Sunday, September 1, 2013

Ke Bukit Jackie Chan






Assalamualaikum danSelamat Sejahtera



Selepas 9 Tahun



Dari masa ke masa tempat ini dilawati pengunjung. Dari waktu ke waktu bukit ini didatangi pelawat. Tempat ini boleh digolongkan termasuk dalam kategori destinasi kegemaran para pelancong ke Aceh khususnya selepas bencana tsunami yang melanda provinsi ini. 











Projek Bukit Jackie Chan ini merupakan usaha kerjasama kemanusiaan antara negara China dan Indonesia dalam menyediakan petempatan semula kepada mangsa-mangsa tsunami Aceh 2004.













Jackie Chan . . . artis Hong Kong yang tersohor itu merupakan penyumbang utama dalam membolehkan projek ini dijayakan. Beliau mendermakan begitu banyak wang hingga terbina sebuah perkampungan yang selesa . . . siap dengan prasarananya bersekali . . . untuk kemudahan mangsa-mangsa tsunami tadi.
























































Sekarang . . . setelah sembilan tahun peristiwa yang mengerikan itu berlalu . . . ramai pelancong yang berkunjung ke bukit ini telah menunjukkan rasa kurang senang dengan keadaan perkampungan tersebut.

















Ada yang dengan lantang mempersoalkan sama ada berkesan, berfaedah atau 'berbaloi' bantuan yang telah dihulurkan Jackie Chan itu.





















Persoalan ini timbul kerana dapat dilihat dengan jelasnya (oleh sesiapa prihatin dan yang memerhatikan dengan teliti keadaan di sekitar perkampungan ini) segala kerosakan yang terjadi kepada bangunan dan perkarangannya  . . . jalan, padang permainan dan prasarana lain. 














Kejelekan akibat kerosakan yang telah berlaku itu pula dibiarkan begitu sahaja. Peliknya . . . banyak rumah yang ada di sini tidak lagi didiami penghuni asalnya seperti yang diperuntukkan dahulu.




















Sebaliknya banyak haiwan seperti lembu dan anjing yang berkeliaran di situ. Ke mana hilangnya manusia yang berkenaan? Tuhan saja yang maha mengetahui. 

Sebenarnya hasrat pihak yang  menyumbang menghulurkan bantuan itu amat mulia. Tapi . . . bagaimana pula niat dan tujuan si penerima?

 Apakah wajar dipersia-siakan bantuan yang telah diberikan orang? Bukankah itu pembaziran namanya. Bukankah sikap sedemikian tidak diredai Allah SWT? 

Tidakkah pihak yang berwajib dapat melakukan sesuatu berhubung perkara ini? 

Mampukah penghuni asal perkampungan yang telah disediakan ini membangunkan semula tempat ini dengan sewajarnya?

Mudah-mudahan jawapan-jawapan kepada setiap persoalan ini . . . boleh, boleh dan boleh! 





bamuda
dsuarang.blogspot.com