) aku terfikirkan sesuatu. Aku terfikir tentang nasib banyak orang. Nasib para pemain, nasib jurulatih, nasib pasukan, nasib para peminat dan macam-macam nasib berbagai pihak lagi!

Dahsyat gak kalau orang dah naik fanatik akan sesuatu. Tidak terkecuali mereka yang fanatik dalam permainan bola sepak. Boleh sampai jadi terlalu emosi. Boleh jadi hilang pertimbangan. Hilang semangat gila 'sukan' naik semangat gila 'sakan'!

Konon kita ini satu rumpun bangsa. Katakan kita ni abang adik. Alahai, paling tidak . . . bukankah setidak-tidaknya . . . kita ini berasal daripada keturunan yang sama? Keturunan Adam dan Hawa!

Cuma yang menjadi peliknya . . . mengapa galak sangat mereka yang pada waktu-waktu 'kesukaran' mengaku kita ini 'abang adik' . . . lupa akan 'pertalian' yang telah mereka sendiri iktiraf selama ini . . . dan terus-terusan saja mewujudkan suasana 'berantam' . . . Atas nama semangat apa ini? Fikirlah sendiri dong ah!

Berbalik kepada mengenang nasib berbagai pihak yang aku sebutkan di atas tadi . . . apabila tamat sahaja perlawanan 90 minit yang bermula pada jam 8:00 malam (waktu Malaysia) itu . . . aku lantas terfikir . . . apa nak jadi kepada si Gudel (singkatan kepada Gurita Dewa Laut) tu nanti.

Gudel (petikan kisah tentangnya aku paparkan di sini) adalah seekor sotong (gurita) yang 'dipergunakan' oleh golongan peminat tegar (LEBIH TEPAT FANATIK) bola sepak di negara seberang. Mereka itu kononnya hendak tahu lebih awal siapa menang dan siapa kalah. Mereka macam lebih yakin kepada kebolehan si sotong tu daripada keupayaan para pemain pasukan mereka sendiri . . .


Petikan drpd akhbar popular
Harian Metro
Rabu, 29 Disember 2010


Sanggup saja mereka 'memaksa' si Gudel yang tidak bersalah itu memilih pasukan yang kononnya akan memenangi perlawanan akhir berkenaan.

Dan, setelah si Gudel . . . failed to emulate Paul's (of recent World Cup Fame) feat . . . (ramalannya salah . . . Malaysia menang dengan agregat 4-2) aku semakin bimbang akan nasib yang akan menimpa diri kamu wahai Gudel . . .

Yang aku nampak . . . mungkin saja tajuk berita di mana-mana nanti . . . Gudel Dah Jadi Bergedel! Kesian nanti nasib si sotong ni. Rupanya, susah gak jadi sotong ya!

Alahai . . . alahai . . . alahai . . . soton, soton . . .

Dan, aku akhiri dengan . . . lebih baik bermulut laser daripada bercoli laser . . . he, he.










dsuarang.blogspot.com

2 comments:

ghazali said...

Be free to read my blog at http://myelusivedream.blogspot.com

Bamuda d' SUARANG said...

Salam Ghazali,

Will do . . . TQ.

Nuffnang Ads



Friday, December 24, 2010

Lagi Geng Asrama




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Bertemu Ayob Semula


Ahad 12 Disember 2010 bersamaan 6 Muharam 1432 H merupakan hari yang penuh bermakna bagi diriku dan juga kawan-kawan lama yang pernah bermastautin di Malay Boys Hostel (MBH) KL ketika bersekolah dahulu. Seorang lagi sahabat kami yang tinggal seasrama dahulu dapat kami kesan dan temui semula.

Semuanya bermula apabila Jamil menjemput aku sekeluarga ke rumahnya untuk suatu majlis membaca doa selamat. Ini adalah untuk memenuhi hajat 'atuk' Jamil menyatakan kesyukuran beliau setelah sempurna upacara berkhatan cucunya Akid Altaf pada hari sebelumnya, Sabtu 11 Disember 2010.


Cerita punya cerita . . . minum punya minum . . . dan . . . makan punya makan . . .

Lamanya makcik-makcik ni makan . . . baik aku relaks kat nenek . . . sambil gentel rambut . . .

Tuan rumah dan para tetamu . . . ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai . . . semua ada


Harun (abang Jamil) turut hadir dalam majlis tersebut. Cerita punya cerita . . . Harun yang dahulunya juga tinggal sebumbung bersamaku di MBH KL . . . memberi tahu beliau pernah bertemu Ayob (kawan lama kami yang aku maksudkan di atas). Harun juga menyatakan beliau ada menyimpan nombor telefon Ayob.


Foto kiri: Jamil & Harun. Foto kanan: Harun & Ayob


Aku lantas meminta Harun menghubungi Ayob . . . takut-takut kalau dia tak berapa ingat akan diriku lagi (maklum sudah 47 tahun tidak pernah bertemu!). Harun pun menghubungi Ayob melalui telefon bimbitnya . . . dan menyatakan kepada Ayob bahawa kami bertiga ada di rumah Jamil pada ketika itu. Harun juga bertanyakan sama ada Ayob ingat akan diriku ini.


Sorang lagi geng lama MBH KL ditemui . . . Ayob versi 2010 . . . still 'hemsem' ma!


Aku berasa kecewa sedikit apabila aku dengar melalui bicara mereka berdua . . . walaupun setelah berkali-kali Harun cuba memberikan gambaran tentang diriku kepada Ayob . . . 'macam' si Ayob ni dah tak kenal aku lagi . . .

Aku tak sabar! Kepada aku . . . mana mungkin dia ni tak kenal aku lagi . . . Dulu hampir saban petang di bilik B5 MBH KL akulah menjadi pemerhati paling setia terhadap 'pertarungan' Ayob dengan Usop . . . Mereka berdua bermati-matian 'mempertajamkan' setiap langkah dan pergerakan dalam 'pertarungan' pencak silat yang bakal dipersembahkan pada hari pementasan di sekolah mereka! Mereka berlatih tu . . . nak capai
clockwork precision le . . . konon kata omputih! Siapa 'hero' siapa 'villain' tak kisahlah.

Ketika itu Ayob adalah antara beberapa ramai para pelajar Kelas Menengah Melayu yang 'menumpang' di Sekolah Menengah Inggeris Cochrane, Kuala Lumpur kerana sekolah menengah perantaraan Melayu belum terbina dengan meluasnya. Kalau tak silap Ayob dalam batch ke-13 para pelajar perantaraan Melayu itu.

Berbalik kepada ketidaksabaran aku tadi . . . aku terus sahaja meminta telefon bimbit yang berada dalam genggaman Harun . . . lalu bercakap dengan Ayob sendiri . . . direct. Aku ingatkan Ayob kembali tentang peristiwa di atas. Alhamdulillah, Ayob terus mengaku ingat akan peristiwa itu . . . jadi pendekar mana boleh tak ingat ya tak . . . he, he . . . dan perlahan-lahan pula dia ingat kepadaku . . . menurut katanya le . . .


Action spontan . . . ketawa sakan . . . apabila berkumpul kawan-kawan . . .


Pelik tetapi benar! Rupa-rupanya sesuatu kejadian terpencil mampu juga mengembalikan ingatan kepada situasi yang jauh lebih menyeluruh!

Apapun, pada hari itu, selepas waktu asar . . . Mohamad Ayob bin Mohd Yusop datang berkunjung ke rumah Jamil. Niatnya hendak bertemu semula kawan-kawan lama. Dan, sebaik tiba di pintu pagar hadapan rumah Jamil dan ternampak kami duduk sekumpulan di meja . . . Ayob terus sahaja memberi salam dan menyapa:

" Assalamualaikum . . . Itu Majid kan?"

Aku gembira. Kawan lama aku ini masih dapat mengecam wajah aku . . . walhal pada awal kisah tadi . . . dia semacam ragu-ragu nak mengaku kenal akan diriku kepada Harun . . . ketika mereka bercakap melalui telefon.

Jamil pula . . . sebaik melihat Ayob memasuki perkarangan rumahnya . . . berkata:

" Eh, kalau ini orangnya . . . Ayob? . . . Ha, dah selalu aku jumpalah! Ayob 'Malay Madiham' dulu kan?"


Macam tak percaya aje . . . Berjumpa semula . . . After close to 50 years man!

Ha, ah . . . baru sah sekarang . . . inilah orangnya yang kerap aku jumpa . . . Alahai, kawan lamaku rupanya . . .

Ayob mengangguk-angguk dan tersenyum. Handsome macam lama gak! Ayob selama ini sebenarnya tinggal tidak jauh daripada rumah Jamil. Itulah sebabnya Jamil sering bertemu dengan 'orang' yang tidak disangkanya sama sekali adalah Ayob . . . kawan lama seasrama berpuluh-puluh tahun lalu.

Maka kami berempat (Harun, Jamil, Ayob dan aku sendiri) pun bersembang-sembang. Sambil kami saling bertanyakan khabar dan berkisah tentang perihal kawan-kawan lama yang lain, kami sempat mendengar Ayob bercerita tentang dugaan sedih yang dialaminya sepuluh tahun lalu.


Dari kiri: Ayob, Penulis, Jamil & Harun
[Foto ihsan Azreen Mat Sanin]


Dari kiri: Penulis, Jamil , Harun & Ayob
[Foto ihsan Azreen Mat Sanin]

Pada tahun 2000, Ayob sekeluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya di exit PLUS Simpang Pulai, Perak. Ayob kehilangan isterinya yang tercinta dan dua orang anaknya yang dikasihi. Suatu musibah yang amat mendukacitakan. Takziah Ayob. Semoga anda tabah menghadapi segala dugaan itu. Mesti ada hikmah di sebalik apa yang telah ditentukan Allah swt.


Bersimpati . . .
mendengar kisah sedih Ayob . . .


On a brighter note, aku ingin menyatakan kami semua amat gembira bertemu Ayob semula. Ayob kini sudah memulakan hidup baru dan berkecimpung dalam perniagaan bersangkutan dengan industri pertanian. Syabas Ayob.


Dari kiri:
Ayob, Jamil, Penulis, Alimah & Azizah

[Foto ihsan Azreen Mat Sanin]

Insya-Allah kita berkumpul lagi dari semasa ke semasa untuk mengimbau nostalgia ketika tinggal seasrama dahulu . . . dan tidak syak lagi . . . untuk memandang ke hadapan dengan penuh keyakinan . . . secara saling bantu membantu dengan semangat kesetiakawanan yang telah terjalin sejak sekian lama.

Wallahualam.












dsuarang.blogspot.com

Tuesday, December 21, 2010

Hj Omar Dalam Kenangan




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Berkat Doa Ayah . . .



Aku pernah terbaca sebuah puisi karya General Douglas MacArthur (Ketua Turus Angkatan Tentera AS era 1930-an yang memainkan peranan penting di zon Pasifik dalam Perang Dunia II) bertajuk A Father's Prayer. Antara bait-bait puisi itu yang menarik perhatian aku berbunyi begini:

Build me a son, O Lord,
who will be strong enough to know when he is weak
and brave enough to face himself when he is afraid.

One who will be proud and unbending in honest defeat,
And humble, and gentle in victory.

Dalam bahasa ibunda sendiri aku fahami maksudnya lebih kurang begini:

Ciptakan seorang putera untukku, Oh Tuhan,
seorang yang sanggup mengakuri diri yang kelemahan
dan cukup berani menghadapi keadaan bila ketakutan.

Seorang yang tetap megah dan bermaruah setelah benar-benar kalah,
Dan merendah diri, serta penuh sopan dalam kemenangan.

Aku bermukadimah begini kerana terkenangkan seseorang yang aku amat hormati sejak mula bertemu dengannya pada tahun 1980-an. Beliau berkeperibadian amat sederhana. Tidak berlebihan dalam percakapan dan tindak tanduknya. Mudah mesra. Berbudi bahasa. Merendah diri tetapi berpendirian sasa. Beliau meghormati orang tidak kira status atau kedudukan mereka. Tabah mengharung kehidupan dalam bentuk beraneka rupa.

Dan, paling aku senangi beliau sentiasa kelihatan ceria . . . entah bila beliau bermurung durja agaknya. Memang tepat seperti kata salah seorang ahli keluarganya . . . sesiapa yang bertemu atau bertamu ke rumahnya (dan mengenalinya) pasti akan turut tenang dan ceria sepertinya.

Aku terfikir mungkin berkat doa dan ajaran serta didikan daripada ayahandanya Hj Ismail (dan pasti bondanya jua) menyebabkan beliau berperwatakan sedemikian rupa.


Ayah dan Ibu yang sama-sama membentuk peribadi Ayahanda Omar bin Ismail . . .
Allahyarham Hj Ismail bin Arshad (terkenal dgn panggilan Tok Awang Pak Teh) & Hjh Aishah bt Kamarudin

[Baby yang meniarap kat depan tu sapa hah? Lihat foto dalam STOP PRESS di akhir artikel ini . . . Foto kat anak tangga tu . . . duduk hadapan sekali nombor satu dari kiri . . . Tengoklah siapa . . .]


Banyak juga aku belajar tentang hidup dan kehidupan sepanjang aku mengenali ayahanda Hj Omar bin Hj Ismail . . . orang yang aku maksudkan di atas.



Aku seterusnya teringat pula akan bait-bait lain dalam puisi nukilan si Jeneralisimo omputih tersebut di atas. Begini bunyinya:

Build me a son whose heart will be clear, whose goal will be high,
a son who will master himself before he seeks to master other men,
one who will reach into the future, yet never forget the past

Lantas aku fikirkan maksudnya dalam bahasa ibundaku lagi:

Ciptakan seorang putera untukku yang berhati jujur, yang bercita-cita tinggi,
seorang putera yang dapat menguasai dirinya sebelum dia cuba menguasai orang lain,
seorang yang berfikiran jauh ke hadapan, namun tidak pernah lupa akan masa lampau

Dan, sekali lagi aku terfikir . . . doa seseorang yang tidak putus-putus keikhlasannya pasti dimakbulkan Allah swt dengan sesempurna mungkin.

Ayahanda Omar dianugerahkan bukan satu tetapi tiga orang cahaya mata. Dua putera dan seorang puteri. Anak-anak beliau ini aku perhatikan tidak mensia-siakan hidup mereka. Mereka bersama-sama menaikkan martabat keluarga Omar bin Ismail. Mereka menyumbang kepada kebahagiaan sebuah keluarga yang mengamalkan prinsip 'kesederhanaan' dalam setiap liku perjalanan hidup mereka.

Anak-anak itu diberi nama Basri bin Omar, Mohd Pauzi bin Omar dan Sobehah bt Omar. Mereka masing-masingnya dilahirkan pada tahun 1952, 1955 dan 1959. Bagaikan diadun dan diterap . . . salah seorang daripada mereka . . . Basri bin Omar (anak sulung) menepati kata-kata seperti tercatat dalam bait-bait puisi si Jeneral tadi.

Basri pernah menjadi komandan dan pegawai pemerintah dalam Angkatan Tentera Malaysia sebelum bersara sebagai Lt Kolonel yang dianugerahkan Pingat Gagah Berani (PGB) atas jasanya terhadap negara. [Insya-Allah kisah beliau akan dituliskan kemudian]. Pauzi pula kini bersara daripada perkhidmatannya sebagai pegawai akaun di sebuah organisasi petroleum terbesar Malaysia. Sobehah cukup dengan menjadi seorang suri rumah tangga yang solehah.



Kelompok foto keluarga sebagai kenang-kenangan sempena persaraan
Mohd Pauzi Omar daripada perkhidmatannya. Rekaletak oleh Basri Omar


Ketiga-tiga orang anak itu dikurniakan Allah swt kepada ayahanda Omar yang berasal daripada mukim Merbok, Kedah melalui isterinya Kholijah bt Othman. Seorang isteri yang juga cukup 'sederhana' seperti ayahanda Omar sendiri.

Omar bin Ismail dilahirkan pada tahun 1927 di Kg Pulau Sayak, Kota Kuala Muda, Kedah. Jadinya beliau anak jati Merbok.


Tempat jatuh lagi dikenang . . . Inikan pula tempat bermain

Pemandangan sekeliling yang membawa seribu satu macam nostalgia

Masjid Kg Merbok di kampung halaman asal Ayahanda Omar bin Ismail


Beliau berkahwin dengan Kholijah bt Othman pada bulan Ogos 1951. . . Lebih tepat lagi mereka bernikah pada 5 haribulan Zulkaedah 1370 di Merbok, Kota Kuala Muda, Kedah.




Surat nikah Ayahanda Omar bin Ismail dengan Bonda Kholijah bt Othman

[Perhatikan dengan teliti nama pengantin lelaki . . . Mengapa Omar bin Awang . . . bukan Omar bin Ismail ? Oh . . . penulis baru diberi tahu Basri, cucu Allahyarham Hj Ismail Arshad, bahawa nama lebih popular Tok Wan itu di kampung . . . alahai ada aka le . . . ialah Tok Awang Pak Teh. Patut le ditulis jurunikah nama Ayahanda Omar itu . . . sebagai Omar bin Awang . . . dah jelas sekarang.]


Saat-saat bahagia sepasang pengantin yang saling menyayangi antara satu sama lain. Persandingan Ayahanda Omar bin Ismail dengan Bonda Kholijah bt Othman di Merbok, Kedah.


Aku sememangnya menganggap ayahanda Hj Omar bin Hj Ismail sebagai seorang yang berhati mulia dan tinggi budi pekerti sejak aku mengenalinya pada awal tahun 1980-an. Aku masih ingat waktu aku sekeluarga berkunjung ke rumahnya di Pendang dan tidur di sana buat kali pertamanya pada tahun 1989. Kami sekeluarga dilayan tidak ubah sebagai ahli keluarganya sendiri.




Salinan KP lama ayahanda Omar bin Ismail

Beliau amat mesra dan menunjukkan banyak contoh yang baik sebagai tuan rumah yang menghargai kunjungan tetamunya. Maka tidaklah menghairankan apabila ingatan mesra sebegini diterakan oleh kaum keluarga terdekat beliau seperti terdapat dalam sms (dicatat semula oleh adinda Basri daripada telefon bimbitnya) yang diterima sempena ulang tahun ke-5 pemergian Allahyarham.


Petikan catatan drpd sms
telefon bimbit Basri Omar


Allahyarham ayahanda Tuan Hj Omar bin Hj Ismail meninggalkan kita semua buat selama-lamanya pada jam 01:41 petang Jumaat 21 Januari 2005 bersamaan 10 Zulhijjah 1425 H (HRH) setelah terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya (motor / lori kecil) di pekan Pendang, Kedah pada kira-kira jam 9:00 pagi Ahad 16 Januari 2005.



Tanah perkuburan Islam di Masjid Lama, Kg Merbok, Kedah


Al-Fatehah . . . Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh semua ahli kubur

Pusara Allahyarham Ayahanda Hj Omar bin Hj Ismail


Sekarang . . . setiap kali aku meminum kopi atau memakan kuih apam balik . . . aku akan teringat kepada ayahanda Omar. Ini kerana beliau tidak lupa membawa bersamanya serbuk kopi dari Pendang setiap kali datang berkunjung ke rumahku di KL. Beliau seolah-olah mengerti aku amat menggemari minuman itu. Begitulah budi bahasanya. Demikian keprihatinannya.

Kuih apam balik pula dapat aku rasa seberapa banyak kali aku ke Pendang. Ayahanda Omar memang pandai membuat kuih apam balik. Beliau siap memberi tahu aku tentang cara membuat kuih tersebut termasuklah bagaimana hendak menjadikan kuih apam balik itu lembut dan gebu!

Mudah saja katanya,"Bancuh sedikit dengan air kelapa."

Aku terfikir . . . tidak kedekut ilmu beliau ini. Salah satu sifat mulianya . . . sanggup berkongsi pengetahuan dengan sesiapa sahaja.

Ketika aku ke Tokai menghadiri suatu kenduri tahlil arwah tidak berapa lama dahulu . . . aku mendapat tahu daripada salah seorang anak buahnya (yang berniaga aiskrim) bahawa resipi dan cara membuat aiskrim itu bersasal daripada ayahanda Omar juga. Wah, betapa banyaknya amal jariah yang telah dicurahkan beliau! Semoga Allah membalasnya dengan setinggi-tinggi penghargaan.

Pendeknya ayahanda Omar (pastinya dengan sokongan dan bantuan bonda Hjh Kholijah Hj Othman) adalah seorang yang kuat berusaha (bekerja & berniaga) sepanjang hayat mudanya. Beliau melakukan segalanya ini demi pendidikan dan kebajikan anak-anaknya.


Petikan drpd catatan sms
telefon bimbit Basri omar


Ayahanda Hj Omar bin Hj Ismail
& Bonda Hjh Kholijah bt Hj Othman

Dan . . . daripada apa yang dapat aku lihat . . . segala usahanya itu tidak sia-sia. Anak-anak ayahanda Omar yang juga bersikap mengamalkan gaya hidup sederhana . . . merupakan anak-anak yang tahu membalas budi.

Paling teratas . . . apabila mereka berganding bahu, berkongsi wang ringgit dan tenaga . . . berjaya membawa ibu bapa mereka ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan fardu Haji. Alhamdulillah.


Petikan drpd catatan sms
telefon bimbit Basri Omar

Setelah berkesempatan memerhati banyak simplicity dan positive qualities dalam perjalanan hidup keluarga ini . . . berkat kepimpinan ayahanda Omar . . . aku dengan segala keikhlasan hati . . . mendoakan agar roh ayahanda terus-terusan diangkat dan ditempatkan secara paling istimewa di sisi Allah swt.








Catatan peribadi Basri Omar tentang peristiwa kematian/urusan pengkebumian Ayhn Hj Omar



Rekod Rasmi Kematian Ayhn Hj Omar


Al-Fatihah . . . Amin.


. . . dan, bertepatan dengan bait-bait penutup puisi si Jeneral itu . . . yang berbunyi begini . . .

Then I, his father, will dare to whisper "I have not lived in vain."

. . . aku yakin demikian jua kepercayaan ayahanda Hj Omar bin Hj Ismail terhadap anak-anak dan keluarganya yang ditinggalkan . . .




STOP PRESS


Pertama Kali ke Rumah Ayahanda Hj Omar di Pendang

Penulis dan isteri (Alimah) pernah pertama kali sampai ke rumah di Pendang ini pada 25 Oktober 1983. Penulis ketika itu melaksanakan tugas rasmi di zon Utara. Ingat nak surprise-kan Ayahanda Hj Omar & keluarga dengan kunjungan 'mengejut' ini. Rupa-rupanya kami berdua yang kena surprise . . . dapat rumah kosong . . . tak ada sesiapa di rumah! Tak mengapa . . . kami bergambar sahaja di hadapan pintu pagar . . . Sekurang-kurangnya jadi bukti kami dah sampai le . . .


Kunjungan Sekeluarga Kemudiannya . . .


Foto-foto diambil pada hari Isnin 6 November 1989 apabila penulis sekeluarga berkunjung lagi ke rumah Ayahanda Hj Omar di Pendang. Kali ini lebih bernasib baik. Dapat board & lodging sekali . . . he, he. Alhamdulillah , itu le rezeki namanya!

Foto kiri: Hadapan dari kiri: Siti Nur Nazihah Basri, Siti Nur Asilah Basri & Marlyana Haniz Majid. Tengah dari kiri: Halmy Zahari Majid (memangku Mohd Fitri Basri) & Hazry Zaharith Majid. Belakang dari kiri: Mazlyn Hanim Majid, Wahidah Ramli, Mazlyna Hanum Majid & Halim Zaharyn Majid.

Foto kanan: Hadapan: Halim Zaharyn Majid. Tengah: Dari kiri: Halmy Zahari Majid, Mohd Fitri Basri & Siti Nur Asilah Basri. Belakang: Dari kiri: Mazlyna Hanum Majid, Siti Nur Nazihah Basri, Hazry Zaharith Majid, Marlyana Haniz Majid & Wahidah Ramli.


Antara SMS Ikatan Kasih dan Penghargaan
Terhadap Ayahanda Omar bin Ismail


. . . isi mesej yang dimajukan Basri Omar kepada penulis menjelaskan keadaan sebenar . . .

. . . betapa sanak saudara dan sahabat handai menghargai manusia yang bernama Omar bin Ismail ini . . .

. . . banyak kebaikan dan kekuatan sifat dan sikapnya terserlah daripada curahan rasa mereka yang berhubungan dengan beliau . . .

. . . penulis turut terharu membaca apa yang dicatatkan oleh mereka yang masih meneruskan hidup ini . . . sebagai kenangan mesra terhadap seorang ahli keluarga yang dikasihi . . . yang kini telah pergi buat selama-lamanya . . .

. . . begitu kukuhnya ikatan kasih dan teguhnya rasa penghargaan anak buahnya (yang kini bermastautin atas tugasan di Jakarta) terhadap dirinya yang mereka panggil Pak Tam Besaq . . .



[Lihat catatan sms ini secara detail / jelas dalam comment di akhir artikel]













dsuarang.blogspot.com