Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Hari Konvokesyen Roy
Setelah selesai segala perjalanan Istiadat Konvokesyen di dalam Dewan Tunku Canselor (DTC) menjelang waktu tengah hari . . . Royhai'zam Basri (Roy) disambut meriah dan diraikan pula di luar DTC.
Ahli keluarga, sanak saudara serta rakan dan taulan turut gembira dan bersyukur di atas kejayaan Roy mendapat Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM) yang baru sahaja diisytiharkan sebentar tadi. Alhamdulillah.
Suasana di luar DTC sungguh ceria dengan setiap penerima ijazah dikelilingi kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang hadir untuk menyampaikan ucapan tahniah, penghargaan dsb. kepada mereka secara langsung.
Pengambilan gambar di pekarangan sekitar DTC sudah menjadi semacam suatu kemestian di kalangan para pelajar universiti ini khususnya mereka yang baru menerima ijazah masing-masing.
Pada hemat penulis ini suatu amalan yang baik . . . paling tidak untuk merakamkan sesuatu kenangan yang boleh juga dijadikan rangsangan semangat dalam mengejar ilmu dan cita-cita di kalangan anggota komuniti / masyarakat kita.
{Catatan penulis:
Roy dan Anum mempunyai dua oarang cahaya mata iaitu Ajim dan Aish. Seorang extra tu anak saudara mereka Amad. Dalam foto-foto berikut ada kesemuanya lima pelaku . . . termasuklah Amad yang suka 'menebeng' . . . hehe hmm.}
All said and done . . . In sha Allah banyak lagi kejayaan nescaya mampu kita capai pada masa muka andainya kita semua sama-sama saling mendoakan dan membantu satu sama lain dalam usaha ke arah meraih kejayaan lebih cemerlang yang diharapkan.
Internet expert says:
"I agree Atuk . . . I'll walk d talk,
say what I do and do what I say!"
bamuda
dsuarang.blogspot.com