Tuesday, December 29, 2009

Tiada Kata Secantik Bahasa




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


"Adakah ..."


Ini kisah anak kecil yang baru mula belajar bercakap. Perhatikan mereka cuba menuturkan sesuatu dengan gaya atau cara tersendiri. Tutur kata mereka biasanya melucukan. Kata yang terucap memang tidak cukup jelas. Mungkin pelat. Mungkin tergagap-gagap. Tidak mengapa. Mereka tetap mencuba!


Kecuali seorang, anak-anak aku yang lain, cepat dapat bercakap. Mereka sudah boleh bertutur dengan teratur pada usia yang awal. Mereka rata-ratanya mula bercakap dalam lingkungan usia 10 bulan hingga satu tahun. Tetapi anak lelaki aku yang seorang ni lain sedikit. Dia tidak boleh berkata-kata sehingga mencapai umur 1 tahun 4 bulan lebih kurang.


*[ Klik pada foto untuk imej lebih besar]
(Foto dirakam pada 21 September 1980 di Taman Selayang, Selangor)

[Kiri ke kanan: Mazlyn Hanim, Penulis, Alimah memangku Halim Zaharyn, Halmy Zahari]

Kami sekeluarga risau dengan perkembangan 'vokalnya' yang tidak 'mantap'. Dia hanya boleh menunjuk dengan tangannya kepada sesuatu yang dikehendakinya. Apabila dilayan bercakap dia akan berdiam diri. Dia akan memandang sahaja kepada muka sesiapa yang bercakap itu. Isteriku yang paling risau. Pernah dia menyarankan supaya anak ini dibawa berjumpa doktor pakar. Minta diperiksa kerongkongnya atau kotak atau peti suaranya. Isteriku risaukan anak kami itu kot-kot 'bisu' ... aku pun sebenarnya risau ... tapi buat-buat relaks aje.


*[Klik pada foto untuk imej lebih besar]
(Foto dirakam pada 21 September 1980 di Taman Selayang, Selangor)

[Kiri ke kanan: Halmy Zahari, Mazlyn Hanim, Penulis, Halim Zaharyn]


Hendak jadi cerita, suatu petang pada tahun 1980/81, Basri Omar datang ke rumahku. Basri adalah adinda saudaraku. Dia ketika itu seorang pegawai tentera berpangkat mejar. Basri dan isterinya Zawiyah Abdul Aziz (masa itu mereka belum punyai cahaya mata) memang tinggal setaman dengan kami di Selayang pada waktu itu. Mereka berdualah yang rajin datang 'menjenguk' kami sekeluarga. Tetapi pada hari itu Basri berkunjung ke rumahku bersendirian sahaja.


*[Klik pada foto untuk imej lebih besar]
(Foto dirakam pada 8 Oktober 1988. Foto ini dirakamkan 8 tahun selepas peristiwa dalam blog. Sekadar memperkenalkan keluarga Basri dan Zawyah)

[Kiri ke kanan: Basri Omar memangku Siti Nur Asilah bt Basri, Zawyah Abdul Aziz memangku Muhammad Fitri bin Basri]
[Berdiri: Siti Nur Nazihah bt Basri]


Ketika Basri sampai di pintu pagar masuk ke rumahku, anak yang diceritakan ini sedang bermain-main. Dia berlari-lari di kawasan lapang depan ruang tamu. Kalau tak silap aku dia sedang melakukan sesuatu 'kenakalan' yang menarik perhatian Basri. Lantas Basri bersuara, "
Adakah ... ..."

Aku dan isteriku nampak anak itu terus terhenti daripada 'beraktiviti'. Dia memandang tepat kepada Basri yang masih berdiri di hadapan pintu pagar sebelum masuk. Basri berkata lagi dengan suara yang kuat, "
Adakah ... ..."

Rupa-rupanya anak itu memerhati sahaja apa yang diperkatakan Basri. Mungkin dia terkejut. Atau mungkin dia asyik membaca gerak bibir Basri. Percaya atau tidak apa yang terjadi selepas itu . . . aku serahkan kepada para pembaca sendiri memikirkan.



*[Klik pada foto untuk imej lebih besar]
(Foto dirakam pada 21 September 1980 di Taman Selayang, Selangor)

[Kiri ke kanan: Halmy Zahari, Mazlyn Hanim, Alimah, Halim Zaharyn]

Pada keesokan paginya, sedang anak aku semalam itu bermain-main, tiba-tiba tercetus perkataan 'ADAKAH' daripada mulutnya. Selepas peristiwa itu dia terus petah bercakap. Terlalu petah pula hinggakan mendapat gelaran 'datuk' daripada kedua-dua orang datuknya iaitu Baharom Shariff dan Yasin Ahmad!

*[Klik pada foto untuk imej lebih besar]
(Foto dirakam pada 21 September 1980 di Taman Selayang, Selangor)

[Berdiri di belakang: Penulis]
[Depan kiri ke kanan: Mazlyn Hanim, Alimah memangku Halim Zaharyn, Halmy Zahari]

Anak inilah juga yang terlibat dalam cerita blog aku (Permintaan Yang Tulus) ... yang memesan menu goreng ayam jantan di sebuah restoran! Anak itulah Halim Zaharyn bin Abdul Majid . . .

Maka selepas peristiwa sebutan "Adakah ..." itu aku tak perlulah mematuhi saranan isteriku seperti di atas tadi. Tak perlu bawa anakku itu berjumpa doktor pakar untuk mencari di mana tersorok peti suaranya ... peti suara yang selama setahun suku dikhuatiri hilang itu!


Apapun, aku insafi betapa besarnya kuasa Ilahi.



Blog @: Bamuda d' SUARANG

Sunday, December 27, 2009

Budaya Bahasa Daerah


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Serasi Serasikan

Ini secebis cerita tentang isteriku ketika baru-baru berkahwin denganku. Dia orang Pulau Sebang, Melaka. Namun bahasa yang digunakan di daerah kampungnya tetap bahasa daerah Negeri Sembilan. Ini kerana Pulau Sebang terletak bersempadan dengan pekan Tampin, Negeri Sembilan. Bukan
bahasa sahaja yang dipengaruhi slanga Negeri Sembilan. Adat dan budaya masyarakat Pulau Sebang juga banyak terpengaruh dengan adat dan budaya Negeri Sembilan yang terkenal dengan amalan Adat Perpatih.

Ceritaku ini bukan hendak mempersendakan sesiapa atau mana-mana pihak. Aku cuma terkenangkan beberapa peristiwa 'lucu' yang menimpa diri isteriku Alimah Yasin. Ketika itu tahun awal-awal 70-an. Isteriku mengikut aku balik ke kampungku di Tapah, Perak buat julung-julung kalinya selepas kami berkahwin. Rumah kampungku itu harta Atuk Sharif dan Opah Aishah aku. Ketika itu ibu bapa dan adik-adik aku tinggal di situ. Bapaku menjaga dan memperbaiki rumah itu supaya terpelihara dan tegap berdiri.


Menyentuh tentang budaya bahasa . . . Bahasa daerah di kampungku amat berbeza dengan bahasa daerah di Pulau Sebang. Slanga Perak daerah kampungku walaupun tak setebal daerah-daerah tertentu di Perak ... masih boleh mengelirukan.

Suatu hari kami berdua dan seisi keluargaku di rumah Tapah sedang bersarapan. Ada banyak makanan yang berbagai jenis terhidang. Tiba-tiba bapaku Baharom Shariff menyuruh isteriku begini:
"Tolong Mah ambikkan roti dalam tin tu. Teringin pulak bapak nak cecah dengan kopi ni."
Alimah terpinga-pinga. Dia memandang aku. Dia seolah-olah mahukan kepastian. Dia memerlukan pertolongan aku. Dia tidak memahami dengan jelas apa yang diperkatakan bapaku.

Aku tersenyum lalu berkata,"Mah, bapak mintak tolong ambikkan biskut dalam tin itu."

Isteriku pun bangun lalu mengambil biskut itu. Kemudian baru aku tahu daripada Alimah bahawa pada mulanya dia amat keliru dengan suruhan bapaku itu. Dia rupanya terfikir adakah memang orang Perak menyimpan 'roti' dalam tin. Patutlah dia melihat sekeliling pada waktu itu dan tercari-cari. Agaknya dia mencari tin besar yang menempatkan 'roti' itu!

Selain daripada istilah 'roti' yang biasa digunapakai dikampungku untuk memaksudkan 'biskut' ada beberapa lagi 'istilah' yang boleh mengelirukan pendengar yang kurang biasa. Contohnya perkataan 'cekelat' yang bermaksud 'gula-gula', 'sia' bermaksud 'mangkuk tingkat', 'sangai' bermaksud 'tudung saji', 'pantalun' bermaksud 'seluar panjang', 'mereket' bermaksud 'pasar', 'tengin' bermaksud 'bodoh', 'teroyak' bermaksud 'menangis' dll.

Sambung balik cerita keliru isteriku. Suatu waktu isteriku pergi ke 'mereket' menemani ibuku membeli ikan dan sayur-sayuran. Sedang mereka berdua membelek-belek barang yang hendak dibeli, datang seorang kerabat keluargaku ke arah mereka. Dia menyapa ibuku lalu bertanya, "Yong, ini ke tunang Majid?"

Ibuku menjawab mengiakan soalan itu. Isteriku keliru lagi! Kemudian dalam perjalanan pulang ke rumah isterku bertanya kepada ibuku, "Mak, kenapa orang tu tadi tanya saya ni tunang Uda (panggilan terhadap diriku dalam keluarga). Kan kami dah berkahwin. Dia tak tahu ke?"

Ibuku selamba menerangkan kepada Alimah isteriku, " Orang kat sini sebut 'suami' tu 'tunang'." Isteriku tunduk diam. Ha . . . Satu lagi istilah daerah kampungku dipelajarinya!


Pendeknya banyak peristiwa begini yang berlaku. Tetapi yang paling melucukan (mengerikan?) isteriku telah berlaku ketika dia sedang mandi di bilik air rumah kampungku. Ketika itu bilik air itu betul-betul di bahagian tepi luar rumah. Bapaku hendak ke kolam yang terletak jauh di belakang dari kawasan rumah. Bapaku menuju ke bilik air rumah terlebih dahulu. Mendapati pintu bilik air terkunci bapaku bersuara,"Siapa dalam bilik air ni?"

Isteriku menjawab," Mah pak."

Bapaku berkata lagi," Ha tolong bagi bapak cebok."

Suasana senyap sepi seketika. Isteriku tidak berkata-kata. Lama juga bapaku menunggu di luar bilik air. Kemudian agaknya baru bapaku teringat. Menantu barunya ini bukan orang Perak. Mesti ada kekeliruan pemahaman 'istilah' ni.

Lalu bapaku pun bersuara lagi, "Ha Mah ... bagi bapak gayung tu."

Kami di Perak mengistilahkan 'gayung' (pencedok air) itu sebagai 'cebok'. Bukannya bapaku tadi hendak 'mencebokkan' menantunya!


tiada kata seindah bahasa,
tiada gambar secantik lukisan ...





Blog: dsuarang.blogspot.com

Friday, December 25, 2009

Ghaz di Baldwin Hill


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Tak Ke Laut Ke Bukit Pun Jadi


Ini aku nak buka cerita sikit tentang kawan baik aku seasrama dahulu. Ingat tak budak yang tak dapat turut serta dengan Geng MBH ke Pulau Pangkor pada tahun 1964? Ha ... Betul dah ... si Ghazali Kamaruddin le, siapa lagi. Tak usahlah kita bangkitkan semula kisah Ghazali 'frust' tak dapat turun ke laut tu. Dia rupanya berazam naik ke bukit pula pada tahun 1968. Agaknya dia yakin kali ini Cikgu Zaharah (bonda yang tercinta) tidak akan menahannya lagi. Dah 4 tahun tambah matang dari segi usia. Dah kerja pulak tu. Memang tepat dia berkeyakinan begitu. Cikgu Zaharah telah membenarkan Ghazali meneruskan hasratnya. Lalu Ghazali pun ibarat 'tersirat niat terlaksana hajat'. Tak dapat selam laut yang dalam, daki sajalah bukit yang tinggi, Li!

Ghazali ke Baldwin Hill di Tapah, Perak. Sebenarnya pada ketika itu abangku, Azman, melangsungkan perkahwinannya. Ghazali menjadi tetamu khas aku sekeluarga. Kalau tak silap dia berada di rumah kami selama lebih seminggu. Dia tidak kekok. Ghazali seorang peramah. Dia juga periang. Paling menonjol sikapnya yang berbudi tinggi dan kelakar. Pendeknya dia disenangi ahli-ahli keluargaku.


*[Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar]
Foto di rakam di rumah keluargaku di Baldwin Hill, Tapah pada tahun 1968

[Semua posisi dari kiri ke kanan --> Berdiri: Eno, Ghazali, Timah, Asmah, Leha, Maznah, Mat dan Aton]

[Duduk: Penulis, Baharom (bapa Penulis), Saliah (ibu Penulis --> pangku Haja), Zainal (--> pangku Udin), dan Hamid]


Selama berada di Tapah, Ghazali sempat aku bawa meninjau-ninjau beberapa tempat yang 'terkenal' di sana. Antaranya, tempat bermandi-manda di "River Corner" (Sungai Batang Padang), "River Gardern" di Jalan Tapah Road (pelik juga dah 'Jalan' ada 'Road' pulak di hujungnya.) Entahlah, begitu yang aku dengar dan tahu daripada cara orang lama di sana menyebutnya. Tapi memang pun pekan kecil yang ada stesen kereta api itu bernama Tapah Road. Jadi, jalan yang menuju ke arahnya dipanggil Jalan Tapah Road.

Ghazali juga sempat pergi mengunjungi beberapa kampung yang berhampiran. Kampung-kampung yang agak pelik namanya. Kg Lubuk Katak dan Kg Beromen (macam bunyi ber- 'romance' dalam bahasa Inggeris.) Dia juga sempat aku bawa ke rumah Atok Shariff dan Opah Aishah aku di Jalan Temoh. (Sebelum wujud Lebuhraya Utara-Selatan , Jalan Temoh yang menuju ke Kampar inilah satu-satunya jalan utama yang amat sibuk digunakan orang menuju ke tempat-tempat di Utara, Semenanjung.) Selain itu Ghazali bersia-siar di deretan bazar pekan Tapah. Dia berkunjung juga ke rumah Atok Abdillah dan Opah Zaidah (datuk dan opah saudara aku) yang tinggal di Kg Datuk.

Kami juga merayau hingga ke batu 7 Jalan Pahang. Jalan yang menghala ke bukit peranginan terkenal milik negeri Pahang. (Pada masa dahulu jalan dari pekan Tapah merupakan satu-satunya jalan yang sempurna keadaannya untuk pergi ke Cameron Highlands. Orang Pahang pun kena naik melalui Tapah untuk ke sana!)

Sambil bergerak ke sana sini di Tapah ketika itu, fikiran aku tetap teringat akan waktu aku dan kawan-kawan seasrama yang lain (Amin, Kamarudin dan Nordin) makan durian di Gombak. Kat dusun rumah Ghazali le. Hampir setiap kali pada musim durian kami akan lakukan 'ritual' itu. Termasuklah mandi di Sungai Gombak yang masih sangat 'murni' keadaannya ketika itu. Kini tinggal kenangan ...

Apapun Li, kami semua berdoa semoga engkau cepat-cepat sembuh. Dah sihat nanti kita teroka episod lain pulak! Insya Allah.







Blog @: Bamuda d' SUARANG


Thursday, December 24, 2009

Which Is Which


Thursday, December 24, 2009



Assalamualaikum and salam 1 Malaysia


Now What's The Difference


Aziz, my young army officer brother-in-law, bought a second-hand Volkswagen from Muhammad, a friend of mine, in 1975. Zol, another brother-in-law of mine, a young banker, handled the management of monthly repayments to Yassin bin Ahmad (my father-in-law who advanced a sum of $2,500 then as the cost for that car) vide Aziz's 10 PDCs of $250 each. The Volkswagen registered in Penang bore the registration number PJ 7916. That was to be Aziz's first car. As Aziz was then stationed in Sabah, the car was left under Zol's charged. The car could be categorised as still being in good condition. The engine was running fine. The interior was intact. Body paintwork was presentable. The price was reasonable. Everything was close to perfect.

The 'Beetle' as it was affectionately called was then the choice of many drivers in this country. It was of course the first choice car in Germany where it originated from. Volks is 'folks' and wagen is 'car'. That was what I was told by some German speaking friends. So Volkswagen in the English equivalent means 'folks car'. Quite simply it gave the meaning of being "the car for the people".

Now, I am not going to harp on the subject of Aziz buying a car of worth or of Zol efficiently ensuring that the repayments were in order. Nor do I wish to state that the car was close to being maintenance free. (I am however not disputing that part of the fact!) A Volkswagen of that model which Aziz bought needed no water to cool the engine. It just needed to be air-cooled. So no fussiness in ensuring there should be enough water 'circulating' in the radiator and what not every time you want to make the car run!


*[Click photo for larger image]
Zol with nephew Halmy and of course Aziz's old faithful 'Volks'


What I really want to highlight here is about the engine block being at the back or 'boot' of the vehicle ... contrary to the norm of a car 'bonnet' being the compartment where the engine should be. And, the luggage will then have to be kept in the compartment at the front of the vehicle. That's the 'bonnet' isn't it? So how does one term it now? The engine is in the 'boot'? The luggage is in the 'bonnet'?

If that is the case, then that cool friend of mine in the earlier episode of "Heads & Tails" under the heading "What's The Difference Again" has just proven that he was right hasn't he?


Well you win some, you lose some!

And, dear brother-in-law Aziz ... ... ... you shouldn't have bought that Volkswagen in the first place. That is the root of the problem ... which is which. 'Boot' or 'Bonnet'.










dsuarang.blogspot.com

0 comments:

Wednesday, December 23, 2009

Keluarga Yasin Ahmad dan Maimunah Mahat




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kekeluargaan Penuh Erti


Penulisan ini adalah rentetan daripada artikel tentang keluarga besar Tok Mahat dan Nek Siti di blog yang lepas. Cuma kali ini ia lebih berkait rapat dengan diriku sendiri. Seperti yang telah aku katakan dalam penulisan itu, aku 'menyemenda' dengan keluarga isteriku yang tinggal di Pulau Sebang, Melaka ketika itu. Keluarga isteriku beradat 'Perpatih'. Adat yang dibawa masuk ke sini dari bumi Minangkabau di Sumatra. Bapa mertuaku, Yasin bin Ahmad, ketika itu seorang Penghulu Adat. Masyarakat umum sering mempersoalkan tentang banyak 'kerumitan' yang kononnya bakal dihadapi orang 'luar' yang berkahwin dengan orang beradat 'Perpatih'. Kononnya banyak remeh temeh. Banyak kerenah dan banyak ragam. Pendek kata banyak 'mahunya'. Takut-takut 'orang luar' itu nanti pulang dengan hanya 'sehelai sepinggang'. Entahlah!



*[Klik pada foto utk imej lebih besar]
Foto dirakam pada 9 September 1974

[Berdiri di belakang (kiri ke kanan): Kamariah bt Yasin ({Ani} - adik ipar), Zolkeplay bin Madiasin ({Zol} - adik ipar), Aziz bin Yasin (adik ipar),(Alimah bt Yasin (isteri penulis), Penulis, Sulaiman bin Yasin ({Johari} - abang ipar), Foziah bt Yassin (adik ipar)]

[Barisan depan: Sapiah bt Yassin ({Api} - adik ipar), Yasin bin Ahmad (bapa mertua penulis), Maimunah bt Mahat (ibu mertua penulis), Fadelah bt Yassin ({Pay} - adik ipar)]


Walaupun banyak yang khuatir, aku tetap melamar Alimah Yasin dan berkahwin dengannya pada tahun 1974. Setelah kami berumah tangga, aku dapati apa yang dikhuatiri ramai orang (termasuk ahli keluargaku) tentang hal itu adalah prasangka semata-mata. Dan, yang anehnya, datuk aku sendiri berasal dari Lubuk Sekeping di Tanah Seberang! Aku masih ramai saudara mara di Bukit Tinggi, Padang, Medan dan tempat-tempat lain di rantau seberang sana. Cuma kami tidak lagi mengamalkan adat 'Perpatih'.

Keluargaku telah beradat 'Temenggung' kerana datukku telah lama bermastautin di Perak. Walau apapun, tiada yang harus dibimbangkan. Tiada apa juga yang harus ditakuti . . .


Orang Semenda
Apa nak dirisaukan . . . salah satu kerja orang semenda . . .
mudah saja . . . kira duit
(sumbangan tetamu pada hari perkahwinan ahli keluarga)


Memang aku tak pernah takut dalam hal ini. Kini sudah hampir 35 tahun aku jadi 'orang semenda' keluarga Yasin Ahmad dan Maimunah Mahat. Aku tidak pernah ditunjukkan jalan pulang 'sehelai sepinggang' oleh keluarga ini!




*[Klik pada foto utk imej lebih besar]

[Kiri ke kanan --> Berdiri di belakang: Sulaiman bin Yasin ({Johari} - abang ipar), Penulis, Alimah bt Yasin (isteri penulis), Aziz bin Yasin (adik ipar), Zolkeplay bin Madiasin ({Zol} - adik ipar)]

[Barisan depan: Fadelah bt Yassin ({Pay} - adik ipar), Foziah bt Yassin (adik ipar), Yasin bin Ahmad (bapa mertua penulis), Maimunah bt Mahat (ibu mertua penulis), Kamariah bt Yasin ({Ani} - adik ipar), Sapiah bt Yassin ({Api} - adik ipar)]


Bukit Sebang - Tahun 1977

Dari kiri (duduk):
Sapiah bt Yassin ({Api} - adik ipar), Yasin bin Ahmad (bapa mertua penulis),
Maimunah bt Mahat (ibu mertua penulis {pangku Halmy Zahari bin Abdul Majid}), Fadelah bt Yassin ({Pay} - adik ipar)

Dari kiri (berdiri): Zolkeplay bin Madiasin ({Acho} - adik ipar), Kamariah bt Yasin ({Ani} - adik ipar), Foziah bt Yassin ({Pozi} - adik ipar), Aziz bin Yasin (adik ipar), Alimah bt Yasin (isteri penulis), Penulis



*{Klik pada foto utk imej lebih besar}

[Berdiri dari kiri: Penulis, Alimah bt Yasin (isteri penulis), Sapiah bt Yassin ({Api} - adik ipar), Zolkeplay bin Yasin ({Zol} - adik ipar), Foziah bt Yassin (adik ipar), Aziz bin Yasin (adik ipar), Kamariah bt Yasin ({Ani} - adik ipar), Siti Rajemah bt Ahmad (biras penulis {isteri Sulaiman Yasin}), Sulaiman bin Yasin ({Johari} - abang ipar)]

[Duduk dari kiri: Yasin bin Ahmad (bapa mertua penulis {pangku Halim Zaharyn bin Abdul Majid}), Halmy Zahari bin Abdul Majid, Maimunah Mahat (ibu mertua penulis {pangku Mazlyn Hanim bt Abdul Majid})]

[Depan: Fadelah bt Yassin (adik ipar)]



Bukit Sebang - Tahun 1982


Belakang dari kiri:
Kamariah bt Yasin ({Ani} - adik ipar), Aziz bin Yasin (adik ipar), Penulis, Sapiah bt Yassin ({Api} - adik ipar), Sulaiman bin Yassin ({Johari} - abang ipar), Zolkeplay bin Madiasin ({Acho} - adik ipar), Foziah bt Yassin ({Pozi} - adik ipar)

Tengah dari kiri: Mazlyn Hanim bt Abdul Majid, Alimah bt Yasin (isteri penulis - {pangku Mazlyna Hanum bt Abdul Majid}), Yasin bin Ahmad (bapa mertua penulis), Maimunah bt Mahat (ibu mertua penulis - {pangku Mohd Irwan bin Sulaiman}), Rajemah bt Ahmad (biras penulis {isteri Sulaiman Yasin} - pangku Mohd Imran bin Sulaiman), Halim Zaharyn bin Abdul Majid

Hadapan dari kiri: Fadelah bt Yassin ({Pay} - adik ipar), Halmy Zahari bin Abdul Majid


Keluarga Yasin Ahmad dan Maimunah Mahat kini sudah bertaraf keluarga besar juga seperti Keluarga Tok Mahat dan Nek Siti. Aku bersyukur menjadi ahli keluarga ini. Banyak yang dapat aku pelajari sepanjang aku bergaul dengan ahli-ahli keluarga ini. Memang tidak semuanya sentiasa sempurna. Memang ada kalanya terselit dugaan di mana-mana. Bak kata pepatah,"Lautan mana yang tidak bergelora" dan "Bumi mana yang tidak ditimpa hujan".




{Klik pada foto utk imej lebih besar}

[Berdiri dari kiri: Mazlyn Hanim bt Abdul Majid, Zolkeplay bin Madiasin ({Zol} - adik ipar), Aziz bin Yasin (adik ipar), Penulis, Sapiah bt Yassin ({Api} - adik ipar), Fadelah bt Yassin ({Pay} - adik ipar), Sulaiman bin Yasin ({Johari} - abang ipar), Hamzah bin Mahdon (biras {suami Kamariah (Ani) Yassin})]

[Duduk dari kiri: Norhati bt Ibrahim (biras {isteri Zolkeplay Madiasin}), Hazlyn Basrah bt Hassan Basri (biras {isteri Aziz Yasin} pangku Hazeman Aziz), Alimah bt Yasin (isteri Penulis) , Yasin bin Ahmad (bapa mertua penulis --> pangku xxxxx), Maimunah bt Mahat (ibu mertua penulis --> pangku xxxxx), Siti Rajemah bt Ahmad (biras {isteri Sulaiman Yasin}), Kamariah bt Yassin ({Ani} -adik ipar), Foziah bt Yassin (adik ipar) ]

[Duduk atas lantai dari kiri: Marlyana Haniz bt Abdul Majid, Halim Zaharyn bin Abdul Majid, Hazry Zaharith bin Abdul Majid, Mohd Ikram bin Sulaiman, Mazlyna Hanum bt Abdul Majid, Nur Azeera bt Aziz, Mohd Irwan bin Sulaiman, Mohd Imran bin Sulaiman]




*[Klik pada foto utk imej lebih besar]
Foto dirakam pada 8 Mei 1989

[Semua posisi dari kiri ke kanan -->Berdiri di belakang: Halmy Zahari bin Abdul Majid, Hamzah bin Mahdon (biras - suami Kamariah Yasin {Ani}), Roslan bin Muhiddin (biras - suami Foziah Yassin), Fadelah bt Yassin ({Pay} - adik ipar), Sulaiman bin Yasin ({Johari} - abang ipar), Penulis, Sapiah bt Yassin ({Api} - adik ipar), Aziz bin Yasin (adik ipar), Zolkeplay bin Madiasin ({Zol} -adik ipar), Mazlyn Hanim bt Abdul Majid]

[Duduk di barisan tengah: Foziah bt Yassin (adik ipar --> pangku Muhammad Amir Razief bin Roslan), Kamariah bt Yasin ({Ani} - adik ipar --> pangku Norharyanie bt Hamzah), Siti Rajemah bt Ahmad (biras - isteri Sulaiman Yasin --> pangku Mohd Ikmal bin Sulaiman), Yasin bin Ahmad (bapa mertua penulis), Maimunah bt Mahat (ibu mertua penulis), Alimah bt Yasin (isteri penulis), Hazlyn Basrah bt Hassan Basri (biras - isteri Aziz Yasin), Norhati bt Ibrahim (biras - isteri Zolkeplay Madiasin --> pangku Anwar Farhan bin Zolkeplay), Halim Zaharyn bin Abdul Majid]

[Duduk di barisan depan: Mohd Imran bin Sulaiman, Mohd Ikram bin Sulaiman, Hazeman bin Aziz, Mohd Ishraf bin Sulaiman, Marlyana Haniz bt Abdul Majid, Nur Azeera bt Aziz, Mazlyna Hanum bt Abdul Majid, Mohd Hazny bin Aziz, Norhartimie bt Hamzah, Hazry Zaharith bin Abdul Majid, Mohd Irwan bin Sulaiman]

Dengan semangat kekeluargaan yang padu dan ikhlas, kita sama-sama pelihara keutuhan keluarga ini. Ya Allah kabulkanlah ...


*[Klik pada foto utk imej lebih besar]
Foto dirakam pada tahun 1993

[Semua posisi dari kiri ke kanan --> Berdiri di belakang: Mohd Imran bin Sulaiman, Mazlyn Hanim bt Abdul Majid, Zolkeplay bin Madiasin {Zol} - adik ipar), Hamzah bin Mahdon (biras - suami Kamariah Yassin {Ani}), Sulaiman bin Yasin ({Johari} - abang ipar),Penulis, Aziz Yasin (adik ipar), Roslan bin Muhiddin (biras - suami Foziah Yassin), Halmy Zahari bin Abdul Majid, Halim Zaharyn bin Abdul Majid, Mohd Irwan bin Sulaiman]

[Duduk di barisan tengah: Sapiah bt Yassin ({Api} - adik ipar), Norhati bt Ibrahim (biras - isteri Zolkeplay Madiasin --> pangku Firza Zuhaira bt Zolkeplay), Kamariah bt Yasin ({Ani} - adik ipar --> pangku Mohd Khaliff bin Hamzah), Siti Rajemah bt Ahmad (biras - isteri Sulaiman bin Yasin {Johari} --> pangku Mohd Izuddin bin Sulaiman), Maimunah bt Mahat (ibu mertua penulis --> pangku Fatin Thurayyah bt Zolkeplay), Yasin bin Ahmad (bapa mertua penulis), Alimah bt Yasin (isteri penulis), Hazlin Basrah bt Hassan Basri (biras - isteri Aziz Yasin), Foziah bt Yassin (adik ipar --> pangku Fara Amira bt Roslan), Fadelah bt Yassin (adik ipar)]

[Duduk di barisan depan: Hazeman bin Aziz, Mohd Ishraf bin Sulaiman, Nor Haryanie bt Hamzah, Mohd Ikmal bin Sulaiman, Hazry Zaharith bin Abdul Majid, Anwar Farhan bin Zolkeplay, Mohd Ikram bin Sulaiman, Marlyana Haniz bt Abdul Majid, Mazlyna Hanum bt Abdul Majid, Nurazeera bt Aziz, Mohd Hazny bin Aziz, Muhammad Amir Razief bin Roslan, Nor Hartimie bt Hamzah]


*[Klik pada foto utk imej lebih besar]
Foto dirakam pada 10 Februari 1997

[Semua posisi dari kiri ke kanan --> Berdiri di barisan belakang sekali: Marlyana Haniz bt Abdul Majid, Mohd Ikram bin Sulaiman, Mohd Imran bin Sulaiman, Hazeman bin Aziz, Hazry Zaharith bin Abdul Majid, Mazlyna Hanum bt Abdul Majid]

[Berdiri di barisan no. 3 dari depan: Nurazeera bt Aziz, Megat Husni bin Megat Hashim (biras - suami Fadelah Yassin), Zolkeplay bin Madiasin {Zol} - adik ipar), Aziz Yasin (adik ipar),Sulaiman bin Yasin ({Johari} - abang ipar), Halim Zaharyn bin Abdul Majid, Mazlyn Hanim bt Abdul Majid, Halmy Zahari bin Abdul Majid, Penulis,Hamzah bin Mahdon (biras - suami Kamariah Yasin {Ani}), Roslan bin Muhiddin (biras - suami Foziah Yassin), Mohd Irwan bin Sulaiman, Nor Hartimi bt Hamzah]

[Duduk di barisan no. 2 dari depan: Fadelah bt Yassin (adik ipar --> pangku Puteri Nur Najwa bt Megat Husni), Norhati bt Ibrahim (biras - isteri Zolkeplay Madiasin --> pangku Fateha Syahira bt Zolkeplay), Hazlin Basrah bt Hassan Basri (biras - isteri Aziz Yasin), Siti Rajemah bt Ahmad (biras - isteri Sulaiman Yasin --> pangku Mohd Ikhwan bin Sulaiman), Yasin bin Ahmad (bapa mertua penulis), Maimunah bt Mahat (ibu mertua penulis), Alimah bt Yasin (isteri penulis), Kamariah bt Yasin ({Ani} - adik ipar --> pangku Mohd Khidir bin Hamzah), Foziah bt Yassin (adik ipar), Sapiah bt Yassin ({Api} - adik ipar)]

[Duduk di barisan depan sekali: Anwar Farhan bin Zolkeplay, Mohd Ishraf bin Sulaiman, Mohd Hazny bin Aziz , Mohd Izuddin bin Sulaiman, Fatin Thurayyah bt Zolkeplay, Filza Zuhaira bt Zolkeplay, Fara Amira bt Roslan, Nor Haryanie bt Hamzah, Mohd Khaliff bin Hamzah, Mohd Ikmal bin Sulaiman, Muhammad Amir Razief bin Roslan]

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli keluarga yang telah membantu dalam penghasilan tulisan ini.










dsuarang.blogspot.com

Tuesday, December 22, 2009

Keluarga Besar Tok Mahat dan Nek Siti (Pulau Sebang)



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Foto Kenangan

Di blog ini ingin aku paparkan foto keluarga besar datuk Mahat bin Abdul Rahman dan nenek Siti bt Akhir. Foto ini aku perolehi daripada ahli 'senior' keluarga besar ini. Sudah terlalu lama tersimpan. Kira-kira sudah lebih daripada 35 tahun! Baru kini aku tersua semula dengan foto yang sungguh klasik ini. Aku pun sudah tidak dapat mengingati dengan pasti siapa yang memberikannya kepadaku. Apa pun aku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga terlebih dahulu kepada semua pihak yang berkenaan. Juga ribuan terima kasih kepada mereka yang membantu hingga membolehkan aku menulis bahan ini dalam blog Bamuda d' SUARANG.

Aku percaya ada hikmahnya diterbitkan foto yang mengandungi 'pose' istimewa semua personaliti 'klasik' keluarga besar ini. Elok dicatatkan juga nama mereka yang 'posing' habis itu. Mudah-mudahan dapat ditatap oleh ahli-ahli generasi terkini keturunan keluarga besar datuk Mahat dan nenek Siti. Semoga bertambah erat perasaan kasih terhadap keluarga dan bertambah kuat pegangan dan penghargaan dan terhadap akar umbi dan asal usul keluarga datuk Mahat dan nenek Siti. Kenangan yang membawa seribu satu macam 'nostalgia' apabila menatap gambar ini tentu sahaja tidak dapat dielakkan. Itu petanda baik bagi setiap insan yang berperasaan!

Berdasarkan info yang aku terima, foto ini dirakamkan di halaman rumah tua datuk Mahat dan nenek Siti. Ketika itu mereka bermastautin di kampung di Pulau Sebang, Melaka. Pasangan ini dikurniakan Allah lima orang cahaya mata. Seorang sahaja lelaki dan empat orang perempuan. Mereka itu ialah Kassim bin Mahat, Endon bt Mahat, Imbok bt Mahat, Maimunah bt Mahat dan Juriah bt Mahat. Waktu foto ini dirakamkan mungkin sekitar lewat tahun-tahun 1950-an.

Maka keluarga besar datuk Mahat dan nenek Siti ini mula berkembang daripada gabungan keluarga Kassim dan Esah (7 anak), keluarga Ahmad dan Endon (13 anak), keluarga Ujang dan Imbok (11 anak), keluarga Yasin dan Maimunah (8 anak) dan keluarga Hamid dan Juriah (11 anak).

Aku dikira menjadi ahli keluarga besar ini pada tahun 1974 atas tiket 'orang semenda'. Keluarga isteriku Alimah Yasin beradat perpatih. Kebetulan pula Allahyarham bapa mertuaku Yasin Ahmad pernah memegang jawatan Sidang dan Penghulu Adat. Aku selalu juga mengikut beliau ke majlis-majlis yang berlandaskan adat ini. Bolehlah dikira sudah 'separuh' biasa juga aku ini tentang adat dan tuntutan semenda-menyemenda. (Asalkan jangan separuh tiang sudahlah, ya tak.) Mudah-mudahan keluarga besar ini telah dapat menerima aku dengan seadanya selama tempoh bertahun-tahun aku menyemenda. Betul kan ... Alhamdulillah.

Alimah merupakan anak kedua dalam keluarga Yasin Ahmad dan Maimunah Mahat. Adik beradik Alimah terdiri daripada 8 orang kesemuanya. Lelaki 3 orang dan perempuan ada 5. Ringkasnya mereka yang lain ialah Sulaiman (Johari), Aziz, Zolkeplay, Kamariah (Ani), Fauziah, Safiah (Api) dan Fadelah (Pay).

Biarlah aku cuba catatkan nama-nama mereka yang 'posing' hebat dalam gambar di bawah ini. Aku harap nama-nama mereka itu dapat aku catatkan dengan betul (ejaannya). Andainya berlaku sebarang kesilapan dalam berbuat demikian, jangan 'hot' ye ... aku mohon dimaafkan.



*{ Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar}

[Semua posisi kiri ke kanan --> Barisan belakang sekali: Yasin bin Ahmad (Bapa Mertua Penulis), Ujang bin Muhammad (Pak Ngah), Kassim bin Mahat (Pak Long), Zainal Abidin bin Ahmad (anak Pak Ngah Ahmad), Kalsum bt Ahmad ({Ainon} anak Pak Ngah Ahmad), Ahmad bin Rahmat (Pak Ngah), Abdul Hamid bin Ahmad (Pak Busu)

Barisan ketiga dari depan: Ali bin Ujang (anak Pak Ngah Ujang), Fatimah bt Kassim ({Dak} anak Pak Long Kassim), Sulaiman bin Yasin ({Johari} Abang Ipar Penulis), Zaharah bt Ahmad ({Eton} anak Pak Ngah Ahmad), Siti Saleha bt Ujang ({Ya} Anak Pak Ngah Ujang), Hawa bt Ujang (anak Pak Ngah Ujang), Mohd Shariff bin Ujang ({Nong} Anak Pak Ngah Ujang),Sabedah bt Ahmad ({Kembar} Anak Pak Ngah Ahmad)

Barisan kedua dari depan: Siti Khatijah Ujang (Anak Pak Ngah Ujang), Maimunah Mahat (Ibu Mertua Penulis -->pangku Kamariah Mohd Yassin {Ani}, Adik Ipar Penulis), Imbuk bt Mahat (Bibik Imbuk -->pangku Siti Fatimah Ujang), Mahat bin Rahmat (Tok Mahat -->pangku Nasarudin Abd Hamid {Zai}, anak Pak Busu), Siti bt Akhir (Nek Siti -->pangku Faridah Abd Hamid, anak Pak Busu), Endon bt Mahat (Mak Ngah -->pangku Siti Normah Ahmad), Juriah bt Mahat (Mak Busu), Alimah bt Yasin (Isteri Penulis)

Barisan depan (mencangkung): Mariam bt Ahmad (Anak Pak Ngah Ahmad), Zolkeplay bin Madiasin ({Zol} Adik Ipar Penulis), Siti Zubaidah bt Ujang ({Ju} Anak Pak Ngah Ujang), Aziz bin Yasin (Adik Ipar Penulis), Yaakub bin Abd Hamid (Anak Pak Busu), Kamariah bt Kassim ({Kamar} Anak Pak Long), Norzali bin Abd Hamid ({Lebai } Anak Pak Busu), Mohd Yusof bin Ujang (Anak Pak Ngah Ujang), Adam bin Ahmad (Anak Pak Ngah Ahmad), Aminah bt Ahmad (Anak Pak Ngah Ahmad), Ibrahim bin Abd Hamid (Anak Pak Busu), Esah bt Ahmad ({Nabsiah} Anak Pak Ngah Ahmad)


Sekali lagi penghargaan daripada penulis untuk semua ahli keluarga yang telah membantu memudahkan kerja penulisan ini. Akhir kata sudilah beri komen (pada ruang yang tersedia di akhir blog ini) jika terdapat sebarang kesilapan fakta atau salah ejaan nama ahli keluarga.


Blog @: Bamuda d' SUARANG

Sunday, December 20, 2009

Untung Masih Ada Kaki


Sunday, December 20, 2009




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Nasib Baik Masih Ada ...


Suatu hari saya berjalan-jalan di Suria KLCC. Niat di hati ingin melihat-lihat model baru bingkai kaca mata yang terdapat di kedai-kedai optik di situ. Kalau kena gaya dan sesuai caranya saya berhasrat mengganti baru bingkai kaca mata saya yang sudah agak lusuh kerana terpakai.Teringin pula hendak mendapatkan bingkai kaca mata yang mahal kosnya. Berjenama hebat. Biar canggih sedikit!

Saya pun berjalan ke tingkat atas menuju kedai optik. Ketika dalam perjalanan itu saya terdengar suara orang menangis. Saya menoleh ke arah datangnya tangisan itu. Saya berhenti sebentar untuk meneliti keadaan. Saya terlihat seorang kanak-kanak perempuan berusia lebih kurang 10 tahun di dalam sebuah kedai kasut. Sah dia sedang menangis. Di sisinya ada seorang wanita pertengahan umur. Mungkin ibunya. Wanita itu memegang kasut sambil diperhatikan seorang jurujual. Wanita itu beria-ia benar menyuruh kanak-kanak itu menyarung kasut itu. Kanak-kanak itu enggan. Dia terus menangis. Saya terus memerhati...

Dalam memerhatikan peristiwa yang berlaku saya tiba-tiba teringat akan suatu kisah yang berlatarbelakangkan senario yang hampir-hampir serupa ... Kisahnya tentang seorang anak yang tidak mahu memakai kasut yang baru dibelikan ibunya. Anak itu tidak mahu berbuat demikian semata-mata kerana kasut itu murah harganya. Anak itu mahukan kasut yang lebih mahal. Berjenama hebat. Konon bolehlah dia menunjuk-nunjuk kepada kawan-kawannya nanti. Puas ibunya memujuk. Dia tetap berdegil.

Hendak jadi cerita, belum pun beberapa lama anak itu berdegil, lalu seorang budak berjalan terdengkot-dengkot di hadapan rumah mereka. Budak itu kudung kedua-dua belah kaki. Dia berjalan memakai tongkat. Namun dia tetap gigih berjalan!

Anak yang berdegil tadi serta ibunya memandang sahaja kepada budak yang lalu di hadapan rumah mereka itu. Mereka dua beranak tidak berkata apa-apa. Si ibu hanya mengangkat keningnya bila anaknya itu memandang kepadanya. Ibu terus mengunjukkan kasut tadi kepada anaknya. Kali ini anaknya menyambut kasut itu dan terus memakainya!

Si ibu yang agak kehairanan bertanya kepada anaknya, " Mengapa tiba-tiba kamu mahu memakai kasut ini?"

Dengan wajah yang pucat anaknya menjawab," Saya takut melihat budak yang kudung tadi. Nasib baik saya masih ada kaki untuk memakai kasut ini!"

Ibunya tersenyum.

Saya tersentak daripada lamunan ... lantas memandang semula ke arah kanak-kanak perempuan yang menangis di dalam kedai kasut tadi. Dia sudah tidak menangis lagi. Dia sudah menyarung kasut yang diunjukkan oleh wanita itu. Agaknya kanak-kanak perempuan itu pernah mendengar cerita yang serupa. Mungkin dia teringat akan cerita itu dengan tiba-tiba juga. Entahlah ...

Saya pula terus menuju ke kedai optik yang menjadi destinasi saya dari mula tadi. Sesampai di kedai optik saya disambut mesra oleh jurujual dan pakar optik. "Encik, ini semua bingkai kaca mata model baru. Jenama terkenal. Canggih dan paling moden. Harganya menunjukkan kelasnya Encik."

Saya membelek-belek bingkai-bingkai kaca mata yang diunjukkan kepada saya. Akhirnya saya meminta bingkai kaca mata yang biasa sahaja. Bukan yang mahal dan canggih seperti yang saya hajatkan pada awalnya tadi. Saya tidak tercari-cari lagi bingkai kaca mata yang berharga melambung mahal atau berjenama paling glamour. Saya cuma tersenyum apabila jurujual itu memandang sinis kepada saya...

Saya terfikir ... Syukur, cukuplah. Bernasib baik aku masih punya mata untuk melihat!




dsuarang.blogspot.com

Saturday, December 19, 2009

Keluarga Said, Shariff, Konah (Rawang)




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Foto Kenangan



Foto sekeluarga besar Tok Mohd Said Ismail, Tok Mohd Shariff Ismail dan Onyang Konah di bawah ini adalah salinan foto asal yang terdapat dalam simpanan Tuan Hj Baharudin Osman (Tok Sulung Din), Shah Alam, Selangor. Beliau telah memberikan salinan foto ini kepada saya pada tahun 2007. Foto ini telah dirakamkan di rumah keluarga Onyang Konah di Rawang, Selangor sekitar tahun 1949/1950.

Saya rasa elok foto ini dipaparkan dalam blog ini untuk tatapan ahli-ahli keluarga sekarang dalam mengimbau kenangan lampau. Untuk itu, saya telah cuba mencatatkan nama ahli-ahli keluarga yang terdapat dalam gambar ini. Saya mendapat bantuan daripada Tuan Hj Lokman Mohd Shariff (Pak Anjang), Segambut, Selangor. Beliau merupakan salah seorang ahli keluarga 'senior' yang lebih berpengetahuan dalam hal ini dan dapat mencamkan wajah ahli-ahli keluarga yang ada dalam foto ini.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj Baharudin dan Tuan Hj Lokman atas sumbangan yang berharga ini.



[Klik pada gambar untuk imej lebih besar]

[Berdiri Belakang (kiri ke kanan): Noraini, Aminah Hj Osman (pkt 'opah'), Rahmah Md Amin (pkt kakak), Idris Mohd Said (Pak Uteh dukung Azmi), Zainal Abidin Mohd Shariff (Pak Lang dukung ?), Osman Said (Sungkai - anak Che Wa), Hj Osman (Onyang), Baharom Mohd Shariff (Bapa Penulis), Baharudin Hj Osman (Tok Sulung Din), Shaari Abdullah (pkt 'abang' - badminton), Lokman Mohd Shariff (Pak Anjang), Mat Rawi, Mat Zain, Mohd Nor Abdul Rahman (pangkat 'tok')]

[Barisan Hadapan (kiri ke kanan): Che Nyah, Che Wa (anak Osman Sungkai - pangku Mustaffa), Zabedah (Mak Lang pangku ?), Asiah (isteri Osman Sungkai), Abdul Majid Baharom (Penulis), Zainab Mohd Taib (Ibu Penulis), Rogayah Hj Osman (pkt 'opah'), Puteh (Trengganu - kakak Konah), (?), Konah (Onyang), Asmah Baharom (Kakak Penulis), Che Nin (Onyang - isteri Hj Osman), Norsidah (pkt 'opah'), Che Mah (Ibu Mohd Nor Abdul Rahman), Sharani, Khairani Abdul Rahman, Noraini Abdul Rahman]




STOP PRESS

*[Klik pada foto utk imej lebih besar]

* Berdiri dari kiri: Mohd Doni (pkt abg sdr), Osman Mohd Said (pkt Pak Usu), Azimah Idris (pkt adik saudara), Azizah Ariffin (pkt kakak saudara), Mardziah Abd Malik (pkt kakak sdr), Noorlin Osman (pkt adik sdr), Badrin Osman (pkt adik sdr), Mohd Lotfi (pkt abg sdr), Penulis, Mohd Idris (pkt Pak Uteh) ?, Mohd Amin (pkt bapa sdr)

* Baris depan dari kiri: Zainal Abidin (pkt Pak Lang), (?), (?), (?), (?), (?), (?), (?), Shaari Abdullah (pkt abg sdr), (?), (?), Mohd Azman Baharom (abang sulung Penulis)




*[Foto ini juga telah dirakamkan di Rawang. Jika Penulis tidak silap foto diambil sekitar lewat tahun-tahun 1960-an. Peristiwanya ialah perkahwinan Shahrani dengan Fatimah Razak. Apapun sebarang informasi lebih tepat daripada mereka yang lebih mengetahui adalah dialu-alukan.]











dsuarang.blogspot.com

Friday, December 18, 2009

Imbauan Nostalgia (di Asrama Putera)



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Puisi Penghargaan

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan salam menyambut Ma'al Hijrah 1431 kepada semua pada hari yang mulia ini. Mudah-mudahan Allah memberkati segala kebaikan yang kita lakukan.

Dan, hari ini juga saya ingin mengembalikan kenangan (sedikit cerita nostalgia) di Asrama Putera, Jalan Suleiman, Kuala Lumpur. Ketika menjadi penghuni asrama selama lima tahun pada tahun-tahun 60-an, banyak ilmu dan pengalaman tentang asas kehidupan telah saya dapati daripada pergaulan yang sihat dengan kawan-kawan di situ. Suatu perolehan yang paling ketara ialah tentang 'kesetiakawanan'. Perkara ini terbentuk secara 'natural' hari demi hari ... dan nyatalah semangat ini telah terpahat dan kekal dalam diri kami masing-masing tanpa paksaan sepanjang tahun demi tahun yang berlalu.

Baiklah ... di sini saya paparkan secara ringkas semangat yang sedemikian. Paparan ini dalam bentuk sebuah puisi. Saya mendapat ilham menulis puisi ini setelah bertemu semula dengan kawan rapat seasrama yang kami semua panggil Jamil (ramai yang tak tahu nama sebenar beliau Mat Sanin ... glamour tu...). Pertemuan semula kami di rumah saya tercetus daripada suatu panggilan telefon oleh Harun Saeran kepada saya. Harun (abang Jamil yang juga kawan rapat saya di asrama dulu) menelefon saya ketika saya berada di Kuala Kubu Baru, Selangor. Beliau mendapat nombor telefon saya daripada seorang lagi penghuni Asrama Putera dahulu (semestinya geng rapat juga) Ghazali Kamaruddin.


*[Klik pada gambar untuk imej lebih besar]
[Tiga jejaka perasan hebat 60-an posing kat depan asrama. Kiri ke kanan: Zali, Majid dan Jamil]


Sebenarnya Ghazali dan saya memang tidak putus hubungan sejak meninggalkan asrama. Kami selalu berjumpa. Kami juga sering bertelefon. Keluarga kami pun saling mengenali rapat antara satu sama lain. Kebetulan baru-baru ini Ghazali uzur sedikit (sekarang dah beransur pulih di rumahnya di Gombak).

Dan ... pada suatu hari dalam bulan Oktober 2009 ... Jamil meminta saya menunjukkan arah ke rumah Ghazali. Jamil ingin bertemu Ghazali setelah sekian lama tidak berjumpa. Maka selepas pertemuan itulah saya menuliskan puisi ini ... yang telah saya serahkan juga kepada mereka berdua sebagai tanda ingatan persahabatan kami.

Maka berikut dipaparkan puisi yang tak sepertinya sebagai tanda sedikit pengertian tentang 'kesetiakawanan'. Harapan saya kawan-kawan seasrama dahulu (yang belum dapat ditemui) akan tampil ke hadapan menjalinkan semula perhubungan yang telah begitu lama terputus (lebih daripada 40 tahun?) Mungkin boleh kita adakan suatu "get together" dalam masa yang terdekat ... Insya Allah.


Imbauan Nostalgia
(Asrama Putera)

Sekitar 1960-an
tiga pelajar menengah
sekolah kerajaan
menjadi pemastautin
sepenuh masa
sebuah asrama
khas untuk bumiputra
di tengah kota
Kuala Lumpur bandar keramat
Jalan Suleiman lokasinya tepat ...

di situ
tempat tiga sahabat bertemu
tinggal sebumbung menimba ilmu
timba punya timba
banyak jugalah yang dapat ...
pengetahuan bermanfaat,
hingga kini terhasil berkat!

Zali, Jamil dan Majid
ibarat adik beradik
yang walaupun ketika itu
belum begitu cerdik
tetap membuat persediaan
bakal menghadapi masa depan ...
... dan, Alhamdulillah
'pabila dipertemukan sekarang
ternyata masing-masing
dah jadi ORANG!

Namun yang paling utama
pahit manis pengalaman
di Asrama Putera
telah banyak mengajar
tiga sahabat
mengharungi cabaran kehidupan
menghargai keakraban persaudaraan
menyanjungi erti persefahaman
dengan semangat kesetiakawanan
yang kental berkekalan ...


Sekian








Blog @: Bamuda d'SUARANG

Thursday, December 17, 2009

Geng MBH di Pangkor 1964



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Jejak Bertapak

Apa yang terbayang di minda anda tentang Pulau Pangkor lebih daripada 135 tahun dahulu? Mungkin anda dapat mengingati sesuatu. Dulu ada kita pelajari di sekolah dalam mata pelajaran Tawarikh (sekarang Sejarah). Apa lagi kalau bukan Perjanjian Pangkor 1874 (Pangkor Treaty 1874).

Bayangkan pula Pulau Pangkor 45 tahun dahulu .Tiada apa yang menyerlah yang boleh dibanggakan oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu ketika itu. Sesungguhnya sebilangan majoriti rakyat di negara ini mungkin tidak pernah pun ke pulau tersebut pada masa itu. Maklum saja prasarana pulau itu tidak pun sampai ke tahap yang boleh dikatakan 'asas' atau 'sederhana' jauh sekali bertaraf 'lengkap' atau 'sempurna'! Pendek kata segalanya serba tiada! Tiada sistem pengangkutan asas yang boleh diharapkan. Keadaan balai polis, balai bomba atau pusat kesihatan tiada yang boleh meyakinkan pelawat atau pengunjung. Tiada pekan atau sekurang-kurangnya deretan kedai yang boleh memudahkan seseorang mendapatkan keperluan bahan makanan atau keperluan hidup sehari-harian. Sana sini yang kelihatan ketika itu hanyalah kampung nelayan, bot nelayan serta kehidupan yang daif. Demikian senario pada tahun 1964 .


*[Klik pada gambar untuk imej lebih besar]
[Berlagak di pantai Pasir Bogak 1964. Kiri ke kanan: Dollah, Aziz dan Majid]

Sekarang Pulau Pangkor telah membangun. Pulau Pangkor telah berubah wajah. Ada pula pulau kecil di sisinya yang turut membangun dengan hebatnya bersekali. Itulah Pangkor Laut yang kini terkenal ke seluruh dunia. Pulau Pangkor kini menjadi tempat tumpuan warga tempatan dan masyarakat antara bangsa yang datang untuk mengalami percutian yang santai. Mudah bicara, tempat ini yang dahulunya kosong keindahan dan keistimewaan, telah keluar daripada kepompong kemunduran dan menghala ke arah kegemilangan yang sangat membanggakan.

Jika seseorang yang pernah mengunjungi Pulau Pangkor pada tahun-tahun 60-an kembali lagi ke pulau ini sekarang, dia tentunya akan tertanya-tanya di manakah gerangan dia berada. Tempat-tempat yang lama sudah tidak dapat dicamkan lagi. Pantai yang indah sudah banyak berubah. Bak kata pepatah Melayu,"Sekali air bah sekali pantai berubah".

Pasti begitulah perasaan kami lima bersahabat daripada Asrama Putera, Jalan Suleiman, Kuala Lumpur jika sekali lagi pergi ke sana seperti yang telah kami lakukan pada tahun 1964. Pada tahun itu aku (Abdul Majid Baharom), Kamarudin Hj Ali, Nordin Abdul Manaf, Abdul Aziz Abdul Hamid dan Abdullah (Bruas) telah pergi berkhemah di pantai Pasir Bogak. Kami sebenarnya telah merancang dan berpakat melakukan aktiviti perkhemahan itu sejak awal tahun akhir di Asrama Putera sebelum peperiksaan OSC. Ketika itu aku masih belajar di Victoria Institution, Kamarudin di St Gabriel School, Nordin di High Street School, Aziz di Methodist Boys School (MBS) dan Abdullah di St Johns Institution. Semuanya di Kuala Lumpur. Maka setelah tamat tahun persekolahan dan ketika dalam percutian menunggu keputusan peperiksaan OSC kami pun terus melaksanakan misi 'suka-suka' itu.


*[Klik pada gambar untuk imej lebih besar]
[Di Lumut sementara menunggu bot ikan hendak ke Pangkor. Kiri ke kanan: Dollah, Majid, Aziz dan Kamarudin. Kalau lambat sangat berenang sajalah ke seberang!]


*[Klik pada gambar untuk imej lebih besar]
[Tunggu lagi di Lumut. Tak berani berenang ke seberang? Kata jaguh renang kampung masing-masing. Kiri ke kanan: Majid, Aziz, Kamarudin dan Nordin]

Sebenarnya sebelum itu Ghazali Kamaruddin (St Gabriel School) pun ingin turut serta. Tetapi agaknya kerana Ghazali tu 'Budak Kaciek Nan Manjo' maka emaknya Cikgu Zaharah tidaklah mengizinkan dia turut sama ketika itu. Mungkin takut nanti si Ghazali tu asyik turun ke laut saja ... tak tentu waktu siang dan malam ... Al-maklum, kat Gombak ada sungai aje! Aku masih ingat betapa kecewanya Ghazali. Lebih kecewa daripada 'watak Ghazali' dalam cerita filem "Antara Dua Darjat". Walaupun dia meronta-ronta nak ikut ... tetap tidak dibenarkan. Nasib le Li ... Tengok gambar aje cukup le!

Apapun, aku telah balik ke Tapah sebaik saja bercuti sekolah. Dollah pula balik ke Bruas. Kedua-dua tempat ini adalah kampung kami masing-masing di Perak ketika itu. Aku tak berapa ingat sama ada Aziz balik ke Slim Village atau terus tinggal di Selangor seperti Kamarudin dan Nordin pada masa itu. Tak kisahlah ... Apa yang aku ingat ialah mereka bertiga datang ke Tapah (naik kereta api ke Tapah Road rasanya) dan bermalam di rumahku. Keesokan harinya kami berempat terus ke Bruas menaiki bas 'lompat' (kurang wujud bas ekspres zaman tu). Sampai sana Dollah ambil kami dengan kereta ayahnya bawa ke rumah. Kami bermalam pula di rumah Dollah merangkap sebuah 'forest checking station'. Ayah Dollah seorang pegawai Jabatan Perhutanan. Esoknya kami terus ke Lumut dengan membawa segala macam bahan makanan dan minuman. Aktiviti perkhemahan kami di jadualkan selama 5 hari. Alat masak-memasak dan keperluan perkhemahan lain seperti kuali dan periuk, bahan api, sudip, sudu, garfu, pisau, tali dsb semuanya dibawa.


*[Klik pada gambar untuk imej lebih besar]
[Aksi ngeri 4 anggota MBH di hadapan rumah Dollah di Bruas. Kiri ke kanan : Nordin, Kamarudin, Majid dan Aziz]


*[Klik pada gambar untuk imej lebih besar]
[Empat penjaga simpang di pekan Bruas. Kiri ke kanan: Aziz, Majid, Nordin dan Kamarudin]


*[Klik pada gambar untuk imej lebih besar]
[Staf baru Majlis Mesyuarat Tempatan Bruas 1964. Aziz (kiri) dan Majid 'reporting for duty on Day One']

Kami sampai di kampung nelayan Sungai Pinang di Pangkor setelah lama menaiki bot nelayan dari jeti kecil di Lumut. Masa itu belum ada feri yang boleh membawa kami dengan segera ke sana. Dollah yang menjadi 'guide' kami menuju ke tempat-tempat di Pulau Pangkor. Dia 'Penghulu' kat sana kononnya! Aku dan kawan-kawan lain dah agak kepenatan ... Tapi rupanya kami mesti berjalan agak jauh juga lagi ke Pasir Bogak di bahagian barat Pulau Pangkor. Bante le Yeop ... Ase sampe dah le. Akhirnya sampailah juga.


*[Klik pada gambar untuk imej lebih besar]
[Kelaparan. Tunggu makan tengah hari. Nasi belum masaklah! Kiri ke kanan: Nordin, Dollah, Majid dan Aziz]

Kami pun terus mendirikan khemah. Kemudian memasak makanan. 'Chief Cook' memang si Dollah ... yang lain-lain jadi ... pembantu setia (belum tentu membantu beb). Melawak aje. Sebenarnya semua bergotong royong dengan sepenuh tenaga. Aku yang jadi tukang makan le. Makan di tepi laut memang amat menyelerakan. Sering cepat kelaparan. Para nelayan di situ selalu memberi kami ikan,udang atau sotong hasil tangkapan mereka. 'Chief Cook' kami yang jadi tukang bega apa menu yang hendak di cuba masak pada setiap hari . Apapun dia masak ... sedap aje. 'No complaint'. Takut dia mogok nanti ... susah cerita.



*[Klik pada gambar untuk imej lebih besar]
[Wah 'Chief Cook' nampak beria-ia beri arahan pada para pembantu. Baik-baik sikit nanti ada yang mogok masak. Kiri ke kanan: Dollah, Majid, Nordin dan Kamarudin]

Sepanjang perkhemahan kami di pantai Pasir Bogak, dapatlah aku menikmati keindahan alam siang dan malam. Dapat aku lihat dan mengerti secara langsung setiap kebesaran Allah melalui ciptaan-Nya. Sangat mengagumkan melihat matahari terbit dan terbenam setiap hari. Sangat mengharukan mendengar deruan angin laut yang menyisir dedaun pepohon sekitar pantai. Deburan ombak pula sungguh mengasyikkan. Pada waktu-waktu tertentu kami semua berkisah panjang tentang kawan-kawan di Asrama Putera. Banyak peristiwa yang telah dikongsikan. Banyak pengajaran yang kami perolehi. Tebal persefahaman yang dapat kami tanamkan dalam diri kami.

Selama beberapa hari berkhemah di pantai Pasir Bogak kami puas bermandi manda di laut. Dah sampai tak lalu lagi ... jadi duduk relaks saja. Pantai Pasir Bogak tidak begitu dikunjungi orang ramai pada hari bekerja biasa. Susah hendak lihat orang luar bermandi-manda atau berkelah di situ. Tetapi pada hari Sabtu dan hari Ahad ramai juga orang yang datang berkelah. Aku difahamkan mereka datang dari daerah Sitiawan, Batu Gajah, Lumut dan ada juga dari Ipoh dan Parit dll. Walau bagaimanapun kebanyakannya dari Perak le.


*[Klik pada gambar untuk imej lebih besar]
[Dah main bot laju pulak ... Kiri ke kanan: Majid, Kamarudin, Aziz dan Nordin]


*[Klik pada gambar untuk imej lebih besar]
[Agak-agak le sikit. Itu reta orang ... Rosak sanggup bayar ke? Keroja pun belum! Kiri ke kanan: Majid, Aziz, Kamarudin dan Dollah]


*[Klik pada gambar untuk imej lebih besar]

[Dah betul le tu. Dah mandi sampai 'fed up'. Relaks atas batu. Tapi jaga-jaga sikit ... air naik keliling batu tanpa amaran ... dalam tu ooi! Majid (kiri) dan Aziz]

Selepas lima hari berkhemah kami pun berpisah ke kampung halaman masing-masing. Aku tak dapat berkata bagi pihak kawan-kawan yang lain ... tetapi bagi diri aku sendiri ... pengalaman berkhemah di pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor pada tahun 1964 itu membawa seribu satu ragam kenangan yang amat membina pemantapan kemandirian. Aku mengerti betapa banyak yang boleh dicapai dengan semangat bekerjasama yang erat lagi ikhlas. Soal beraktiviti dalam keadaan yang serba kekurangan tidak semestinya menjadi halangan.

Terima kasih Kamarudin, Nordin, Aziz dan Dollah kerana pernah menjadi rakan seperkhemahan aku dalam suasana yang mesra dan keadaan yang serba sederhana!

Insya Allah kita berjumpa lagi.








Blog @: Bamuda d'SUARANG