Sunday, January 1, 2012

Selagi Tak 5 Haribulan


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


The Lighter Side Of . . .
Haj


["What's exclusively special about the above tag line?", my Muslim convert omputih neighbour asked?]
["You really want to know . . . Let me tell you . . . ", says I . . . the Muslim convert omputih's neighbour.]

Ye le pulak . . . apa le istimewa beno . . . tag line di ateh ni . . . kata kome! Bio le teman cuba cita sikit. Itu pun kalau kome nak dengo le . . .

Selama berada di Mekah teman menghuni bilik No. 0345, Hotel Royal Eiman. Teman sebilik dengan tiga orang lagi sahabat . . . Salleh, Hatta dan Raja (panggilan mesra teman terhadap mereka).



Tuan Hj Salleh Ibrahim dan Pn Hjh Juliah Partono


Dato' Hj Muhammad Hatta Ab Aziz
dan Datin Hjh Zabedah Idris


YM Hj Raja Aman Shah Raja Shahruzz Aman
dan Pn Hjh Che Zainah Abdul Wahid


Penulis dan Pn Hjh Alimah Md Yasin


Kami sejemaah berhasrat menunaikan rukun Islam yang ke-5. Jadi kami buatlah segala yang perlu untuk mencapai hasrat itu. Masing-masing berusaha sedaya upaya untuk mencari keredaan Allah SWT.

Alhamdulillah kami semua dapat melaksanakan segala rukun dan wajib haji dalam masa yang diperuntukkan baik di Makkah, Arafah, Muzdalifah dan Mina. Ketika itu baru bertarikh 12 November 2011. Kami penumpang pesawat KT 70 sesungguhnya punya banyak waktu lapang sebelum berangkat ke Madinah dan seterusnya pulang ke Malaysia. Kami dijadualkan pulang pada 5 hb Disember 2011.


Peminat-peminat bermacam-macam jenis wangi-wangian. YM Hj Raja Aman Shah dan Pn Hjh Che Zainah cuba memborong . . . sebuah kedai bersekali. Sukahati le . . .


Kiri: Datin Hjh Zabedah dan Pn Hjh Alimah pula mencuba taktik pembelian pukal barang-barang kemas. Kanan: Dato' Hj Muhammad Hatta nak confirm yang mana patut atau tak patut borong.


Kiri: OK lah dah boleh borong barang-barang kemas ni. Kanan: sekarang kita cuba pula borong baju/jubah yang ada di kedai ini . . . mungkin begitu kata Pn Hjh Alimah, Datin Hjh Zabedah dan Dato' Muhammad Hatta. Wallahuaklam.


Kami pun berikhtiar menggunakan waktu yang terluang dengan sebaik-baiknya. Kini kami sudah punya waktu untuk benar-benar melihat-lihat kawasan sekeliling. Nampaknya ada banyak shopping mall dan kompleks perniagaan bermacam-macam barangan. Wah apa lagi . . . bershopping sakanlah sahabat-sahabat teman tu (teman pun tak terkecuali!).



Kan teman dah kata . . . Tengok tu Dato' Hj Muhammad Hatta dan Datin Hjh Zabedah dah mula memborong apa-apa yang patut . . . Elok le tu Dato' . . . Biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli!


Kiri: "Kita tunggu sahaja mereka di sini," kata Pn Hjh Che Zainah kpd Pn Hjh Alimah. Kanan: Lepas tu ke sini pulak Pn Hjh Alimah ye. Dah lama shopping . . . terasa nak minum kopi lak . . .


Lepas minum kopi . . . kita ke kedai hiasan dinding dan sejadah serta karpet pula . Elok le tu Pn Hjh Alimah . . .


Asal keluar saja . . . balik nanti pasti masing-masing membawa beg-beg penuh berisi barang hasil belian! Bila bertemu di bilik . . . para sahabat akan saling bertanyakan apa yang dibeli. Ekspresi yang selalu kedengaran ialah:

" Wah shopping lagi nampak . . ."

Jawapan yang tersedia dan sering diberikan pula ialah:

" Selagi Tak 5 Haribulan . . ."



Kesian d poor and orphans ye . . .
THEY WAITE DON"T LATE
Sampai huru hara BI jadinya!


Dan . . . masing-masing pun akan ketawa kerana memahami maksud yang tersirat!

Begitulah keadaannya . . . hinggakan "Selagi Tak 5 Haribulan" menjadi tag line yang popular di kalangan 4 sahabat penghuni bilik No 0345.



Di shopping mall lagi . . . cari apa tu Hjh Alimah? Tak pe . . . kerja haji dah selesai . . . ye tak


Penulis pun kena tag along . . . Ikut aje le . . . dah nasib teman le weh . . .


Alah . . . orang nak belikan anak menantu punya . . . bukan untuk orang lain . . . OK le tu Hjh


Dalam pada itu teman teringat juga akan beberapa tag line atau catchphrase lain yang popular di kalangan penghuni bilik No. 0345:

1. Biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli!
2. It's now or never!

3. Coca, coca, coca!

4. Dah lah teknikal . . . askar pulak tu!
5. Dataran or Rooftop sir?
6. Makan nasi lemak rasa . . .

7. Masuk suku . . . (ttg Adat Perpatih)?

8. Tuan du-it . . . (do it?)

9. Nak pergi melontar . . .


d Shoppe and with Muslim brother Mahmood . . . Bocor juga poket teman kat sini . . .


Wah . . . all smiles Hjh Alimah kat sini ye. Takpe, belilah selagi belum 5 hb Disember . . .


Dah macam nak borong kain satu kedai . . . Hjh . . . Si Towkay ni . . . makin tunjuk banyak jenis kain lagi . . .



Demikian antara kenangan teman bersama sahabat-sahabat yang berkenaan. Cerita 'melontar' versi Hj Salleh tak dapat teman sertakan dengan gambarnya kerana beliau telah pergi 'melontar' siang-siang lagi (maksudnya awal-awal sudah . . . ba!)

Tag line atau catchphrase di atas tadi teman terbitkan semula tanpa meminta izin copyright daripada mereka. Sorry le geng . . .


Kiri: Hjh Alimah bergambar di hadapan kedai yang namanya macam familiar saja . . . Kanan: Dalam kedai jualan madu dan manisan asli . . . serta herba


Kedai menjual madu asli ini special sikit . . . perhatikan . . . ada kata sambutan dalam bahasa Melayu pada pintunya


Kiri: Ha . . . nak cari pakaian untuk cucu-cucu pula. Kanan: Dah dapat pun . . . penuh beg belian nampaknya.


Kiri: Hjh Alimah di hadapan gedung pakaian antarabangsa . . . Kanan: Penulis dengan seorang lagi Muslim brother di sebuah kedai kain lagi. Temankan Hjh Alimah le . . .

Ketika di Madinah pula teman tinggal sebilik (di bilik No. 3030) dengan sahabat-sahabat sejemaah baru. Mereka teman panggil mesra dengan nama Lim (Abdul Halim), Din (Kamarudin) dan Sham (Hishamudin). Mereka masing-masingnya dari Perak, Johor dan Terengganu.



Tuan Hj Abdul Halim Ahmad (kanan)
dan Pn Hjh Noral Saniah Mohd Som


Tuan Hj Kamarudin Abdullah dan Pn Hjh Hapsah Omar


Tuan Hj Mohamad Hishamudin Muda dan Pn Hjh Norziera Ngah


Kami di Madinah selama cukup-cukup 8 hari dan tentulah sibuk memanfaat waktu untuk menunaikan solat fardu 40 rakaat dalam jangka waktu 8 hari yang ada.

Namun kami sempat juga mencuri waktu untuk membeli belah di shopping mall dan di gerai-gerai sekeliling Hotel Movenpick tempat kediaman kami selama di Madinah.

Nak jadi cerita . . . kerana asyik sangat dengan kegiatan membeli belah (punya syok shopping le katakan) maka ramai antara sahabat-sahabat teman itu mungkin 'terlupa' akan had maksimum berat bagasi yang dibenarkan dibawa dalam pesawat untuk pulang ke Malaysia kelak.

Apa nak dikata . . . dah terbeli terlalu banyak barangan . . . maka berat kandungan bagasi pun meningkat . . . hah, hah, ah le!

Timbang punya timbang (sampai putus alat penimbang milik Hisham!) . . . berat bagasi masing-masing sudah melampaui berat yang dibenarkan. Maka semua sahabat teman pun berikhtiar mengurangkan isian beg masing-masing-

Din , Lim dan Sham berikhtiar memindahkan barang-barang belian mereka dari satu beg ke beg yang lain. Hand carry aje lah . . . itu atau ini. Tak kena juga. Beli beg tambahan . Tinggal beg lama yang dah koyak . . . dan macam-macam cara lagi.


Keluar masuk ubah beg sana dan sini. Timbang semula (Halim beli alat timbang spring balance baru untuk tujuan itu?) . . . pun tak dapat solve the problem. Ha tak apa le . . . akhirnya . . . sedia sahaja wang untuk bayar excess baggage!

Ada antara sahabat-sahabat teman tu yang berhadapan dengan kemungkinan kena bayar dari SR 200 hingga SR 700. Tak apalah asalkan puas hati. Nanti . . . dapat le bagi buah tangan kepada saudara mara di Malaysia.


Tiba-tiba di airport Madinah . . . tiada langsung diperiksa muatan bagasi setiap ahli jemaah yang menyertai rombongan KT 70. Syukur tak kena bayar apa-apa pun . . . Namun, ada juga keluhan di kalangan para jemaah . . . begini:

" Kalau tau macam ni . . . menyesal tak bawa . . . banyak barang lagi."

Alahai kawan-kawan . . . agak-agak le sikit . . . dah Tuhan mudahkan begitu . . . Terima aja lah . . dengan ucapan . . . Alhamdulillah.


Katakan baru sahaja selesai menunaikan rukun Islam Ke-5. Katakan mahukan haji yang mabrur!

[All's well that ends well]. Wallahuaklam.



dsuarang.blogspot.com