Saturday, February 13, 2010

JAMIL & GHAZ di d'SUARANG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Bersama Saudara Sezaman 'MBH'
di Hujung Minggu

Berturut-turut Ahad pada minggu-minggu yang lepas . . . dua orang sahabat karibku sejak zaman Asrama Putera (Kuala Lumpur) dahulu . . . menjenguk kami sekeluarga di rumah. Tuan Hj Mat Sani(n) @ Jamil dan isterinya Pn Hjh Azizah datang berkunjung pada Januari 31 manakala Tuan Hj Ghazali dan isterinya Pn Hjh Faizah berkunjung pada Februari 07. Ghaz dan isteri ditemani Cikgu Zaharah (Ibu Ghaz) serta anak 'angkatnya' Wan Hasren bin Wan Mohd dan isterinya Amizara Shahriza bt Zainuddin (mereka ini pasangan pengantin baru). Wan Hasren dan Amizara Shahriza datang dari Dungun, Terengganu.


[Ghazali, Penulis dan Jamil ketika berstatus pelajar --> perasan bergaya di pekarangan MBH Kuala Lumpur, 1960an]


Ahad, 31 Januari 2010


Kunjungan Jamil ke d'SUARANG berlaku secara spontan. Jamil dan Azizah pergi sarapan di kedai 'mamak' di Kajang seperti yang biasa mereka lakukan (katanya makan 'tose'). Selepas itu mereka terus sahaja menghala ke Kuala Lumpur hingga sampai di rumahku. Mereka menemui cucu pertamaku Ahmad Iman Iskandar (in person) di sini pagi itu. Tetapi aku kira yang sebenarnya bertuah dalam hal ini ialah AII. Bukan senang nak bertemu kawan Atuk yang ini . . . Atuk sendiri hanya baru-baru ini sahaja dapat berjumpa dengannya . . selepas tempoh kira-kira 40 tahun berpisah. Menurut Jamil anak-anaknya juga sepatutnya ada bersama. Tetapi, apa nak dikata . . . mereka belum siap sedia agaknya untuk mengikut ibu bapa mereka ke rumahku . . . Tak apalah lain kali saja ... Terima kasih Jamil dan Azizah . . . bukan kerana membawa hadiah ketika berkunjung tetapi kerana berusaha 'membawa' diri anda ke rumahku!



{Klik pada foto utk imej lebih besar}


{Klik pada foto utk imej lebih besar}


{Klik pada foto utk imej lebih besar}


{Klik pada foto utk imej lebih besar}

[Nek Azizah (pangku AII), Atuk Jamil]



Ahad, 7 Februari 2010

Ghaz dan Faizah pula memang hendak berkunjung ke rumahku pada hari itu. Secara kebetulan Wan Hasren, anak 'angkat' Ghaz dari Dungun, Terengganu pula memang hendak membawa Ghaz bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa KL. Tujuannya hendak membolehkan Ghaz menikmati suasana lapang dan nyaman di luar setelah lama 'berkurung' di rumah kerana keuzuran. Lagipun, Wan telah aku jadualkan untuk bertemu dengan anak buahku Asyraf Pauzi (seorang pensyarah by profession dan kini sedang meningkat maju sebagai jurukamera 'pro') bagi tujuan urusan tempahan album gambar perkahwinannya yang baru berlangsung di Terengganu.

Bagaimanapun exercise yang cuba diaturkan untuk Ghaz itu tidak terlaksana.Taman Tasik Titiwangsa penuh dibanjiri manusia yang berkunjung ke sana. Susah hendak bergerak si Ghaz itu dibuatnya . . . walaupun Ghaz hanya perlu duduk di kerusi roda! Mereka berlima lantas ke d'SUARANG. Terima kasih Ghazali. Sampai juga kau ke d'SUARANG walaupun dalam keadaan yang bukan senang...



[asyik nampak Faizah ...] [Ghazali 'call' Faizah ke?]

{Ghaz dan Penulis membelek album contoh }


Apapun Wan Hasren . . . terima kasih daun keladi juga kepada anda berdua kerana berusaha membawa sahabat karib Pakcik yang sedang beransur pulih itu bersiar-siar. Dan, paling Pakcik hargai Wan sanggup bersusah payah membawa beliau ke rumah Pakcik pada hari itu. Tiada kalungan bunga atau pingat untuk itu, Wan. Hanya Pakcik ingin ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Wan dan Amizara. Semoga hidup anda sekeluarga diberkati Allah.







{Wan Hasren dan Amizara Shahriza di d'SUARANG}


Nota untuk Jamil dan Ghazali :

Aku terkenang zaman bersama-sama makan nasi kawah dahulu. 'Tose' tetap jadi makanan sampingan 'favourite'.












dsuarang.blogspot.com