Monday, September 17, 2012

Sepupuku Terima Menantu


SATURDAY, 15 SEPTEMBER 2012





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Nolie Sepupuku Nasab Bapa


Kuasa Allah swt terbukti sentiasa menentukan segala-galanya. Peristiwa ini berlaku ke atas diriku pada hari Ahad 9 September 2012 yang baru berlalu.

Pada hari tersebut aku dan isteriku Alimah dijemput sepupuku nasab bapa . . . Normala Mohd Nadzar (Nolie) . . . ke acara akad nikah disusuli majlis perkahwinan anak lelakinya Badi'uzzaman Muhammad dengan Raja Noor Etika Saad.

[Selamat pengantin baru diucapkan kepada pasangan pengantin. Semoga berpanjangan kasih hingga ke akhir hayat. Amin.] 




Pengantin Perempuan
Raja Noor Etika Saad





Pengantin Lelaki
Badi'uzzaman Muhammad


Kami berdua pun hadir dalam majlis yang berkenaan sebagai menghormati undangan Nolie dan suaminya YB Muhammad. 

Sesungguhnya sudah begitu lama aku tidak bersua muka dengan mereka ini! 

Tentunya perasaanku tersentuh apabila Nolie tidak lupa mengundang aku menyertai rombongannya ke majlis pada hari yang berkenaan. 

Nolie adalah anak kelima dalam keluarga Pak Udaku Tuan Hj Mohd Nadzar Mohd Shariff dan Mak Uda Hjh Zaleha Jamil. 

Aku menyebut tentang kekuasaan Allah swt di atas tadi kerana aku yang pada mulanya menyertai majlis akad nikah itu hanya sebagai salah seorang ahli keluarga sebelah pengantin lelaki . . . tiba-tiba diangkat sebagai saksi untuk Badi'uzzaman dalam acara akad nikahnya.






Tidak langsung terlintas di mindaku bahawa Nolie yang pernah hadir dalam majlis perkahwinanku pada tahun 1974 dahulu . . . (ketika itu beliau masih anak kecil) . . . akan menerima pula kehadiranku sebagai saksi akad nikah anak sulungnya sekarang pada tahun 2012 . . . tanpa diatur  sebarang perancangan atau persediaan terdahulu untuk peristiwa ini! 

Walaupun peristiwa ini mungkin kecil sahaja di mata sesetengah orang . . . namun bagiku ada hikmah di sebalik kejadian tersebut. Ia jelas menampakkan keeratan pertalian silaturahim antara kami . . . keikhlasan persaudaraan atas dasar menghargai satu sama lain. 

Syukur kepada Allah . . . dan terima kasih Nolie serta Muhammad . . . kerana membolehkan peristiwa ini tercipta. 

Si Omputih jiranku terus sahaja membuat terkaan, "Well bro . . . for you to write this way . . . she must be a favourite cousin of yours."

. . .  dan aku membenarkan terkaan jiranku itu: 

"Yeah bro . . . you got it right. Nolie is indeed my favourite cousin!" 



  


Nolie (tengah) diapit Mak Anjang Maryam
 dan Kak Uda Alimah serta dua orang puterinya 






Nolie bersama ahli-ahli keluarga termasuk adinda beliau
Zulkifli Mohd Nadzar (Joey, berbaju kuning) dan ayahandanya 
Mohd Nadzar Mohd Shariff (berbaju hijau)






Dari kiri: 
Umi, Pak Anjang Lokman, Pak Uda Mohd Nadzar,
 Penulis, Badi', Mokhtar, Muhammad






Dari kiri:
Pak Anjang Lokman, Pak Uda Mohd Nadzar,
 Penulis, Joey, Mokhtar, Muhammad






Santai di luar . . . ketika menunggu majlis bermula






Datuk, Menantu, Cucu
Pak Uda Mohd Nadzar, Siti Salmah Sadri, puteri Nolie
























Cit-cat dulu sebelum majlis . . . dah lama tak jumpa . . .





Dr Feridah Mohd Nadzar bersama puteri-puteri dan Alimah





Caught in the act . . . 
Muhammad Aizat Saiful sibuk sebagai juru rakam peristiwa 












Fuziah Mohd Nadzar (berbusana serba hitam) duduk sabar
dengan hadirin lain mengikuti perjalanan majlis.





Alhamdulillah . . . majlis dah pun selesai dengan selamatnya.





Apa-apa pun makan jangan miss . . . 




Dari kiri:
Alimah, Nolie, Muhammad, Umi




Dari kiri:
Umi, Pak Uda Mohd Nadzar, Saiful Isa
















Dari kiri:
Pak Anjang Lokman, Mak Anjang Maryam, Alimah




[Berikut . . . beberapa keping foto lama yang dirujuk Penulis . . . Imej yang terakam di sini kelihatan hebat-hebat belaka. Siapa lagi nak 'angkat' . . . kalau bukan kita . . .  ya tak . . . he, he.]





Nolie berdiri nombor tiga dari kanan di barisan belakang sekali. 
Paparan wajah adik beradik serta sepupu dan ipar lamai penulis.
Kenalkah kome akan setiap individu dalam foto ini? Hmm , hmm 






Itulah Nolie . . .  berbaju putih di belakang . . . 
yang lain tu mesti kome kenal punya . . . 






Ha . . . teman le yang bersanding tu! Cam kan? 
Nolie kat depan (memegang budak kecik) . . .  
tekalah siapa . . . bukan susah beno . . .  




Wassalam.
 Hingga berjumpa lagi.




Bamuda
dsuarang.blogspot.com