Saturday, January 23, 2010

Dirgahayu Pendatang Baru



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia



Akhirnya Dianugerah Jua




Ahmad Iman Iskandar (Aii) kiri dan Sijil Kelahirannya kanan


Khamis 21 Januari 2010 M bersamaan 5 Safar 1431 H merupakan hari yang membahagiakan kami sekeluarga. Hasratku melihat seorang cucu berada di kalangan keluargaku akhirnya menjadi realiti. AHMAD IMAN ISKANDAR (Aii) didatangkan kepada kami pada jam 7.23 pagi.


Notis kutipan Mykad Aii

Aii dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court (PPPC), Jalan Kia Peng , Kuala Lumpur.
Berat badannya ketika lahir 3.14 kilogram. Type of Delivery : SVD.

Aku bersyukur kepada Allah swt kerana menciptakan seorang insan dan meminjamkannya kepada keluargaku melalui ibu dan bapa
Aii, Mazlyn Hanim bt Abdul Majid dan Mohd Rashidi bin Ali.




Aku dapat memerhatikan betapa riangnya kedua-dua ibu dan bapa Aii dengan kehadirannya di sisi mereka. Maklumlah cahaya mata yang pertama kata orang. Mazlyn Hanim dan Mohd Rashidi kini sudah berumah tangga selama satu tahun lapan bulan. Mereka diijab kabulkan pada 31 Mei 2008.

Aku dan Alimah isteriku juga sebenarnya amat senang dan gembira mendapat cucu yang pertama ini. Sah kami menjadi datuk dan opah sekarang. Ini bukan gelaran buatan insan. Ini anugerah terindah daripada Tuhan. Suatu keistimewaan yang tiada bandingan.











Tok Majid dan Opah Alimah mendoakan yang terbaik untuk Aii. Semoga hidupmu penuh selesa dan kesempurnaan. Semoga kau berbudi bahasa, berhemah tinggi dan berperikemanusiaan. Dan, paling utama Ahmad Iman Iskandar mudah-mudahan sentiasa bertakwa dan teguh beriman . . . sesuai dengan nama yang dengannya engkau dimasyhurkan.

Atuk ju
ga ingin berpesan sambil mengingatkan Aii tentang pengorbanan kedua-dua ibu bapamu sejak awal lagi. Ketika Aii mula berada dalam kandungan, ibumu Mazlyn Hanim terlantar sakit di PPPC selama kira-kira tiga bulan. Tak mahu minum tak larat makan. Doktor kata akibat 'dehydration'.

Bapamu Mohd Rashidi pula perlu menemankan ibumu sehari-harian. Kadangkala tak tentu minum tak tentu makan. Dia terpaksa bergegas ke pejabat dari pusat perubatan dan balik, untuk menunaikan tugas harian.

Bukan senang Ahmad Iman Iskandar. Bila dah besar nanti janganlah
mudah saja kau lupakan!









Berada di Aras 6 Bilik 6H, Aii dan ibunya mendapat khidmat terbaik daripada 'Paediatrician' Dr Anna Padma dan 'Obstetrician' Dr Seri Suniza. Setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua-dua orang doktor tersebut. Ahmad Iman Iskandar sekeluarga aku kira cukup beruntung mendapat bantuan dan sokongan semua ahli keluarga terdekat. Ini termasuk sokongan krew keluarga "tulang empat kerat".






Pak Uda Royhai'zam bersama Aii
Merenung jauh ke hadapan nampak!


Ambil Giliran
Ha, ini pula Mak Uda Anum & Mak Lang
Shafini datang melawat
celebrity kecil!


Semua ahli keluarga terdekat telah datang meraikan hari istimewa ini. Mereka termasuklah yang berpangkat nenda, ayahanda, bonda dan kakanda kepadamu. Rakan, taulan serta sahabat handai yang akrab juga ada bersama.

Tok Ali Endut turut hadir menjenguk cucunya.

Pak Lang Halim tidak ada bersama kerana dia kini bertugas di Riyadh, Arab Saudi.

Nek Ani juga tiada bersama menyambut kelahiranmu. Dia perlu menjaga Rashidah (adik bapamu Mohd Rashidi yang sedang 'berpantang' setelah 'bersalin' di Kaherah, Mesir).

Moyang Maimunah belum berkesempatan menjenguk cicitnya ini. Apapun, semua meraikan kedatangan Aii dengan penuh kesyukuran baik dari jauh atau dekat.



Datang Jua
Besanku Tok Ali pun ada


Tok Ngah Roslan, Nena Foziah
& Mak Su Nadira melayan Aii


Dua Nenek Muda
CT Rohani & Mahanum
turut menjenguk Aii di PCMC


Tok Alang Aziz & Wan Hazlyn
Tak dapat tengok Aii in person,
tengok melalui laptop pun jadilah


Tok Long Basri & Emak Alyn Berbual
Apa yang diceritakan ?













Ramai ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan telah mengalu-alukan kedatangan AHMAD IMAN ISKANDAR. Mereka semua riang dengan kehadiranmu. Terima kasih jua diucapkan kepada mereka semua. Budi anda dikenang.



Akhir kata, Tok Majid dan Opah Alimah ingin mengucapkan untukmu cucu . . . DIRGAHAYU!





















Selamat Datang
AHMAD IMAN ISKANDAR








dsuarang.blogspot.com

6 comments:

Rashidi said...

Ahmad Iman Iskandar ingin mengucapkan Terima Kasih yang tak terhingga kepada semua family members yang mengambil berat dan prihatin selama AII berada dalam kandungan hinggalah ke hari ini...Thank you so much...Cayang Semuanya...I love you all so much.

Special Cayang untuk Tok Majid untuk sajak yang terindah:)

Now, it's time for susu....yummieee

Rashidi said...

Special Cayang untuk Atuk Majid & Opah Alimah dan semua ahli keluarga:) AII (now AII nak minum susu..heheh)

Rb@ssociat3S said...

Ahmad is now @ the scene....not to make a scene...But us as his pakcik & makcik for sure will create a scene to make him to make a scene.
Mesti nak kena "kitai" ni.

Bamuda d' SUARANG said...

Thanks for all the appreciation and encouragement ... dear family members. And now ... let us welcome AII into our 'fold' , to be strong and bold ... kitai mesti kena punya ... baru jadi baik punya member . . .

iLeEna KhaSim said...

Alhamdulillah on the birth of the new family member AHMAD IMAN ISKANDAR.
Firaz has got ANOTHER new cousin now! :) :)
May Allah bless Ahmad with good health,joy,patience,love and iman.
We'll be seeing you again real soon.
Congratulations to the new Atuk & Opah. :)

Bamuda d' SUARANG said...

Thank you Ilena . . . may Allah bless us all too. Sorry for not being at PCMC on the day you & your family came visiting. Appreciate your thoughts.

Nuffnang Ads