Assalamualaikum
dan salam sejahtera
[Semoga kita sentiasa menghargai erti
‘realiti’ dan ‘liabiliti’ dalam hidup ini.]
Kadangkala
Kadangkala
kita
lupa menghargai
sesuatu
yang kita ada
selagi
ia masih di sisi
selagi
ia kita miliki;
Kadangkala
kita
leka mensia-siakan
anugerah
dan pemberian
kerana
kurang pengertian;
Kadang kala
kita
tidak berterima kasih
kepada
mereka yang berbudi
sehingga
mereka dah tiada lagi;
Kadangkala
kita
tidak peduli sangat
tentang
kebajikan dan kemanusiaan
sudah
terhakis rasa keihsanan;
Kadangkala
kita
tidak ikhlas dan suci hati
terhadap
mereka yang …
membimbing
menasihati
mengambil
berat
memahami
menyayangi;
Kadangkala
kita
mudah terlajak kata
mudah
terlanjur aksi
lupa
tatasusila
lupa
diri;
Paling
dahsyat
kita
selalu alpa
mensyukuri
nikmat kurniaan Ilahi!
Aduhai
jangan
nanti
dah
tiada baru terasa
dah
tinggal baru menyesal
dah
hilang baru walang
dah
berpisah baru gundah
dah
habis baru menangis!
Amb 24 Julai 2009
Bamuda
dsuarang.blogspot.com