Thursday, April 29, 2010

HZ & N Pentas 4: Pengantin Dah Tiba!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Dia Datang!



Sekarang sudah jam 2:00 petang. Hari Sabtu 20 Mac 2010. Waktu dan hari yang dijanjikan pasangan pengantin HZ & N akan memenuhi jadual majlis perkahwinan mereka di Kuala Lumpur. And . . . right on time . . . kedengaran ...

Pak pong, pak pong, pak pong . . . bunyi pasukan kompang dan gendang dari jauh sana. Tandanya . . . pasangan pengantin, Halim Zaharyn & Norshafini, yang ditunggu-tunggu dah tiba. Mari kita ramai-ramai raikan.



Pembawa "bunga manggar"
Puteri Ain Anisa & Farah Nadira
sedia menunggu ketibaan pasangan pengantin


Kata Sepakat
"Jom kita ke sana," kata Anisa.

"Ayuhlah," kata Nadira setuju.


Pak pong, pak pong, pak pong ... balun!

Bergerak . . . ke sanun . . . bergerak!


Memulakan Langkah
Pengantin perempuan Norshafini bt Abdul Hamid mendekati Pengantin Lelaki Halim Zaharyn bin Abdul Majid untuk sama-sama melangkah ke d'SUARANG



Jaga, Sedia . . .
Puteri Ain Anisa, Agus Rizal, Halim Zaharyn,
Norshafini, Hazmilah & Farah Nadira


Mula


"Siapa Gerangan?"
Dari sini sudah dapat dicamkan. . .
Pak Uda Zol meminta pasangan pengantin berhenti seketika



"OK le"
... Tapi jangan lama-lama sangat
dah berpeluh ni ...







Getting Ready Again
"Camna jadi Raja Sehari ni? . . . kena juga ikut arahan . . . Alahai"



Tunggu, Tunggu dan Tunggu
S s sabo je lah . . .



Jom sambung . . . B-a-l-u-n
Pasukan Kompang dan Gendang dah tak boleh tunggu lagi . . . "Kesian pengantin," kata mereka.

Lagi pun . . .


Orang dah lama menunggu . . .


Right From d Top
"Kita gerak lagi,"
kata Pembawa "bunga manggar"



Maju dan Maju


Melangkah Lagi . . .


Barisan Kompang dan Gendang
terus mengiringi



Jalan-jalan
menuju ke gerbang khemah majlis



Jauhnya!


Tak sampai-sampai lagi . . .


Dah Nak Sampai
"Ah . . . itu macam gerbang khemah yang dituju",
bisik Halim kepada Agus



No Mirage


Hai ... betul le kita dah sampai ni ...


Ha ... ah


ASSALAMUALAIKUM


WAALAIKUMSALAM


Passport Mana?
Dah ambil minggu lepas kat KK, Kedah ... Mak Chu ...
Boleh ke kami masuk?


Bukan Orang Lain
"Masuk aje le," Kata Pak lang Aziz



Ramai Tetamu
Wah ... ramai juga orang yang datang ... ya



Smile You Are On Candid Camera
Fini: Smile all d way today ...
Halim: Feel like some top artiste today!


S-E-N-Y-U-M


S-E-N-Y-U-M


dan S-E-N-Y-U-M



Senyum Terus



Halim dan Norshafini terus tersenyum walaupun ... di belakang dan di sebelah kiri mereka ... ada kumpulan KMG. (Bukan orang syarikat rakaman atau production house. KMG = Kaca Mata Gelap.) Itu di kiri nampak jelas ... Aunt Teh Lin (macam nama orang Cina lak) dan yang nampak suku aje tu ... siapa agaknya ... bukan Aunt Ngah Iza ke? Sorry kalau salah perkenalkan ye ... Soal kenapa mereka pakai Kaca Mata Gelap ... tak tahu le teman. Biarlah rahsia ... bak kata orang tertentu.



Menjejakkan kaki

di d'SUARANG

Assalamualaikum semua


Ada acara bersanding ... kat dalam kan?


"Jom le kita masuk ... Yang. Kena bersanding ni ...
kat d'SUARANG"


Ruang Persandingan



Apa khabar?




Acara Bersanding


Kacak & Manis
Pasangan pengantin HZ &N
berdiri di atas dais



HZ & N
dengan para pengapit masing-masing
Agus dan Hazmilah



Masih Bersanding
... kalau dah penat bagi tau ...
ada lagi acara hectic selepas ini


Tunggu Apa Ha?

HZ & N masih di atas pelamin.
Tapi ramai yang nampaknya sedang menunggu tu.
Untuk apa ha?


Rombongan Pengantin Perempuan
Oh ... kaum keluarga dan sanak saudara Norshafini
sedang menunggu acara merenjis pengantin sebentar lagi.
Ok le ... kita sama-sama tunggu.



BALUN tetap BALUN

Sementara menunggu acara berikutnya iaitu merenjis pengantin, pasukan Kompang dan Gendang menunjukkan kehebatan mereka bermain dalam majlis perkahwinan HZ & N ini. Terima kasih kami sekeluarga ucapkan kepada pasukan ini atas persembahan mereka yang menarik. Para tetamu yang hadir terhibur sambil menantikan acara merenjis pengantin dilaksanakan.



HALIM ZAHARYN
&
NORSHAFINI
untuk anda berdua
kami doakan

segala kebaikan

membina kehidupan di masa hadapan
Mudah-mudahan Allah kabulkan


... dan, kepada para tetamu yang budiman, sudilah kiranya bersama kami mengikuti acara-acara yang masih akan berlangsung dalam majlis perkahwinan HZ & N di d'SUARANG . . . Jom (Next Change) . . .













dsuarang.blogspot.com

0 comments:

Nuffnang Ads