Monday, August 2, 2010

Jodoh Pertemuan Di Tangan Tuhan




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Tiada Sangka Tiada Duga


Kalau jodoh tidak ke mana. Begitulah kata-kata lazim kita dengar apabila pasangan bertemu dan memuktamadkan pertemuan itu dengan ikatan ijab dan kabul. Kata orang . . . lantas ke jinjang pelamin.



Pelaminan
Indah berseri untuk Raja Sehari


Itu bukan soal utamanya. Aku cuma teringat kembali pengajaran ustaz di kampungku dulu. Katanya jodoh dan pertemuan, ajal dan maut sudah ditentukan Allah di lohmahfuz (papan yang bertulis ketentuan tentang nasib manusia; suratan loh Tuhan.) Ketika itu aku anak-anak lagi. Tak begitu ambil hirau!

Kata-kata omputih pula berbunyi begini: Marriages are made in heaven. Bila aku telitikan makna yang tersirat aku terus memegang kepercayaan segalanya sudah ditentukan. Segalanya sudah tertulis. Segalanya berlaku mengikut takdir. Takdir Allah.

Jadi, di manakah kekuatan atau kuasa perkataan 'kebetulan' yang sering terdengar dipakai orang dalam hal jodoh pertemuan dan ajal maut ini? Mereka selalu menyebut . . . 'kebetulan' itu . . . 'kebetulan' ini. Kalau tak 'kebetulan' begini . . . taklah jadi begitu. Kalau tak 'kebetulan' begitu . . . taklah jadi begini.

Andai kata seseorang berpegang kepada kepercayaan 'suratan' bukan 'kebetulan' seperti di atas . . . maka di manakah nanti terletaknya situasi coincidence dalam hal-hal sebegini. Hampir tiada atau memang langsung tiada. Aku pernah ditanyakan soalan, "Kalau semua sudah 'suratan' mengapa perlu istilah 'kebetulan'? Tak payah adalah ."

"Eh, manalah aku tahu." Aku bukan pakar buat 'istilah' atau orang yang tersangat arif tentang hal ini. Aku bukannya bijak ala para ustaz dan ustazah berilmu tinggi atau bertaraf elitis di ibu kota atau di negara ini keseluruhannya. Wallahualam.

Apa pun, nak kata aku bias dalam soal ini . . . katalah. Aku cenderung kepada 'suratan' berbanding 'kebetulan'. Itu hak aku. Kepercayaan aku. Orang lain ada hak mereka sendiri.

Maka dalam hal perkahwinan Ahmed Sya bin Shaarani dengan Yasmin Aisyah bt Azlan Shah aku memang tidak berganjak pendirian. Kepadaku ini 'suratan'. Ahmad Sya ialah anak lelaki Shaarani bin Abdul Rahman dan Maimon binti Abdul Ghani. Majlis diadakan pada Ahad 1 Ogos 2010 di Rain Shelter, Taman Botani, Putrajaya.


Pasangan Pengantin Baru
Foto kiri: Ahmed Sya bin Shaarani dan Foto kanan: Yasmin Aisyah bt Azlan Shah


Aku sekeluarga mendapat undangan daripada saudaraku Shaarani dan isterinya Maimon untuk menghadiri majlis tersebut. Shaarani adalah anggota keturunan keluarga besar Onyang Konah. Ikut pangkat (dalam salasilah keluarga besar) beliau adalah datuk saudaraku (grand uncle). Tetapi, mungkin kerana usia kami "selari" sangat maka aku dan Shaarani sering address satu sama lain dengan menggunakan kata omputih . . . I & You. Memang tak kena le. Tapi at least kami saling mengenali antara satu sama lain. Masih kenal saudara! Terima kasih jua kepada jasa hubungan Pakatan Tubuh Sekeluarga (PTS).



Kad Undangan ke Majlis Perkahwinan


Entah kenapa pada hari majlis itu diadakan hatiku berat tidak mahu pergi awal. Isteriku "bising" juga
menyuruh pergi cepat. Katanya, " Pergi cepat boleh balik cepat." Hatiku pula berkata,"Biar pergi lambat sedikit. Nanti dapat juga bersembang-sembang dengan saudara mara yang hadir bila para tetamu dah tak berapa ramai."








Foto kiri:
Noor Shafini berjalan bersama Alimah di Taman Botani. Foto kanan: Keindahan pemandangan dari tempat majlis diadakan.


Peruntukan masa yang tercatat dalam kad undangan ialah empat jam bagi perjalanan seluruh majlis. Dari jam 12:00 tgh hari hingga 4:00 ptg. Ketibaan pasangan pengantin baru dijadualkan pada jam 1:30 ptg.



Isi Kad Undangan


Aku sekeluarga tiba di Rain Shelter, Taman Botani, Putrajaya pada kira-kira pukul 3:00 ptg. Mesti sudah selesai upacara bersanding dan merenjis serta segala macam lagi. Baguslah . . . sudah berkurangan orang di majlis ini kata hatiku. Dapatlah nanti aku bersembang-sembang dengan ahli-ahli keluarga besar yang hadir.

Ketibaan kami disambut mesra oleh Tok saudaraku (sebut perlahan sikit le . . . ) Shaarani dan isterinya Maimon. (Menurut isteriku Alimah, masa muda-muda dulu Maimon pernah bermain bola keranjang untuk unit Selangor LDC dan juga mewakili pasukan wanita ATM. Alimah pula pernah mewakili pasukan bola keranjang wanita ATM ketika itu. Alahai dah kenal le mereka ni . . . cuma jarang-jarang berjumpa . . . maka mungkin kurang le mesranya! Tak apa nanti kita mesra-mesrakan.)

Kami sekeluarga dipersilakan ke meja makan berhampiran high table pengantin. Setelah selesai makan aku berkata kepada isteriku, " Sayanglah kita lambat tiba. Tentu VVIP yang kita nak sangat jumpa hari ni dah datang dan dah pun balik."



Dua personaliti tersohor yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada seluruh rakyat Malaysia


Isteriku secara bersahaja menjawab,"Siapa yang punya idea datang lewat sikit tadi?"

Eh, tersindir diri ini, aku rasakan. Lantaklah. Tetapi sebenarnya ketika masuk ke kawasan Taman Botani tadi aku terlihat beberapa motosikal 'pengiring' polis trafik dengan anggotanya sekali berada di persimpangan jalan masuk. Mengapa mereka masih di situ? Aku berfikir sendiri-sendiri.


Tidak sempat aku habis melayan fikiranku, tiba-tiba kedengaran juru acara majlis mengumumkan . . . "Ketibaan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Yang Amat Berbahagia Tun Siti Hasmah Hj Ali." Berderau darahku. VVIP inilah yang ditunggu-tunggu. Aku tidak terlewat! Sudah 'suratan' aku dapat melihat wajah kedua-dua YABhg Tun ini dari dekat. Aku sekeluarga amat gembira. Mana tidaknya meja tempat kami makan itu amat dekat dengan tempat di mana Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah duduk. 'Suratan' lagi!


Bersama Dua Personaliti Tersohor

Pasangan pengantin baru & keluarga bergambar kenangan dengan
YABhg Tun Dr Mahathir dan YABhg Tun Dr Siti Hasmah


Berdiri dari kiri:
Hj Shaarani, (besan lelaki), (besan perempuan), Hjh Maimon


Bagi Shaarani sekeluarga situasi 'berdekatan' dengan kedua-dua Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah ini mungkin perkara biasa. Maklum beliau bertugas sebagai Pengurus Rumah (Household Manager?) Tun suatu waktu dahulu ketika Tun menjadi PM. Bagi aku dan keluargaku . . . tentu berlainan. Faham-faham sajalah. Mana selalu dapat mengalami k
eadaan eksklusif begini.



Kelakarnya
Sesuatu yang mencuit hati Tun agaknya
diperkatakan Ibu pengantin lelaki Puan Maimon


Ramai orang berebut-rebut hendak bergambar dengan VVIP majlis. Aku dan isteri pun teringin juga. Tapi kami 'tak kuasa' hendak berpusu-pusu di keliling kawasan itu. Namun . . . suatu lagi 'suratan' kami alami. Tiba-tiba ruang terbuka luas . . . untuk kami bergambar dengan YABhg Tun Dr Mahathir dan YABhg Tun Siti Hasmah. Kami pun tidak melepaskan peluang le . . .




'Suratan' oh 'Suratan'


Aku terfikir lagi . . . jika aku tiba awal tadi . . . tak dapatlah aku alami situasi begini . . . 'suratan' oh 'suratan'!



Silakan Tun

Mengakhiri entri ini . . . aku ucapkan tahniah kepada saudaraku Tuan Shaarani dan Puan Maimon kerana menerima menantu pada hari ini. Tidak lupa aku juga mengucapkan selamat menempuh hidup baru kepada pasangan pengantin Ahmed Sya dan Yasmin Aisyah. Mudah-mudahan kalian berbahagia senantiasa. Tempatnya indah, situasinya indah, orangnya pun memang indah. Hingga bertemu lagi . . .



Foto kiri: Kami berdua sempat bergambar di tepi tasik yang indah. Foto kanan: Marlyana juga berbuat demikian.

Terima kasih daun keladi . . . yang baiknya daripada Allah yang buruk itulah saya. Salam.













dsuarang.blogspot.com