Thursday, August 16, 2012

Any Where U Dare


TUESDAY, 14 AUGUST 2012





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


A Tale Of Two Novice (s)
[Episode Wed 4 April 2012]


Amb: Ke mana kita bro?

Aii: Entah bro . . . we just follow.














Aii: But before doing so . . . let's isi perut dulu

Amb: K lah . . . I pun fikir begitu.











Amb: Lazat ke bro . . . I mean d' menu?

Aii: Sure thing bro . . . tak kan I nak bohong you.















Opah: Nah . . . try ni . . . 

Amb: Terangkat bro Amad . . . Opah suapkan

Aii: Memang hebat bro . . . katakan our Granny . . . 

Opah: Makan aje le . . . jangan banyak itu ini . . . 

Aii n Amb: A thousand thanks . . .  Opah kami . . .  yang baik hati















Aii: Ha kita dah pun tiba . . . 

Amb: Kat mana?

Aii: Tak tau baca?
















Amb: Apa tu . . .  Mahkamah Melaka?

Aii: Court le . . . tempat bicara

Amb: Oh . . . Mak Lyn ada hearing rupanya . . .














Mak Lyn: Tugas dah selesai . . . boleh relaks jap

Opah: Eloklah . . . dua budak ni pun . . . dah nampak fed up














Amb: Tak le  . . . OK aje kalau ada makan lepas ni . . .

Aii: Ha ah . . . janji kedai makan kita cari

Atuk: Jom . . . apa tunggu lagi!







Opah: Ayuh . . . ambil foto cepat . . . kita gerak cari tempat

Aii: Opah . . . bunyi macam ops gerak kilat!







Ini baru betul. Baru seronok berombongan . . .




 


Baru macam . . . jalan-jalan cari makan . . .







Tapi . . . mana order kita tadi? Tak sampai-sampai lagi?

Sabar bro . . . urut dada . . .







Berkat sabar . . . makanan terhidang di atas meja . . . Apa lagi bro, makanlah saja . . . 

Nampaknya . . . Mak Lyn dah pun mula 






Tapi . . . kenapa bro ni garu kepala?







Oh helah buka jalan rupanya . . .  nak pujuk Mak Lyn dan Opah ke kedai serbanika . . .

He, he . . . dah dapat bola . . . kedua-dua bro ni teramatlah sukanya . . .

Otak geliga!






Sekianlah sahaja . . . 
Insya Allah kita berjumpa lagi lain kali!





Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Tuesday, August 14, 2012

Bila Ramadan Bertandang Lagi


SUNDAY, 12 AUGUST 2012





Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera


Malam Ribuan Rahmat 


Suatu pertemuan keluarga telah diadakan di d'SUARANG pada malam Sabtu 11 Ogos 2012 bersamaan 22 Ramadan 1433 H.  

Seperti pada tahun-tahun lampau . . . ahli-ahli keluarga berkumpul untuk sama-sama mengisi tempoh menjelang penghujung Ramadhan al-mubarak dengan amal ibadat yang diharap mendapat keredaan Allah swt.

Majlis bermula dengan acara berbuka puasa. Semua ahli keluarga yang hadir memeriahkan majlis.  

Acara solat berjemaah fardu Maghrib dan Isyak serta solat sunat Tarawih kemudiannya dilaksanakan di bawah pimpinan Tuan Hj Baharuddin Osman, Tuan Hj Lokman Mohd Shariff dan Tuan Hj Mohd Suhaimi Baharuddin. 













Setelah selesai segala acara solat berjemaah . . . Tuan Hj Lokman dan Tuan Hj Baharuddin sudi pula memimpin majlis tahlil dan acara doa selamat.


















    





Sambil itu . . . para hadirin mengharapkan akan wujud silaturahim yang erat dan penuh erti di antara dan di kalangan ahli-ahli dalam keluarga besar ini . . . keluarga Mohd Shariff, Mohd Said dan Konah.  
































Ya Allah . . . kami bersyukur . . .  majlis ini dapat jua dilangsungkan dengan teratur dan lancar. Mudah-mudahan . . .  lambat laun . . . akan terjelma keberhasilan daripada setiap usaha yang dilakukan dengan sedemikian ikhlas. Amin.
































































































































Demikian antara aktiviti beramal ibadat yang dilakukan ahli-ahli keluarga ini pada malam ribuan rahmat di bulan Ramadan al-mubarak . . . semata-mata kerana Allah swt.





































Alhamdulillah . . . itulah sahaja yang mampu kami ucapkan . . . setelah segala acara dapat kami laksanakan tanpa sebarang rintangan atau halangan.
















Semoga kita dapat bertemu lagi dalam keadaan sihat walafiat di majlis-majlis sebegini rupa pada masa-masa hadapan. Amin.





Bamuda
dsuarang.blogspot.com