Monday, August 26, 2013

Ke Rumah Keluarga DM






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Menjelang Majlis Pernikahan dan Perkahwinan Yuni DM



Sebelum memenuhi undangan keluarga DM untuk kami ke majlis pernikahan dan perkahwinan Yuni Dwi Teevany pada Ahad 18 dan Isnin 19 Ogos 2013 . . . penulis sekeluarga bersilaturahim terlebih awal ke rumah Bapak Dahlawi . . . ketua famili DM. 

Tujuan kami agar dapat berbual-bual dan berkenalan dengan lebih mesra dan aman . . . ketika tetamu masih belum ramai. 

Esok lusa pada hari majlis / pesta tentunya keluarga DM akan dihimpit kesibukan urusan majlis / pesta yang meriah. Pasti akan terdapat terlalu ramai tetamu yang perlu diladeni. Tentu juga tidak akan wujud waktu yang selesa untuk 'ngobrol-ngobrol' panjang!

Malam hari Khamis 15 Ogos ini (setibanya kami dari KL) merupakan detik yang paling sesuai pada kiraan kami untuk ke rumah keluarga DM. Sementelahan ada sedikit buah tangan / cenderahati yang ingin kami sampaikan segera kepada pihak pengantin perempuan 

Oleh kerana inilah kali pertama kami berkunjung ke rumah keluarga DM maka barang tentu kami ingin memanfaatkan momen ini sebaik-baiknya.

Kami disambut mesra oleh Bapak Dahlawi dan Ibu . . . juga Ria DM serta ahli-ahli keluarga DM lain yang berbudi tinggi. Terasa keeratan semangat kekeluargaan mewarnai suasana di sepanjang kunjungan kami itu. Terasa hangat kemesraan yang terjalin. 

Tatarias (hiasan) di rumah keluarga DM pada ketika itu cukup berwarna warni. Maklum penghuni di rumah tersebut sedang dalam usaha menceriakan suasana majlis pernikahan / perkahwinan  ahli keluarga terdekat mereka. 

Penulis baru tahu malam itu juga bahawa warna-warna hiasan dalam majlis begini mengikut kebiasaan budaya warna-warna daerah. Kebiasaan yang luar biasa!

Nyatalah Pak Dahlawi suami isteri serta seluruh ahli keluarga mereka . . . menjuruskan serapi dan seteliti mungkin segala urusan ke arah menimbulkan suasana kemeriahan secukupnya untuk 'special family event' yang bakal berlansung dalam sehari dua lagi. Kerjasama keluarga yang amat baik!  


Khamis 15 Ogos 2013: Setelah tiba dari Kuala Lumpur kami sekeluarga lantas ke rumah keluarga DM . . . 







Tirai hiasan /tatarias yang berwarna warni













Berbual-bual mesra . . . 











Sembang-sembang keluarga . . . 
















Isnin 19 Ogos 2013:  Detik-detik pagi hari sebelum kami ke Dewan Sosial untuk pesta perkahwinan.





 Opah Alimah bersama watak utama . . . Yuni DM

























Final preparations di perkaragan rumah keluarga DM







Semoga segala perancangan yang telah dirangka dan diatur dengan penuh kerapian dan ketelitian ini diizinkan kelancarannya oleh Allah SWT. Amin. 

Hingga kita bertemu di Dewan Sosial nanti.





bamuda
dsuarang.blogspot.com