Wednesday, May 6, 2015

Menziarahi Sahabat









Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Sahabat banyak jenis sahabat. Ada sahabat karib, sahabat sezaman kanak-kanak, sahabat sepersekolahan, sahabat sepengajian, sahabat sekariah / sekejiranan, sahabat sepermainan, sahabat sepejabat, sahabat sepersatuan, sahabat seperjalanan, sahabat seperjuangan dan bermacam-macam kategori sahabat lagi.  

Hujung minggu 1 Mei yang baru lalu diwarnai waktu percutian yang bersambungan selama beberapa hari. 

Waktu-waktu begini sememangnya dinanti-nantikan ramai pekerja sektor awam dan swasta sebagai waktu terbaik yang mesti dimanfaatkan kemunculannya.    

Bersiar-siarlah ke mana sahaja asalkan dapat dilepaskan lelah dan dihapuskan kebosanan yang terpendam sepanjang minggu bertugas. 

Penulis dan keluarga membuat perancangan awal ke Pantai Timur yang memiliki panorama pantai dan lautan yang serba indah lagi menarik . . . 


























 . . . dan, sambil bersia-siar ke sana . . . elok juga kiranya dapat dieratkan silaturahim sesama insan . . . sementelahan pula insan yang dekat di hati kita!   


Maka . . . pada pagi Ahad 3 Mei 2015, dengan izin Allah SWT, penulis serta rombongan ahli keluarga berziarah ke sebuah rumah di Taman Bukit Payung Utama di Terengganu.





































































































Kami serombongan ke sana untuk menziarahi sepasang suami isteri yang menjadi sahabat "Haji" kami ketika berada di Tanah Suci pada musim Haji 2011/12.

Walaupun pasangan suami isteri ini jauh lebih muda usia mereka berbanding kami (boleh dikira peringkat anak) namun semangat persaudaraan yang tertanam dalam diri kami terhadap mereka cukup mendalam. 

Bertolak daripada hakikat ini . . . kami mencari keluangan waktu untuk pergi ke rumah mereka. Alhamdulillah hasrat kami disampaikan Allah SWT.    










Kami tiba di rumah PT 12672 pada kira-kira jam 12:18 tgh hari dan disambut mesra oleh penghuninya.   


Tuan Haji Muhammad Hishamudin bin Muda (selepas ini di sebut Hisham sahaja) dan isteri beliau Puan Hajah Norziera bt Ngah (selepas ini di sebut Ziera sahaja) telah bermurah hati sudi menerima kehadiran kami di rumah mereka pada hari itu. 

Kami bersyukur dapat bertemu lagi dengan mereka walaupun kami sebenarnya baru juga berjumpa pada Februari lalu.  

Kami jua beruntung dapat bersua muka dengan "puteri" terbaru (anak ketiga) pasangan sahabat kami ini. 

"Puteri" yang baru dilahirkan ibunya Ziera 19 hari yang lalu itu diberi nama Putri Syifa Humaira bt Muhammad Hishamudin dan merupakan anak ketiga bagi keluarga yang muda ini.  






















































































Hisham dan Ziera sudah dikurniakan Allah SWT dua orang anak sebelum yang ketiga ini. 

Anak sulung mereka seorang "putera" bernama Muhammad Danish Irsyad bin Muhammad Hishamudin manakala anak kedua pasangan suami isteri ini seorang "puteri" bernama Putri Zara Delisya bt Muhammad Hishamudin.     

Seterusnya . . . kami bersyukur sempat berkenalan dan menjalinkan silaturahim dengan ayahanda serta bonda Hisham melalui kunjungan pada hari Ahad itu. 

Bonda Hisham ialah YB Senator To' Puan Hajah Zaitun bt Hj Mat Amin.

Beliau sudah lama aktif dalam bidang politik negeri dan tanah air dan telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) sejak tahun 2012 hingga kini.  







YB Senator To' Puan Hjh Zaitun bt Hj Mat Amin 
memangku cucu beliau Putri Syifa Humaira














YB Senator To' Puan Hjh Zaitun bt Hj Mat Amin 
bersama cucu beliau Putri Syifa Humaira; Pn Hjh Alimah Yasin







YB Senator To' Puan Hjh Zaitun bt Hj Mat Amin 
bersama cucu beliau Putri Syifa Humaira; Pn Hjh Alimah Yasin













Dari kiri:

YB Senator To' Puan Hjh Zaitun bt Hj Mat Amin 
memangku Putri Syifa Humaira;
 bersama seorang lagi cucu Putri Zara Delisya;
  Pn Hjh Alimah Yasin














YB Senator To' Puan Hjh Zaitun bt Hj Mat Amin
 memangku cucunya Putri Syifa Humaira 



Ayahanda Hisham ialah YBhg Dato'  Haji Muda bin Mamat, mantan ADUN dan Exco Negeri Terengganu.

Beliau kini seorang usahawan dan memegang jawatan Group Managing Director beberapa syarikat hartanah.

YBhg Dato' Haji Muda bin Mamat juga seorang ahli politik yang cukup aktif dan berkedudukan penting dalam UMNO Negeri Terengganu.  








YBhg Dato' Haji Muda bin Mamat (kiri) 
bersama penulis













YBhg Dato' Haji Muda bin Mamat (kiri) 
bersama penulis













Dari kiri:

YBhg Dato' Haji Muda bin Mamat; penulis;
 Haji Muhammad Hishamudin bin Muda




Hisham sendiri yang berkelulusan Master in Property Investment, B.Sc.(Hons) Estate Management telah menampakkan ciri-ciri seorang usahawan yang berpotensi mencapai kejayaan dalam bidang hartanah.

Beliau kini memegang jawatan Managing Director dalam Niche Engineering Sdn Bhd, sebuah syarikat pembinaan dan urusan hartanah milik keluarganya sendiri. 

Saya difahamkan rumah yang didiami Hisham sekarang adalah hasil daripada kerja binaan perumahan fasa awal syarikat beliau itu.

Saya juga diberi kefahaman bahawa ada beberapa fasa binaan perumahan lagi yang akan dibereskan kelak. Syabas usahawan muda Hisham!  










Dari kiri:
YBhg Dato' Haji Muda bin Mamat; penulis; Royha'izam









YBhg Dato' Haji Muda bin Mamat (kiri) 
bersama penulis










Kami juga beruntung dapat bertemu kedua-dua YBhg Dato' Haji Muda dan YB Senator To' Puan Hjh Zaitun yang turut berada di rumah Hisham pada hari Ahad itu kerana meraikan suatu upacara kekeluargaan.


















Foto-foto kenangan peristiwa yang dirakam di rumah Hisham tertera di siaran blog kali ini.  

































































































Terima kasih kami ucapkan kepada Hisham serta isteri beliau Ziera kerana sudi menerima kedatangan dan kehadiran kami sekeluarga di rumah mereka.






















































Penghargaan yang tidak terhingga juga kami tujukan kepada kedua-dua ayahanda dan bonda Hisham yang budiman iaitu YBhg Dato' Haji Muda bin Mamat dan YB To' Puan Senator Hajah Zaitun bt Hj Mat Amin.





















Terima kasih atas layanan mereka yang penuh mesra terhadap kami. Allah SWT sahaja yang dapat membalas budi baik mereka sekeluarga.  


Semoga silaturahim yang terjalin antara kita ini berpanjangan. Amin. 







Dari kiri:

YB Senator To' Puan Hjh Zaitun, Hj Hishamudin, penulis, YBhg Dato' Hj Muda 








Dari kiri:

YB Senator To' Puan Hjh Zaitun, Hjh Norziera,
 Hj Hishamudin, penulis, YBhg Dato' Hj Muda





Dari kiri:

YB Senator To' Puan Hjh Zaitun, Hjh Norziera,
 Hj Hishamudin, penulis, YBhg Dato' Hj Muda






Menjelang jam 1:32 petang kami bermohon diri untuk pulang . . . membawa bersama kesan kenangan silaturahim yang cukup ikhlas.    





Terima kasih daun keladi,
 berpanjangan kasih bersua lagi




ALHAMDULILLAH & WASSALAM.













bamuda
dsuarang.blogspot.com