Thursday, February 17, 2011

Berpantang Maut Sebelum Ajal



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Kebesaran Kuasa Allah SWT



Apa sahaja yang dikehendaki-NYA terjadi . . . pasti terjadi. Begitu maha besarnya kuasa Allah SWT.





{Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu benda, hanyalah ia berfirman kepada hakikat sesuatu itu: " Jadilah engkau!" maka terus benda itu menjadi.}



Sudah banyak bukti kejadian dipertontonkan kepada kita hamba yang kerdil di muka dunia yang fana ini. Seharusnya kita ambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa yang amat luar biasa begini . . . dan kita jadikan panduan untuk hidup dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran .

Aku memulakan penulisan ini dengan nada sedemikian kerana aku sendiri telah melihat banyak kejadian 'aneh' berlaku tanpa diduga. Aku dan isteriku Alimah pernah punya pengalaman tersendiri dalam perkara yang pada pemikiran biasa pasti dianggap 'mustahil' boleh berlaku. Biarlah ia berlalu. Allah SWT sahaja yang maha mengetahui.

Kalau hendak ditimbang-timbangkan dari segi logik . . . banyak perkara atau kejadian yang 'aneh' atau 'pelik' . . . tidak mungkin boleh terjadi dalam gaya hidup yang makin serba canggih di muka bumi ini. Namun ia tetap berlaku. Mengapa demikian? Jawapannya jelas seperti di atas. Sudah terang lagi bersuluh.

Apapun, aku ingin memaparkan secebis kisah tentang kebesaran kuasa Ilahi. Kisah 'Berpantang Maut Sebelum Ajal.' Kisah Lt Muda Basri Omar {kini Lt Kol (B) Hj Basri bin Hj Omar} yang diberitakan terkorban dalam misi membersihkan kawasan sempadan Malaysia-Thailand daripada angkara bahaya jerangkap samar / periuk api akibat kedurjanaan musuh negara. Peristiwa yang dimaksudkan berlaku pada 25 April 1976.





Keratan Akhbar Utusan Melayu 03 Jun 1976



Basri terkena ledakan jerangkap samar / periuk api ketika bertugas membersihkan jerangkap samar / periuk api daripada kawasan hutan berbukit bukau dan berterowong buatan manusia di sekitar kawasan Gubir di Kedah. Beliau diberitakan meninggal dunia di hospital Pulau Pinang kerana kehilangan banyak darah akibat terkena jerangkap samar/periuk api yang dipasang pengganas komunis dalam sebuah terowong.

Apabila mendapat berita itu . . . keluarga isteriku (Alimah Md Yasin) di Bukit Sebang, Melaka tentu sahaja berasa amat terkejut dan sugul. Maklum . . . Basri adalah kawan karib adik iparku Aziz . . . juga seorang pegawai tentera ketika itu . . . (kini Mejar (B) Hj Aziz bin Hj Yasin).

Lagipun Basri telah mengenali . . . malah amat mesra dengan hampir semua ahli famili Yasin Ahmad dan Maimunah Mahat (bapa dan ibu mertuaku). Basri yang masih bujang ketika itu juga sudah menjadi kenalan mesra aku.



Keratan Akhbar Berita Harian 02 Jun 1976


Sebaik sahaja menerima berita buruk itu, ibu dan bapa mertuaku pantas mengadakan majlis tahlil arwah untuk Basri pada malamnya di rumah mereka di Bukit Sebang. Itulah yang dapat mereka lakukan. Itulah tanda simpati mereka terhadap keluarga Basri yang diselubungi keadaan pilu di utara tanah air pada waktu itu. Itulah tanda kasih sesama insan.
Namun . . . andai belum sampai ketika dikehendaki-NYA . . . sesuatu perkara yang sudah difikirkan pasti pun akan tersilap di mana-mana. Rupa-rupanya Basri masih hidup walaupun dengan kecederaan yang amat parah akibat ledakan bom jerangkap samar / periuk api itu.

Alhamdulillah . . . Basri selamat. {"Nasib baik Basri hanya cedera parah." Orang kita sering membuat ungkapan positif dalam hal-hal semacam ini. Begitulah . . . sudah menjadi seperti satu norm dalam komuniti kita . . . sudah musibah pun masih dikatakan bernasib baik!}




Keratan Warta Tentera Malaysia Jun 1976


Tentu ada hikmahnya perkara ini terjadi . . . fikirku. Mesti ada kebaikannya Allah mahukan Basri terus hidup. Dan . . . {over the years bak kata jiran omputih aku yang kadang-kadang terlalu prihatin sampai tahap terover} aku dapat memerhatikan bahawa beliau menjadi tonggak yang mengasaskan kebangkitan dan kemajuan keluarganya dari masa ke masa!

Basri pula ada bercerita tentang Allahyarham ayahandanya Tuan Hj Omar bin Hj Ismail yang pernah berpesan kepada beliau lama dahulu . . . Bunyi pesanannya kira-kira begini:

"Bagilah mengaji anak-anak dengan baik . . ."

Betapa sesuainya pesanan itu walaupun telah diperkatakan lama dahulu. Maka aku cenderung untuk membuat kesimpulan mudah bahawa ini merupakan salah satu sebab Basri dipanjangkan usia oleh Allah SWT . . . untuk memikul dan melaksanakan amanah menjaga keluarganya dengan sesempurna mungkin . . . pada masa 'muka' dalam kehidupannya. Wallahuaklam.













dsuarang .blogspot.com

Friday, February 11, 2011

Basri PGB




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Sojar Tegar


Andai dipisah, lagu dan irama . . . lemah tiada berjiwa, hampa.

Demikian boleh diibaratkan kepada seorang hamba Allah bernama Basri Omar. Beliau yang pada hujung kerjaya utamanya bersara sebagai Lt Kol (B) Hj Basri bin Hj Omar memang tidak boleh dipisahkan daripada warna warni ketenteraan.





Nostalgia Zaman Kadet


Basri memang tegar sebagai seorang soldadu. Kalau orang dulu-dulu kata 'sojar tegar'. Hidup matinya atas semangat ketenteraan. Itu tidak dinafikan. Basri sudah menempuh berbagai rintangan sepanjang menjalankan tanggung jawab sebagai anggota tentera yang berani dan setia khasnya sebagai pegawai dalam unit Rejimen Askar Jurutera Diraja Malaysia.







Ibu bapa dan sanak saudara turut gembira atas kejayaan anak masing-masing




Selesai Peristiwa 'Passing Out'


Penulis yang telah mengenali Basri sejak zaman bujangnya pada awal tahun-tahun 1970-an tidak mahu sangat memfokus kepada kewibawaanya sebagai seorang askar yang penyudahnya terbukti cemerlang dengan penganugerahan Pingat Gagah Berani (PGB) kerana jasa dan keberaniannya menentang musuh negara.



Saat paling bermakna
Penganugerahan PGB



Surat Keramat

Namun . . . oleh kerana jasanya terhadap negara yang tercinta terlalu besar . . . maka tidak dapat tiada . . . jasa dan bakti itu tetap akan timbul diperbincangkan bersekali apabila kita menyentuh tentang Basri bin Omar.


Berbagai peristiwa kenangan








Orang ramai memang sudah dimaklumkan akan hal ini. Sudah terpampang di dada berbagai akhbar tentang kewibawaan Basri sebagai seorang pegawai tentera khususnya pakar bom. Basri juga sering diundang menyertai berbagai program berkaitan bidang ketenteraan di televisyen. Temu ramah dalam berbagai majalah tempatan juga menjadi bukti penghargaan terhadap bakti yang telah dicurahkan Basri kepada negara.





Keratan akhbar tempatan ttg aktiviti ketenteraan Basri


Sekarang penulis lebih teruja mengetengahkan Basri sebagai seorang 'preman' biasa. Penulis ingin melupakan seketika Basri yang sebahagian besar hidupnya dipengaruhi amalan ketenteraan yang tebal. Penulis ingin menampakkan Basri sebagai orang yang punya perasaan seni dan berjiwa sentimental.


Kenapa? Mudah jawapannya. Walau pun beliau akan sentiasa berjiwa askar . . . Basri tidak semestinya tidak boleh memiliki perasaan halus. Basri tidak semestinya tidak boleh menyimpan perasaan yang sentimental. Pendeknya . . . bukankah Basri masih seorang insan biasa?


LT Kol (B) Basri Omar

Maka melalui penulisan berikutnya (dalam blog ini), penulis akan cuba menyingkap sifat-sifat 'kemanusiaan' dan ciri-ciri 'keihsanan' dalam diri Basri bin Omar. Realitinya . . . Basri seorang anak 'bendang' yang bercita-cita tinggi dan telah berusaha sedaya upaya untuk berjaya.

Buat permulaan biarlah penulis terakan sedikit pandangan peribadi. Basri sudah penulis sekeluarga anggap sebagai rakan, taulan, kawan, sahabat, saudara dan adik-beradik. {All-in-One . . . bak kata jiran omputih aku tu!}

Paling penting . . . beliau adalah seorang ahli keluarga yang sangat mesra dan dikasihi.


Sebelum menyambung lagi penulisan tentang Basri bin Omar (dalam episod lain kelak) . . . penulis berhajat memaparkan sebuah puisi yang pernah penulis abadikan untuknya dahulu . . . buat tatapan sesiapa yang sudi.

Berasaskan 'pemerhatian' ini sekurang-kurangnya akan terbentuk suatu pandangan 'munasabah' terhadap insan yang difokuskan:


Suatu Pengamatan


Lalu . . . dia pun menoleh sebentar
terbayang era persekolahan dan zaman dia membesar:

Keperibadiannya digilap selaras budaya STAR
orang tuanya berdoa saban malam dan siang
lantaran inginkan anak mereka cemerlang . . .

Berkat doa itu dan dengan kegigihannya sendiri
anak kelahiran bumi jelapang padi ini
sentiasa bijak melaksanakan amanah yang diberi
rata dunia dijelajahi meraih pengalaman sebagai perwira
iltizamnya menjulang tinggi, semangatnya marak menyala . . .

Organisasi dirinya yang mantap dan baktinya yang luhur
menyebabkan diiktiraf keberaniannya yang tersohor
anugerah PGB daripada pemerintah menjadi bukti
rahmat daripada Allah pula sentiasa mengiringi!

AMB 22.05.2005


Kita take-a-break di sini. Insya-Allah penulisan tentang Basri Omar kita sambung . . . dalam episod . . . tidak berapa lama lagi . . . {Coming Soon . . . kata jiran omputih teman}. Tunggu . . .











dsuarang.blogspot.com

Thursday, February 10, 2011

SFC


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Bukan Kelab Bola Sepak


Setiap kali para peminat bola sepak mendengar sebutan berhujungkan FC . . . mereka sering terus membayangkan sesebuah Football Club. Contohnya . . . MUFC = Manchester United Football Club, BFC = Barcelona Football Club, PJFC = Pelita Jaya Football Club, KLFC = Kuala Lumpur Football Club, UKFC = Ulu Kelang Football Club . . . KFC saja yang lain sikit . KFC = Ayam For All Club (Kentucky Fried Chicken) he, he.

Judul artikel ini . . . SFC . . . tidak berkaitan langsung dengan Football Club. SFC lebih merupakan sebuah Fan Club. Kelab Penggemar atau Kelab Peminat sesuatu le.



Peragaan songkok kali pertama oleh Aii. Si model ini baru berpengalaman 6 bulan ketika memperagakan songkoknya itu. Peragaan bertemakan "kulop". Berkesan . Syabas Aii.




SFC . . . Songkok Fan Club . . . baru kira-kira setahun ditubuhkan tapi sudah mulai ada ramai pengikut . . . SFC merupakan associated Club kepada d' SUARANG dan juga d' SURAUs dan d' MASJIDs sekitar daerahnya.




Peragaan songkok . . . malah berbusana baju Melayu Teluk Belanga. Peragaan berlaku beberapa minggu menjelang HR Aidilfitri 2010. Modelnya si Aii juga le . . . Berjaya dilakukan kerana Aii telah semakin berpengalaman. He, he . . . sukanya.





Penaja kelab bersyukur . . . sambutan dan sokongan terus menampakkan tanda-tanda kemajuan yang menggalakkan. Kemajuan ketara terlihat apabila azan berkumandang di udara. Aktiviti kelab cukup giat dan aktif pada waktu-waktu begitu. Alhamdulillah.



2 Model Cilik : Uim di kiri & Aii di kanan





Ada model baru membantu Aii sekarang. Uim tu le. Uim baru ada 6 bulan pengalaman. Tak apa . . . belajarlah daripada mereka yang lebih senior dan mereka yang telah berjaya. Semua peragaan terbaru berlangsung di Country Heights, Kajang.



Kiri : Ahmad Iman Iskandar (Aii) & Kanan: Umar Ilham Majid (Uim)



Dua orang model bersaudara. Umar di kiri dan Ahmad di kanan. "Both handsome lads . . . each in their own way," says my omputih neighbour tu le. Besabo je engkau orang yang bersongkok bagai ni . . .


Peragaan songkok terbaru oleh model-model (peragawan?) SFC berlangsung di Country Heights, Kajang pada Ahad 6 Februari 2011. Ramai penggemar songkok dari bandaraya KL datang memeriahkan majlis.



Hooray . . . hooray. Kami datang beri sokongan!



Mereka tidak kecewa. Mereka dapat menyaksikan bakat si Aii yang sudah berpengalaman setahun itu memperagakan songkok dengan gayanya yang tersendiri. Aii dibantu dengan berkesan sekali ole si Uim model baru berpengalaman 6 bulan! Wah wah . . . tepat sekali . . . kecil-kecil cili padi!


Dua sepupu memakai songkok
dengan gaya mereka masing-masing

Mamak: "ooi . . .
handsome Along ni pakai songkok . . ."


Mamak: "songkok atuk M ke?
Along: "tak le . . . yang kulop dulu atuk M punya
yang ni Along punya sendiri . . ."
Mamak: "itu pasal macam OK . . . kulop sikit aje ."


Andainya si Amb, seorang lagi model yang sedang meningkat naik {an up and rising model kata (siapa lagi) jiran omputih teman tu le} dapat turut sama memperagakan songkok dalam majlis tempoh hari . . . sudah tentu bertambah meriah (& kecoh?) majlis tersebut.


Depan:
dari kiri: Umar & Ahmad

Belakang:
Helmy &
Rashidi


Malangnya, pada hari itu . . . si Amb dah ikat contract buat show kat tempat lain. Kat Ukay Perdana. Next time aje le Amb . . . OK.



Penyokong SFC berkumpul ramai di Country Heights, Kajang untuk majlis peragaan songkok oleh model-model yang up and rising tu. Lihatlah betapa penyokong SFC mengerumuni 2 model tu . . . si Aii & si Uim le . . . siapa lagi. Aii & Uim pun apa lagi . . . bagai bajak wangkang makan berangkat le . . . he,he. Kalau orang kampung dak Limah kata . . . Tak suman-suman jadi eh . . .



Jika ada mana-mana pihak yang berminat menyertai atau menyokong SFC (Songkok Fan Club) yang diasaskan pihak d' SUARANG . . . sila nyatakan hasrat yang murni itu melalui ruang 'comment' yang tersedia pada akhir artikel ini. Sertakanlah juga foto berkaitan gaya dan penampilan para penggemar songkok. Baru betul jadi member SFC.Hingga bertemu di lain lembaran . . . hidup SFC.







dah bujang cucuku
dsuarang.blogspot.com

0 comments:

Nuffnang Ads