Friday, July 13, 2012

Aish . . . Jom ke d'SUARANG





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Riang Sepanjang Petang


Akhirnya penantian tamat. Suatu penantian yang amat berbaloi. Aish Maliq Basrie selamat tiba di d'SUARANG pada kira-kira jam 3:00 petang.


Aish dan ibunya Mazlyna Hanum mendapat kebenaran untuk pulang ke rumah . . . menjelang waktu solat Jumaat pada pagi 6 Julai 2012 . . . setelah diperiksa rapi oleh pihak yang merawat mereka di Pusat Perubatan Naluri.


Bagaimana pun . . . Aish dinasihatkan supaya mendapat rawatan susulan terhadap 'kekuningan' yang tampak mula menyerang tubuh badannya.


Insyaallah . . . nasihat ini terus dipatuhi demi kesihatan sempurna bayi . . . Aish Maliq Basrie.















Aish berserta Anum ditemani pulang ke rumah oleh bapanya Royhai'zam Basri dan penulis.













Rombongan yang membawa Aish dan Anum selamat tiba di pekarangan hadapan rumah tanpa sebarang halangan. Alhamdulillah.

















Sebaik saja rombongan Aish dan Anum tiba . . . Opah Alimah dan Wa Ajim serta Adik Dian dan Makcik Esah menyambut dengan mesra . . . mempersilakan masuk . . .  Aish si orang baru ini . . . khasnya.


Ajim . . . abang Aish . . . kelihatan berwajah amat gembira . . .  [pandai sembunyikan jealousy kot!]


Apa pun . . . Ajim membuka langkah dan pencak [ilmu persilatan?] . . . menyambut orang baru katakan . . .  [nanti dah besar sikit . . . Aish bolehlah dijadikan sparring partner . . . bersilat ya Ajim . . . hmm]












































Opah Alimah menyuapkan kurma dan madu lebah ke mulut Aish . . . cucunya yang ke-5 (lelaki ke-4) . . . sebagai tanda mengucapkan selamat datang.


Setelah itu air zam-zam pula dititiskan ke mulut Aish dan kemudian bau-bauan (harum) disapukan kepada keningnya sebagai mengakhiri sambutan. 
  

Acara ini 'adat' semata-mata . . . bukan tuntutan syarak. Orang tua-tua dahulu mengamalkannya . . . dan kami hanya meneruskan kelaziman ini sebagai tradisi keluarga. 


Lagi pun . . . kami percaya . . . sesuatu yang manis dan harum itu baik dalam kehidupan manusia. Wallahuaklam. 












Sambutan berterusan. Anum bergandingan masuk ke rumah  . . . dari  kenderaan yang dinaiki . . . bersama suaminya Roy. Teringat pula macam ketika peristiwa mereka jadi pengantin dahulu . . . waktu hendak bersanding di pelamin!

































Alhamdulillah . . . semuanya terlaksana dengan baik dan teratur. Selamat pulang ke d'SUARANG Anum . . . dan selamat datang ke pangkuan keluarga AMB . . . diucapkan kepada ahli keluarga terbaru d'SUARANG . . . Aish Maliq Basrie . . .



DIRGAHAYU









Semoga Aish selesa berada di sini. Semoga kehadiran Aish berkekalan membahagiakan kita semua. Amin.








AMIN YA RABBULALAMIN!






Aish Maliq Basrie
Ahli Keluarga Terbaru d'SUARANG






Bamuda
dsuarang.blogspot.com