Thursday, September 5, 2013

AMB itu Aku






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Muhasabah Diri
[sempena hari UTK ke-67]*



Aku sering cuba memperbaiki diri. Sesungguhnya aku terus-terusan berusaha memperbetulkan sikap dan pendirian dalam kehidupan aku sehari-hari. Ego? Lenyap lama dah! Sudah aku buangkan jauh-jauh. 

Tutur bicara, perlakuan, perangai, tabiat . . .  malah setiap tindak-tanduk kendiri aku jaga dengan rapi . . . dengan harapan tiada akan timbul atau berbangkit situasi yang tidak 'menyenangkan' antara diriku dengan mereka yang berkomunikasi atau berhubungan denganku . . . rapat mahupun jauh.

Namun . . . setiap kali aku berbuat demikian setiap kali pula cabaran datang menerjang. Menerjah tak sudah-sudah!


Kadang kala . . . semakin bertambah rintangan halangan pada waktu-waktu yang sepatutnya penuh ketenangan.


Suasana (atau ujian?) semacam sengaja mahu menggagalkan segala usaha dan kesungguhan aku untuk mencapai tahap 'kesabaran' atau 'tahan uji diri' yang maksima. 

Muhasabah diri secara lestari . . . mesti diteruskan. Usaha gigih dijalankan ke arah pencapaian sesuatu 'kesempurnaan' atau 'kepuasan' dalam kehidupan ini . . . mengikut ukuran sendiri, sendiri.

Aku Manusia Biasa . . . aku AMB . . .  









[Petikan drpd arkib tulisan peribadi tahun 2005]



* Alhamdulillah . . . moga-moga semakin matang dan bijaksana aku dengan meningkatnya usia yang masih diizinkan Allah SWT sampai kini. Pimpinlah aku ya Allah . . . aku berserah. Amin.



bamuda
dsuarang.blogspot.com