Friday, August 13, 2010

Doa Terkabul Hari Ini



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Berita Gembira Datang Jua


Alhamdulillah, sebaik sahaja berakhir seruan azan Isya' (dari Surau Al-Raudah) sebentar tadi telefon aku pun berbunyi. Berdetap hatiku berkata ini mungkin berita baik yang kami tunggu-tunggu sejak waktu tengah hari.

Tadi selepas berbuka puasa aku ada bercakap-cakap dengan anak-anak dan isteriku tentang kemungkinan besar Umar Ilham Majid (Uim) (?) dihadirkan di kalangan keluarga ini selepas masuk waktu solat Isya' (8:39 malam). Maka dengan kebesaran-NYA jua doa dan harapan kami ini dimakbulkan tepat sekitar waktunya.

Kami sekarang mendapat seorang lagi ahli keluarga baru. Aku dah jadi sarjan. Syukur kepada Allah aku dan Alimah isteriku kini masing-masingnya menjadi Atuk dan Opah untuk kali ketiga. Ahmad Iman Iskandar (Aii) cucuku yang pertama kini sah menjadi 'Along' The Big Brother manakala cucu keduaku si masih bayi sangat Azim Muqry Basrie (Amb) kini bergelar 'Wa' kepada Umar (?). Quite that big a bro lah!

Selamat datang ke pangkuan keluarga ini aku ucapkan kepada Uim (?). Mudah-mudahan kehadiranmu menambah eratkan hubungan silaturahim antara semua anggota keluarga kita. Dan, mudah-mudahan segala keberkatan diberikan Allah kepada kita semua. Amin.

Sekarang kami akan beramai-ramai berangkat ke Pusat Perubatan Naluri. Kami ingin mengetahui butiran lanjut tentang kelahiranmu. Kami amat teruja untuk melihat Umar Ilham Majid (Uim)(?) in person for d first time . . . So Umar . . . here we come!

Congrats to d parents Halmy Zahari bin Abdul Majid & Nurliza bt Zainuddin









dsuarang.blogspot.com

Mungkinkah Hari Ini?



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Kami Semua Menanti . . .


Tadi pada jam 12:07 tengah hari (sebelum aku ke Masjid Al-Khairiah AU3 untuk bersolat Jumaat) anak sulungku Halmy menelefon. Dia memberitahu bahawa isterinya Nurliza telah dimasukkan ke wad di Pusat Perubatan Naluri (Naluri Medical Centre), Wangsa Maju untuk bersalin. Aku kemudiannya ke masjid dan berdoa agar semuanya selamat dan sejahtera.

Sekembali dari masjid belum ada apa-apa berita baru. Kami menunggu. Sehingga lewat petang kami di d'SUARANG masih menunggu berita lanjut. Kami terus menunggu sambil menantikan waktu berbuka puasa pada jam 7:27 malam nanti. Mudah-mudahan semuanya selamat. Kami doakan agar Nurliza selamat melahirkan anak sulungnya yang insya-Allah akan dinamakan Umar Ilham Majid (?)

Aku terfikir . . . pantasnya waktu berlalu. Tiba-tiba 'Along' Ahmad Iman Iskandar (Aii) yang aku rasa baru sangat hadir di kalangan kami (kira-kira sejak 6 bulan 22 hari dulu) akan menjadi big bro (menurut slanga orang sekarang) kepada sepupunya yang bakal lahir ini. Tiba-tiba Azim Muqry Basrie (Amb) yang baru 10 hari usianya kini juga akan jadi quite a big bro kepada sepupunya ini. Ha, nanti Azim akan dipanggil 'Wa' oleh sepupunya Umar (?). Dan, tiba-tiba aku akan naik pangkat sarjan. Daripada tiada bercucu kini sudah punya dua . . . dan insya-Allah sebentar nanti jadi tiga cucu semuanya.

Alhamdulillah. Kami menanti kehadiranmu UIM (?) dengan penuh kesabaran . . . Kami di d'SUARANG menantikan satu lagi berita gembira, insya-Allah. Mungkinkah sebentar nanti . . . hari ini? Terserah . . . semuanya dengan kehendak Allah.

Allahumma, kabulkanlah doa kami. Mudahkanlah segalanya. Amin.









dsuarang.blogspot.com